Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

10.1.11

ADUKA TARUNA YANG TAK MALU..SUDAH-SUDAH LA TU...


boleh baca di sini..

malas saya nak ulas panjang-panjang..mamat AT entah 'saper-saper' la..seronok sakan la dia,ramai blogger dok 'back up' dia. Tambah-tambah 1G dengan FakaQ..adoii laa..

Seronok la bila 1G siap bawa keluar dalil pelbagai untuk 'back up' anak buah dia..Lantak la ko 1G..

Satu lagi, ala setakat kena 'sentuhan' lembut' padan la dengan nama program ko..'LANGGAR' kan..So, yang ko ngan member ko nak kecoh pe pasal..huhu..

Dah dalam blog, ko maki TGHH bagai nak 'rak', aiiii tak kan kena kepung, 'toucher' dan 'sentuhan lembut' pun tak sesuai dengan tema penulisan ko dan gaya pemikiran ko..adoiii..

Lastly, sebenarnya AT ni memang 'talak' malu..Dia cakap dia bukan ahli PAS, tapi sibuk nak tahu hal peribadi PAS..hahaha..wei umpama camni la,' mamat yang tinggal dekat Negeri Sembilan, tiba-tiba datang rumah Pak Mat, nak tanya sebab apa Pak Mat buat macam ni macam tu..'..Maka Pak Mat pun berkata dalam hati..'kesian..muda-muda dah gila'....huahuahua..

Lastly, cakap banyak kat AT ni pon tak guna..pemikiran dia jenis genetik asing sikit..tahap biasa memang tak 'jijok'...satu lagi, orang-orang di sekeliling dia bukannya jahil, semua hebat-hebat, cuma diorang suka tengok AT buat camtu jer kat TGHH..

adoiiii laa....sudah-sudah la AT..

9.1.11

Isu UG & Hadi 'berbohong': Jenayah Fakta Puak Celaka!!


Salam Pencerahan Dahi!

Bila wa tahu berita yang Adoka mendapat 'sentuhan' lembut dan berlaku kekecohan di masjid Rhusila ari Jumaat lepas, maka wa pun belek-belek buku lama dan mengkaji n3-n3 dulu yang berbentuk provokasi dan penipuan fakta oleh blogger-blogger celaka..

'Celaka', bukan wa sesuka petik ikut nafsu wa. Ia adalah istilah keramat dan pangkat kebesaran yang dianugerahkan oleh Tok Guru Nik Aziz kepada; "menulis perkara yang bukan-bukan tanpa bukti dan fakta yang jelas"..



Pada yang baru akil baligh, nak berjinak-jinak dgn blog 'provokasi' (macam blog wa jugak..huhuuh), UG = Unity Government atau Kerajaan Perpaduan adalah istilah yang telah diterjemahkan oleh Khalid Samad dalam blognya:

"Apa yang saya faham sebagai maksud DS Presiden ialah kerajaan gabungan di antara BN dan PR. Gabungan ini akan menjadikan semua pihak sebahagian dari kerajaan yang memerintah dan tiada pembangkang buat seketika. Dengan itu persengketaan dapat dielak dan semua boleh tumpu kepada persoalan menghadapi dan mengatasi kegawatan ekonomi yang sedang menimpa."

"Konsep ‘kerajaan perpaduan’ ini menuntut supaya BN berkongsi kuasa dengan PR di peringkat pusat, khususunya. Setiap kementerian mesti dikuasai bersama dan dasar-dasar perlu ditentukan secara konsensus. Ianya bukan satu keadaan di mana PR duduk di bawah penguasaan BN tetapi setaraf dengannya sebagai rakan kongsi. Parti-parti komponen PR tidak menyertai BN tetapi kekal dalam PR; dan PR yang ‘bergabung’ dengan BN."

Jadi, ia adalah pergabungan antara BN dan Pakatan Rakyat (PR). Manakala, usaha jahat yang dibuat oleh Pak Lah sejurus sahaja keputusan PRU12, 2008, itu adalah Kerajaan Campuran(Coalition Government -CG) seperti dalam tahun 1970an dedulu. Bukannya UG - unity government! (untuk pengetahuan bloggger celaka yang malas membaca!)

