Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

4.2.12

PANAS!! : HASSAN ALI DAKWA PAS DI KUASAI GOLONGAN SEKULAR!


Bekas Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Ali mendakwa 72 peratus kepimpinan PAS kini dikuasai oleh golongan sekular yang sanggup 'tidur sekatil' dengan DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Beliau berkata golongan itu sanggup mengenepikan perjuangan asal PAS untuk menyokong Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang bercita-cita mahu menawan Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13.

"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama yang berpendidikan dari Mesir dan Jordan," katanya dalam ceramah anjuran Pertubuhan Kemajuan dan Integriti Melayu Muar (Pekim) di Bukit Naning, di Muar malam tadi.

Dalam ceramah yang dihadiri kira-kira 3,500 orang itu, Hasan turut mendedahkan bagaimana kepimpinan PAS cuba memujuknya supaya berlembut dan mengikut sahaja arahan pakatan pembangkang yang tidak setuju dengan tindakannya membanteras gerakan mengkristiankan orang Islam di Selangor.

"Mereka minta saya bersabar dengan mengatakan apabila sudah dapat tawan Putrajaya, waktu itulah baru dikuatkuasakan undang-undang Islam," katanya.

Hasan dalam ceramahnya itu turut mengingatkan orang Melayu bahawa hak mereka yang termaktub dalam perlembagaan akan terjejas jika membenarkan
pakatan PAS, DAP dan PKR berkuasa di negara ini.

Beliau mendakwa pakatan pembangkang tidak mahu mendengar perkataan Islam, Melayu dan raja serta mereka akan mendidik anak-anak dengan didikan secara liberal jika diberi peluang. (MK)

7 comments:

Anonymous said...

Sekular? Profesional kot.

Anonymous said...

Dia tubuh JATI sbb dalam JATI ada 100% ulamak.

Dia suruh jangan menangkan PR sebab dia sokong BN-umno yang 100% dipimpin oleh ulamak....

Takkan itupun hampa tak faham...

Anonymous said...

Yang Khalid Samad pernah kena ISA kerana berjuang dalam Pas dan anti-kritanisasi. Dah lebih 30 tahun dengan Pas dan tak pernah merungut walaupun kena tindakan tatatertib. Yang Hassan Ali sentiasa dapat kemewahan samada dalam Pas atau sebelumnya. Baru 10 tahun masuk Pas. Bila duduk kat atas minta orang wala' kat dia. Bila kena tindakan, buat roadshow kata berbeza pandangan. Hang camar putih dok layan orang macam ni.

Anonymous said...

Mulut HA dah celupar dan celapor!

Anonymous said...

ini katak puru dah terlebih makan kapur sebab tu dia meroyan dan tak sedar diri. Dia tu siapa????? Ulamak ke??? sekular????.Adakah baru pegang jawatan Exco agama selama tiga tahun dah jadi ulamak?????????.

panah said...

HA beritahu,
"Saya berpendidikan sekular tetapi saya mahu PAS terus dipimpin oleh golongan ulama"... tapi ada majoriti AJK PAS pusat berpendidikan sekular mahu memimpin ulamak agaknya!

Anonymous said...

Hassan Ali ni maksud sekular pun tak paham. Dia ingat orang tidak belajar agama khusus tu sekular. Kepala hotak dia. Yang memisahkan kehidupan dunia dengan agama tu le sekular. Mana ada orang Pas gitu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...