6 tahun yang lepas, ketika saya mengikuti program Prostar, saya pernah di tanya dengan soalan cepu emas. Ketika itu kumpulan saya menjadi pembentang dan saya salah seorang yang di taklifkan untuk bercakap.
Saya menyatakan pendirian peribadi bahawa golongan pelajar yang di label sebagai ‘nakal’, golongan bermasalah, ‘jahat’ dan pelbagai lagi label yang negative patut di beri peluang kepada mereka untuk berubah.
Semua lapisan perlu bekerjasama. Dan ketika itu saya nyatakan, golongan yang sepatutnya menunjukkan satu sifat pengharapan kepada mereka dan menjadi penunjuk jalan ‘keluar’ adalah golongan pendidik itu sendiri!
Saya ditanya oleh AJK yang bertaraf Cikgu, adakah saya sendiri sanggup untuk mendampingi golongan seperti itu?
Saya nyatakan, itu sudah pasti!
Tunjukkan mereka ‘jalan pulang…’
Secara jujurnya, tiap kali saya melihat anak muda yang berpeleseran yang mungkin sebaya dengan saya atau lebih muda, tiap kali itu jugalah saya melihat satu kerugian yang cukup besar di abaikan.
Pernah saya berkongsi impian dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Berkongsi strategi dakwah dan islah untuk generasi akan datang.
Andai suatu hari nanti saya mampu untuk mempunyai ternakan lembu dan kambing, mempunyai kolam ikan dan sebagainya, maka saya mempunyai impian untuk mengambil golongan sebegini untuk bekerja dengan saya.
Bekas penagih dadah.
Mat rempit.
Budak yang di buang sekolah.
Anak-anak jalanan.
Kerana saya yakin dan percaya mereka juga manusia biasa. Perlukan cahaya kepercayaan dan harapan untuk menjalani kehidupan seterusnya.
Dosa lepas yang mereka ukirkan dalam kehidupan terdahulu tidak sepatut dan seharusnya dijadikan kayu ukur untuk mereka terus dibiarkan dalam kehidupan yang penuh kegelapan.
Pada saya, mereka perlu dibimbing. Mereka perlu ditunjuk ‘jalan pulang’ yang betul.
Terkadang saya kesal, kerana tiap kali golongan sebegini hendak berubah, maka tiap kali itu jugalah mereka dihina dan di pandang sinis.
Masyarakat membuang mereka lantaran dosa yang saya yakin terkadang mereka sendiri tidak mahu untuk melakukannya.
Maka penutupnya, kita dapat saksikan betapa ramai anak melayu yang beragama islam ‘sesat’ dalam ‘ekspidisi’ merentas belantara dunia ini.
Golongan pimpinan dan orang politik terus dengan dunia mereka.
Golongan cerdik agamawan dan ‘terlebih cerdik’ terus dengan kekecohan pendapat yang tiada penghujungnya.
Golongan pintar Mahasiswa dan ‘terlebih akal’, terus dengan dunia dan pentas aksi idealisme mereka.
Maka terkadang kita dapati, mereka yang ‘tersesat’ ini kadang-kadang tidak ditemui dalam kamus perjuangan ‘orang-orang yang hebat’ ini.
Kerana terkadang juga, ‘golongan orang-orang hebat’ ini telah meninggalkan mereka ini di pertengahan jalan.
Maka mereka terus tersesat..Tiada orang yang mahu menghulurkan bantuan pada mereka..Tiada orang yang mahu menunjuki ‘jalan pulang’ pada mereka..
Berikanlah mereka peluang..
Saya berkesempatan untuk melawat sekolah lama saya dahulu. Tempat jatuh bangun saya dalam menuntut ilmu dan membina jati diri.
Pada saya, walau saya ‘dilahirkan’ dari sekolah agama rakyat yang biasa, jauh di ceruk bukit, tidak terkenal dan sebagainya, ia langsung bukan menjadi suatu alasan untuk saya menjadi seorang yang gagal dan buntu.
Kerana disitu jugalah saya belajar mengenal jiwa manusia.
Pernah ketika sewaktu saya menjadi pelajar di situ, saya cuba menjiwai apa yang di fikirkan oleh pengetua sekolah saya.
Ketika itu saya pelik, kenapa budak yang bermasalah pengetua sekolah menerima sebagai pelajar disitu. Malah budak-budak yang di buang sekolah juga, pengetua menerima mereka.
Malah ada satu ketika, budak yang pernah terlibat dengan ‘black metal’ juga, pengetua sekolah menerima kehadiran dengan hati yang terbuka.
Waktu itu, tentu yang letihnya adalah kepimpinan asrama. Mana tidaknya, dikepung sini jangan merokok, sana pulak yang berasap.
Memang meletihkan..
Tetapi di situlah saya membina pengalaman dan skill memimpin dan mendekati budak-budak yang sebegini.
Namun mungkin ketika itu saya tidak betah dan matang dalam menghadapi golongan sebegini.
Waktu itu saya tewas dalam meletakkan harapan pada mereka..
Masa menginjak ke waktu seterusnya.
Sebelum saya menjejakkan kaki ke bumi DQ, saya berpeluang untuk memakai gelaran ‘pendidik’.