Perjumpaan Sulit 2008

Setelah kemenangan besar Barisan Alternatif (BA) pada PRU12, 8 Mac 2008, dan berjaya membentuk kerajaan di negeri-negeri Selangor, Kedah, Perak dan Pulau Pinang, kekal di Kelantan dan menang dengan majoriti di Wilayah Persekutuan, pihak Pas telah mengadakan perbincangan bagi perjumpaan dengan pemimpin-pemimpin BA daripada parti lain.

Sehari selepas itu, 9 Mac 2008, JK Pas Pusat bermesyuarat di Kota Bharu, Kelantan dan bersetuju untuk menghantar beberapa wakil Pas bagi berbincang ke arah pembentukan kerajaan di negeri yang dimenangi. Dato’ Seri Hj. Abdul Hadi Awang dihantar ke Kedah, Dato’ Husam Musa ke Perak, Hj. Muhammad Sabu ke Pulau Pinang dan YB Nasharudin Mat Isa bersama Dato' Mustafa Ali ke Selangor.

Namun, tanpa diduga, pihak Pas telah mendapat jemputan dari Perdana Menteri sewaktu itu, Dato Seri (Tun) Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah) untuk datang kerumah beliau bagi membincangkan beberapa perkara politik.

Jemputan itu tidak diterima terus, lalu mesyuarat tergempar JK Pas dibuat di Pejabat Pas, Jalan Raja Laut, bagi membincangkan jemputan itu. Mesyuarat itu memutuskan agar 3 wakil Pas dihantar untuk melayan undangan Pak Lah dan mereka adalah; Dato’ Mustafa Ali (Ketua Pengarah Pilihanraya Pas Pusat sewaktu itu), YB Nasharudin Mat Isa (wakil Presiden Pas) dan YB Khalid Samad (wakil Pas Selangor).

Perbincangan di rumah Pak Lah berlaku aman yang turut dihadiri oleh Dato’ Seri Khir Toyo. Pak Lah menawarkan pergabungan bersama Umno, dan berjanji melantik Pas sebagai MB Selangor dan beberapa tawaran lumayan yang lain. Namun, sebelum ke mesyuarat Majlis Syura Ulama, secara kasarnya wakil Pas telah menolak tawaran Pak Lah kerana ia dilihat sebagai mengkhianati perjanjian bersama BA.

Maka setelah isu perjumpaan dengan Pak Lah dibawa ke mesyuarat Majlis Syura Ulama, secara sebulat suara menolak tawaran Pak Lah dan jika ada perbincangan dengan Umno, ia hanyalah perjumpaan biasa sahaja bukannya dalam pembentukan kerajaan, dan Majlis Syura juga pada 24 April 2008 setuju melantik 3 orang pimpinan yang mewakili Pas jika ada jemputan dari Umno, iaitu; Dato’ Seri Presiden (Abdul Hadi Awang), YB Nasharuddin (Timb. Presiden), Dato’ Mustafa Ali (S/U Agong).


Malah Dato' Hassan Ali, sebagai Pesuruhjaya Pas Selangor turut menegaskan dalam kenyataan rasminya pada 14 Mac 2008;

"PAS Selangor menyokong sepenuhnya pelantikan Setiausaha Parti Keadilan Rakyat (KeADILan), Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor yang baru."

"PAS Selangor menegaskan kami akan sentiasa memberikan dokongan yang tidak berbelah bagi terhadap pakatan KeADILan, DAP dan PAS dalam membentuk kerajaan bagi mentadbir negeri"


Isu pertemuan gelap itu lenyap seketika sehingga Pak Lah membuka mulut 21 Julai 2008, yang dia telah berjumpa dgn Pas sebanyak 3 kali...

TG Presiden terpaksa membuat kenyataan media seperti berikut:

"PAS menolak sebarang bentuk kerjasama dengan Umno dan Barisan Nasional (BN) untuk mewujudkan kerajaan samada diperingkat Pusat ataupun negeri-negeri."

Maka soal pertemuan gelap terhenti disitu!

