Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

22.10.09

EGM PAS : BISIKAN JAHAT UNTUK TOK GURU



Saya yakin dan pasti, ini bukan lahir dari pengetahuan sebenar Tok Guru Nik Abdul Aziz. Dan saya juga optimis, ini juga adalah sebahagian kerja-kerja bodoh yang di buat dan di lakukan di sebalik tabir yang di atur dengan sebaik mungkin bagi menjatuhkan Tuan Presiden serta timbalan beliau.


Cadangan Tok Guru agar Pas juga menjejak langkah MCA dengan mengadakan EGM bakal mengegarkan lagi rumah tangga Pas.

Dengan mengambil kritikan Dr Aziz Bari sebagai kayu ukur, agenda di sebalik tabir ini cukup memuaskan langkah dengan menjadikan sekali lagi Tok Guru Nik Aziz sebagai juru cakap bagi mereka yang menjadi ‘think tank’ di sebalik tabir ini.

Saya cukup hairan dan pelik. Apa yang menjadikan mereka cukup tidak berpuas hati dengan Tuan Presiden serta timbalannya?

Benar, isu UG adalah lontaran idea dari Tuan Presiden. Tapi saya yakin dan pasti, betapa ramai kalangan mereka ini tidak cukup memahami dan mengetahui apa diingini di sebalik lontaran idea itu.

Yang pastinya, mereka tetap memainkan gendang bahawa pimpinan tertinggi Pas seperti Tuan Presiden, timbalan, Setiausaha Agung, Pesuruhjaya Pas Selangor serta yang lain lagi adalah Pro kepada Kerajaan Perpaduan antara Pas+UMNO.

Maka tidak hairanlah, di kalangan orang yang mula mengambil langkah mem ‘postingkan’ artikel Tok Guru adalah MP Shah Alam sendiri!

Inilah yang menjadi masalah kepada pimpinan dalam Pas itu sendiri. Ada di kalangan mereka yang masih terikat dengan pemikiran IRC mahupun Alammi diangkat menjadi orang penting dalam parti.

Maka tidak hairanlah wujudnya ‘makhluk-makhluk’ dalam Pas itu sendiri yang terlalu mendewakan Anwar Ibrahim berbanding ‘Bos’ mereka.

Malah ada yang tidak segan silu menyalahkan pimpinan tertinggi Pas secara terbuka di media massa mahupun di laman maya.

Apa pun, kenyataan Tok Guru Nik Aziz sudah terukir dalam laman mayanya.

Maka seronoklah para wartawan menyusun rentak dan langkah bagi melagakan pimpinan tertinggi Pas.

Justeru itu, sedarlah para pemain wayang belakang tabir dalam Pas.



Andai rosak gerakan Islam ini di sebabkan kamu, maka jawablah kamu nanti di hadapan Allah!!

Kerana wujud orang seperti kamulah, kemenangan Islam sentiasa menjadi lambat dan rosak!!

14 comments:

aku dr amin said...

mungkinkah tanpa sedar kita salah seorang yang merosakkannya

aku dr amin said...

saya yakin ini bukan lahir dari pengetahuan sebenar tok guru: adakah tok guru baru setahun jagung dalam politik. tepuklah dada. kenallah siapa dia tok guru nik aziz. andai benar ada keihklasan dihati jika ingin benar melihat islam akan berkuasa dimalaysia. andai tidak sia sia segala perjuangan

Anonymous said...

slm..saya rs sahabat d atas kurang mengikuti perkembangan semasa..apa pun egm adalah satu cdanagn yg amat merugikan pada pas..

Anonymous said...

saya yakin dan prcya EGM adalah jalan terbaik buat PAS utk kmbali mmenangi hati seluruh pihak dan utk Islam semestinya...kepimpinan berkualiti pemangkin kegemilangan Ummah..Takbir!

PEKAN GUEST HOUSE said...

knp along kata egm suatu bisikan jahat?

Anonymous said...

http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/10/luahan-mat-rempit-pas-jangan-pandang.html

http://saynotomunafiqeen.blogspot.com/2009/10/pesakit-kencing-manis-potong-kaki-demi.html


hmm....PAS memang berpenyakit sekarang ni. nak taknak kita kena akui...memang perlukan kepada satu muktamar khusus. muktamar haritu pun sebenarnya masih ramai yg tak puas hati atas "pemilihan ustaz nasha" sebagai timbalan presiden...saya sendiri pun tak puas hati..malahan..majoriti blogers2 pun tak puas hati..

amandamai said...

salam

nta ni gaya menulis macam pas tu dalam tangan nta lak. ulasan dangkal nta tu terlalu menampakkan ketaksuban nta terhadap satu puak ke atas puak yg lain

nta berani create nama MP shah alam. ape jadi lak kalo org len create nama MSo? nta punya ulasan konnya nak salahkan orang lain merosakkan jemaah dan islam, then tulisan nta tu kan ke salah satu dari faktor kerosakan tersebut?

nta duk dalam satu geng, nta tibai satu geng lain. geng tu pun nanti tibai nta balik. senang2 nta cakap jela nta taksub kat 'bos' n timb bos..nta damn tgna..kan senang. baru hebat kefahaman nta ttg jemaah

- nasha jmpa umno dalam gelap
- hj hadi nak bergabung ngan umno guna nama arab
- hasan ali buat kontroversi2 yg memburukkan kerjasama pakatan

semua tu ang tak nampak sebagai perosak jemaah...??

jwb sket nk tgk

Anonymous said...

ana rasa x sesuai anta kluar isu ni.
klu pn ia satu pandangan peribadi.
org knal sape anta.
ana x rasa pandangan kritikal ini perlu di publish kn.
wallahualam.
berfikirlah pjg sblm bertindak.
takut2 kita yg jd PEROSAK DLM JEMAAH.
ayat anta dulu.

