Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
6.1.11
TAHUN BARU 2011 BERSAMA BLOGGER CAMAR PUTIH.
Hari ini, kita sudah memasuki hari keenam tahun baru masihi, 2011. Juga sudah masuk tahun keempat blogger Camar Putih beroperasi. Cerita suka duka yang dialami sepanjang tahun 2010 hanya menjadi arkib sejarah mahupun ‘sampah’ yang kelak bakal ditatapi oleh generasi akan datang.
Cerita negara, politik tanah air, kepimpinan, agama, akademik, dan banyak lagi yang bersifat nasional bakal menjadi juru ukur untuk generasi akan datang bergerak dan menilai akan segala yang telah di tinggalkan.
Menjadi seorang musafir ilmu yang merantau di bumi orang, sudah tentu pelbagai keadaan, cerita, masalah dan pelbagai lagi yang telah di harungi. Ada perkara yang ingin saya kongsikan atas prinsip pemahaman pemikiran waras saya, namun tentu sekali ada yang tidak bersetuju dan cuba ‘mencatas’ pertumbuhan pemikiran anak muda seperti saya.
Saya tidak pasti, apa yang perlu ditakuti dengan blogger kecil seperti saya ini. Memang saya menyentuh hal berkaitan kenegaraan, politik mahupun kepimpinan yang memimpin sekarang ini. Persoalannya, salahkah kalau saya yang mempunyai kewarganegaraan yang sah, yang sudah waras dan tidah bodoh lagi tolol dalam berfikir, untuk mencambahkan pemahaman, idea dan segalanya dalam blog saya? Saya tidak menyentuh sentimen perkauman, keagamaan dan pelbagai sentimen yang membahayakan. Saya hanya menyentuh perkara yang dikatakan salah dari sudut Agama Islam sahaja.
Lama juga saya tidak menulis, mungkin kerana ‘peristiwa’ yang berlaku diatas kot (ingat yer! Saya tak menyentuh mana-mana pihak..!) Bukan kerana takut, namun atas sifat dan sikap hormat dan ‘cuba’ beradab sopan, saya cuba turuti untuk setengah tahun yang lepas. Untuk tahun ini? Boleh ke saya katakan, wait and see??..huhuhu..
Apa pun, saya ingin tambahkan kenalan blogger Mahasiswa yang menuntut di luar negara. Tidak dilupakan juga, mereka yang berada di dalam negara. Saya rasakan, syarat mudah yang selalu di letakkan, “anda linkkan blog saya, saya linkkan blog anda”. Juga kepada blogger-blogger samada yang mesra ‘Pakatan Rakyat’ mahupun yang bermesra-mesraan dengan ‘Barisan Nasional’ juga di alukan untuk kita bertukar-tukar link.
Saya hanya ingin bertukar-tukar link dengan blog yang berkisar tentang keagamaan, kenegaraan dan antarabangsa sahaja. Rasanya, blog yang menceritakan ‘apa yang aku buat hari ini’ dan ‘aku bersama awekz aku pergi bla bla….’ tidak kot.. Bukan apa, mungkin ‘dunia kita berbeza’ kot..hahaha..
Moga tahun 2011 bakal menjadi tahun yang lebih membawa kita kearah kejayaan.
p/s : buka jer muka surat tahun baru ni, set-set ‘blogger katang’ dah buat perangai..adoooiii laaaa…
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
selamat tahun baru.. huhu
Post a Comment