Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

31.7.11

PANAS! USTAZ KAZIM ELLIAS BAKAL CALON TERBAIK UMNO KAWASAN MANJOI??



Satu berita yang amat baik seandainya ia benar.. Gua baru dapat maklumat mengenai penyenaraian awal calon PRU13 bagi UMNO untuk negeri Perak..

Antara nama yang menarik perhatian gua ialah Ustaz Kazim Elias yang telah tersenarai untuk bertanding di negeri tersebut..

Kalau ikut info yang gua dapat, Ustaz Kazim bakal diletakkan untuk bertanding di DUN Manjoi.. Ini kerana, pengaruh Ustaz Kazim memang kuat disitu..

Lagipun, Ustaz Kazim mempunyai satu Pondok pengajian yang bernama Al-Barakah di Kampung Manjoi.. Jadi bertambah menonjol imej Ustaz Kazim di kawasan tu..

Gua tak mahu sentuh mengenai nasib YB Nazri yang jadi Adun Manjoi sekarang ni.. Mungkin dia akan ditukarkan untuk bertanding di tempat lain atau mungkin dia tak dicalonkan langsung.. Tunggu je lah nanti..

So.., Najib memang nakkan winnable candidate untuk UMNO di PRU yang akan datang.. Dan kalau letakkan Ustaz Kazim ni di Manjoi, InsyaAllah UMNO akan menang besar disitu..

Gua cadangkan.., letakkan sekali Ustaz Kazim dikawasan Parlimen yang ditandingi oleh Nizar Jamaluddin.. Biar Nizar DAP tu kalah teruk ditangan Ustaz Kazim...

..cinta Ramadhan..



Menanti kehadiran Ramadhan umpama rindu dan kasih yang tak berkesudahan..Ia datang bertamu kembali pada mereka yang merinduinya..

Menanti untuk menyayanginya..

Menanti untuk berkasih dengannya..

Menanti untuk bermadu mesra dengannya..

Kerna Cinta Ramadhan itu, tidak pernah luntur dan padam..Setianya kepada sekalian ummat, membuatkan hati ini terlalu rindu untuk kembali bertemu dengannya.. Biar berkali jiwa Ramadhan di sakiti dan di calari, ia tetap hadir dengan senyuman yang bersinar..

Cinta Ramadhan itu terlalu mendalam..

Pada Mu Ramadhan, ada sesuatu cinta yang tersirat yang sukar untuk di ungkapkan...
Sampaikan salam ku pada Ramadhan agar ia sentiasa mengingati, bahawa aku sentiasa menanti kehadirannya..

SALAM NUR RAMADHAN BUAT SEMUA DARI CAMAR PUTIH..:)

30.7.11

LAGI PENDEDAHAN KONSPIRASI PEGAWAI ATASE DI MESIR TERHADAP PMRAM DAN PELAJAR MALAYSIA DI SANA!!



Sila ikuti perkembangan di Page ini untuk maklumat sepenuhnya kejadian yang berlaku!










28.7.11

VIDEO SANTAI : USTAZ AZHAR CAKAP KEDAH~HAHA~

GEMPAR!! : SEWAKTU WACANA 'SELEPAS 9 JULAI' ADA 'ULTRAMAN' MUNCUL!!!





Sumber

Semasa majlis di jalankan, saya dan beberapa orang kawan yang berada di dalam karang kraf ada terdengar suara yang lantang dari luar bangunan tersebut, tetapi kami tidak berapa nak focus sangat terhadap suara tersebut just lebih focus pada perdebat yang dijalankan time tu.

Majlis tamat sekitar jam 4.40 pm, kami pon beredar dan kelihatan ramai jugak orang yang berkumpul di luar bangunan tersebut, antara yang saya ingat adalah bila ada seorang hamba Allah ni mengeluarkan statement ” HAH! KEPADA AHLI AHLI BERSIH, KALAU NAK DUIT RM 200, SILA KE KANAN YE!!” Sambil ketawa riang lagi hamba Allah tersebut dan kumpulan beliau melaungkan statement tersebut berulang ulang kali.

Ada juga orang yang menegur kata kata hamba Allah tersebut, dengan menyatakan “Jangan lah tabur fitnah, Mane datang RM200 pulak”, Bila hamba Allah tersebut mendegar kata2 tersebut, Dia terus pergi ke arah lelaki yang agak tua dalam lingkungan umur 40 tahun itu sambil berkata ” Apahal cakap belakang2, Sini lah cakap depan depan”. Pihak polis cuba menenangkan Hamba Allah tadi, dan Alahamdullilah… keadaan kembali tenang. Tak boleh di usik skit, melinting nya, bukan main lagi.

Pelik juga saya dan kawan2 serta beberapa orang awam dengan tindakan beria ria kumpulan tersebut, kenapa nak kecoh sangat? Macam nak perhatian pon ye jugak. Mereka yang berada di kawasan berhampiran dengan Hamba Allah dan kumpulan tersebut juga rasa kurang selesa dengan perwatakan dan kelakuan mereka, Tapi siapa mereka? Kenape berani tak bertempat sangat, sampai polis pon boleh mereka sound ” apa pegang pegang ni” dan macam2 lagi statement yang beliau dan kumpulan beliau keluarkan. Gengster kah? Kongsi gelap kah? apakah?

Bila Saya pulang kerumah, saya terus ke laptop, ada juga rakan saya sempat megambil gambar lelaki tersebut. Bila di google, hm….. kami terus faham… megapa dia begitu dan apa masalah beliau rupanya..

Siapa hamba Allah yang saya maksudkan tadi? Beliau adalah Bekas Ketua Wira Perkasa, Arman Azha Abu Hanifah, antara pemimpin yang dilihat lantang bersuara selepas Presiden mereka Datuk Ibrahim Ali. Siapa mamat ni..? sila lah ke blog beliau untuk pengesah yang lebih lanjut dan tepat. Saya tak suka tambah2 cita yang bukan2 or fitnah2 orang ni, kita kan Orang Islam.

Inilah Dia Saudara Armand Azha yang saya maksudkan.

