Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

18.1.12

TULISAN PANAS BY DR MUJAHID YUSUF RAWA : HASSAN ALI DAN PARASIT!!


18 JAN — Memecat ahli dalam mana-mana parti politik adalah suatu perkara yang lumrah kerana perlembagaan parti memperuntukkan satu bab penting iaitu tentang disiplin parti, tanggungjawab ahli dan kuasa-kuasa yang ada pada Presiden untuk melaksanakan tugas memelihara kepentingan parti.

Mungkin yang menjadikan ia suatu isu ialah kedudukan dalam parti ahli yang dipecat, selain dari itu pemecatan atau penggantungan atau amaran lisan adalah tindakan-tindakan yang normal dalam suasana sesebuah parti politik. PAS tidak terkecuali dari norma organisasi ini dan apa yang berlaku kepada Datuk Hasan Ali adalah sebahagian daripada rencah-rencam kehidupan sebuah organisasi politik.

Jikalau kita menyusuri sejarah PAS, tindakan disiplin selalu berlaku atas beberapa cetusan antaranya ialah permasalahan yang dihadapi di peringkat cawangan dan kawasan atau negeri, lazimnya ia berlaku atas kapasiti konflik individu lawn individu. Ada juga tindakan disiplin diambil atas dorongan kelompok tertentu tidak mematuhi keputusan-keputusan yang dibuat dan cuba membawa fahamannya tersendiri di peringkat kawasan atau cawangan, konflik ini dikenali sebagai kumpulan vs kumpulan.

Di peringkat atasan selalunya konflik berlaku di atas sebab-sebab yang lebih strategik seperti tidak bersetuju langkah-langkah strategi yang diambil oleh parti dan selalunya dikaitkan keputusan strategi yang diambil dengan pertembungan kepentingan dasar utama parti. Alasan-alasan yang diberi akan menyinggung soal prinsip parti yang dilihat tergugat serta diperincikan alasan-alasan tersebut dengan tuduhan-tuduhan wujudnya kelompok tertentu dalam parti yang cuba menguasai kepimpinan.

Amat menarik untuk diberi perhatian bahawa semasa Datuk Mohd Asri Hj Muda dipecat dan beliau merupakan Presiden PAS ketika itu, isunya ialah soal strategik juga di mana Asri mempertikaikan penguasaan parti itu dikatakan didalangi oleh kumpulan radikal yang terpengaruh dengan revolusi Iran dan PAS telah menjadi radikal tersasar dari landasan PAS ketika itu.

Apa yang gagal difahami oleh Asri ketika itu ialah PAS sedang melalui proses pembaharuan fikrah Islam yang lebih jelas dan transformasi PAS menjadi Gerakan Islam yang melihat kesyumulan perjuangan dan bukan sahaja di medan siyasah. Kegagalan Asri ketika itu memahami tuntutan semasa dan masih dalam kepompong lamanya menyebabkan kritikan dan penentangannya kepada perubahan ini dibayar dengan harga yang mahal apabila PAS ketika itu sudah bersiap sedia memperkemaskan dirinya dalam bentuknya yang baru ketika itu.

Corak dan riak-riak pemecatan Hasan hari ini saling tidak tumpah seperti yang dilalui oleh Asri, kegagalan Hasan memahami realiti transformasi politik PAS hari ini yang berusaha untuk menyesuaikan dirinya dalam perkembangan-perkembangan terkini menyebabkan Hasan menjadi mangsa jerat mindanya sendiri.

Hasan juga gagal menghayati dinamika PAS yang hingga hari ini mampu terus bernyawa walaupun telah melalui berbagai cabaran untuk PAS sampai pada tahapnya hari ini. Alasan Hasan bahawa PAS telah lari dari perjuangannya, sama sahaja nada yang pernah disebut oleh Asri seketika dahulu, bezanya Asri menuduh PAS dikuasai radikal Iran, Hasan menuduh adanya golongan Parasit dalam PAS yang “meraikan” rakan lebih daripada perjuangan parti. Semua gara-gara pendekatan politik PAS memilih untuk tidak bersama Umno dan meneruskan agenda usaha Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional hari ini.

