Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
27.10.09
26.10.09
24.10.09
TAHNIAH BUAT SAHABAT PMRAM DI MESIR..MOGA ALLAH MERAHMATI KALIAN!!
Saya tumpang gembira dan bangga atas keberjayaan sahabat-sahabat di Mesir kerana akhirnya dapat menganjurkan program gilang gemilang; Majlis Pembacaan Kutub Sittah.
Allah memang merahmati kalian!!
Saya rasa umum rakan-rakan serta sahabat-sahabat mahasiswa luar khususnya, amnya di dalam negara mengetahui jerih perit sahabat-sahabat PMRAM untuk menjayakan majlis ilmu yang cukup hebat ini.
Walaupun ia telah berlalu beberapa hari yang lalu, tetapi saya optimis dan yakin bahawa sahabat-sahabat yang bertungkus lumus serta yang mengikuti program tersebut tentu sahaja merasakan ia bagaikan mimpi yang indah anugerah dari Allah!
Cemburu benar saya dengan kalian!
Moga Allah merahmati kalian atas keberjayaan bersama para ulama’ yang zuhud lagi masyhur di seantero dunia.
Moga spirit yang kalian cetuskan bagi menjayakan ‘konsert ilmu’ itu, terbias buat kami..
Tahniah buat kalian semua!!
22.10.09
EGM PAS : BISIKAN JAHAT UNTUK TOK GURU
Saya yakin dan pasti, ini bukan lahir dari pengetahuan sebenar Tok Guru Nik Abdul Aziz. Dan saya juga optimis, ini juga adalah sebahagian kerja-kerja bodoh yang di buat dan di lakukan di sebalik tabir yang di atur dengan sebaik mungkin bagi menjatuhkan Tuan Presiden serta timbalan beliau.
Cadangan Tok Guru agar Pas juga menjejak langkah MCA dengan mengadakan EGM bakal mengegarkan lagi rumah tangga Pas.
Dengan mengambil kritikan Dr Aziz Bari sebagai kayu ukur, agenda di sebalik tabir ini cukup memuaskan langkah dengan menjadikan sekali lagi Tok Guru Nik Aziz sebagai juru cakap bagi mereka yang menjadi ‘think tank’ di sebalik tabir ini.
Saya cukup hairan dan pelik. Apa yang menjadikan mereka cukup tidak berpuas hati dengan Tuan Presiden serta timbalannya?
Benar, isu UG adalah lontaran idea dari Tuan Presiden. Tapi saya yakin dan pasti, betapa ramai kalangan mereka ini tidak cukup memahami dan mengetahui apa diingini di sebalik lontaran idea itu.
Yang pastinya, mereka tetap memainkan gendang bahawa pimpinan tertinggi Pas seperti Tuan Presiden, timbalan, Setiausaha Agung, Pesuruhjaya Pas Selangor serta yang lain lagi adalah Pro kepada Kerajaan Perpaduan antara Pas+UMNO.
Maka tidak hairanlah, di kalangan orang yang mula mengambil langkah mem ‘postingkan’ artikel Tok Guru adalah MP Shah Alam sendiri!
Inilah yang menjadi masalah kepada pimpinan dalam Pas itu sendiri. Ada di kalangan mereka yang masih terikat dengan pemikiran IRC mahupun Alammi diangkat menjadi orang penting dalam parti.
Maka tidak hairanlah wujudnya ‘makhluk-makhluk’ dalam Pas itu sendiri yang terlalu mendewakan Anwar Ibrahim berbanding ‘Bos’ mereka.
Malah ada yang tidak segan silu menyalahkan pimpinan tertinggi Pas secara terbuka di media massa mahupun di laman maya.
Apa pun, kenyataan Tok Guru Nik Aziz sudah terukir dalam laman mayanya.
Maka seronoklah para wartawan menyusun rentak dan langkah bagi melagakan pimpinan tertinggi Pas.
Justeru itu, sedarlah para pemain wayang belakang tabir dalam Pas.
Andai rosak gerakan Islam ini di sebabkan kamu, maka jawablah kamu nanti di hadapan Allah!!