Segak bukan? ye memang segak ciptaan Allah Swt ini. Sekarang ini beliau merupakan seorang Ketua Penerangan Pemuda Bahagian Petaling Jaya Utara. Berbalik kepada kejadian di karang kraf, saya dan kawan2 macam kureng percaya, manusia sehebat ini akan menjadi seperti itu? what is REALLY the point of him to act that way? adakah mengejar popularity? rasa dah popular dah dengan suara lantangnya itu… mushkil pon ada juga.

Setelah dirujuk dan di fikirkan, Ye lah.. kita kan manusia tiada yang sempurna. Cuma selaku ketua pemuda Umno jadi lah contoh kepada pemuda pemuda yang lain, ini dah macam gengster pon ye… terpekik2 di hadapan karangkraf, menimbulkan prokasi di sana, Maaf lah, saya rasa Saudara Armand Azha ini kurang professional. Jika kita baca dan view dari Media2 internet saudara Armand Azha adalah seorang yang tegas dan mempunyai suara yang lantang.. tapi kena lah bertempat, Dia kan membawa imej UMNO, dan memegang jawatan pulak tu.. kerana Saudara Armand ini, Umno yang (“tidak bersalah”) turut mendapat malu yang sama.

Walaubagaimana pon, Mungkin Saudara Armand ini lebih gemar jika dia di lebelkan begitu kot? jika tidak, dia tidak akan berkelakuan sebegitu tempoh hari di halayak orang ramai. Apa pon.. Alhamdullilah, kerana tiada perkara yang seriuz terjadi di karang kraf tempoh hari.

27.7.11

DRAMA KONSPIRASI PENGHARAMAN PMRAM ( MESIR ) BERMULA!! : KEDUTAAN MENGHERET AL-AZHAR!!


Sumber

Sila like page ini sebagai tanda benci anda terhadap salah seorang watak konspirasi dalam proses mengharamkan PMRAM di Mesir!!
.......................................................................................................................
26 JULAI - Semalam telah diadakan satu pertemuan di antara pihak Universiti al Azhar, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK), Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan beberapa orang mahasiswa.

Perjumpaan tersebut diadakan di Masyaikhah al Azhar, pada jam 2 petang. Perjumpaan tersebut dihadiri sendiri oleh Syeikhul Azhar, Dr Ahmad Tayyib.

Di dalam pertemuan itu, Dato Duta telah menyerahkan fail berkenaan himpunan BERSIH 2.0 yang diadakan di Mesir.

Ketika dihubungi, pihak PMRAM menyatakan bahawa pihaknya tidak dapat hadir dalam pertemuan tersebut kerana enggan mengheret al Azhar dalam isu pencabulan hak mahasiswa dan salah laku pegawai.

"Isu yang berlaku langsung tidak membabitkan nama al Azhar. Namun, pihak kedutaan telah mengheret al Azhar dalam isu ini", kata Saudara Zuhaili bin Saiman, Presiden PMRAM.

VIDEO : INSIDEN PENANGKAPAN AMK KETIKA MENYAMBUT NAJIB!!

26.7.11

VIDEO PANAS!! : SIRI 2 PENDEDAHAN SALAH LAKU PEGAWAI ATASE MALAYSIA DI MESIR DALAM MEMBUANG PELAJAR DARI PUSAT PENGAJIAN!

Sila tengok pendedahan siri pertama di sini!

Juga sebagai tanda sokongan moral pembaca blog Camar Putih,sila like page ini.

WAJIB BACA : KETUA PEMUDA PAS PUSAT CAKAP...'KESIAN DEKAT ULAMA' MUDA UMNO...'


Ulama' Muda UMNO : Sudah Jatuh ditimpa Tangga

1. Saya masih ingat, antara maklumat yang diterima ramai orang dan bertiup pula ke serata ruang tatkala mengiringi kemasukan 40 ulama' muda ke dalam UMNO baru - baru ini ialah kerana mahu mengelak dari dilabel sebagai pengganas atau terroris. Kebetulan, pada masa itu terdapat usaha dari beberapa pihak yang giat menyerang fahaman wahabi dan lebih nekad mengaitkannya dengan kumpulan pengganas.

2. Antara yang dipalit dan diseret ke kancah wahabi dan pengganas ialah Dr. Mohd Asri Zainal Abidin mantan Mufti Perlis. Namun alhamdulillah, Dr. Mohd Asri tidak mudah terpedaya dan tidak mudah mengantuk biarpun telah dihulurkan bantal empuk buat beliau.

3. Buat beberapa purnama, isu pengganas ini reda, demikian juga isu wahabi surut seketika. Sementara itulah, ulama' Muda UMNO giat menyerang usaha yang dilakukan oleh PAS terutama dalam beberapa isu seperti isu Majlis Fesyen Islam yang dinaungi oleh Rosmah Mansur di Monte Carlo. Ketika DPP Malaysia membantah, ulama' Muda UMNO tampil mempersoalkan tindak DPP Malaysia ketika itu tanpa pula mempersoalkan penganjuran majlis tersebut.

4. Terbaru isu Himpunan BERSIH 2.0 yang menyaksikan beberapa tokoh Ulama' Muda UMNO ini gigih mempertahankan kerajaan dan sekaligus menempelak penganjuran himpunan BERSIH 2.0 sebagai bertentangan dengan syariat Islam dan manhaj salafus soleh.

5. Tidak semena - mena, setelah Ulama' Muda UMNO mengerah segala keringat, ilmu dan masa untuk mempertahankan kerajaan dan memburukkan BERSIH 2.0 , kini mereka pula disenaraikan sebagai wahabi dan lebih malang dikaitkan pula sebagai pengganas.

6. Ternyata usaha Ulama' Muda UMNO tidak langsung dihargai, kedudukan mereka kini seperti habis madu sepah dibuang merata - rata. Saya tidak pasti apakah benar matlamat mereka menyertai UMNO adalah untuk menyelamatkan diri mereka dari terus dilabel sebagai wahabi dan pengganas atau tidak.

7. Andai benarlah bagai dikata, saya sungguh bersimpati dengan nasib 40 Ulama Muda UMNO , sudahlah mereka jatuh terperosok dalam perangkap UMNO kini mereka pula tertimpa tangga yang mereka panjat sendiri untuk mencari ruang selesa dalam UMNO, parti yang mereka sangka mampu menyelamatkan kedudukan mereka pada waktu itu.

