Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

1.12.10

NASIHAT TUAN IBRAHIM TUAN MAN UNTUK PENDOKONG GERAKAN ISLAM : "PERKUKUHKAN PARTI SEBELUM BINCANG JALAN KE PUTRAJAYA.."



Seluruh parti komponan PR diharap memberi tumpuan segera bagi memperkukuhkan seluruh jentera parti bagi menghadapi PRU ke 13. Jentera parti adalah mekanisma penting dalam menghadapi segala penyelewengan BN dari setiap sudut. Kepincangan dan kelemahan jentera akan membuka ruang kepada BN menembusi kubu-kubu yang dibina bagi menggagalkan cita-cita ke Putrajaya. Lantaran itu seluruh kepimpinan parti di semua peringkat perlu memperkemaskan asas jentera, untuk digerakkan pada bila-bila masa. Senario yang ada memungkinkan PRU akan diisytihar lebih awal dari yang dijangka, memandangkan beberapa petunjuk yang ada.

Media kini cuba melaga-lagakan PR dengan membawa isu yang tidak perlu dibincangkan seperti siapa menerajui kepimpinan negara, ‘line up’ kabinet dan soal kekuasaan parti yang akan menerajui negara. Semua persoalan ini hanyalah perangkap bagi menimbulkan suasana tidak senang antara parti-parti komponan PR. Sedangkan realiti sejauh mana kita boleh memenangi PRU akan menentukan apa yang akan berlaku seterusnya. Ibarat rakan kongsi untuk menternak kambing, sibuk bertengkar bagaimana untuk membahagikan keuntungan; sedangkan kambing seekor pun belum ada.

Secara peribadi saya ingin malahirkan kebimbangan berhubung persiapan kita yang nyata belum optima, bahkan di sesetengah kawasan ianya masih tidak menampakkan persiapan ke arah itu. Masalah daftar pemilih, kedudukan kewangan, persiapan jentera dan petugas masih berada pada tahap santai.

Sebenarnya kita tidak punyai masa yang panjang bagi membuat persiapan ini. Kalau kita menyatakan PRU ke 13 penting bagi membuat perubahan menerajui Puterajaya, maka segala isu dalaman parti mesti diselesaikan awal. Kekuatan parti di semua peringkat mesti menjadi agenda utama.

Seluruh ahli parti bukan sahaja perlu menunggu arahan kerja, tetapi mesti pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU. Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang boleh disumbangkan bagi menjana kemenangan ini. Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincang isu-isu dalaman sehingga menjejeskan gerak kerja parti, maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari.

Pengundi akan sedia memberi undi seandainya mereka yakin dengan kekuatan dan keutuhan parti yang akan menerajui negara. Lantaran itu, bukan sahaja segala fitnah jahat BN perlu disanggah, bahkan keyakinan rakyat perlu dibina. Oleh itu pencapaian yang telah dicapai oleh negeri PR selama 3 tahun ini adalah eset penting bagi membina keyakinan tersebut. Cuma isu utama sejauh mana pencapaian itu diketahui dan dirasai oleh rakyat. Berhadapan dengan rakyat yang tidak bermaklumat yang ditemui dalam tinjauan menuntut satu mekanisma diwujudkan agar sasaran pengundi utama di kawasan luar bandar dan kawasan Felda khusunya dapat ditembusi.

2 comments:

Anonymous said...

Tuan Ibrahim Tuan Man adalah Naib Presiden PAS yang dipilih oleh perwakilan muktamar.Dia diberi mandat oleh ahli-ahli PAS untuk menjalankan tugas-tugas yang ditetapkan.Kena apa "nasihat" aje.Gunakanlah kuasa yang ada ditangan untuk menggerakkan "kerja" - tanpa takut dan tanpa menyebelahi mana-mana pihak.Ada kalanya kerja tak boleh jalan sebab melantik orang yang salah untuk jawatan-jawatan penting.

hussin said...

"Seluruh ahli parti bukan sahaja perlu menunggu arahan kerja, tetapi mesti pro aktif dalam merancang kerja bagi memenangi PRU. Setiap ahli parti mesti memikirkan apakah yang boleh disumbangkan bagi menjana kemenangan ini."

muktamar tahun ini telah meluluskan satu usul berkaitan pru 13. sehingga ke hari ini, tidak kelihatan/kedengaran pelan tindakan susulan dari usul tersebut. orang yang telah diberi tanggungjawab gagal melaksanakan tugas!

takkan nak biarkan ahli parti bertindak atas inisiatif sendiri sedangkan kerja pilihanraya memerlukan perancangan yang rapi dan teratur, lebih2 lagi pru kali ini bercita2 ke putrajaya. kerja2 yang nak mereka lakukan mestilah seiring serta menepati rancangan. inisiatif tu boleh terpakai apabila seseorang ahli tahu apa yang dia kena buat. jika kena menyeberang sungai, tiba2 didapati jambatan musnah, barulah diguna inisiatif.

"Benar di sana ada ahli yang perlu diberi arahan kerja, namun kalau di peringkat kepimpinan masih sibuk membincang isu-isu dalaman sehingga menjejeskan gerak kerja parti, maka sebenarnya kita telah masuk perangkap musuh tanpa disedari."

dua kali muktamar memutuskan "perkasakan pakatan rakyat" tetapi tindakan pemimpin tergelincir dari matlamat. jadi, siapa, diantara pemimpin dan ahli, yang sengaja memilih untuk masuk perangkap musuh!

isu besar selepas pru 12 ialah kerajaan perpaduan. ahli2 kah yang rancang ini semua? dia tidak mati walaupun ditutup, ditutup, ditutup. ahli pas kah yang buka, buka, buka?

ahli tak sedarkah bahawa mereka dah masuk perangkap musuh? bodoh punya ahli!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...