Anonymous said...

Slm ..baca ini..http://tehranifaisal.blogspot.com/

PEKAN GUEST HOUSE said...

saya rasa saudara2 yg beri kmen pn kna tapis kmentar tu..kte kate org len pro sblh pihak tp kte yg bg kmen pn mcm pro pihak sblh sana..ni ap crita?hikmah la sket saudara..kte bwa aset islam..malu kalau org label islam mcm2 hnya sbb kejelekan kita..sy pn rse egm satu bnda yg perlu jgak..igtla..kte bkn nk wala' fanatik or taqlid..tp kte pk cara tbek nk agkt islam..kte nk rombak kpmpinan bkn bmkna kte buang kpmpinan sdia ada..tp kte nk islam tlksana pd org yg lbih faqih n ahli..kpmpinan plak knala trime dgn hati tbuka..cntohi shbt2 nabi yg aggp jwtn sbnrnya bkn 1kbgaan bg mrk..tp beban tberat..dan bila jwtn diberi terima dgn rse tggjwb..so ble ad pmhmn mcm ni xdela rse diri tu diaibkn sbb jwtn bkn sgla2nya..kte pk kpntgn bsama..bersatulah!!jgn mudah melatah ble ad kritikan luar..terima..tu tnda ada org menyayangi kta..utk islam jugak..

Abu Bakar Bin Mohamad Noor said...

Mereka dah ditarbiyyah begitu..Selamanya begitu

pikiaqbagielok said...

slm..jgn layan sgt budak2 yg xtahu hal dalaman pas, diorg ni ikut luaran jer..xpon set2 penyokong 'aliran pemikran' irc dan alammi..bkn sumer org xth, set2 ni yg dok dlm pimpinan dalam pas la yg nak menguasai pas..pastu gn tok guru nik aziz sbg juru ckp..mmg hebat!!aku pon heran dan pelik sgt,yg diorg xsk sgt dgn tok guru hj hadi ngn u.nasa pasal pa?kalau la pasal isu UG, yg diorg dok hentam dua org tokoh pimpinan tertinggi pas tu, diorag taw ka apa yg presiden mksdkan??haaa..tlg jawab ckit!! sekoq pon xpi tny presiden pasai isu tu..kalu tny pon awat xpublish kat media mcm depa dok hntam presiden sblm ni!!haa jwb!!walaupun tok nik aziz dok asyik hentam 2 org pimpinan tertinggi pas, tp aku yakin sbb hj hadi ngn u.nasa xbalas sbb depa taw ni hasil hasutan kaki pencacai anwar ibrahim!! spa dia??husam, khalid samad, n da geng!!cb hangpa pikiaq, takkan pasai kritikan aziz bari trus tok bising..ni kes nak tutup pasai husam tumbuk orang la ni..heran..heran..kalah baru skali kat bagan pinang, menang byk kali, bising mcm nak rak rmh..pastu slh kan org len..tu kes merost undi kat manek urai, xkan nak sorot kot??isssshhh...memang pas dlm proses pembersihan la ni..kalu la pas buang hj hadi ngn u.nasa, aku rasa pas la parti yg paling rugi dalam sejarah gerakan islam kat m'sia..u.nasa sanggup letak jwatan sbg pensyrah sbb wala' kat allahyarham u.fadil noor yg suh dia pgg jawatan su agung waktu tu..hj hadi jgn ckp la..ikhwan muslimin pernah jemput dia jd mursyidul am IM, tp dia tolak coz nak tumpu kat pas..ish..ish..jahat sggh set2 ni!!

amandamai said...

bodo piang pny pikiaqbagielok

lu ni budak taski ke taska? lu cakap takde bukti beb. mana dia bukti tok guru dipergunakan org? bahlol. tok guru nik aziz bukan baru semalam duk dalam pas. lu ni ahli nom berapa bagi gua cek. ntah2 lu pun bukan ahli pas macam gua..wakaka

brader, husam tumbuk exco tu citer fitnah mso. tu biar dia jawab sndiri kat akhirat. lu nak join saham dia sekali ke?

pasal ug, lu nak salahkan org hentam hj hadi n nasa sebb tak pegi tanya dia sndiri, wei mangkuk. lu orang semua orang pikir macam lu? lu ingat semua yg sokong pas tu pendokong ke? bilangan pendokong ngan penyokong mana lagi ramai? lu memang pru undi pendokong ke penyokong?

bhai. bukan smua yg undi pas tu berbai'ah. bukan smua leh paham macam otak hadi n nasa. skit sebanyak, tindakan h1n1 tu mencetuskan kecurigaan dalam pas, ape lagi yg duk undi pas. lu ingat pengundi pas tu ahli pas je ke?

pakatan rakyat konon. kelab penyokong pas konon. pas for all konon. walhal tikam belakang, berunding gelap ngan umno.

lu ngan tuan blog ni akal lebih kurang je. main hentam tanpa fakta. sape nk hentam komen aku ni silakan. aku hit balik

Anonymous said...

kejatuhan empayar islam itu sendiri dari awal umayyah hingga uthmaniyah adalah kerana pemimpin mereka sendiri......tak tahu la dunia kini...
adakah tiada seorang khalifah pun yang dapat menaungi umat islam???????

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...