8. Andai maklumat umum yang saya terima itu tiada kebenarannya, maka atas dasar dan asas apa sekalipun 40 Ulama' Muda yang menyertai UMNO tempohari, setelah dipuja dan dijulang sebagai pembawa rahmat dan manisan buat UMNO, kini usaha mereka dibalas racun berbisa apabila mereka terus dilabel sebagai Wahabi dan pengganas. Kelihatan Pergerakkan Pemuda UMNO pun tidak mempertahankan Ulama' Muda UMNO tersebut biarpun dalam masa yang sama mereka membela Dr. Mohd Asri Zainal Abidin. Apakah Pemuda UMNO merasakan Ulama' Muda UMNO ini menjadi saingan mereka lalu membiarkan mereka dipalit label pengganas ? wallahua'lam bissowab.

9. Saya mengenali sebahagian dari tokoh Ulama' Muda UMNO tersebut. Tidak tergambar pada fikiran saya dengan raut wajah dan susuk tubuh yang dimiliki, mereka boleh tersenarai sebagai pengganas. Tapi apa boleh buat, kini usaha memerangi fahaman wahabi dan mengaitkannya dengan pengganas telah berjaya mempengaruhi pihak kerajaan. Sebagaimana Ulama' Muda UMNO itu begitu tega menuduh BERSIH 2.0 dengan pelbagai label maka kini kerajaan tidak sedikitpun menunjuk wajah simpati kepada mereka dengan melabelkan mereka pula sebagai ppengganas.

10. Sementara kerajaan UMNO dan BN ini pula memang terkenal mudah melabel satu - satu pihak dengan label yang bukan - bukan sesuka hati mereka. Terbaru lebih 60 Ngo yang bergabung membentuk sebuah kempen dikenali sebagai BERSIH 2.0 telah dilabel sebagai komunis dan mendapat pembiayaan dari kuasa asing. Kini saya termenung dianjung musolla sambil mengenang isu ini dan hati saya berdetik, kalaulah 40 Ulama' Muda itu menyertai PAS lalu berganding memperjuangkan Islam, membasmi kejahilan, menentang kezaliman, membenteras kemungkaran dan menegakkan syariat, alangkah manis dan indahnya. Berbaloi digelar "pengganas" oleh kerajaan UMNO dan BN kerana menentang mereka.

Hj. Nasrudin bin Hj. Hassan at Tantawi
Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia

WAJIB BACA!! : WARKAH DR ASRI BUAT ANGGOTA POLIS!!




Terlebih dahulu, pohon kemaafan jika warkah ini terbuka. Saya harap ia dapat dibaca oleh semua. Jika ada kebaikan, ambillah darinya. Jika tidak, campaklah ia ke tepi dan lupakan sahaja. Ia hanya satu coretan dari seorang rakyat bawahan. Tanda cinta dan kasih kepada saudara yang saya lihat tercegat di segala penjuru negara atas tanggungjawab menjaga keamanan kita semua. Mata memandang, hati merintih dan berdoa agar tugasan saudara benar-benar diberikan pahala di sisi Tuhan dan diiktiraf di sisi rakyat.

Tugas Mulia

Saudaraku anggota polis,

Kerja polis adalah satu kerja yang mulia kerana menjaga keamanan dalam negara. Penat lelah anggota polis dalam memastikan negara kita aman dan adil adalah pahala yang amat besar di sisi Allah jika pengamalnya jujur dan ikhlas. Sepatutnya, tiada seorang pun rakyat yang cintakan keadilan dan keamanan akan membenci polis. Sebaliknya, perasaan fitrah; sayang dan menghargai akan tertanam dan mekar sebaik sahaja mendengar nama polis, melihat anggota atau apa sahaja perlambangan polis. Itulah perkara sewajarnya berlaku.

Saudaraku anggota polis,

Tugas seorang anggota polis -sebelum tugasan kenegaraan- sebenarnya adalah tugasan yang diperintahkan oleh Allah dan RasulNya iaitu ‘Menyuruh Kebaikan, Mencegah Kemungkaran’. Itu moto asal pasukan polis. Sekalipun, tumpuan terbanyaknya kepada bahagian kedua iaitu ‘Mencegah Kemungkaran’. Hakikatnya, polis berperanan menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah dengan dipastikan setiap penzalim akan dihalang, dicegah dan dihukum. Jika itu tidak berlaku, masyarakat akan porak peranda dan menerima hukuman dari Allah. Allah berfirman: (maksudnya):

“Telah dilaknat mereka yang kufur daripada Bani Israil melalui lidah Daud dan Isa bin Maryam. Yang demikian itu disebabkan mereka menderhaka dan selalu menceroboh. Mereka sentiasa tidak berlarang (sesama sendiri) perbuatan mungkar yang mereka kerjakan. Demi sesungguhnya amatlah buruknya apa yang mereka telah lakukan. (Surah al-Maidah, ayat 78-79).

Nabi s.a.w pula bersabda:

“Sesungguhnya manusia apabila melihat orang zalim, namun tidak menghalang tangannya, hampir Allah akan meliputi mereka dengan hukumanNya” (Riwayat Abu Daud, al-Tirmizi dan al-Nasai dengan sanad yang sahih).

Kami sebagai rakyat mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak polis yang telah menyelamatkan masyarakat dari kemurkaan Allah, kezaliman dan kerosakan.

Bahaya Kuasa

Saudaraku anggota polis,

Namun, dalam masa yang sama, bidang tugas dan kuasa saudara yang menghalang kezaliman itu jika disalahgunakan boleh memberikan kesan yang sebaliknya. Ia boleh bertukar dari melindungi yang tidak bersalah kepada menginayainya, menghalang yang zalim kepada memberi peluang kepadanya, memberi hak kepada yang berhak kepada merampas hak dari tuannya. Jika itu berlaku, rosaklah masyarakat, hilanglah neraca keadilan, bermegah si zalim, kesakitanlah yang ditindas. Lantas, kebencian akan merebak, kepercayaan akan hilang dan saudaraku polis yang sepatutnya disayangi menjadi pihak dimusuhi, dibenci dan diragui.

