Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

19.4.11

TGHH LIABILITI TERHADAP PAS : DPPWP KECAM AZIZ BARI!!


Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan (DPPWP) menyanggah pandangan Penganalisis politik Prof Abdul Aziz Bari di dalam Malaysian Insider yang mengatakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai liabiliti kepada komponen Pakatan Rakyat. Jika benar beliau menjadi liabiliti, sudah lama PKR dan DAP memutuskan hubungan dengan PAS.

Selain itu, pandangan Aziz yang asyik mengulang isu kekalahan PAS di Terengganu pada 2004 untuk memalukan Presiden PAS tidak ubah seperti pandangan budak tadika sahaja. Ia jelas menunjukan kelemahan bacaan politik beliau yang mana, dibawah kepimpinan Presiden hari ini, PAS berjaya menguasai dua negeri iaitu Kelantan dan kedah walaupun gagal menguasai Terengganu pada 2008. Malah jumlah kerusi PAS di Parlimen pada 2008, bertambah tiga kali ganda iaitu 24 kerusi dari 7 kerusi pada 2004. Sebagai Presiden keupayaan prestasi beliau dilihat berdasarkan keupayaan parti diseluruh negara bukannya di Terengganu sahaja. Dan ianya sudah cukup membuktikan kebangkitan semula kepimpinan PAS dibawah Presiden.

Tuduhan Aziz yang turut mengatakan bahawa Presiden menjadi punca kegagalan PAS memenangi mana-mana kerusi di Sarawak juga amat dangkal. Lainlah jika PAS sebelum ini pernah menang di Sarawak dan kemudiannya kalah semua kerusi dalam pilihanraya baru-baru ini. Pilihanraya Sarawak 2006 menyaksikan PAS bertanding 1 kerusi tapi kali ini PAS bertanding 5 kerusi dan ini satu petanda bahawa Presiden telah berjaya memainkan peranannya di dalam Majlis Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan ketika proses pembahagian kerusi.

Aziz juga kelihatan agak bingung ketika mendakwa Presiden PAS adalah punca kegagalan 16 September. Di tadika manakah fakta ini diperolehinya? Adakah beliau ada membuat kajian ilmiah tentang hal ini sebagai Profesor atau sekadar mengantungkan lidah beliau pada hujahan berasaskan persepsi.

Nampaknya beliau sengaja mengkambing hitamkan Presiden PAS dengan pelbagai tuduhan liar, hanya untuk melampiaskan nafsu amarahnya yang tidak ketahuan punca.

DPPWP menasihatkan agar Aziz tidak memalukan golongan ahli akademik yang selama ini bercakap atas fakta dan kajian yang lebih berfakta. Jika beliau tiada modal untuk bercakap baik diam sahaja dari terus melalak seperti orang bijak yang kelihatan kurang bijak mengunakan ilmunya.

DPPWP hari ini cukup berpuashati dan memberikan sokongan penuh kepada Presiden PAS diatas usaha beliau membangkitkan semula keupayaan PAS setelah melalui zaman kekalahan pada 2004.

Herman Samsudeen
Pemangku Ketua
Dewan Pemuda PAS Wilayah Persekutuan

5 comments:

puakPas said...