Kerana wujud orang seperti kamulah, kemenangan Islam sentiasa menjadi lambat dan rosak!!
21.10.09
ADA LAGI YANG LEBIH 'SETAN'!!
Kejam dan tidak berperikemanusiaan apabila seorang lelaki Afrika didakwa sanggup mendera, merogol dan meliwat anak kekasihnya yang baru berusia tiga tahun sehingga kanak-kanak itu menemui ajal.Malah, kekasih wanita terbabit yang juga seorang janda berusia 24 tahun tergamak bersekongkol dengan warga asing itu apabila sanggup berbohong dengan mereka cerita kononnya anaknya mati akibat didera pembantu rumah.Bagaimanapun, siasatan polis mendapati fakta dalam keterangan diberikan wanita yang bekerja sebagai setiausaha itu meragukan sebelum merumuskannya sebagai pembohongan apabila mendapati wanita terbabit tidak pernah menggaji pembantu rumah yang didakwa melarikan diri sejurus selepas tragedi menyayat hati itu.Sumber polis berkata, wanita rakyat tempatan itu dikesan menjalinkan hubungan dengan lelaki Sudan terbabit sejak beberapa bulan lalu.
Menurutnya, lelaki warga asing itu sebelum ini memasuki Malaysia menggunakan visa pelajar dan menuntut di sebuah kolej swasta di ibu kota.
“Bagaimanapun, lelaki berusia 24 tahun itu hanya belajar sebulan sebelum tinggal bersama kekasihnya iaitu wanita warga tempatan di sebuah kondominium di Batu 9, Kajang.“Difahamkan, lelaki Afrika terbabit tinggal serumah dengan wanita tempatan itu yang mempunyai seorang anak perempuan berusia tiga tahun hasil perkahwinannya sebelum ini,” katanya.Menurutnya, lelaki terbabit yang kerap diminta menjaga kanak-kanak terbabit dipercayai sering memukul selain merogol dan meliwat mangsa terutama ketika ibunya tiada di rumah kerana keluar bekerja pada waktu siang.“Namun, pada 12 Oktober lalu, ibu mangsa yang pulang ke rumah jam 9 malam terkejut apabila mendapati anak perempuannya koma dengan keadaan tubuh tidak bermaya.“Wanita terbabit segera membawa anaknya untuk mendapatkan rawatan di Hospital Kajang, namun mangsa dilaporkan mati akibAaat kecederaan serius terutama di kepala,” katanya.Menurutnya, wanita terbabit yang membuat laporan polis susulan kematian anaknya, mendakwa kanak-kanak perempuan itu mati akibat didera pembantu rumahnya.“Menurut wanita itu, pembantu rumahnya bagaimanapun melarikan diri sebaik dia pulang ke rumah sejurus kejadian. Namun, polis mula mengesyaki sesuatu tidak kena apabila siasatan mendapati suspek tidak pernah menggunakan khidmat pembantu rumah asing.“Malah, rasa curiga semakin kuat apabila hasil bedah siasat pihak hospital menemui kesan kecederaan pada kemaluan mangsa selain kesan sama pada dubur dipercayai akibat diliwat. Malah, tubuh dan muka mangsa dipenuhi kesan luka lama dan baru dipercayai akibat dipukul dengan teruk,” katanya.Menurutnya, polis yang menyedari berlaku kes pembunuhan kejam terhadap mangsa bergegas ke kediaman suspek pada 13 Oktober lalu bagi melakukan pemeriksaan lanjut.“Hasil beberapa bukti diperoleh, polis menahan pasangan kekasih terbabit sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang untuk siasatan lanjut.“Setakat ini, kedua-dua suspek mengaku melakukan penderaan terhadap kanak-kanak terbabit yang membawa kepada kematiannya,” katanya.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood mengesahkan kejadian pembunuhan itu namun enggan mengulas lanjut.“Perbuatan berkenaan amat kejam dan tidak berhati perut terutama terhadap kanak-kanak yang tidak tahu apa-apa. Pihak polis akan melakukan siasatan secepat mungkin bagi memastikan individu yang melakukan jenayah itu mendapat hukuman setimpal,” katanya.Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan reman sehingga Ahad ini dan disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.