Pengaruh Asri sudah tentulah jauh lebih besar dari Hasan, siapalah Hasan berbanding dengan Asri dalam PAS dan kerana itu pemecatan Asri diikuti dengan kumpulan 13 yang lain di mana hampir separuh daripadanya adalah merupakan AJK PAS Pusat. Ini tidak termasuk kawasan-kawasan lain mampu dipengaruhi Asri.

Adapun Hasan, katanya dalam seminggu lagi akan ada penyokong-penyokongnya dari PAS yang akan bersamanya, namun saya agak skeptikal kerana seperti mana yang saya sebutkan siapalah Hasan yang mampu mengumpul orang di belakangnya? Kalau orang-orang Perkasa atau Umno entahlah?

Arus bawah yang mendasari bibit-bibit krisis ini ialah kocakan-kocakan yang sebenarnya menandakan kemunculan PAS yang lebih terkini mendepani perubahan lanskap politik semasa. Saya kira bukan Hasan sahaja, siapa yang gagal memahami kemunculan ini dalam bentuknya yang begitu laju dan dinamik pasti akan terjerat dalam perangkap minda masing-masing.

Dan sememangnya tidak pelik jikalau Umno akan kipas isu PAS lari dari perjuangan (seperti mana mereka lakukan ke atas Ustaz Nakhaie Hj Ahmad yang masih bercakap dengan nada yang sama) kerana Hasan adalah alat terbaik yang dapat menjalankan tugas-tugas Umno khusus bagi cover up isu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari baru baru ini.

Seperti kes Asri, walaupun ada sedikit kocakan tetapi krisis ketika itu memberi peluang kepada PAS untuk mencipta kemunculan baru dalam bentuk kepimpinan ulamak yang telah melakarkan pencapaiannya tersendiri.

Seperti biasa PAS akan terus mantap kerana sudah menjadi penerimaan umum ahli PAS bahawa pemimpin datang dan pergi namun perjuangan ini tetap akan meneruskan cita-citanya. Seperti lirik lagu PAS yang berbunyi “....suburlah hidupnya dan pasti berbuah...”

10 comments:

PenganutPAS said...

apa khalid pegang exco agama ???
khalid yang mintak maaf pada pastor DUMC lebih alim dan arif dari wakil rakyat PAS .
Makin suburlah Islam liberal di selangor.
Tahniah kepada elizebeth wong kerana dapat menguasai portfolio agama.
Mantap sangat lah tu .....pegang portfolio hal ehwal melayu .... kan cakap islam lebih utama dari melayu

Anonymous said...

kenapa? apakah ada hasad dengki dalam diri manusia sehingga ada yang cuba menyuarakan ketidak puasan dalam hati mereka. bertindak dengan bijak jangan membuat sebarang andaian dan fitnah kerana Islam tidak mengajar umatnya berperilaku sedemikian. Tulisan Dr, Mujahid ada benarnya...dan saya sokong.

JAKA said...

umno memang selamanya dengki dan busuk hati..sebab dah makan tahi(umno penang) dan dah bela lembu.

kesemua itu elemen2 busuk kan....sesuailah dgn umno yg busuk hati perut limpa somsom tulang.

takkisah siapa exco yg khalid nak letak di selangor....

ASALKAN JANGAN LETAK USTATTTT(BUKAN USTAZ) YANG ROMPAK PINJAM(ISTILAH BARU) DUIT ZAKAT UTK BUAT KERJA FASIK(LAWAN QAZAF) UDAH LAAA.

amin

hussin said...

"Semua gara-gara pendekatan politik PAS memilih untuk tidak bersama Umno dan meneruskan agenda usaha Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional hari ini."

ungkapan mujahid di atas adalah yang termahal sekali. itu yang bersuara yb mujahid. hassang ali dan nasharudin mat isa. yang senyap yang bahaya, entah apa2 rancangan depa. kerja hassang ali dan nasha ni mungkin ada kaitan dengan depa. di kelantan heboh nik abduh akan bertanding di dun cempaka tempat ayahanda. takkan nak jadi mb terus kut, ganti ayahanda. jangan ikut umno. tapi yang mesra umno bukan gheti...