Isu Kerajaan Perpaduan

Wa dah jawab dalam artikel neh:

Kerajaan perpaduan menjadi fitnah besar, bukan disebabkan oleh idea itu, tetapi kerana adanya mereka ynag tidak faham dengan konsep tersebut...

Idea ini timbul setelah TG Presiden membahaskan titah Tuanku di Parlimen Mac 2009 iaitu sebelum berlakunya pertukaran kuasa Pak Lah kepada Najib...

Salah faham ini mengakibatkan Ust Nasha juga difitnah teruk, dan beliau telah dikecam dalam muktamar termasuklah kenyataan yang keras dari TG Nik Aziz, namun kata Ust Ahmad Awang:

"Pada hari Isnin, 28 Jamadil Akhir 1430H bersamaan 22 Jun 2009 kira-kira jam 6.20 petang, tamatlah riwayat isu Kerajaan Perpaduan dalam diari semasa politik PAS."

TG Nik Aziz bersalaman dgn Ust Nasha, tanda persahabatan dan ukhuwwah yang berterusan.


Ust Nasha bebesar hati turun menerangkan kepada pengundi beliau di Bachok pada 29 Julai 2009.

Boleh rujuk artikel wa di sini http://penembakbabi.blogspot.com/2010/05/jawapan-isu-pertemuan-gelap.html

Apakah Hadi berbohong atas semua itu?

Itu tuduhan merapu dari blogger yang malas membaca macam Adoka. Ia tidak timbul langsung masalah berbohong atau membohongi pengundi. Hadi tetap berpegang pada janji yang dimeterai dgn parti Pakatan yang lain, seperti surat di bawah:(tak macam lu, bhai...mungkir janji dgn batu api...huhuhuh)



Hadi adalah seorang yang sangat komited dgn Pas! Hari-hari menjadi bahan cercaan Umno...Bila Edyes bermain tawar-menawar dgn TG presiden, maka kena la jawab; "Ini bukannya berniaga!"...huuhuhu kena sebijik bhai!



Jemputan Istana 2010

Wa jugak menganggap perjumpaan istana sebenarnya istimewa. Ini kerana bukan sahaja pengiktirafan kepada Pas, tetapi seolah-olah 'sesi pengenalan' sebelum PRU13. Mungkin Najib bakal jadi pembangkang...Najib yang pucat, terus membuat perjumpaan dengan semua MP BN hari sabtu lepas, 1 Januari 2011.

Tetapi masih ada yang mulut jahat, mengatakan ada agenda nak bawak Pas masuk Umno!

Bhai, ada perjumpaan yang kena beritahu parti. Tapi ada juga jemputan yang istimewa dari Agung, takkan nak masuk mesyuarat dulu beb!

Ahli yang tertipu dgn blogger pemfitnah yang kebanyakan masih belegar diruang cyber, masih yakin yang ada pemimpin Pas nak bersama Umno. Wa tak kesah, kalau fitnah tuh datang dari Pak Bakaq Imammiah sesiapa yang bukan ahli Pas, tetapi yang pelik...ada yang mengaku ahli Pas pun sanggup berbuat demikian, antara istilah jahat digunakan;

1. 1G - "Pro-Umno"
2. Fakaq - "Beromen dgn Umno"
3. Man Lombok - "Berzina dgn Umno"

Sebab tuh, luorang kena tentang habis-habisan blogger-blogger celaka yang jahat neh! Bukannya percaya adanya 'pemimpin pas' tertentu yang ingin bawa masuk umno! Tentang puak celaka neh habis-habisan kerana kejahatan mereka mengulas sesuatu isu secara jahat. Sumber mereka separa benar, fasik, khabar angin. Ulasan mereka separa masak. Mereka mengada-adakan benda yang tidak ada! Bila mintak bukti, lari macam lipas kudung, lepas tuh citer pasal benda len!

TG Nik Aziz yang solat tahjud dah jadi macam 'solat wajib' hidup dgn penuh kezuhudan, tetap bersangka baik dengan hampir semua pemimpin kanan Pas, apalah sangat blogger celaka yang memandai tetuduh pemipin pas nak bawak masuk umno! Buat malu pakai baju ada 'muka' nik aziz, atau letak gambar Nik aziz pada setiap sudut blog. Tapi inspirasi, sifat baik sangka TG Nik Aziz tidak pernah dicontohi!