Saudaraku anggota polis,

Ingin saya sebut di sini suatu tazkirah yang harapnya boleh memberikan manfaat kepada semua, khususnya mereka yang berkuasa seperti saudara. Saudaraku, kezaliman itu adalah suatu racun. Ia bukan sahaja menyakitkan yang dizalimi, tetapi suatu hari akan membawa sengsara, bahkan mengorbankan si zalim itu sendiri. Pada hari kita memukul orang yang tidak bersalah, melukai atau menfitnahnya, kita mungkin rasa selamat di balik peruntukan kuasa yang ada. Mungkin juga rasa selamat di balik pakaian lengkap kita yang mungkin gagal mangsa mengenali pelakunya.

Namun Tuhan tidak lupa. Akan ada harinya yang menanti kita di hadapan. Tangan yang memukul orang lain dan kaki yang menendang mangsa itu tidak akan terpadam catatannya sehingga kemaafan diberikan. Ketika saudara pulang ke rumah berjumpa keluarga, si mangsa mendongak ke langit mengadu kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa. Dengarlah baik-baik apa yang yang disabdakan Nabi s.a.w:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sesungguh antaranya dengan Allah tiada sebarang hijab (penghalang)” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Ahmad, baginda bersabda:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang jahat. Kejahatannya itu bagi dirinya” (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Dalam riwayat Ahmad yang lain:

“Takutlah kamu doa orang yang dizalimi, sekalipun dia seorang yang kafir kerana ia tidak ada hijab (penghalang untuk Allah menerimanya). (hadis ini dinilai hasan oleh al-Albani).

Allah Tidak Lupa

Saudaraku anggota polis,

Tiada siapa antara kita yang dapat menyelamatkan dirinya dari hukuman Tuhan. Seseorang mungkin telah melupai orang yang dizaliminya, atau si mangsa juga mungkin terlupa, atau pergi menemui Ilahi terlebih dahulu. Namun doanya tetap hidup. Akan ada waktu, ia tetap datang bertandang dalam kehidupan si zalim; meragut kebahagiaannya, ketenteraman hidupnya dan mencampakkan derita dalam pelbagai warna dan rupa. Mungkin si zalim ketika itu terpinga dan bertanya ‘apakah salah saya?’. Dia terlupa bahawa Tuhan tidak lupa atas kezalimannya, di dunia dan akhirat sana.

Dunia Sementara

Saudaraku anggota polis,

Dunia ini sementara. Setiap kita akan ada hari akhirnya. Akan berakhirlah sebuah kehidupan dan bermulalah mahkamah keadilan Tuhan. Tiada kuasa yang dapat membela, tiada pembesar yang dapat berkata. Semua tunduk menunggu balasan. Firman Allah (maksudnya):

“Dan janganlah kamu menyangka bahawa Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang-orang yang zalim; sesungguhnya Dia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang ketika itu terbeliak kaku pemandangan mereka, (kerana gerun gementar), mereka terburu-buru (menyahut panggilan) sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata yang tidak berkelip, dan hati mereka yang kosong (kerana bingung dan cemas)”. (Surah Ibrahim 42-43).

Saudaraku anggota polis,

Sekali lagi pada hari itu si zalim akan bertemu dengan semua mereka yang telah dimangsakan, di hadapan mahkamah yang Maha Adil. Tiada bukti yang dapat disembunyikan, diputarbelit dan ditipu kepada masyarakat manusia yang berkumpul ketika itu. Tiada media yang boleh diperguna dan tiada kuasa kerajaan yang boleh melindunginya. Adil seadil-adilnya. Bak kata Nabi s.a.w:

“Segala hak akan dibayar kepada empunya pada Hari Kiamat, sehinggakan akan dibalas untuk biri-biri yang bertanduk atas perbuatannya ke atas biri-biri yang tidak bertanduk” (Riwayat Muslim).

Sabda baginda juga :

“Sesiapa yang ada padanya kezaliman terhadap saudaranya (muslim yang lain); seperti terhadap maruah dan selainnya, mintalah halal pada hari ini sebelum tiba waktu yang tiada dinar dan dirham (tiada harta iaitu pada Hari Kiamat). Sekiranya baginya kebaikan (amalan soleh) maka akan diambil darinya dengan kadar kezalimannya. Jika tiada baginya kebaikan, maka akan diambil dosa orang yang dizalimi lalu ditanggung ke atasnya” (Riwayat al-Bukhari).






Nasihati Hasan al-Basri

Saudaraku anggota polis,

Saya tahu, kadang-kala ada keadaan yang sukar sebagai anggota polis yang terpaksa melaksanakan arahan ‘atasan’. Maka, mungkin ada yang berkata ‘kami hanya menjalankan tugas’. Sudilah saudara mendengar nasihat tokoh Islam yang agung al-Imam Hasan al-Basri r.a. kepada Gabenor Iraq dan Khurasan iaitu ‘Umar bin Hubairah. Ketika itu zaman pemerintahan Khalifah Yazid bin Abdul Malik. Kata ‘Umar bin Hubairah:

“Sesungguhnya khalifah Yazid bin Abdul Malik kadang-kala menyuruhku melaksanakan perkara yang aku rasa tidak puas hati dari segi keadilan. Apakah jika aku melaksanakannya menjadi sutu kesalahan di sisi agama? Kata Hasan al-Basri: “Wahai Umar bin Hubairah! Takutlah Allah mengenai Yazid, jangan engkau takutkan Yazid mengenai Allah. Ketahuilah sesungguhnya Allah azza wajalla dapat menghalang Yazid daripada bertindak ke atasmu, tetapi Yazid tidak dapat menghalang Allah daripada bertindak ke atasmu.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sesungguhnya akan turun kepadamu malaikat yang bengis dan keras, dia tidak akan menderhakai apa yang Allah perintahkannya. Dia akan mengambil engkau dari tempat dudukmu ini, dan memindahkan engkau dari istanamu yang luas, ke kubur yang sempit. Di sana tiada Yazid, hanya yang ada amalanmu yang menyanggahi Tuhan Yazid.

