Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

14.4.09

"CINTA ASAP" SEORANG USTAZ.


Memang tidak dapat di nafikan, penangan rokok pada golongan yang merinduinya amat hebat! Seingat saya, sewaktu di beri kesempatan untuk mengutip ilmu di bumi Syria, amat susah untuk bertemu dengan orang melayu yang menghisap rokok di khalayak ramai.
Saya tak dapat nafikan wujudnya ‘perindu’ sebegini di sana. Tapi seingat saya, hendak menunjukkan ‘kerinduan’ mereka pada ‘cinta asap’ ini di hadapan umum, tidaklah saya ketemui di hadapan mata. Mungkin sifat ‘malu-malu penguin’ masih menebal di usus perut pencinta ilmu di sana. Agaknya la..

Hakikatnya, inilah masalah yang terkadang timbul rasa hairan dan pelik dalam diri saya..Mana tidaknya; saya cukup yakin dan optimis, umumnya teramat mengetahui bahawa bahayanya ‘cinta asap’ ini. Dari segi saintifiknya dan segala yang berkaitan dengan kesihatan, tidaklah lansung di temui akan kebaikan yang boleh di banggakan. Malah ia adalah salah satu cara yang amat terbaik untuk mereka bertemu dengan ‘pegawai Mungkar dan Nangkir’!

Firman Allah taala yang bermaksud :

“ …janganlah kamu mencampakkan diri kamu ke jalan kebinasaan..”
( surah al-Baqarah : juz 2, ayat 195 )

Saya kurang pelik seandainya golongan yang mengatakan bahawa mereka tidak pernah menemui ayat sebegini dalam al-Quran adalah mereka yang bukan berlatar belakangkan agama. Tapi yang menjadikan saya pelik bin hairan, bilamana ‘ustaz-ustaz’ yang mengambil jurusan syariah, di tambah lagi dengan takhasus usuludin atau fikh wa usul, sesat jalan dalam al-Quran!

Ish…..!!tiap-tiap hari masuk kuliah, dengar syarahan dari Dr., di top up lagi dengan gelaran ‘hafiz’ pada nama atau bacaan Quran harian ( itupun kalau baca.. ), tambah lagi bacaan zikir, kuasa dua lagi dengan bacaan matsurat, ditambah dengan di bahagikan lagi dengan berdegak-degak cakap tentang perjuangan Islam itu dan ini, takkan tidak pernah berjumpa dengan hukum ‘cinta asap’ ini! Habis ‘lekeh’ pun pernah dengar la tentang kenyataan Dr. Yusuf al-Qardhowi tentang pengharamannya..takkan la tak pernah jumpa ‘ustazzzz’….

Tidaklah di sini saya hendak membawa hujah-hujah yang umum telah mengetahui akan haram dan tidak bermanfaatnya apabila kita bercinta dengan ‘asap’ ini. Cuma sekadar hendak ‘ketuk’ sanubari, andai masih hidup sikap dan perasaan insaf tentang betapa rugi dan habisnya duit bila di buang segalanya kearah itu.

Tambah-tambah, ‘Ustaz-ustaz’ yang baru nak mencipta segulung ijazah..Maka hitunglah, berapa banyakkah di habiskan duit kearah kekenyangan nafsu dan kekenyangan ilmu..Tidakkah terasa semacam orang bodoh bila menghisap sesuatu kemudian di hembuskan keluar, tidak meninggalkan sebarang kesan kebaikan, cuma meninggalkan ‘sejarah hitam’ dalam hati yang menanti saat untuk ‘kembali ke tanah’ sahaja.

Zakat dan biasiswa di beri untuk belajar. Pinjaman di buat kerana tahu tak mampu untuk menyara kehidupan seharian di alam mencari ilmu. Keluarga tak mampu. Ayah dan mak dah bersara. Adik-adik masih ramai lagi. Tidakkah muhasabah latar belakang keluarga tak mampu menginsafkan diri sendiri..

Tambah menyakitkan hati lagi bilamana budak-budak yang baru ‘nak keras ubun’ pun dah berjinak dengan virus yang cukup membahayakan ini. Apa yang hendak di kata dan di tegur..Nak buat slot motivasi, “Ustaz pun hisap rokok, takkan dia hisap kami tak boleh”. Inilah hujjah yang amat terbaik bagi golongan ‘Ustaz-ustaz’..

Kalau Tok Guru Nik Aziz mengibaratkan orang yang berjuang, belajar dan tahu tentang Islam macam ‘Kambing dan Lembu’ bila hisap rokok, maka bila mereka tetap juga tegar dengan ‘cinta’ mereka, maka SAH lah, mereka-mereka ini adalah berketurunan tersebut!!

2 comments:

Mohd Nuruddin Mohamed said...

Assalamualaikum wbt.

em, lama tak jumpa akhi. Mengancam.. syukran

Salam ukhuwwah

Anonymous said...

salam..jika di lihat dan di teliti, perkara sekecil inilah yg amat menyusahkan dakwah dan islah kita selama ini.Saya amat bersetuju dengan artikel yg sinis ini.Ramai sgt mrk yg keluar dr bidg agm, tp ramai yg xmampu menunjukkan teladan yg baik.isap roko ni saya rasa br satu dr bnyk perkr lain yg perlu di muhasabahkan oleh golongan 'terlebih' pandai agm ni..huhu..sekadar pandangan jer.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...