*Sumber berita daripada Harian Metro bertarikh 02 Zulqaedah 1430/21 Oktober 2009
**********************************************************************************
Hanya Allah sahaja yang layak menunjukkan jalan pulang buat seorang manusia yang bergelar ‘IBU’..
Tentu sahaja Syaitan akan mengatakan..”Ish..Ish..Ish..aku ingatkan aku dah Setan, rupanya ada lagi yang lebih setan dari aku!!”..
Sahabat-sahabat…
Tanggungjawab kita terlalu banyak…
Ini cebisan tragis kehilangan keprimanusiaan di Malaysia..
Siapa lagi yang mampu menyedarkan rakyat untuk kembali kepada Allah??
Renungkanlah….
19.10.09
MEMBUMIKAN USRAH DI DATARAN SYUHADA'!
Dataran Mu’tah adalah dataran yang tersimpan sejuta satu perasaan, memori, sejarah dan rahsia yang pastinya terlalu sukar untuk di ungkapkan dengan kata-kata mahupun tulisan.
Di sinilah bukti dan saksi gugurnya 3 panglima perang yang teramat masyhur dalam kanvas sejarah.
Sejarah menukilkan awalnya Zaid bin Harithah yang memegang panji Islam tetapi beliau telah gugur syahid.
Galang ganti untuk meneruskan perjuangan yang seterusnya amat menyusuk kalbu akan hati-hati yang cintakan Islam.
Ja’afar bin Abi Thalib yang memegang panji telah menggadaikan kedua-dua belah tangannya lantas pergi jua menemui cinta abadinya yang amat di rindui..
50 kesan panahan aduwallah yang terdapat pada tubuh beliau juga adalah bukti kecintaan yang tidak berbelah bahagi yang telah beliau jual demi menegakkan syariatullah di atas muka bumi ini..
Akhirnya, Abdullah bin Rawahah menerajui kepimpinan sahabat-sahabatnya. Janji manis syahid yang termaktub dalam kalamullah menjadi pembakar semangat yang tiada sesiapapun yang mampu untuk memadamkannya.
Lantas..beliau juga turut menjejaki langkah 2 orang sahabatnya yang tercinta..
Maka novel perjuangan itulah yang terus menerus menularkan semangat kepahlawanan bagi sesiapa jua yang menumpang kasih di sini..
Bumikan Usrah Di Dataran Ini..
Peristiwa sedih dari UKM amat menyuntik semangat dan perasaan saya. Walaupun ia telah berlalu hampir beberapa bulan, namun kisah dan peristiwa itu tetap terpahat di dada ‘orang UKM’ bahawa wujudnya klon-klon Gamal Abdel Nasir di bumi UKM khususnya, amnya di Malaysia itu sendiri.
Saya cuba mengajak sahabat-sahabat yang ‘menganuti aliran Syariah dan Agama’ untuk berfikir sejenak.
Tidakkah kita merasai bahawa usrah itu umpama permata yang hilang dari jiwa kita?
‘Usrah’ kerap kali datang bertandang di teratak kita, namun usahkan menyambutnya, mempelawa masuk ke dalam hati pun sudah kita tidak sudi..
Akhirnya, ia berteduh di pohonan yang lain.
Maka kita dapat saksikan, mereka yang bukan ‘aliran agama’ yang teramat menghargai ‘tetamu’ yang bernama ‘usrah’ itu..
Tidakkah kita malu pada jiwa dan semangat agama yang ada pada kita?
Malah ada juga segelintir dari kita yang memandang sinis akan ‘power’ yang ada pada usrah itu.
Masakan tidak, doktrinisasi jahat dan pelik yang meresapi dan menghasut terus menerus memainkan aluan dan dendangan hasil ciptaan Gamal Abdel Naser puluhan tahun yang lalu.