Wahai ‘Umar bin Hubairah! Sekiranya engkau bersama Allah dan ketaatan kepadaNya, ia boleh menghalangmu dari kejahatan Yazid di dunia dan akhirat. Jika engkau bersama Yazid dengan menderhakai Allah, sesungguhnya Allah akan menyerahkanmu kepada Yazid. Ketahuilah wahai ‘Umar bin bin Hubairah! Tidak ada ketaatan kepada makhluk dalam menderhakai Pencipta”. Maka menangislah Gabenor ‘Umar bin Hubairah”. (rujukan: Mir at al-Jinan wa ‘Ibrah al-Yaqzan)

Saudaraku anggota polis,

Kita boleh bertugas kepada sesiapa pun, tetapi jangan lupa tanggungjawab kita di hadapan Allah. Tiada cacatnya menjadi anggota polis. Saudara bukan musuh rakyat. Sebaliknya, saudara diperlukan rakyat. Apa yang cacat dan menimbulkan kebencian awam adalah tindakan kita sendiri jika menyalahi prinsip-prinsip keadilan dan keamanan. Jika itu tidak berlaku, sayang dan cinta rakyat tertumpah kepada saudara.

Ingatlah kata-kata Abu Bakar al-Siddiq: “Benar adalah amanah, bohong adalah khianat”. Jika saudara benar, rakyat sayang, Allah juga sayang. Kedamaian jiwa pun menjelang. Jika saudara bohong rakyat benci, Allah juga benci. Rezeki tidak halal, hidup tidak bahagia.

Saudaraku anggota polis,

Inilah pandangan seorang rakyat marhaen awam seperti saya. Tiada kebencian antara rakyat dan saudara jika keadilan itu tertegak. Rakyat awam bukan sahaja mahukan keadilan yang ditafsirkan oleh pihak saudara, tetapi keadilan yang dapat difahami oleh semua. Bukan sahaja adil dari segi bicaranya, tetapi hendaklah kelihatannya juga adil. Semoga Allah merahmati saudara dan tugas saudara. Diberikan rezeki yang halal. Bebas dari kezaliman dan rasuah. Kami akan bersama menyanjungi saudara! Selamat bertugas!

Mohd Asri Zainul Abidin

PERKHH!! KHAIRI BELA DR ASRI TUHH...KESIAN ULAMA MUDA UMNO....

Dakwaan Wahabi: Pemuda Umno mahu MKN jelaskan
Pergerakan Pemuda Umno mahu Majlis Keselamatan Negara memberi penjelasan berhubung laporan media bahawa bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin dan tokoh-tokoh agama Islam disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas.

“Saya berasa sungguh terkejut dengan laporan media bahawa kononnya Majlis Keselamatan Negara, semasa mesyuaratnya, telah mengenalpasti bekas Mufti Perlis, Prof Madya Dr Asri Zainul Abidin, serta beberapa pemimpin agama Islam yang lain sebagai pendokong gerakan Wahabi serta pengganas dan merasakan ia sebagai suatu yang sangat keterlaluan sekiranya laporan ini betul,” katanya ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di blognya.

Menurut beliau, sebarang maklumat yang telah dibentangkan itu hendaklah diteliti dan dihalusi secara adil dan amatlah tidak wajar sekiranya pihak yang berkenaan bersifat melulu dengan terus menjatuhkan ketetapan atau hukum tanpa usul periksa.

Katanya, Dr Asri serta mereka yang telah disenaraikan sebagai pendokong gerakan Wahabi atau pengganas itu juga perlu diberi peluang membela diri dan memberikan hujah bagi menjelaskan kedudukan mereka.

“Daripada pengamatan serta pengalaman saya bertukar pendapat dengan beliau, saya dapati Dr Asri adalah seorang tokoh cendiakawan Islam yang begitu menonjol dengan pemikiran beliau yang bukan sahaja terbuka, moderat bahkan progresif di dalam usaha memajukan ummah serta usaha-usaha dakwah.

“Saya tidak nampak langsung sebarang tindakan atau usaha subversif daripada Dr Asri yang melayakkan beliau untuk dilabel sebagai pengganas,” kata Khairy.

Justeru, menurutnya sebarang langkah melulu terutama di dalam melabel serta menjatuhkan hukum kepada pihak-pihak tertentu tanpa penelitian yang mendalam serta memberikan mereka peluang untuk memberi penjelasan adalah suatu yang tidak boleh diterima.

Ini lebih-lebih lagi, katanya apabila tuduhan atau label tersebut menyabitkan seseorang atau kelompok tertentu sebagai pengganas.

Semalam, berdasarkan maklumat daripada sumber, Malaysiakini melaporkan MKN menimbulkan kebimbangannya terhadap beberapa tokoh agama di Malaysia, termasuk Dr Asri yang dikaitkan dengan fahaman Wahabi dan aktiviti terorisme.

Menurut sumber, dalam taklimat tertutup MKN, semalam yang antaranya disertai mufti dan wakil majlis agama Islam negeri di Putrajaya, seramai 40 ulama muda Umno turut dikaitkan sama.

"Kerajaan Arab Saudi didakwa menjadi dalang di sebalik apa yang berlaku. Saudi dikatakan di belakang tokoh-tokoh ini," dakwa sumber itu lagi.

24.7.11

WANTED!! KHAIRI JALALUDIN VERSI MESIR


Isu pembuangan seorang pelajar Malaysia dari pusat pengajian Darul Ifta' adalah isu yang menjadi 'tsunami' di Mesir baru-baru ini. Kemudian di ikuti dengan isu pelajar di halau dari asrama seperti yang di laporkan dalam Media Mesir.

Sila rujuk sini dan sini untuk mengetahui mengenai isu ini.

Sebagai seorang pelajar yang masih lagi menuntut di Timur Tengah, saya merasakan isu ini adalah isu yang cukup besar impaknya. Dan sudah tentu tiada lagi istilah 'cenderung' atau 'kesian' kepada UMNO di dalam hati anak-anak muda melayu yang belajar di Mesir akibat perbuatan pegawai atase yang 'biru' hatinya serta 'busuk' mulutnya!

Mungkin golongan yang 'berdendam' kepada individu-individu seperti Ustaz Alang dan rakan-rakannya, merasa puas dan 'syok' di atas 'keserabutan' yang di cetuskan oleh mereka. Mungkin juga di dalam sanubari mereka, ingin sahaja di ungkapkan 'padan muka', namun title sebagai pegawai 'mungkin' menyekat mulut busuk mereka dari mengeluarkannya.


ujurnya, walaupun saya tidak belajar senegara dengan mereka, namun dengan melihat gambar dan video yang di upload dalam FaceBook dan YouTube, saya turut merasa kesedihan akibat 'kekejaman' yang di lakukan oleh 2, 3 orang pegawai kedutaan di sana.

