Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
15.10.11
ISU BOB LOKMAN : KRITIKAN DR MASZLEE MALIK TERHADAP PAS DAN JAIS!!
Bob Lokman dan JAIS: Satu retrospeksi...
1) PAS tidak sepatutnya mengusung Bob Lokman ke setiap pentas ceramah dan menabalkan beliau seolah-olah 'ustaz' atau 'tokoh agama'. PAS perlu menghormati kepakaran, kepakaran BOB adalah dalam bidang seni dan lawak jenaka.
2) Sepatutnya PAS menghayati Islam yang syumul dan meletakkan setiap orang kena pada tempatnya. Maka sepatutnya PAS sudah menyediakan ruang 'Komedi Islam' untuk pentasan umum arahan Bob Lokman. Contoh boleh diambil dari komedi Muslim terkenal seperti Baba Ali, Allah makes me funny, Aman Ali, Azhar Usman, Muslim Comedy dan lain-lain lagi. Islam itu bukan hanya ceramah.
3) PAS perlu keluar dari kepompong ceramah jika ingin memaksimumkan dakwah. Setiap orang ada kemampuannya sendiri. Harapnya PAS dan Bob Lokman akan membuka jalan untuk genre 'Komedi Islam' dipopularkan di Malaysia. Mungkin dengan cra tersebut audien yang datang akan lebih mencapah, dan juga ramai pelawak lain juga boleh turut serta menyertai kafilah dakwah...
4) JAIS perlu keluar dari kepompong taksub kepartian. Jika tazkirah yang dilakukan dan bukannya 'kelas pengajian', apakah salahnya? mengapa mesti menutup ruang dakwah setiap Muslim. Makanya, bagaimanakah para profesional, para doktor, para motivator, para artis Islamik ingin menyampaikan dakwah, tazkirah ataupun perkongsian kepakaran mereka?
Apakah mereka perlu ambil tauliah juga? mereka bukannya hendak mengajar kitab atau mengajar agama secara berkala...
5) Harap JAIS dapat membantu umat Islam dari pelbagai kelompok untuk merancakkan dakwah dalam pelbagai bentuk. Adalah tidak masuk akal, di dalam satu waktu JAIS beriya-iya mengajak umat Islam untuk menyokong mereka memerangi Kristian dan juga agama lain, tetapi dalam waktu yang sama para pendakwah yang tidak 'berlesen' juga diperangi sama oleh JAIS. Di manakah rasionalnya?
6) Harapan saya pada JAIS agar tidak menghalang program-program dakwah dari pihak mana sekalipun, kecualilah mereka melakukan kemungkaran yang nyata ataupun menyalahi etika dan akhlak. Janganlah isu politik mengkaburi JAIS di dalam melaksanakan tugas mereka.
7) Harapan saya juga agar JAIS dapat membantu semua pihak yang menganjurkan program-program dakwah tanpa memilih bulu jika mereka benar-benar ingin mendaulatkan Islam di bumi Selangor.
8) Harapan saya kepada umat Islam di Malaysia juga, gunakan rasional bukan emosional, gunakan intelektual dan bukannya sentimen atau ketaksuban. Janganlah sibuk menghentam agama lain yang menyebarkan agama mereka dengan penuh kasih sayang jika kita masih tetap dengan mengajak orang ke dalam agama kita dengan kekerasan dan kekuasaan sahaja.
Dr Maszlee Malik
UIAM (via Abu Umar Ahmad Syarief)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Bernas, jitu,mantap... Tidak memihak...
pernah dengar tak ceramah bob lokman, dia mengaku sendiri dia bukan ustaz cuma dia nak kongsi pengalaman dia zaman dulu dan macam mana boleh berubah itu saja............inilah maasalah yg dihadapi oleh gerakkan islam - org yg terlebih pandai, nak tanya berapa kali jumpa budak tepi jln dan tegur, berapa kali duduk warung kopi bual dgn budak muda dan berapa kali berceramah berbumbungkan langit. Dgn berstatuskan apa juga gelaran belum tentu kita dpt menyelami jiwa semua golongan satu pesanan bgi pehak yg sewaktu denganya KALAU TAK BOLEH MEMBANTU JANGAN MENYUSAHKAN ORG.
saya rasa anda tak payah guna title DR., tak layak. Sebab minda anda masih terkongkong dan jumud dengan istilah "hanya yang pakar boleh memperkatakan berkaitan bidang kepakarannya".
Namun anda perlu sedar bahawa dalam Islam, kita semua mempunyai tanggungjawab untuk mengajak kepada perkara kebaikan. "sampaikanlah perkara yang benar walaupun ianya pahit dan menyakitkan".
Lagi satu perkara penting yang anda lupakan adalah, walaupun Bob Lokman dikenali sebagai pelawak, beliau juga mempunyai asas agama yang kuat. ini kerana beliau juga diketahui keturunan Tok Kenali, dan biasa hidup didalam persekitaran pondok. Anda pernah belajar agama???
Setakat idea mcm ni...berlambak kat kedai kopi di Kota Bharu...Tak payah berstatus doktor...Pemandu teksi pun boleh bagi. Nak kongsi pengalaman tak perlu tauliahh..tak perlu "title" Pendengar pun orang yang warass..kalau menyeleweng orang kata oooo sesat mamat nii..Ada otak pikir ckitt...FAMAMMM....
Nampak akademik dan intelektual. Namun belum merangkumi dan meliputi semua aspek pengalaman dan pengamalan. Perlu turun ke lapangan untuk melihat dan menilai keadaan dan situasi sebenar tanpa mengharapkan sumber kedua untuk melontarkan pandangan atau pendapat. Pandangan seumpama ini banyak di warung-warung di tepi jalan kampung.
Sy sokong kate2 Ustaz ..
n kpd anonymous, jgn baling batu sembuniyi tgn, tegur biar berhikmah :)
Post a Comment