Saya akui, adakalanya perjalanan usrah itu sendiri tidak mengikuti zamannya. Malah terkadang salah langkah dan plot yang di susun oleh naqib itu sendiri, menjauhkan ahli usrah untuk mendekatinya.
Namun, apalah kira dan salahnya andai kita semua ‘memperbaharui’ dan ‘meg up to date kan’ usrah mengikut rentak yang boleh di terima ramai.
Kita yang memberi semangat, galakan, pandangan yang membina dan sebagainya bagi menjadikan usrah sebagai medan yang terbaik bagi menyatukan hati-hati mereka yang cintakan Islam.
Kerana kita faham Islam. Kita faham syariah dan agama. Dan kerana kita belajar agama untuk di tegakkan di atas muka buminya, bukan untuk sekadar bermain di bibir dan ‘mulut busuk’ kita sahaja!
Tidakkah kita mengetahui, asbab lagu dan lirik ciptaan ‘syaitan bertopengkan manusia’ itulah yang telah membunuh pahlawan agama, as-Syahid Hassan al-Banna!
Yang telah menghumbankan ribuan ikhwan seagama kita dalam kancah penderaan yang tidak masuk dek akal!
Maka apakah kita juga adalah salah seorang pewaris yang mahu mewarisi tangan dan hati yang busuk dan jijik bagi melenyapkan semangat kepahlawanan di dataran ini??
Mencari Spirit yang hilang..
Walaupun sejuta tahun perancangan musuh Allah yang jelas mahupun yang bertopengkan ‘batman’ ataupun ‘joker’ mahu menghapuskan ‘nurrullah’, namun ia adalah satu perancangan yang teramat sia-sia.
Maka sia-sia jugalah orang yang mewarisi topeng itu..
Lantaran itu, marilah kita bersama bumikan usrah di dataran syuhada’ ini!!
Biar jutaan tahun akan datang, bukan seorang yang bakal lahir sebagai Zaid bin Harithah..bukan juga seorang sahaja yang bakal ‘tercipta’ seperti Ja’afar bin Abi Thalib mahupun Abdullah bin Rawahah…
Bahkan, asbab usrah inilah, ia bakal lahir jutaan pejuang untuk tika ini, dan selama-lamanya!
Bersama Membumikan Usrah Di Dataran Syuhada’!!
12.10.09
SAHABAT QIRAAT...JANGAN MELENTING YE!
Sebelum Malam Gema Aidilfitri berlansung, saya sempat berbual bersama dengan Ustaz Othman Hamzah al-Muqri’, Imam Besar Masjid Negeri Selangor yang dalam proses menghabiskan MA beliau di Universiti Mu’tah.
Kesempatan bersama dengan ‘orang lama’ dan juga tokoh Qurra’ di Malaysia, tidak saya lepaskan untuk melontarkan pelbagai persoalan.
Seronoknya, beliau tidak lokek mahupun kedekut untuk berkongsi pengalaman yang pernah di lalui, samaada sewaktu bergelar mahasiswa Qurra’ di Shoubro, Imam Besar di Masjid Negeri, mahupun kini di Mu’tah, Jordan.
Gaya ‘orang lama’ bercakap dan menjawab segala persoalan penuh dengan seni. Seni yang saya kira perlu di tuntut oleh ‘orang baru’. Bukankah betapa ramai ‘orang baru’ yang mahukan perubahan, anjakan paradigma yang ‘bombastik’ dan seangkatan waktu dengannya tanpa mengira seni kehidupan, seni bertutur dan segala seni yang hampir dibuang kerana fikrah yang kononya kehadapan.
Kerana lupanya akan seni inilah melahirkan ‘orang baru’ yang sombong dan bongkak dengan ilmu yang baru setitis dari seluas laut yang terbentang.
Bukankah ini melambatkan kemenangan Islam serta tanggapan salah kepada mereka yang ingin mendekati Islam itu sendiri.
Hurmmmm…..
Malam itu, saya sempat bertanyakan kepada Ustaz Othman. Ketika beliau belajar di Shoubro, adakah beliau sempat bertalaqqi bersanad dengan Masyayikh yang ada di situ.
