Ramai ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) terkejut dengan kenyataan yang dibuat oleh beberapa media dan blog kononnya Azmin Ali (foto) adalah pengasas Keadilan. Menurut sumber, kenyataan itu dibuat ketika beliau mengumumkan keputusannya untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden parti di Kota Kinabalu Sabah pada 16 September lalu. Antara lain kenyataan itu memetik “Saya bersama rakan-rakan pimpinan dan anggota-anggota parti akan berganding bahu untuk menggilap idealisme, memperkukuh kesetiaan dan memperkasa organisasi,” kata Azmin antara pengasas Keadilan dan Bekas Setiausaha Sulit kepada Anwar ketika memegang jawatan kerajaan". Susulan kenyataan tersebut, ramai "pemimpin lama" yang mengasaskan parti keadilan amat terkilan. Sebelum terbit Parti Keadilan, sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Penubuhan ini diumumkan di Markaz PAS Taman Melewar. Beribu orang datang menyatakan sokongan semasa penubuhan GERAK. Selepas itu, pendokong Reformasi tubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk menyediakan pentas perjuangan. Usaha tubuhkan parti politik untuk pergerakan Keadilan ini menghadapi jalan buntu akibat kerenah birokrasi oleh pihak Pendaftar Pertubuhan.
Gerakan Reformasi Hingga Tertubuhnya Parti
Maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti yang sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999. Melalui pengambilalihan parti Ikatan Masyarakat Islam Malaysia inilah, Parti Keadilan Nasional ditubuhkan. Selepas 1999, pada tahun 2003, cadangan supaya Keadilan bergabung dengan Parti Rakyat Malaysia berjaya dan sebuah nama parti yang baru dilancarkan, Parti Keadilan Rakyat. Pada 3 Ogos 2003 Keadilan dan PRM melancarkan Parti Keadilan Rakyat di Kuala Lumpur. Pada waktu itu Pendaftar Penubuhan masih enggan meluluskan pendaftaran parti. Maka pada Pilihanraya Umum 2004, calon-calon PRM bertanding di atas platform Keadilan. Calon tunggal yang menang ialah Presiden Parti iaitu Datin Seri Dr. Wan Azizah di Parlimen Permatang Pauh.
Parti ini sejak awal penubuhannya telah didokong oleh barisan pimpinan yang ingi membwa perubahan atau reformasi kepada sistem politik dan pemerintahan negara. Kini dengan senario dan angin perubahan yang semakin kuat melanda negara, parti ini mendapat nafas baru dengan penyertaan sebahagian besar pendokong dan pemimpin reformasi negara.
Benarkah Azmin Yang Terawal Asaskan Keadilan
Ramai yang kecewa dengan laporan mengatakan Azmin antara yang terawal mengasaskan Parti Keadilan Nasional. Padahal, nama-nama yang dipercayai terlibat dengan gerakan itu ialah seperti Zainur Zakaria, Ng Lum Yong, Dr.Mohd Nor Nawawi, Irene Fernandez, Goh Keat Peng, Saifuddin Nasution, Sahri Bahri, Johari Abdul, Dr.Mansor Othman, Khalil Shah Jamaluddin, Mohd Rafaie Abd Malek, Omar Jaafar, Kahar Ahmad, Dr.Abd Wahid Ahmad Suhaimi, Nik Aziz Nik Hassan, Yusof Abd Rahman dan Abd Rahman Yusuf. Tidak ketinggalan juga nama-nama orang lama seperti Pengerusi Perhubungan Keadilan Selangor, Dr.Ghazali Basri (foto) yang dikatakan antara yang terawal. Namun, dimanakah mereka ini semua agaknya?. Ada yang masih aktif dan ada juga yang terus menyepi sebenarnya. Justeru itu, mereka ini pasti akan terasa bila ada yang mengatakan Azmin adalah pengasas Parti Keadilan itu. Walhal, ketika awal-awal kebangkitan gelombang reformasi merekalah yang telah bertungkus lumus dan bersusah payah untuk merealisasikan perjuangan.
[Persoalannya kini sekarang, kami tidak dapat mengesahkan perkara ini. Cuma andai ada yang terkilan dengan kenyatan itu, mungkin mereka lebih tahu. Semua itu mengingatkan kita pada pagi 10 April 1999, Ballroom Hotel Renaissance, Jalan Ampang Kuala Lumpur. Hari itu bagai pesta. Segenap sudut gemerlapan sementara di lobi dan laman hotel kedengaran laungan “reformasi” dan “Allahhuakbar" sempena Pelancaran Parti Keadilan Nasional. Soalnya sekarang, ramai yang tertanya-tanya dimanakah nama Azmin Ali ketika ini. Padahal beliau adalah antara pemimpin yang paling rapat dengan Anwar Ibrahim itu sendiri. Inilah yang menimbulkan kemuskilan dikalangan ahli PKR sebenarnya. Maka itu, apakah wajar media menggambarkan Azmin yang disanjung sebagai pengasas Parti Keadilan Nasional itu agaknya?].
No comments:
Post a Comment