Dan ketika cuti sem juga saya terus menyangkut gelaran itu di bumi SAR itu.
Dan kini saya balik bercuti dari Jordan, saya terus tidak jemu untuk berbakti pada sekolah yang cukup berjasa pada saya.
Saya bertemu dengan budak-budak sebegini lagi.
Kini, saya lebih berani mendekati mereka.
Saya lebih cuba sedaya upaya menjiwai jiwa ‘celaru’ mereka.
Dan saya sudah berani meletakkan harapan pada mereka.
Kerana tiap kali saya berbicara dengan mereka, tiap kali itu jugalah saya dapati ada ‘cahaya’ yang samar dalam jiwa mereka.
Pernah sekali, budak yang boleh saya kategorikan sebagai nakal, menangis di hadapan saya ketika saya berbual dengannya.
Dia cukup mahu berubah. Mahu mendalami ilmu agama dengan lebih baik. Mahu membaca al-Quran dengan elok dan sebagainya.
Cuma terkadang tidak di beri peluang kedua buatnya.
Gelaran nakal menjadi jajaan buat guru-guru. Bila keadaan sebegitu, timbul perasaan dan jiwa, aku mungkin di lahirkan sebegini.
Ini yang membuatkan saya terkilan dengan sikap dan peranan yang di mainkan oleh segelintir pendidik.
Merekalah yang sepatutnya membantu pelajar-pelajar sebegini.
Mereka yang sepatutnya menanam jiwa tarbiah pada golongan pelajar tanpa mewujudkan kasta diantara sesama pelajar.
Saya pernah berbual dengan salah seorang tenaga pendidik di sekolah saya yang juga pernah mengajar saya.
Saya katakan, bahawa pelajar-pelajar ini umpama sedang mencari pedoman dan jalan yang sesuai untuk mereka lalui.
Maka sudah pasti tiap kali mereka berjalan pasti tersasar dari landasan yang sebenar.
Kerana jiwa mereka masih kurang mendalami dalam menentukan mana yang satu betul dan salah.
Maka sudah tentu golongan yang paling berautoriti dan layak dalam membantu mereka kembali ke landasan mereka yang sebenar adalah pendidik selain ibu bapa itu sendiri..
Maka usahlah dibiarkan mereka terkapai-kapai sendirian.
Benar mereka membuat salah. Tapi usahlah di hukum mereka dengan tidak memberi peluang kepada mereka untuk berubah.
Bantulah mereka..Berikanlah mereka peluang untuk berubah..
Akhirnya..
Tentu sekali saya ingin katakan golongan sebegini adalah pelapis untuk kepimpinan masa akan datang.
Jauh dari sisi pandangan yang lain, mereka ini adalah permata yang cukup berharga pada Islam.
Maka bimbinglah mereka..tunjukkanlah ‘jalan pulang’ buat mereka..
Kerana kita dan mereka adalah sama sahaja… Manusia biasa..
4 comments:
salam awis..
pendek kata, 95% about your present itu betul dan mencapai persetujuan ana, nice artikel:
1. the main problem kepada daie adalah mind setting yg negatif kepada mad'u..sebab itulah mad'u yg mengharap sesuatu terus dijauhi.
2. dunia dakwah sekarang adalah bersifat susun atur stratergi dan 'mendahulukan sikap pendekatan' juga disebut sebagai memenangi hati mad'u.
3. pendekatan boleh berubah asal saja prinsip dikekalkan. pendekatan yg 'memilih bulu' inilah yg menjadi punca keserabutan kepada daie.
4. another problem, daie hanya nampak kesalahan dan terus melablekan bahawa individu2 tertentu tak akan langsung boleh diubah, INI SALAH!!
5. diulang sekali lagi, bahawa pendekatan itu amat-amat-amat penting dalam arena dakwah,kerna itu telah terbukti yg nabi mampu mengIslamkan orang dengan dakwah bil Hal (pendekatan).
6. terakhir, seperti yg enta katakan, PELUANG, PELUANG dan PELUANG untuk mereka berubah dan diubahkan..
nice artikel!. teruskan berdakwah!
yg benar,
AFIQ (jordan)
agree with. pantai pn blh brubah. inikan manusia yg punya hati dan akal. this goes the same... hrp ramai akan bc artikel nie, ubah mind set dan beri peluang. sama2 tlg mrk. xrugi pon. ntah2 mereka lbh suci dr kita.
keep writing=)
salam membaca...dan salam ramadhan kareem!
bagusla nta buat post pasal benda ni..at least adala kesedaran suma pihak utk sama2 tolong insan2 yang perlukan bantuan dlm mencari hidayah ALLAH.betul x apa yg ana cakap ni?mereka berhak dibimbing!bkn dibiarkan!mereka berhak dibantu!bukan ditinggal dan diperlekehkan....
salam perjuangan sahabatku.
walau tidak pernah bersua, namun hati terasa terpaut dengan insan bernama uwais qarni ini.
Teruskan perjuangan, Malaysia menanti pulang para pejuang bumi Anbiya' utk meneruskan agenda dakwah, tarbiah dan siasah..
Doakan juga ana disini..
Tg Abd Ghafar B Tg Ahmad
Bakal Cg Biologi
Post a Comment