aku rasa ahli dan kepimpinan PAS sepatutnya berterima kasih kpd dr.Aziz Bari, kerana membuat komen kpd kepimpinan PAS, khususnya kpd TGHH.
Keterbukaan kepimpinan PAS untuk menerima komen dan tidak menjadikan orang sanggup memberi komen sebagai musuh merupakan kunci utama kpd keikhlasan perjuangan PAS. Apa yg boleh dilakukan oleh dr. Aziz utk membantu PAS, kecuali memberi komen dan pendapat mengenai PAS. Sejarah telah membuktikan bahawa dr.Aziz berbeza dgn beberapa prof. kangkung yg mengkritik PAS dgn tujuan membodek UMNO. Sejarah ini sepatutnya dihargai oleh kepimpinan PAS.
Begitu juga, ucapan ribuan terima kasih diberikan kepada mana-mana pihak yang mempertahankan PAS dan kepimpinan (TQ, Roslan SMS). Kesetiaan dan kasih sayang kepada kepimpinan parti murupakan suatu sifat mulia yang disanjung dalam agama Islam.
NAMUN setiap komen terhadap PAS atau kepimpinannya, tidak semestinya benar, atau diterima kepimpinan PAS. Kerana kepimpinan bukan sahaja bertanggungjawab ke atas individu tertentu, bahkan ke atas parti dan semua ahli. Setiap komen yang benar, kadang-kadang terpaksa dikebelakangkan demi mempertahankan sesuatu yang lebih benar.
Komen dr. Bari yang dituju kpd TGHH adalah implikasi daripada kegagalan kepimpinan PAS dan kelalaian Dewan Ulamak PAS menjelaskan kepada umum wadah sebenar perjuangan PAS. Bahkan sebahagian besar ahli PAS peringkat cawangan dan negeri tidak mengetahui halu tuju dan matlamat perjuangan PAS.
dr. Bari yg mewakili masyarakat umum yang berpendapat bahawa PAS adalah sama dengan UMNO, PKR, DAP, dan MIC. Yang berbeza PAS dari parti-parti politik lain adalah PAS parti politik yg berteraskan Islam. Fahaman yang silap ini telah menjadi sebati dengan ahli dan kepimpinan PAS kini.
PAS adalah gerakan Islam yang mendaulatkan al-Qur'an sebagai dasar hidup. Sebahagian daripada medan perjuangan PAS adalah medan politik. Jelas sekali bahawa kepimpinan PAS gagal menerapkan kpd ahli PAS bahawa ini adalah asas penting dalam perjuangan PAS. Bahkan kebanyakan pimpinan PAS telah menyeleweng drpd asas ini.
Mereka dgn megah telah memperkenalkan PAS sebagai parti politik. Akhir ukuran kejayaan PAS adalah kejayaan dalam perang politik. TGHH sebagai ketua gagal apabila PAS gagal di Sarawak. PAS Kelantan berjaya kerana berjaya mempertahankan kerajaan Kelantan drpd UMNO.
Sebagai rujukan lihatlah apa yang berlaku di Kelantan, ahli-ahli kepimpinan PAS peringkat negeri dirasuk sindrom PAS parti politik, dimana politik PAS adalah segala-galanya, lawan UMNO adalah segala-galanya, ceramah politik segala-galanya.
Masa belum terlambat kepada majlis syura dan kepimpinan PAS untuk mengembalikan masyarakat kepada perjuangan Islam melalui PAS.

afira said...

salam, trima kasih kpd org yg mgku puakpas krn prihatin dgn isu ini. semua org layak mmberi komen, pandangan kritikan dan pujian.. namun ketelusan TGHH dan tawadhuknya dan low profile nya dan ketinggian ilmunya dan non EGO nya mmbuatkn beliau tidak pernah melenting walaupun dikritik oleh ahli akademik sebelum ini ataupun dihentam lawannya walhatta beliau bersama jemaah pemuda dlm mesyuarat dewan harian beliau smmangnya bersikap spt Nabi SAW. salah satu sebb mngapa ahli PAS mmpertahankn beliau? krn pimpinan2 lain, AJK, semue peringkat kawasan Cawangan amat kenal dgn TGHH.. JANGAN CUBA MENUTUP HATI ANDA DGN TUDUHAN YG ANDA SNDIRI TIDAK TAHU.. maka semakin tertutup hati anda utk menerima perkara sebenar.. sy trpikir fakta dr mane PuakPAS dpt mngtakan semua Perigkat Caw, kawasan tidak tahu hala tuju..?? hehe.. perkara2 rekaan sebegin lah yg menutup hati dan akal anda.. jgn menilai andainya anda tidak mngenali beliau dan tidak tahu perkembangan PAS caw. dan kawasan.. samada anda yg tidak tahu halatuju menuduh.

