Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

5.8.11

'SERBUAN' JAIS TERHADAP GEREJA : ANTARA HASSAN ALI DAN KHALID SAMAD?



Isu 'serbuan' JAIS dan Polis ke atas sebuah gereja rasanya akan menjadi isu 'top 10' dalam negara kita dan for sure dalam PAS..Nak nak lagi 'pertembungan' angin yang begitu ketara antara Hasan Ali dan Khalid Samad mengenai isu ini, tentu sekali akan mengguriskan hati banyak pihak juga menyenangkan pihak yang lain andai tidak di tangani secara berhemah..Isu ini adalah isu yang begitu sensitif..Juga usah di ketepikan isu murtad!!

Jujurnya susah untuk menafsirkan yang mana pihak 'kurang betul' dan 'sedikit salahnya'..Masing-masing mempunyai point serta hujjah yang di sandarkan kepada 'begini dan begitu'.

Seeloknya, di pihak Khalid Samad mahupun Hassan Ali usah lagi keluarkan statement yang boleh merugikan PAS itu sendiri. Eloknya di bincang secara dalaman.

Saya lampirkan sedikit note dari rakan Face Book yang saya rasakan mungkin mempunyai kaitan dengan JAIS atau 'serbuan' ini..
.............................................................................................................................


Pemeriksaan JAIS ke atas gereja DUMC PJ pd 3/8/11 dibuat atas maklumat ada majlis berbuka puasa di gereja. Memang sengaja di letakkan bunga manggar dan penganjur berbaju kurung dan kebaya. Tiada serbuan, tiada tangkapan dibuat. Oleh sebab Penganjur menghalang penguatkuasa JAIS dari memasuki dewan tempat berlangsungnya majlis, mereka terpaksa berunding hampir 1 jam dengan salah seorang penganjur yang kemudiannya didapati seorang yang beragama Islam menurut kad pengenalannya tapi enggan megaku beragama Islam dan hanya menjawab I believe in God and Jesus.

Kenyataan2 pembesar mereka yang dibuat kononnya JAIS menyerbu dan menceroboh gereja itu adalah pembohongan besar kerana mereka ingin menyembunyikan kegiatan sebenar untuk mengkristiankan org Melayu. Ada lebih kurang 15 orang Melayu yang hadir bersama lebih 100 orang Kristian. Majlis itu sebenarnya adalah bersifat keagamaan - "Thanksgiving Dinner". Nyanyian nya menggunakan nama suci Allah dan tentunya Jesus. fitnah besar-besaran terhadap JAIS adalah perkara lumrah bagi org yang sebenarnya tidak beriman dengan Allah tetapi sengaja nak mengelirukan umat Islam yang dalam keadaan terdesak untuk murtad. Tiada tangkapan dibuat. Org Islam hanya diarahkan hadir ke pejabat JAIS minggu depan untuk siasatan. Hanya org yang bersalah yang menggelabah menagih simpati dunia. Itulah gelagat penipu dan penyeleweng terbesar dalam sejarah agama samawiyy. Pihak berkepentingan politik akan hentam JAIS habis-habisan kerana undi non-muslim is very important. Don't expect to get the truth from politician. Alhaqqu min rabbik!

-------------------------------------------------------------------------------------


KENYATAAN AKHBAR DATO’ DR HASAN BIN MOHAMED ALI EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM

Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan sepasukan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah membuat pemeriksaan ke atas sebuah gereja di Damansara Utama berdasarkan hasil maklumat yang diterima. Maklumat tersebut menyatakan terdapatnya kehadiran orang Islam di dalam majlis berbuka puasa yang diadakan di gereja tersebut.


Anggota Penguatkuasaan JAIS bersama anggota polis telah menjalankan pemeriksaan di premis terbabit walaupun dihalang oleh pihak penganjur. Penganjur utama yang dipercayai beragama Islam telah berunding selama hampir 1 jam bersama ketua operasi agar pemeriksaan ke atas tempat dan individu tidak dilakukan sehingga majlis tersebut selesai.

Di dalam majlis tersebut juga, kelihatan seseorang sedang mengadakan pengucapan awam, di mana ucapannya ada diselitkan dengan perkataan Quran dan ‘pray’.

Setelah majlis hampir tamat, pasukan penguatkuasa dan anggota polis telah membuat pemeriksaan meskipun terdapat cubaan menghalang pemeriksaan dan melupuskan bahan bukti.

Pegawai penguatkuasa JAIS dan polis mendapati ada percubaan dikalangan peserta untuk melarikan diri melalui pintu belakang premis tetapi berjaya dihalang oleh penguatkuasa JAIS.

Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadiri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Sebaliknya pemeriksaan dilakukan hanya selepas rundingan dengan pihak penganjur diadakan. Mereka telah diarah untuk menghadirkan diri di Bahagian Penguatkuasaan JAIS untuk siasatan lanjut.

