Kepala babi ditemui pula di luar sebuah masjid di Sentul, Kuala Lumpur hari ini, menjadikannya kes kedua dalam tempoh kurang seminggu.
Menurut ahli parlimen Batu Tian Chua, kali ini kepala babi itu ditinggalkan di Masjid Hidayat Sentul, di kawasan parlimennya.
"Pihak tidak bertanggungjawab meninggalkan kepala babi di luar Masjid Hidayat Sentul. Percaya cakap saya, sesiapa yang bermain dengan api ini, kita akan berikan mereka neraka!" tulisnya di Twitter pada kira-kira jam 10 pagi ini.
Ketika dihubungi, Chua berkata beliau sedang bermesyuarat dengan ahli jawatankuasa masjid mengenai perkara itu dan akan mendedahkan lebih banyak butiran selepas mesyuarat berkenaan.
Selasa lalu, satu kepala babi ditemui di sebuah masjid di Rawang oleh ahli jawatankuasa masjid sebelum solat subuh.
Polis sedang menyiasat perkara itu di bawah Seksyen 295 Kanun Keseksaan.
baca lagi
komen CP :
aku serius pelik..zaman apakah sekarang ni ek??kenapa ramai orang suka bermain babi??haha..memang gila babi tol diorang ni..!babi pon tak gila camtu..babi pon mesti pelik, kenapalah manusia suka ambil kepala aku sekarang ni..haha
main angry bird la bro, lagi senang..tak dosa..haishhh..
1 comment:
jom cari babak babi yang tinggalkan anak2 babi di merata tempat..haha
Post a Comment