Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
25.4.11
24.4.11
PAS : APABILA AZIZ BARI MENYERANG HAJI HADI..
Cerita Dr Aziz Bari mengkritik TGHH menjadi panas seminggu dua ini. Siapa tidak kenal Dr Aziz Bari, seorang pensyarah UIAM yang lantang dan berani mengeluarkan pendapat dalam arena politik di Malaysia. Selalunya, beliau ‘rajin’ me ‘sniper’ kerajaan dengan pelbagai lontaran pedas dan masin. Namun, saya rasakan mungkin beliau sedikit beralih angin untuk menggacah PAS terutamanya,mungkin bagi menyatakan ..”..Aziz Bari sudah datang!!..”ngeeee:)
Bagi saya, kritikan dan menuduh adalah biasa dan lumrah bagi sunnah di alam ini. Nak nak lagi bab politik. Apa-apa pun boleh terjadi.
Kritikan dan tuduhan Aziz Bari yang di tujukan secara khusus kepada TGHH telah di jawab oleh ramai pimpinan PAS, terutama yang paling lantang bersuara datang dari Dewan Pemuda. Ceritanya mudah, orang yang berani mengkritik, dia juga harus berani di kritik. Itu sifir mudah dalam bahasa kritikan.
Adalah perkara biasa mana-mana pertubuhan politik ,apabila pemimpin mereka di kritik atau di lempar dengan pelbagai tuduhan, akan ada pemimpin yang lain mem ‘back up’ dan bangun mempertahankannya. Bukankah itu adalah tugas ‘wajib’ yang tak perlu di ajar di dalam dewan kuliah.
Cerita samaada itu adalah ampu mahupun bodek, bagi saya ia adalah cerita lain. Yang pentingnya, apabila pemimpin mereka ‘di sentuh’, mereka akan pertahankan. Saya melihat, ini adalah situasi biasa dan tidak ada apa yang harus di pelikkan. Hatta sirah Rasulullah mencatatkan, bagaimana sahabat bangun ingin membunuh pencaci-pencaci Rasulullah.
Jadi tidak ada yang pelik pon apabila Dewan Pemuda dan pemimpin-pemimpian PAS yang lain bangun mempertahankan TGHH apabila di serang oleh Aziz Bari. Tak kan mempertahankan pemimpin sendiri pon tak boleh. Orang Kelantan oyak..”..beghat la gini..”
Saya umpamakan TGHH seperti seorang ‘ayah’ kepada pemimpin dan ahli PAS yang lain.
Cuba kita bayangkan, kita adalah seorang anak kepada seorang ayah yang sedang di kritik terang-terangan di depan mata. Adakah kita hanya sekadar ‘mempersilakan’ dan menyambut dengan senyuman yang manis lagi menawan tanpa bangun mempertahankan ayah kita walau sepatah?
Wahh..itu namanya ‘anak yang kurang mendapat ajaran’..
So, langkah yang di buat oleh Dewan Pemuda dan pemimpin PAS yang lain ibarat seorang anak yang baik, yang apabila di rotan di punggung, satu badan menggigil. Anak yang baik lagi, dia akan menyimpan rahsia dan kisah silam ayahnya, sebaik yang mungkin agar tidak di ketahui oleh umum. Andai di ketahui pon, seorang anak yang baik, dia akan cuba menjernihkan keadaan, agar ayahnya tidak di pijak-pijak oleh orang luar yang tidak tahu hal rumah tangga, yang berlaku di dalam rumah.
Ayah mana yang tidak pernah membuat kesilapan dalam membina rumah tangga yang sempurna dan baik. Tinggal lagi, bantuan dari anak-anak yang tinggal serumah untuk bersama-sama menggelokkannya.
Lain la andai anak-anak yang hidup dan tinggal serumah mempunyai agenda lain dengan orang luar untuk memburuk-burukkan ayah sendiri. Ini bab lain la..