Saya rasakan, mungkin ramai yang masih tidak mengenali Khairi Jalaludin, pegawai atase yang di katakan bertanggungjawab dalam semua perkara yang berlaku ini. Namun, saya rasanya hampir semua pelajar Malaysia di Mesir terlalu maklum akan siapa beliau dan dalang dalam isu ini, yang merosakkan masa depan anak melayu yang belajar di Mesir.
Dengan menggunakan helah mengatakan pihak pentadbiran Darul Ifta', di bawah Mufti Mesir sendiri yang bertanggungjawab membuang pelajar tersebut, Khairi Jalaludin sering di lihat bersandiwara di dalam laman sosial beliau dengan ayat-ayat yang cukup memualkan!Anda boleh melihat di FaceBook beliau atau Page ini.

Malah tanpa segan silu beliau memaparkan siapa beliau dengan 'mencemar duli' membersihkan rumah Kelab UMNO Mesir itu sendiri!..saya boleh katakan mungkin itu hak beliau untuk berpolitik dan menunjukkan kecenderungannya dalam politik kepartian. Namun, 'kejamnya' jiwa anak lepasan pengajian dari Jordan ini, menafikan hak orang lain dengan menyekat dan 'membunuh' karier pengajian anak melayu yang tidak sehaluan dengannya.

Untuk pengetahuan pembaca blog CP, page ini di tubuhkan atas dasar ketidakpuasan hati anak-anak melayu terhadap tingkah laku yang memualkan yang di tunjukkan oleh beliau. Yang menjadikan saya cukup 'teruja' dengan sikap seorang pegawai ini, beliau dengan angkuh dan sombongnya memerli dan mengejek secara sinis kerana page yang di tubuhkan untuk beliau meletakkan jawatan masih gagal mencapai sasaran seperti tajuk page tersebut.

Saya cuba meninjau post di dalam FaceBook beliau, tapi rasanya sudah di padamkan. Boleh rujuk di artikel ini tentang gelagat 'songsang' beliau.

Oleh itu, saya ingin menyeru sahabat-sahabat pembaca dan rakan bloggers sekalian untuk kita menunjukkan sokongan kita kepada anak-anak muda melayu, yang di aniaya dengan meng 'like' page ini sebagai usaha kecil untuk menunjukkan tanda sokongan kita terhadap mereka.

Sebar-sebarkan link page ini kepada rakan-rakan anda!!Biarkan KJ versi Mesir menangis tak berlagu akhirnya!!

LAGI ISU MAHASISWA MALAYSIA DI MESIR : ESOK KONVO, KEDUTAAN HANYA MEMBATU DIRI!!




24 JULAI - Darul Ifta Misriyyah telah mengeluarkan senarai nama mahasiswa yang bakal mengikuti Konvo pada esok hari. Walau bagaimanapun Saudara Mohd Firdaus bin Mazlan tidak termasuk di dalam senarai tersebut.

Senarai nama tersebut yang memuatkan 20 orang menghimpunkan kesemua mahasiswa tahun akhir, kecuali Firdaus. Antara rakyat Malaysia yang terdapat di dalam senarai tersebut ialah Saudara Rafzan bin Razak dan Saudara Mohd Arifuddin bin Wan Abd Razak.

Beliau menyatakan kekesalan terhadap pihak kedutaan yang tidak melakukan sebarang tindakan dan usaha.

"Esok adalah hari konvo saya, dan tarikh itu merupakan sejarah hidup saya. Tetapi, saya telah diberhentikan pengajian angkara kedutaan", katanya ketika dihubungi.

"Sehingga kini, saya masih belum menerima apa-apa respon daripada pihak kedutaan sedangkan esok saya sepatutnya menerima ijazah" katanya lagi.

Beliau berkata "Saya masih berpeluang untuk menyertai konvo tersebut sekiranya pihak kedutaan menarik semula pembatalan pengajian saya. Namun, mereka masih belum berbuat demikian. Sebelum ini, PA Dato Duta berjanji untuk menghubungi saya, tetapi sehingga hari ini saya masih belum menerima apa-apa respon daripada mereka".

AKTIVIS BERSIH 2.0 'SEMBAH DERHAKA' LAGI DI JALANAN!!


Aktivis 'kembali semula' ke laluan perhimpunan 9 Julai

Kira-kira 15 penyokong gerakan pembaharuan pilihan raya BERSIH 2.0 - dengan berpakaian kuning dan membawa poster - 'kembali semula' ke laluan utama perhimpunan 9 Julai.

Mereka membawa poster dan juga mengedarkan risalah yang mendesak pembebasan enam aktivis PSM yang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO).

Ada antara mereka yang membawa poster mendiang Teoh Beng Hock dan mengumumkan mereka "Berjalan untuk Teoh Beng Hock".

Walaupun bilangannya kecil, tetapi pakaian kuning mereka - bersama dengan poster dan belon yang sama warna - menarik perhatian orang ramai dan kenderaan membunyikan hon tanda sokongan.

Kira-kira lima kereta peronda dan sembilan motosikal polis memantau perarakan selama dua jam itu, yang dibenarkan bergerak tanpa halangan.

Perarakan 'mini' itu adalah satu penghormatan kepada semua mereka yang ditahan atau gagal memasuki bandaraya pada 9 Julai disebabkan oleh sekatan polis, kata Fui Lien Cheng (kiri) dari Dewan Perhimpunan Cina Selangor-Kuala Lumpur (KLSCAH).

Hampir 1,700 orang ditahan pada hari Sabtu lebih dua minggu lalu apabila kira-kira 50,000 berhimpun di jalan-jalan di Kuala Lumpur untuk menuntut pembaharuan pilihan raya. -mk

23.7.11

LAGI ISU MAHASISWA MALAYSIA DI MESIR : MEMO YANG MENCATAT SEJARAH!!