puakPAS.. telah diakui oleh anda dan para akadmeik bezanya PAS dan dgn parti2 lain ialah PAS mmbawa AL Quran dan Sunnah, mmbawa konsep Islam bersama2.. perjuangan mereka adalh jihad menegakkan agama, jadi diterangkan dgn JELAS disini matlamat dan halatuju perjuangan Islam adlah mnegakkan kebenaran bukan realisasikan kemenangan semata2.. dlm PAS yg anda tidak tahu ialah menang atau kalah tetap berjuang. kejayaan tidak diukur melalui kemenangan. jihad sentiasa berpanjangan sehingga tiba janji Allah.Kejyaan yg sebenar ialah kejayaan dlm sunnah Nabi SAW. ini acuan dlm PAS.. bila PAS dinilai oleh mereka yg dalam acuan lain maka nilaian dan tafsiran itu totally different.. acuan agar2 dan acuan kueh apam mana sama.. saiz, kedalaman, tempoh masa masak, kuantiti yg diperolehi, cara menuang bahan, cara memotong atau mengambil semua berbezsa..
parti lain mereka tiada bawa elemen ISLAM.. maka ukuran mereka adlah MENANG damn KALAH.. klu KALAH mereka gagal.. klu ini menjadi ukuran dlm iSLam maka Nabi SAW pasti ditukar dari jawatan Nabi dan ketua umat ISLAM pada masa lampau krn pernah kalah dalam peperangan.. dan gagal mendakwahkan org termasuk bapa saudaranya..mgkin diturun Nabi lain.. klu lah itu yg mnjadi ukuran dlm islam.. golongan luar PAS mahupun dalm PAS kena pagam konsep dakwah.. jgn cepat menilai atau kritik jika anda tidak mngenali..IKhwan MUslimin berpuluh2 tahun tidak dapat mengalahkan parti rejim mesir dan diharamkan disana adkh mereka gagal?? HAMAS tak pernah menang dgn ISRAEL adkh HAMAS ggal..?? Tabligh tak mampu mmengajak seluruh umat dunia mengikutinya adlkah Tabligh gagal?? tpi klu ditanya UMNO tak pernah menang dikelantan adkah UMNO gagal?? UMNO tak pernah laksana elemen2 undang2 konsep2 islam adkh UMNO gagal dlam agamanya??

hussin said...

afira,

siapa yang tegur hadi bab ketawadhukkannya? yang dibicara adalah bab kepimpinannya. ia dua perkara yang sangat berbeza.

bilakah bermula kecelaruan dalam pas? bukankah selepas pru12 akibat perjumpaan senyap2 presiden, timbalan presiden dan setiausaha agong dengan paklah? bukankah pelik bin ajaib kepimpinan tertinggi pas memilih untuk menyelamatkan paklah? sehingga istilah melayu-islam diperkenalkan? mungkin saya terlepas pandang semasa sahabat dulu akan istilah arab-islam.

sehingga ke hari ini presiden titdak mampu memperjelaskan apa itu "kerajaan perpaduan". ia menjadi liputan rencana oleh utusan malaysia sehingga ke hari ini. afira boleh google "menanti detik perpaduan" keluaran 16 april 2011. ia adalah kesinambungan dari peristiwa presiden memeluk pm di atas pentas bn semasa kempen prn sarawak. di mana sikap berwaspada presiden terhadap manupulasi akhbar tersebut? lagipun apa perlu sangat presiden beriya2 bersalam dengan pm. perhatikan gaya salaman tersebut.

kepimpinan presiden dan bukan ketawadhukkan presiden yang disangsikan. menjelang muktamar ini utusan malaysia akan lunak membantu "kawan2" umno dalam pas yang bertanding di samping memperkecil2kan "musuh" umno. siasah sudah pun start the ball rolling. afira boleh selidik siapa orang pas yang ada hubungan dengan siasah. do your homework and understand what we are talking about. tq.

hussin said...

afira,

u can read siasah here:

http://siasahdaily.blogspot.com/2011/04/kritik-hadi-mulakan-kempen-pemilihan.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+blogspot%2FIqBc+%28SIASAH%29

puakPas said...

afira!
you ni membaca dengan punggung ke? baca betul-betul apa yang org tulis, kemudian komen. Ini tidak, bermata rabun pun nak mengomen.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...