Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

23.6.10

Bingkisan kasih dari ku buat mu..

Sesekali menatap wajahnya, membuatkan aku rasa tenang dan damai. Betapa coretan, lakaran dan garis-garis hidup terpampang di wajahnya. Perjalanan hidup yang tercatat di setiap urat sendi, tulang belulang dan segenap sudut tubuhnya, membuatkan segalanya benar di mata aku.
Kerana sejarah hidupnya tidak pernah berbohong bahawa dia pernah jatuh dalam membawaku ke dunia ini…

Aku cuba mengimbas rantaian memori yang terpahat di fikiranku. Bahkan, ia sudah menjadi perasaan, jiwa dan hidupku dan kerana itu aku tidak bisa membiarkan segalanya berterbangan jauh di awangan..

Lepas sudah tingkatan umurku. Membesar dari segenggam tapak tangan hingga mampu berjalan sendirian di bumi orang.

Dia membimbingku bahawa di situ adalah kiri. Dan di situ pula adalah kanan. Motivasinya bahawa andai sekali terjatuh, usah terlupa bahawa kelak berdiri itu akan terasa nikmat lumrah kehidupan.

Sesuap nasi yang di cari tidak pernah ungkapan letih di lisankan. Buat 6 orang pahlawan dan seorang srikandi yang pernah bermusafir seketika di perutnya.

Bicara hidupnya tanpa kata-kata, membuatkan sekalian musafir itu mengerti, bahawa tanpa dia usah berbohong sebatang jalan mampu di lalui dengan mudah dan senang.

Kerana ungkapan adat pernah mengajar, sekujur tubuh yang lemah itu mampu menggoncangkan dunia yang fana ini..

Dalam meniti hidup, aku melihat riak wajahnya yang pelbagai.

Gembira..

Tenang..

Sedih…

Duka..

Segalanya di rahsiakan jauh di lubuk nurani yang sempit. Namun, darah dari perutnya yang mengalir ke setiap pelusuk tubuhku dapat menghidu segalanya.

Setitis cahaya embun pernah mengalir dari kedut pipinya yang mulia. Melihat seorang pahlawan yang pernah bermusafir di perutnya pergi dahulu menghadap Ilahi.

Aku melihat kesedihannya. Aku merasa kepedihannya..Kerana dia juga seorang manusia biasa..

Namun, ketabahan, kesabaran dan keredhoannya pada takdir dan lumrah hidup membuatkan aku terpaku seketika.

Dia mampu menguruskan tanggungjawabnya yang terakhir hingga ke ‘Laman Baru’ buat musafir itu..

Bicara badannya terlalu bercahaya buat hidupku..

Untuk sekian kalinya, tingkatan umurnya meningkat lagi. Dia mampu melihat ‘para musafirin’ bertebaran mencari hidup sendirian dangan jayanya.

Doanya itu terlalu mustajab..Tiada hijab antara dia dan Dia..

Andai di himpunkan emas, perak dan segala yang berharga bagi menggantikan segala sisa hidup yang di curahkan dan di korbankan, tiada makna dan nilai walau di timbangkan antara mizan yang terulung..


Buat Mu Bonda,

Sejarah hidup mu terlalu suci buat anakmu..

Selamat Hari Lahir yang ke 63…Moga hidupmu di rahmati dan di berkati dengan nikmat keimanan..


Moga bauan syurga pengganti segalanya..

1 comment:

Hanisah Safian said...

salam singgah! :)

saya suka entri ni.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...