Anonymous said...

thanks atas ulasan dr mujahid..

PAs harus teruskan perjuangan untuk terus membenamkan umno/bn dari malaysia...

pada zaman pak lah dulu umno/bn hampir menang keseluruhan dan kelantan hampir2 jatuh di tangan umno.. ada umno nak bising untuk jemput pas bekerjasama dgn umno?...

bila umno/bn kalah teruk dlm sejarah baru terhegeh2 nak jemput pas bekerjasama demi perpaduan melayu dan islam kononnya....
kenapa? umno di tolak oleh rakyat kerena umno dah tak mampu menjaga melayu dan agama islam? secara tidak langsung umno mengiktiraf pas adalah parti yg sekarang di beri kepercayaan oleh rakyat untuk menjaga melayu dan islam... maka di umpanla hassan ali dan nasha ni untuk jadi duri dalam daging...

sudah la umno...kamu dah tak de isu untuk berhadapan dengan rakyat so gunakan la isu perkauman...isu fitnah moral anwar...dsbnya... rakyat dah muak dengar benda2 yg tak berfaedah tu...rakyat mahu tahu apa yg umno dah buat selama 50 tahun memerintah.. jgn jadikan isu perkauman dan isu moral anwar untuk menutup pekung di dada....

Anonymous said...

Camar Putih;

Kadang-kadang aku rasa wala' dan tsiqah yang banyak orang sebut tu cuma hipokrit saja. Sebab bila dia duduk atas, minta orang wala'. Tapi bila duduk bawah, buat roadshow bantah. Hipokrit saja geng ni.

Boleh siarkan tulisan Khalid smaad tak: http://www.khalidsamad.com/2012/01/thiqah-wala-dan-road-show.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+KhalidSamad+%28Khalid+Samad%29

leman mail said...

Salam, mungkin anda tidak tahu siapa Mujahid. pengarang yang pandai berbicara dan bijak mengalih isu sebagaimana mentornya DSAI. Apa kaitan Mujahid dengan DSAI? Kenapa bukunya yang anda angkat sebagai sesuatu yang sangat bernilai itu tidak diterima oleh TGNA dan mencampakkannya apabila Mujahid keluar dari bilik? Mujahid juga seorang dari anasir parasit yang bakal ditelanjangkan oleh ramai ahli PAS sendiri bukan sahaja Dr Hassan. Yakinlah PAS sekarang sedang mengalami perubahan untuk menuju liberalisma bawaan PKR supaya mudah diserap ke dalam PKR satu hari nanti. Inilah perancangan asal para parasit ini. Masih buta? Sila buat kajian menyeluruh, bukan hanya mengikut telunjuk mereka yang pandai berkata-kata seperti Mujahid, Khalid dan Saari. Ulama bakal kehilangan kerusi jika parasit ini tidak dibanteras. Jangan asyik salahkan orang lain. UMNO dijadikan alasan untuk parasit melepaskan diri. Apabila TGHH dan TGNA disingkirkan nanti baharu nak mengelabah. Jadilah pejuang yang bukan sahaja berani tetapi juga bijak. Bukan pejuang yang hanya mengikut arus.

Anonymous said...

Buduhnya Leman ni. Kamu tu berapa hari masuk Pas? Mujahid ni anak kepada Mursyidul Am Pertama Pas merangkap pengasas kepimpinan ulama'. Dia adalah anak lelaki tunggal. Sebelum terlibat politik, dia jaga perpustakaan ayahnya dan terlibat dengan NGO Islam. Yang jaga tarbiahnya adalah Ustaz Yahya Osman. Hang ni berpa kali jumpa Tok Guru dan alim ulama' sampai begitu sekali prasangka?

Anonymous said...

aku sokong ang leman...

Anonymous said...

pada aku leman ni cerdik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...