Beliau menjawab sambil bercerita yang beliau tidak mempunyai sanad bacaan Quran sehingga ke Rasulullah.
Yang ada padanya hanyalah sekadar sanad Quran secara hafazan yang beliau perolehi dari Syeikh beliau sahaja. Ini kerana Syeikh yang beliau bertalaqqi terkenal dengan ‘syadidnya’ terhadap bacaan Quran!
Dan ketika itu juga, pelajar Malaysia tidaklah ramai. Di era 80 an hanya bilangan kecil sahaja yang melanjutkan pelajaran di situ berbanding kini.
Beliau menyatakan, oleh kerana sebab itu, Syeikh tidak mempunyai masalah untuk menumpukan se’syadid’ yang mungkin terhadap anak muridnya.
Kerana hasil dengan pendekatan sebegitulah, lahirnya mereka yang hebat dan tawadhuk seperti beliau..
Juga tidak sama dengan sekarang, jangka masa menghabiskan pelajaran di situ adalah selama 4 tahun ketika itu berbanding dengan 3 tahun hari ini.
Di celah-celah perbualan dan persoalan yang saya lontarkan, beliau sempat ‘ mengetuk’ saya akan sikap yang perlu di kikis dan pendekatan yang menjadi barah kepada golongan Qurra’ ( pelajar Malaysia yang mengambil bidang Quran di Shoubro terutamanya..) ketika ini.
Sambil menyatakan kritikan secara terbuka, beliau menyatakan, “ Tentu sekali ana mempunyai hak untuk mengkritik segelintir golongan Qurra’ ini kerana ana juga adalah sebahagian daripada mereka!”.
“ Ana juga lepasan Shoubro. Kalau tidak salah ana, ana adalah generasi ke 3 disitu. Cumanya, mungkin kondisi, situasi dan keadaan semasa yang membuatkan lahirnya golongan sebegini”.
Beliau menyatakan bahawa, bagus andai ketika belajar, pelajar-pelajar mencari sanad bacaan Quran khususnya secara hafazan dengan Masyayikh yang hebat-hebat.
Namun yang tidak bagusnya, bilamana sanad yang di perolehi sehingga ke Rasulullah itu membuatkan empunya diri ‘terasa bagai Malaikat’ yang tidak punyai dosa dan salah dalam bacaan.
Beliau menceritakan bahawa ramai golongan sebegini yang telah beliau temui. Malah keadaan ini baginya adalah menyusahkan umum, bahkan menyusahkan diri sendiri.
Bagi golongan sebegini, semua orang yang menjadi imam atau tidak mempunyai sanad adalah salah dan tak layak memimpin jemaah dalam solat.
“ Ana yang dah jadi Imam Besar Masjid Negeri pun pernah kena.”
“ Ye la, mungkin bacaan kita salah baginya, sebab bacaan kita tak sama dengan bacaan yang dia perolehi secara bersanad dari syeikhnya.”
“Tak apalah kalau sembahyang lima waktu. Kalau dia tak nak sembahyang dengan kita pun dia boleh sembahyang sorang-sorang dekat rumah ke atau sebagainya”.
“ Tapi kalau sembahyang jumaat macamana? Takkan dia nak sembahyang sorang-sorang kot..nak tak nak, dia kena sembahyang secara berjemaah juga.”
“ Inilah masalahnya, dia belajar hanya bahagian Qiraat sahaja. Bahagian Fikh atau Usul Fikh dia tak belajar. Hasilnya lahirlah golongan sebegini.”
“Ye, mungkin bacaan seseorang itu salah dari segi tajwid atau tak ada sanad macam dia. Dari segi tajwid mungkin salah, tapi tidaklah sampai membatalkan sembahyang. Ini yang mereka tak faham!”
Yang betul…hanyalah Dia!!
Adush….pedihnya saya dengar..
Saya pun tidaklah mahu komen panjang. Sekadar menukilkan perbualan saya dengan Ustaz Othman sebagai muhasabah bersama.
Sahabat-sahabat Qiraat, jangan melenting ye!!