Seketika waktu, saya teringat akan satu perkongsian yang merengut jiwa dan fikiran saya untuk berfikir, bukan untuk sejenak, tapi untuk selamanya..
Ceramah yang diadakan di rumah Persatuan Mahasiswa Syria mengundang seorang bekas aktivis mahasiswa Universiti Malaya untuk berkongsi pandangan serta pengalaman yang pernah beliau lalui.
Menariknya, latar belakang akademik beliau bukanlah berorientasikan agama. Namun jiwa beliau dekat dengan cahaya itu, membuatkan beliau hadir seketika untuk memperhambakan dirinya bertalaqi ilmu di Syria.
Malam itu, beliau di jemput untuk berkongsi pandangan serta pendapat yang cukup kritikal buat kebanyakkan sahabat yang bermusafir di dataran ilmu itu.
Seperti kebiasaan, sekali lagi saya terpaksa menadah telinga serta mengosongkan jiwa dan perasaan dari di kaburi sifat ‘mencebek’ nasihat orang lain agar ia mengalir lancar ke setiap aliran darah dalam tubuh badan saya.
Positifkan diri.
Relakskan diri.
Kerana diri sendiri yang mampu mengubah segalanya.
Sahabat UM yang kalau tidak salah saya ketika itu masih bercuti dari sidang redaksi majalah ‘famoust’ Mastika, mengutarakan satu persoalan yang mencabar minda ‘syariah’.
Andaian yang di lontarkan bagi saya adalah tepat dan benar.
Beliau membayangkan, seandainya golongan agamawan yang saban tahun lahir dari kilang Universiti yang majornya adalah syariah dan usuluddin bergerak seiring dengan apa yang di pelajari, nescaya banyak masalah dapat diselesaikan sedikit demi sedikit.
Beliau mengandaikan bacaan mahasiswa yang ‘lahir’ dari kantung orientasi agama, dari dalam dan luar negara sebanyak 20 ribu orang!!
Bacaan ‘cincai’ andai kata taburan mahasiswa di baca mengikut level parlimen di Malaysia :
Parlimen Malaysia = 222 tempat
Mahasiswa ( bidang agama ) = 20 ribu
Taburan mahasiswa dalam bidang agama yang ‘berkeliaran’ di kawasan parlimen untuk setahun :
1 parlimen = 90 orang ( mungkin lebih )!
Beliau menyatakan, andai analisis yang di buat selama 10 minit adalah sebegitu untuk tahun 2008, inikan lagi andai di tambah dengan jutaan mereka yang ‘merempat’ dan ‘bermadu kasih’ setelah tamat belajar dari zaman ‘Revolusi Iran’ meletus!!
Hasil yang nampak di peringkat parti, NGO mahupun sebagainya, mungkin hanya 30% mereka yang aktif, persoalannya, di mana baki 70 % lagi??
Ini yang membingungkan…
Cerita kita, mereka watakkan..
Umpama filem dan drama. Saya fikir, tentu sahaja pengarah mahupun produser pening andai hasil ‘hero’ dinikmati oleh ‘watak sampingan’.
Masakan tidak, watak dan jalan cerita yang sepatutnya di nikmati pujian dan perhatian oleh ‘hero’ menjadi terbalik.
Saya kira, mungkin susah kejadian sebegitu wujud dalam dunia perfileman mahupun drama. Mungkin ada, tapi tidak banyak kot..
Namun, keadaan sebegitu wujud dan menular dalam pentas persembahan ‘agamawan’.
Realiti itu yang perlu di telan.
Saya kira tentu ramai yang ‘pening lalat’ andai di beri peluang untuk menjadi juri dalam hal ini.
Masakan tidak, saban kali dalam membicarakan watak agama untuk di realitikan, ia di sambut dari pentas yang lain.
Saya tidak kata mereka meniru mahupun menciplak, tetapi saya kira, mereka adalah golongan yang menghargai apa yang di perolehi dan di pelajari.
Lihat sahaja pelajar yang mengambil dari jurusan kedoktoran, engine, mahupun jurusan profesional yang lain, ramai di kalangan mereka ‘mewatakkan’ diri hasil lucutan watak yang di tanggal oleh golongan agamawan.
Betapa ramai di kalangan mereka yang mempunyai sikap ‘pedulisme’…
Betapa ramai di kalangan mereka yang mahu mengislahkan diri dengan mengikuti program tarbiah dan islah ketika di alam kampus..
Betapa ramai juga di kalangan mereka yang menghargai persatuan adalah salah satu ‘stand’ untuk belajar hidup bermasyarakat..
Segalanya, andai hendak di banding dengan mereka yang ‘menganuti mazhab syariah’, maka banyak perkara yang kita ‘malu muka’ dengan mereka.
Maka tidak hairanlah, ramai yang ‘menguncupkan’ diri dari pentas dakwah dan islah, hasil ‘tarbiah’ diri ketika di alam kampus yang mereka sendiri menyusun skripnya.
Mari Kita Kembali Semula..
Berat rasanya tanggungjawab apabila Allah mengurniakan peluang mencari harga diri di rantau orang.
Rasanya mencengkam di lubuk nurani..
Setiap kali tetamu yang hadir bertandang, tentu sekali menyarungkan dialog..
“ Kamulah yang akan menjadi rujukan masyarakat akan datang..Maka berlajarlah mencari ilmu sebanyak mungkin..Belajarlah bermasyarakat, agar kelak kamu tidak kaget apabila kembali di medan yang sebenar..”
Dan saya masih ingat nasihat yang di lontarkan oleh bekas aktivis mahasiswa yang kini menjadi ‘think thank’ yang hebat dalam arena politik..
“ Masyarakat menanti antum semua untuk mengisi vakum dakwah yang masih banyak kekosongan..”
Inilah cerita hidup antara kita.
Mahu atau tidak, kita harus menakhodainya.
Marilah kita bersama kembali dengan ‘nafas yang baru’! Sarungkan kembali apa yang telah di tanggalkan!
Cerita kita, mari kita watakkan kembali!!
No comments:
Post a Comment