So, kepada Adoka, kalu lu cakap 1G & Fakap adalah pejuang, maka wa jawab: "My Arse!!!"

p/s: wa masih mencabar mereka agar membuktikan siapa pemimpin pas yang nak 'berzina' dgn umno! Kalau setakat beriman dgn khabar angin dan dengar dari blogger haprak, maka luorang tetap dicelakakan oleh wa!....whar666

utk Adoka; wa teringat kata-kata lu - "SEGALA MISI AGUNG AKAN GAGAL BILA DILAKSANAKAN OLEH MEREKA YANG BODOH!"

6.1.11

VIDEO : SYIAH MENGGILA DI MASJID NABAWI!!

TAHUN BARU 2011 BERSAMA BLOGGER CAMAR PUTIH.


Hari ini, kita sudah memasuki hari keenam tahun baru masihi, 2011. Juga sudah masuk tahun keempat blogger Camar Putih beroperasi. Cerita suka duka yang dialami sepanjang tahun 2010 hanya menjadi arkib sejarah mahupun ‘sampah’ yang kelak bakal ditatapi oleh generasi akan datang.

Cerita negara, politik tanah air, kepimpinan, agama, akademik, dan banyak lagi yang bersifat nasional bakal menjadi juru ukur untuk generasi akan datang bergerak dan menilai akan segala yang telah di tinggalkan.

Menjadi seorang musafir ilmu yang merantau di bumi orang, sudah tentu pelbagai keadaan, cerita, masalah dan pelbagai lagi yang telah di harungi. Ada perkara yang ingin saya kongsikan atas prinsip pemahaman pemikiran waras saya, namun tentu sekali ada yang tidak bersetuju dan cuba ‘mencatas’ pertumbuhan pemikiran anak muda seperti saya.

Saya tidak pasti, apa yang perlu ditakuti dengan blogger kecil seperti saya ini. Memang saya menyentuh hal berkaitan kenegaraan, politik mahupun kepimpinan yang memimpin sekarang ini. Persoalannya, salahkah kalau saya yang mempunyai kewarganegaraan yang sah, yang sudah waras dan tidah bodoh lagi tolol dalam berfikir, untuk mencambahkan pemahaman, idea dan segalanya dalam blog saya? Saya tidak menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan pelbagai sentimen yang membahayakan. Saya hanya menyentuh perkara yang dikatakan salah dari sudut Agama Islam sahaja.

Lama juga saya tidak menulis, mungkin kerana ‘peristiwa’ yang berlaku diatas kot (ingat yer! Saya tak menyentuh mana-mana pihak..!) Bukan kerana takut, namun atas sifat dan sikap hormat dan ‘cuba’ beradab sopan, saya cuba turuti untuk setengah tahun yang lepas. Untuk tahun ini? Boleh ke saya katakan, wait and see??..huhuhu..

Apa pun, saya ingin tambahkan kenalan blogger Mahasiswa yang menuntut di luar negara. Tidak dilupakan juga, mereka yang berada di dalam negara. Saya rasakan, syarat mudah yang selalu di letakkan, “anda linkkan blog saya, saya linkkan blog anda”. Juga kepada blogger-blogger samada yang mesra ‘Pakatan Rakyat’ mahupun yang bermesra-mesraan dengan ‘Barisan Nasional’ juga di alukan untuk kita bertukar-tukar link.

Saya hanya ingin bertukar-tukar link dengan blog yang berkisar tentang keagamaan, kenegaraan dan antarabangsa sahaja. Rasanya, blog yang menceritakan ‘apa yang aku buat hari ini’ dan ‘aku bersama awekz aku pergi bla bla….’ tidak kot.. Bukan apa, mungkin ‘dunia kita berbeza’ kot..hahaha..

Moga tahun 2011 bakal menjadi tahun yang lebih membawa kita kearah kejayaan.

p/s : buka jer muka surat tahun baru ni, set-set ‘blogger katang’ dah buat perangai..adoooiii laaaa…
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...