Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
12.10.09
SAHABAT QIRAAT...JANGAN MELENTING YE!
Sebelum Malam Gema Aidilfitri berlansung, saya sempat berbual bersama dengan Ustaz Othman Hamzah al-Muqri’, Imam Besar Masjid Negeri Selangor yang dalam proses menghabiskan MA beliau di Universiti Mu’tah.
Kesempatan bersama dengan ‘orang lama’ dan juga tokoh Qurra’ di Malaysia, tidak saya lepaskan untuk melontarkan pelbagai persoalan.
Seronoknya, beliau tidak lokek mahupun kedekut untuk berkongsi pengalaman yang pernah di lalui, samaada sewaktu bergelar mahasiswa Qurra’ di Shoubro, Imam Besar di Masjid Negeri, mahupun kini di Mu’tah, Jordan.
Gaya ‘orang lama’ bercakap dan menjawab segala persoalan penuh dengan seni. Seni yang saya kira perlu di tuntut oleh ‘orang baru’. Bukankah betapa ramai ‘orang baru’ yang mahukan perubahan, anjakan paradigma yang ‘bombastik’ dan seangkatan waktu dengannya tanpa mengira seni kehidupan, seni bertutur dan segala seni yang hampir dibuang kerana fikrah yang kononya kehadapan.
Kerana lupanya akan seni inilah melahirkan ‘orang baru’ yang sombong dan bongkak dengan ilmu yang baru setitis dari seluas laut yang terbentang.
Bukankah ini melambatkan kemenangan Islam serta tanggapan salah kepada mereka yang ingin mendekati Islam itu sendiri.
Hurmmmm…..
Malam itu, saya sempat bertanyakan kepada Ustaz Othman. Ketika beliau belajar di Shoubro, adakah beliau sempat bertalaqqi bersanad dengan Masyayikh yang ada di situ.
Beliau menjawab sambil bercerita yang beliau tidak mempunyai sanad bacaan Quran sehingga ke Rasulullah.
Yang ada padanya hanyalah sekadar sanad Quran secara hafazan yang beliau perolehi dari Syeikh beliau sahaja. Ini kerana Syeikh yang beliau bertalaqqi terkenal dengan ‘syadidnya’ terhadap bacaan Quran!
Dan ketika itu juga, pelajar Malaysia tidaklah ramai. Di era 80 an hanya bilangan kecil sahaja yang melanjutkan pelajaran di situ berbanding kini.
Beliau menyatakan, oleh kerana sebab itu, Syeikh tidak mempunyai masalah untuk menumpukan se’syadid’ yang mungkin terhadap anak muridnya.
Kerana hasil dengan pendekatan sebegitulah, lahirnya mereka yang hebat dan tawadhuk seperti beliau..
Juga tidak sama dengan sekarang, jangka masa menghabiskan pelajaran di situ adalah selama 4 tahun ketika itu berbanding dengan 3 tahun hari ini.
Di celah-celah perbualan dan persoalan yang saya lontarkan, beliau sempat ‘ mengetuk’ saya akan sikap yang perlu di kikis dan pendekatan yang menjadi barah kepada golongan Qurra’ ( pelajar Malaysia yang mengambil bidang Quran di Shoubro terutamanya..) ketika ini.
Sambil menyatakan kritikan secara terbuka, beliau menyatakan, “ Tentu sekali ana mempunyai hak untuk mengkritik segelintir golongan Qurra’ ini kerana ana juga adalah sebahagian daripada mereka!”.
“ Ana juga lepasan Shoubro. Kalau tidak salah ana, ana adalah generasi ke 3 disitu. Cumanya, mungkin kondisi, situasi dan keadaan semasa yang membuatkan lahirnya golongan sebegini”.
Beliau menyatakan bahawa, bagus andai ketika belajar, pelajar-pelajar mencari sanad bacaan Quran khususnya secara hafazan dengan Masyayikh yang hebat-hebat.
Namun yang tidak bagusnya, bilamana sanad yang di perolehi sehingga ke Rasulullah itu membuatkan empunya diri ‘terasa bagai Malaikat’ yang tidak punyai dosa dan salah dalam bacaan.
Beliau menceritakan bahawa ramai golongan sebegini yang telah beliau temui. Malah keadaan ini baginya adalah menyusahkan umum, bahkan menyusahkan diri sendiri.
Bagi golongan sebegini, semua orang yang menjadi imam atau tidak mempunyai sanad adalah salah dan tak layak memimpin jemaah dalam solat.
“ Ana yang dah jadi Imam Besar Masjid Negeri pun pernah kena.”
“ Ye la, mungkin bacaan kita salah baginya, sebab bacaan kita tak sama dengan bacaan yang dia perolehi secara bersanad dari syeikhnya.”
“Tak apalah kalau sembahyang lima waktu. Kalau dia tak nak sembahyang dengan kita pun dia boleh sembahyang sorang-sorang dekat rumah ke atau sebagainya”.
“ Tapi kalau sembahyang jumaat macamana? Takkan dia nak sembahyang sorang-sorang kot..nak tak nak, dia kena sembahyang secara berjemaah juga.”
“ Inilah masalahnya, dia belajar hanya bahagian Qiraat sahaja. Bahagian Fikh atau Usul Fikh dia tak belajar. Hasilnya lahirlah golongan sebegini.”
“Ye, mungkin bacaan seseorang itu salah dari segi tajwid atau tak ada sanad macam dia. Dari segi tajwid mungkin salah, tapi tidaklah sampai membatalkan sembahyang. Ini yang mereka tak faham!”
Yang betul…hanyalah Dia!!
Adush….pedihnya saya dengar..
Saya pun tidaklah mahu komen panjang. Sekadar menukilkan perbualan saya dengan Ustaz Othman sebagai muhasabah bersama.
Sahabat-sahabat Qiraat, jangan melenting ye!!
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
dok logik lasung kalu dok melenting...
apa2 pun, dijemput ke blog ambe untuk melihat komen terhadap posting saudara ni...
syukran...
Post a Comment