Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

13.9.10

KES PEMBUNUHAN SOSILAWATI : Transaksi Jutaan RM Ke Akaun Tertuduh!!

KL 13 SEPT 10: Berlaku transaksi bernilai jutaan ringgit daripada akaun Datuk Sosilawati dengan seorang suspek yang ditahan berikutan kes pembunuhan kejam jutawan kosmetik terbabit dan tiga lagi individu. Sumber polis berkata, polis tidak menolak kemungkinan berlaku kes peras ugut berikutan penemuan bukti transaksi wang ke dalam akaun bank milik suspek yang ditahan polis berkenaan sepanjang tempoh kehilangan Sosilawati bersama tiga yang lain.

“Susulan penemuan wang terbabit, semua aset dan wang milik suspek utama terbabit akan dibekukan. Polis akan menggunakan Akta Anti Pengubahan Wang Haram 2001 (AMLA) dalam usaha mengesan daripada mana sumber wang terbabit diperoleh,” katanya.

Menurutnya, polis mendapati dalang utama berstatus Datuk terbabit mempunyai kekayaan melampau. Berdasarkan maklumat, peguam terbabit sebelum ini dipercayai pernah beberapa kali berurusan dengan Sosilawati, 47, berhubung urusan jual beli hartanah termasuk terbaru membabitkan tanah di Pulau Pinang.

Difahamkan, tanah berkenaan sebelum ini dibeli Sosilawati dengan anggaran RM25 juta sebelum mahu dijual RM200 juta berikutan harga pasaran semasa yang meningkat.

“Ada kemungkinan faktor itu menyebabkan suspek ‘gelap mata’ dan merancang untuk menyapu semua wang terbabit dengan membunuh mangsa bersama tiga yang lain,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Wira Muhammad Sabtu Osman, yang ditemui berkata, polis menemui sejumlah wang dalam jumlah amat ‘besar’ di dalam akaun milik suspek utama berkenaan.

Beliau yang ditemui di Banting, semalam, berkata, berdasarkan siasatan berlaku pemindahan wang ke dalam akaun bank milik suspek dan siasatan masih dijalankan bagi memastikan dari mana sumber wang itu diperoleh. “Polis akan siasat secara rapi adakah wang terbabit diperoleh secara haram atau melalui pemerasan jenayah terhadap ramai mangsa lain sebelum ini,” katanya.

Selain itu, maklumat polis turut mendakwa Sosilawati berkemungkinan ditahan dan dibunuh suspek utama yang berang selepas mangsa enggan membawa wang tunai seperti dijanjikan pada 30 Ogos lalu. Wang yang sepatutnya dibawa seperti dipersetujui antara kedua-dua belah pihak turut menjadi punca semua mangsa ditahan sebelum dibawa ke ladang maut terbabit.

Berdasarkan maklumat diperoleh, suspek dianggap popular di kalangan penduduk sekitar Banting di sini, selain turut dikenali polis berikutan pejabat guamannya yang terletak tidak jauh dari Balai Polis Banting.

“Bagaimanapun, polis sedang menyiasat kemungkinan suspek turut terbabit dengan aktiviti gangterism selain menggunakan kaedah bakar mayat untuk menghilangkan bukit,” katanya.

Sementara itu, tiada wang tunai ditemui di tempat kejadian pembunuhan Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga yang lain walaupun sebelum ini khabar angin mengatakan jutawan itu membawa wang RM4 juta ketika menghilangkan diri.

Sumber polis mengesahkan tiada wang ditemui pihaknya selepas menahan lapan suspek termasuk suspek utama kes berkenaan, seorang peguam bergelar Datuk. Setakat ini mengikut sumber, segala urusan berkaitan wang yang dijalankan mangsa dan suspek adalah melalui transaksi bank.

Menurut sumber terbabit juga, nilai transaksi yang dilakukan lebih besar daripada nilai yang tersebar sebaik berita kehilangan jutawan kosmetik berkenaan disiarkan. (myMetro)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...