Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

12.2.12

PANAS! : NAIB PRESIDEN PKR CARI PASAL??



Tindakan Putrajaya usir kolumnis Saudi kejam, kata Surendran

[TMI] KUALA LUMPUR, 12 Feb - Naib Presiden PKR N. Surendran mengecam tindakan Putrajaya menghantar pulang kolumnis akhbar Arab Saudi Mohammad Najeeb A. Kashgari yang akan berdepan hukuman berat selepas didakwa menghina Islam dan Nabi Muhammad.

Mohammad Najeeb, atau Hamza Kashgari, yang melarikan diri dari Arab Saudi tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Khamis lalu sebelum ditahan pihak berkuasa Malaysia.

Hamza mencetuskan kontroversi selepas mengeluarkan satu kenyataan yang menghina Islam dan Nabi Muhammad melalui Twitter, yang menyebabkan kemarahan rakyat negara itu.

“Hari ini Hamza Kashgari telah dihantar pulang ke Arab Saudi oleh kerajaan Malaysia di mana dia bakal berdepan hukuman mati. Kami mengecam tindakan Kementerian Dalam Negeri dan Ketua Polis Negara kerana menghantarnya pulang untuk berdepan hukuman mati berdasarkan komen di Twitter.

“Penghantaran pulang itu menyalahi undang-undang, tidak mengikut Perlembagaan Persekutuan dan satu tindakan kejam. Tindakan itu terlalu tergesa-gesa seperti mahu mengelak daripada proses undang-undang Malaysia,” kata Surendran (gambar) dalam satu kenyataan.

Beliau menambah Mahkamah Tinggi juga telah mengeluarkan perintah sementara untuk menyekat penghantaran pulang Hamza yang berusia 23 tahun.

“Perintah itu bermakna hakim Mahkamah Tinggi telah menemui asas aduan Hamza tentang penahanan tidak sah oleh pihak berkuasa Malaysia dan penghantaran pulang juga menyalahi undang-undang. Apa alasan kerajaan untuk menghantar pulang Hamza?

"Tiada perjanjian ekstradisi antara Malaysia dan Arab Saudi dan kesalahan yang dilakukan Hamza bukan satu kesalahan yang boleh membawa hukuman bunuh di Malaysia. Tindakan itu tidak mengikut lunas-lunas perundangan dan perlembagaan,” katanya menambah ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa dan hak asasi manusia termasuk Deklarasi Hak-Hak Asasi Manusia Sedunia.

Terdahulu Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata penahanan Hamza dibuat atas permintaan pihak berkuasa Arab Saudi.

Beliau berkata penghantaran pulang lelaki itu dibuat berdasarkan perjanjanjian yang membolehkan mana-mana individu yang dikehendaki oleh sesebuah negara dihantar pulang ke negara masing-masing.

Tegas Surendran, tindakan Kementerian Dalam Negeri dan polis yang tidak memberikan maklumat tepat tentang status Hamza kepada peguam dan rakannya bertentangan dengan undang-undang.

“Maklumat penting yang dirahsiakan ini menyalahi undang-undang dan membuktikan penghantaran pulang ini telah dirancang.

“Adakah ini contoh amalan demokrasi bertaraf dunia (Datuk Seri) Najib (Razak)? Perdana Menteri mesti bertanggungjawab di atas tindakan yang menyalahi undang-undang dilakukan kerajaan dan harus menjawab persoalan ini,” katanya.

Menurut laporan media Arab Saudi, Hamza mengeluarkan laporan itu pada hari sambutan Maulidur Rasul minggu lepas dengan membayangkan seolah-olah dirinya berinteraksi dengan Nabi Muhammad dan seolah-olah kedua-dua mereka adalah sama taraf.

Hamza turut menyatakan ada sifat Nabi Muhammad yang disukai dan tidak disukainya.

Media negara itu melaporkan susulan tulisan lelaki itu, sebanyak 30,000 entri Twitter yang marah dengan laporannya dibuat dalam tempoh kurang 24 jam.

4 comments:

Anonymous said...

Apa yang dapat dikatakan Negara Malaysia ni dan hancur musnah kerana orang yang berpolitik lebih mengampu.. tolonglah orang2 bukan Islam jangan sekali-kali mencampuri hal agama Islam.. mu tak tahu duduk diam jangan kurang ajar..manusia begini tak payahlah disokong sbb teramat bodoh.

Anonymous said...

Pertamanya, NP PKR ni bukan Islam dan dungu tentang hukum hakam dan perbuatan-perbuatan yang dilarang oleh Islam. Kerja menghina dan merendah-rendahkan darjat dan martabat nabi akan melahirkan hamba yang murtad. Besar dosanya dan berat hukumannya dalam Islam.

Dah lah Surendran, ane cakap hal lain la. Ceritalah cam mana ane nak halau Melayu Islam dari Batu Caves ke .... lagi bagus.

Kalau saya ada kuasa dan diberi kuasa, ane pun saya antar pulang ke India .... mengikut kasta ane!................ poodah!

Anonymous said...

Suka sangatlah si surendrain tu ... bodoh. Ingat Malaysia ne tempat simpan penjenayah dari luar negara kah. Jangan nak campur tangan dalam hukum Islam.

Anonymous said...

Paria punya india. cheap publicity. POOOOOOrah.
macam ni kalu PKR jadi parti Kacang Reebus .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...