KUALA LUMPUR, 23 Julai: Penyerahan Memorandum Bantahan Pencabulan Hak Mahasiswa di Mesir kelmarin telah menjadi detik sejarah bagi memastikan hak mahasiswa tidak dicabul oleh mana-mana pihak.

Pengerusi Gerakan Solidariti Pertahan Hak Mahasiswa (Desak), Nuruddin Zanki memaklumkan bahawa sejarah pencabulan hak mahasiswa telah banyak dilakukan oleh beberapa pihak terutamanya Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK), lapor laman web Media Mesir.

"Sebelum ini kita dikejutkan dengan tindakan salah seorang Pegawai Atase bernama Encik Khairi Jalalluddin. Beliau telah banyak bertindak menyusahkan pelajar ketika berurusan dengan pihak mereka.

"Sebelum ini juga Encik Zulkifli bin Din yang merupakan pegawai JPMK turut telah menghina mahasiswa yang tidak mempunyai kewangan, dari negeri Kedah dan Kelantan,” katanya lagi.

Selain itu terdapat juga usaha serius untuk menyekat zakat dan dermasiswa terhadap mahasiswa, antara yang terbabit ialah Negeri Perak, Terengganu dan lain-lain yang disekat zakat mereka.

Pada tahun lepas, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) telah melancarkan Borang Aduan Hak Mahasiswa.

Usaha tersebut bagi membuka ruang kepada mahasiswa untuk membuat aduan tentang pencabulan hak mahasiswa.

Seterusnya segala aduan tersebut telah dihantar secara bertulis kepada Encik Saiful, Kuasa Usaha Sementara, Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK) ketika itu.

"Saya mengingatkan bahawa mahasiswa bukanlah bahan mainan. Mahasiswa akan bangkit sekiranya hak mereka dicabul,” kata Nuruddin mengakhiri perbualan.


2,000 sertai solat hajat

Pada 19 Julai lalu, Desak telah menganjurkan solat hajat dan penerangan isu semasa.

Program yang menghimpunkan lebih 2,000 orang mahasiswa tersebut telah didukungi oleh beberapa persatuan pelajar, iaitu Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM), Persatuan Perubatan dan ABIM Mesir.

Di dalam program tersebut, para mahasiswa telah didedahkan dengan beberapa kes pencabulan hak mahasiswa yang dilakukan oleh Jabatan Penuntut Malaysia (JPMK) dan Kedutaan Besar Malaysia Kaherah (KBMK).

Antara kes pencabulan hak mahasiswa yang disenaraikan ialah 3 orang mahasiswa yang dihalau daripada Asrama Rumah Melayu Abbasiah (ARMA) tanpa sebarang notis, 40 senarai nama hitam dari negeri Perak yang terlibat dengan perhimpunan Bersih 2.0, beberapa orang yang menerima ugutan dari Negeri Terengganu dan seorang mahasiswa yang telah dibatalkan pengajiannya.

Selain itu beberapa aduan yang diterima, pihak Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah (JPMK) banyak menyusahkan mahasiswa ketika berurusan dengan mereka.

Antaranya, pegawai JPMK akan merujuk album-album gambar Bersih 2.0 terlebih dahulu bagi menjalankan sesi soal siasatke atas mahasiswa dan mahasiswi yang ingin membuat urusan sebagai rakyat Malaysia.

LAYAN KARTUN KELAKAR~HAHA~TIADA ADA KENA MENGENA SAMAADA BERSIH MAHUPUN KOTOR!

VIDEO : KESIAN NAJIB, BEKAS PAK MENTERI PULAK 'PUKUL' DIA..

VIDEO : JAMIL KHIR TOLAK MEMORANDUM MAHASISWA MALAYSIA DI MESIR !!

20.7.11

BERSIH 2.0 : BETUL KE ADA CUBAAN UNTUK MEMBUNUH ANWAR IBRAHIM??


Peguam: Serangan ke atas pengawal cubaan bunuh

Pengawal peribadi Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengemukakan saman sivil ke atas polis berhubung kecederaan yang dialaminya ketika mengawal keselamatan ketua pembangkang itu.

Tulang pipi Fayyahd Afiq Albakqry, 25 dikatakan retak dan hancur semasa peserta perhimpunan BERSIH 2.0 itu melarikan diri daripada asakan dan serangan polis di terowong KL Sentral pada 9 Julai lalu.

Beliau terpaksa menjalani pembedahan pembinaan semula tulang pipinya menggunakan titanium, baru-baru ini.

"Bagaimanapun, saman sivil itu adalah berasingan daripada prosiding jenayah yang akan dimulakan ke atas polis,” kata peguam N Surendren yang bertindak bagi pihak Fayyahd.

Masih trauma

Surendren yang juga naib presiden PKR mengiringi Fayyadh membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Dang Wangi berhubung dakwaan kejadian itu sehingga menyebabkan kecederaannya.

Menurut Surendren, pengawal peribadi itu masih dalam trauma dan enggan melayan soalan wartawan.

Katanya, tindakan keterlaluan polis cuba menyuraikan peserta BERSIH 2.0 tempoh hari boleh diklasifikasikan sebagai cubaan membunuh.

"Kes ini harus disiasat ke atas siapa yang melakukan tugas dan siapa yang memberi arahan. Ini adalah satu perkara dan kes salah guna kuasa yang serius sehingga mencederakan orang awam," katanya.

Oleh itu, beliau menggesa polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan.

"Polis langgar prosedur ketika melepas tembakan. Gas pemedih mata dilepaskan pada kawasan tertutup (terowong), menembak tepat kepada orang awam dan tembak tanpa memberi amaran.

“Kami ada video sebagai bukti, polis melepas lebih kurang 12 das dalam kawasan tertutup dan jelas arahan pada kelongsong, tidak boleh tembak tepat ke arah orang awam," katanya.

Pada kejadian itu, Anwar juga dilaporkan cedera akibat terjatuh semasa melarikan diri akibat terkena tembakan gas pemedih mata dan terpaksa dikejarkan ke hospital bagi rawatan lanjut.