Tapi yang kasihannya di lihat pula apabila Aziz Bari yang tidak mempunyai ‘rumah’, terkapai-kapai mempertahankan diri apabila di tuduh sebagai agen DSAI oleh bekas pemimpin PKR. Saya rasakan, andai Aziz Bari punyai ‘rumah’ sendiri, tidaklah beliau keseorangan. Tentu ramai yang mempertahankannya.
Inilah lumrah alam. Bukankah Aziz Bari menuduh TGHH sebagai Liabiliti kepada PAS. Tak sampai seminggu, beliau pulak mendapat tuduhan.
Apa yang kita bagi, itulah yang kita dapat…Sabor je lah Aziz oii..
19.4.11
TGHH LIABILITI TERHADAP PAS : DPPWP KECAM AZIZ BARI!!
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. Jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.
Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, dibawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008. Malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004. Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti diseluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS dibawah Presiden.
Tuduhan Aziz yang turut mengatakan bahawa Presiden menjadi punca kegagalan PAS memenangi mana-mana kerusi di Sarawak juga amat dangkal. Lainlah jika PAS sebelum ini pernah menang di Sarawak dan kemudiannya kalah semua kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Pilihanraya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tapi kali ini PAS bertanding 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.
Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September. Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai Profesor atau sekadar mengantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.
Nampaknya beliau sengaja mengkambing hitamkan Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca.
DPPWP menasihatkan agar Aziz tidak memalukan golongan ahli akademik yang selama ini bercakap atas fakta dan kajian yang lebih berfakta. Jika beliau tiada modal untuk bercakap baik diam sahaja dari terus melalak seperti orang bijak yang kelihatan kurang bijak mengunakan ilmunya.
DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS diatas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004.
Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan
17.4.11
14.4.11
13.4.11
GAMBAR SERTA RAYUAN SEORANG PRESIDEN UNTUK PRN SARAWAK..
Rayuan Presiden PAS kepada rakyat Sarawak
Saya percaya bahawa sudah tiba masanya untuk seluruh pengundi di Sarawak, yang mengandungi berbagai resam budaya dan etnik, agama, untuk bersama dengan PAS dan Pakatan Rakyat bagi melakukan satu perubahan yang jelas dalam pilihan raya kali ini dengan satu mesej yang paling jelas, iaitu : Marilah Kita Berubah Dengan Menolak Barisan Nasional (BN) Dalam Pilihan Raya Kali Ini.
Cukuplah negeri Sarawak yang kaya dengan hasil bumi ini dipergunakan oleh BN selama puluhan tahun dengan meminggirkan rakyat sejak sekalian lama.
Janji dan rasuah politik oleh BN sepanjang tempoh pilihan raya ini akan terus diulang-ulang oleh pemimpin BN untuk mereka mengekalkan kuasa dan seterusnya mengumpulkan kekayaan untuk diri mereka sendiri.
Akhirnya nasib rakyat masih tidak berubah sejak puluhan tahun ini. PAS akan memastikan konsep Federalisma terus dipelihara, dan perpaduan kaum akan menjadi keutamaan di negeri Sarawak ini.
PAS merayu kepada pengundi di Sarawak untuk memilih calon dari PAS dan Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kali ini. PAS akan memastikan wakil rakyat dari PAS nanti akan berkhidmat dengan penuh dedikasi kepada rakyat, membawa aduan dan suara rakyat ke Dewan Undangan Negeri Sarawak untuk melakukan sau perubahan bersama rakyat Sarawak.
Sekiranya menang di DUN Beting Maro, Sadong Jaya, Tanjung Datu, Muara Tuang dan Sebuyau dalam pilihanraya kali ini, PAS akan memastikan kawasan ini dibela dengan menjadikan DUN ini sebagai kawasan contoh di Malaysia, di mana seluruh petugas PAS akan menyumbang tenaga secara langsung di sini nanti.
Di sinilah nanti PAS akan menunjukkan contoh Keadilan Islam Untuk Semua Golongan di negeri Sarawak tanpa mengira anutan agama dan keturunan. Itulah sebenarnya wajah Islam yang ingin kami bawa.
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang
Presiden PAS.
Subscribe to:
Posts (Atom)