Berpandukan kepada siasatan awal mereka yang terlibat boleh didakwa dibawah Seksyen 10 Enakmen Jenayah Syariah 1995. Selain daripada itu terdapat bukti-bukti kegiatan penyebaran agama bukan Islam terhadap penganut agama Islam.

Siasatan lanjut bagi kedua-dua kesalahan ini akan diteruskan.

PEJABAT EXCO HAL EHWAL ISLAM, ADAT-ADAT MELAYU, INFRASTRUKTUR DAN KEMUDAHAN AWAM, TINGKAT 2, BANGUNAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

6 comments:

Anonymous said...

Di harap PR berhati hati dengan perangkap ,mungkin ramai pelakon pelakon utama dan Tambahan "WAKENABEB"sedang berleluasa,PRU13 dah dekat berhati hati dengan perancangan musuh dan bertindaklah secara bijak dan berhemah,berbincang dulu dengan MB bagi menangani isu2 sensitif ini dan jangan bertindak melulu seolah olah nak nama,silap haribulan PR tenganga.

Anonymous said...

Tidak dinafikan golongan kafir sememangnya tidak menyenangi Islam, malah 'jengkal ke jengkal, hasta ke hasta, hatta ke lubang biawak kita akan ikut' disebabkan kelalaian pihak pemerintah yang engkar pada perintah-perintah dan hukum-hukum Islam.

Namun perlu juga kita berwaspada kebarangkalian pihak tertentu yang tidak senang dengan perkembangan kekukuhan hubungan antara parti-parti yang dianggap ekstrime di dalam Pakatan Rakyat, membuat isu bertujuan memecah-belahkan Pakatan Rakyat.

Di telinga bukan Islam, musuh Pakatan Rakyat yang amat munafik akan menghembus kata-kata bahawa PAS berkasar dengan agama Kristian.

Di telinga orang Melayu, musuh Pakatan Rakyat yang sememangnya munafik besar kini akan menghembus kata-kata bahawa PAS terlalu berlembut dengan penganut Kristian yang cuba memurtadkan orang Islam, malah DAP akan dikatakan dalang pemurtadan - PAS kuda tunggangan DAP.

Jadi berhati-hatilah. Pelik, jika Himpunan Bersih 2.0, polis boleh berkasar dengan peserta, kenapa di dalam kes ini polis tiba-tiba ikut prosedur? Sejak bila polis ikut prosedur?

muhbabygal said...

2 komen kat atas nie sungguh dangkal...pasal nie pon bley jadi politik ker...x paham la saya...sket2 politik...sket2 politik...pptttuuuuuuiihhhhh...nie citer pasal orang islamla...back up jer la org islam kiter...kata fi sabilillah...hampasss sungguh...

Anonymous said...

musuh islam menyusup masuk dalam semua aspek. bahkan dalam makanan yg kita makan hari-hari pun ada pengkhianatan terhadap agama.

Anonymous said...

muhbabygal... Org islam takkan meludah sesuka hati.

Org yg bckap sambil meludah ni memang tak beradap langsung lagi jahil.

Nama pun berludah bertambah menjijikan bila disumpit sesuka hati.

Mcmni punya perangai nak backup agama islam ke?

Siap2 boleh meluahkan pendapat d sini. Islam itu indah. Kalau suka menyumpit mulut tu org ber+ benci dgn islam hnya kerana tingkah laku penganutnya.

Anonymous said...

Saya lebih bersetuju dgn anon yg paling atas tu.

Biasalah dkat PRU pasti lakonan pelik2 akan dilakonkan oleh pelakon2 upahan.

Kita tak tau siapa pengarah sebenarnya. Kes lagi teruk sebelum ini bagaimana pasangan nmelayu bertudung yg keluar masuk gereja di rakamkan siap no kete lagi kenapa tak diserbu or di siasat?

Ingat pesan nabi junjungan kita. Berdiam diri itu lebih baik berkata2. Bila bnyak ckap bnyak silap. Bila dah tersilap nak ngondor susah beb.

Dlm bnyak perkara nabi berdiam diribila ditnya org kafir. sehinggalah Allah turunkan firman baru nabi jawab.

Kita bukan selayaknya menunggu firman Allah baru nak bckap tapi Nabi dah siap2kan segala2nya sebelum wafat utk kita nak menjawab apa2 juga persoalan.

Bila kita berdiam diri sebenarnya maka terjawablah pokok masalah dgn sendirinya.

Bertindaklah dgn menggunakan akal & mata hati. Semuanya bergantung kpd bagaimana kita memelihara hubungan kita dgn Allah.

Insyallah akan terserlah nawaitu bila kita bertindak dgn nafsu atau bertindak menggunakan akal & mata hati.

"Ingatlah kpdKu necaya jiwa menjadi tenteram. Barangsiapa mnegingati Ku dia bersama2 dgn Ku. Barangsiapa bersama2 dgnKu dia selamat."

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...