Turut hadir pada hari ini adalah peguam dari Lawyers For Liberty, Fadiah Nadwa Fikri, Pengarah Biro Guaman PKR, Latheefa Koya dan ahli parlimen Subang, Sivarasa Rasiah. -mk

LAWAK ANTARABANGSA! : KALAU TAHU DEKAT TOK HIM DEPA BUAT CAMNI, SIAP LA HANGPA~HAHA~


Impak terlepas pandang, anugerah hanya cadangan'

UiTM belum membuat sebarang keputusan berhubung cadangan presiden PERKASA supaya Anugerah Ibrahim Ali diberikan kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Menurut naib canselornya, Datuk Profesor Sahol Hamid Abu Bakar UiTM tidak memilih nama ataupun membuat sebarang cadangan anugerah berkenaan.

“Anugerah dicadangkan oleh Datuk Ibrahim Ali sendiri tetapi sebelum (sesuatu) anugerah boleh diberi, ia perlu dibawa ke Senat dan Lembaga. Saya hanya minta membawanya untuk diputuskan.

“(Jika) setuju baru bawa untuk endorsement Lembaga. Proses bukan mudah dan mengambil masa (yang lama),” kata Sahol Hamid dalam laman Facebooknya.

Menurut beliau senat UiTM adalah badan yang kuat dan berkecuali dan mereka yang bakal menentukan sebelum sesuatu anugerah boleh diberikan,

“Di senat ada 60 orang professor, dekan-dekan dan rektor-rektor kampus. Masing-masing bertindak secara individu. Tidak boleh lobi. (Ia) satu badan yang kuat dan independent di UiTM,” katanya.

Menurut naib canselor itu, isu itu berlaku kerana Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (Impak) UiTM terlepas pandang dan membuat hebahan mengenainya di laman web mereka.

“UiTM prihatin tentang keadaan semasa dan tidak akan terima Anugerah tersebut tanpa kelulusan Senat dan Lembaga Pengarah. Dengan penjelasan ini, saya berharap isu ini tidak akan dibesarkan lagi,” kata Sahol Hamid.

Isnin lalu, Impak pada laman webnya membuka pencalonan bagi Anugerah Ibrahim Ali kepada pelajar universiti itu yang membuktikan komitmen dan sumbangan mereka dalam memartabatkan bangsa Melayu.

Anugerah itu menawarkan RM5,000 yang ditaja oleh presiden PERKASA itu sendiri .

Selain mesti mempunyai prisip yang jelas dan konsisten, pelajar UiTM yang layak memohon juga mesti mematuhi empat kriteria.

Antaranya membantu merangsang pelajar bagi mengikuti program dan aktiviti berkaitan dengan peningkatan maruah dan martabat bangsa pelajar.

Kriteria lain adalah:

• Menjadi pemimpin persatuan yang berdaftar dengan Bahagian Hal Ehwal Pelajar & Alumni seperti persatuan kebudayaan, kesenian Melayu atau persatuan kebangsaan lain yang dianggap cemerlang dan berkesan di dalam atau di luar kampus
• Menjadi pemimpin atau jawatankuasa yang memperjuangkan bangsa dan budaya di luar kampus seperti GPMS, ABIM, PERKASA, GAPENA.
• Mendapat pengiktirafan dari badan-badan di luar UiTM

Bagaimanapun tindakan menamakan anugerah itu sempena nama pemimpin yang kontroversial itu menimbulkan rasa tidak senang hati di kalangan pelbagai pihak. -mk

VIDEO : ALLAH...INI BARU LUBANG BERAPI DI DUNIA...NERAKA YANG SEBENAR MACAM MANA LA..

VIDEO : CATATAN SEJARAH..10 KEKEJAMAN YANG PERLU ANDA TAHU YANG BERLAKU DALAM BERSIH 2.0!!

18.7.11

VIDEO SANTAI : AQAD NIKAH TERBEZZ DI ABAD INI?HAHAHA~

Lebih 2,000 iringi jenazah Dr. Lo' Lo'!!

KUALA LUMPUR, 18 Julai: Lebih 2,000 orang terdiri daripada ahli keluarga, rakyat dan pemimpin parti politik menghadiri pengebumian ahli Parlimen Titiwangsa, Allahyarhamah Dr. Lo' Lo' Mohd Ghazali di Tanah Perkuburan Islam kampung Datuk Keramat pagi tadi.


Suasana sedih dan suram menyelubungi majlis pengebumian bermula jenazah dibawa ke Masjid Al-Akram, Datuk Keramat tengah malam tadi.

Jenazah disolatkan di masjid tersebut kira-kira jam 10 pagi tadi dengan dipimpin Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum dibawa ke tanah perkuburan, diiringi ribuan yang hadir untuk memberikan penghormatan terakhir.


Rata-rata mereka yang hadir tidak dapat menahan sebak setelah jenazah selamat dikebumikan jam 11.10 pagi.

Sejak tengah malam tadi, orang ramai tidak putus-putus mengunjugi jenazah allahyarhamah yang disifatkan sebagai seorang yang sangat berdedikasi dalam menjalankan amanah sebagai wakil rakyat.

Anggota Unit Amal juga mula menjaga lalu lintas dan kawasan sekitar sejak tengah malam tadi bagi mengelakkan kesesakan di kawasan sekitar.

Anggota keluarga termasuk suami, Dr Aminuddin Abdul Hamid Karim dan anak-anak allahyarahamahberada di samping jenazah sehingga selesai dikebumikan.

Walaupun kelihatan sedih, mereka melayani pertanyaan pemberita dengan baik.


Dr. Aminuddin dengan tenang berkata, beliau redha dengan pemergian Allahyarhamah dan kagum dengan kegigihan isterinya itu menjalankan amanah walaupun terlantar di atas katil ketika sakit.




"Allahyarharmah berpesan kepada petugas-petugas pejabat khidmat masyarakat Parlimen Titiwangsa agar terus menjalankan tugas melibatkan kepntingan penduduk.

"Sehingga ke saat-saat akhir, beliau sering bertanya mengenai kawasan terutamanya isu Kampung baru yang diperjuangkan beliau," katanya.

Selain pimpinan utama PAS, turut hadir memberikan penghormatan terakhir ialah Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Naib Presiden PKR, Sivarasa Rasiah dan lain-lain.


Allahyarhamah meninggal dunia di Hopital Selayang jam 10.15 malam tadi setelah beberapa tahun mengidap barah paru-paru. -Harakah
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...