Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

14.1.11

"....yang berwarna putih itu Malaikat..yang berwarna hitam itu pula Syaitan.."


Kisah manusia yang mampu melihat alam ghaib adalah sukar untuk di terima oleh sekalian manusia pada zaman sekarang. Apatah lagi, mereka yang di lahirkan pada era teknologi yang segalanya banyak ‘meminta’ tolong akan bantuan mesin, robot dan sebagainya.

Saya akui, saya banyak berdepan dengan masalah,situasi dan kerumitan ini yang terlalu sukar untuk di ceritakan. Malah, garu kepala juga saya antara mahu percaya ataupun sebaliknya.

Namun, tentu sekali Kitabullah dan Sunnatullah punyai jawapan akan persoalan itu.
Sebenar dan hakikatnya, ia adalah kehendak Allah yang maha agung terhadap hambanya.

Terkadang ia pamerkan kepada hambanya, untuk di jadikan iktibar dan pedoman. Malah andai di rungkaikan melalui kitab-kitab sejarah tokoh Islam,tentu sahaja kita akan temui akan ‘karamah’ yang Allah kurniakan kepada mereka.

Kisah ini bukanlah mengenai tokoh Islam yang masyhur dan terkenal. Namun, mungkin manusia ini ‘majhul di dunia, namun ma’ruf di langit’.

Secara ringkasnya, 10 tahun yang lalu kisah ini di ceritakan kepada saya. Ia mengenai seorang pelajar tahfiz al-Quran, yang belajar di salah sebuah pusat pengajian tahfiz di Kedah, ‘pulang’ menemui Rabbul Jalil dalam keadaan yang penuh keamanan dan kerahmatan dari Allah swt.

Di ceritakan, detik-detik beliau sebelum menghembuskan nafas yang terakhir, amat mengharukan sesiapa yang mendengarnya. Budak yang baru berumur belasan tahun ini, di bukakan hijab oleh Allah swt untuk mengetahui detik terakhir beliau berada di alam yang fana ini.

Tentu sekali kedua ibu bapanya serta keluarganya yang tidak tahu menahu akan urusan ghaib ini pelik dan janggal akan sikap yang di tunjukkan oleh anak mereka.

Di panggil keseluruhan keluarga untuk berjumpa di ruang tamu. Seolah-olah hendak di khabarkan ‘inilah salam terakhir’ darinya untuk semua. Di ceritakan hal kebaikan kedua ibu bapanya, kemudian di cium tangan mereka tanda kasih yang tidak berbayar, yang di curahkan oleh kedua ibu bapanya terhadapnya. Kemudian, di pohon kemaafan kepada sekalian ahli keluarganya yang lain.

Tahap manakah akal manusia untuk menjangkaui akan kekuasaan Allah swt terhadap apa yang di pamerkan. Siapa menjangkakan, itulah pertemuan terakhir, seorang anak yang soleh dengan kedua ibu bapanya, sebelum meninggalkan mereka berdua buat selama-lamanya..

Kemudian, dia mengkhabarkan, akan kehadiran 2 makhluk Allah dalam pertemuan itu.

“……yang berwarna putih itu, adalah Malaikat..manakala yang berwarna hitam itu adalah Syaitan..usahlah di risaukan mak dan ayah, andai rumah kita sentiasa di bacakan Quran, tentu sekali Malaikat akan sentiasa mendampingi rumah kita..”..tuturnya sambil tersenyum dengan senyuman ‘ahli syurga’..

Lantas detik terakhir itu tiba juga. Anak yang di didik dengan cahaya al-Quran itu meminta izin untuk pergi beradu di kamar tidurnya. Perbuatan luar biasa itu, hanya mampu di pandang dengan pandangan ‘manusiawi’ sahaja..Andailah di jangkakan, itu adalah ‘adab’ yang terakhir, tentu sekali di sekat untuk ke kamarnya..

Allah itu Maha Besar lagi Maha Mengetahui akan rahsia yang terkandung dan tersimpan di dalam alam ini..

Maka, tidurlah si anak yang soleh itu buat selama-lamanya..

Hati saya kembali terharu sewaktu menukilkan cerita ini…



No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...