
Aduhhhh…..!!Hangat…hangat..memang terhangat di pasaran!!
Ura-ura selama ini yang menyatakan sekumpulan golongan muda yang kononnya ‘Ulama’ akan menyertai UMNO akhirnya tercapai maksudnya. Hari Ini sejarah mencatatkan 40 orang ilmuan muda yang mendapat pendidikan agama menyertai parti ‘Assobiyyah’ dan ‘Sekular’ secara rasminya.
Pertamanya, tak salah rasanya andai saya ucapkan tahniah kepada mereka kerana membuat pilihan sebegitu rupa. Rasanya mereka itu tidaklah bodoh dan bangang dalam meneliti apa itu makhluk yang bernama ‘UMNO’ kerana tahap pengajian mereka bukanlah calang-calang.
Lihat sahaja yang mengetuai kumpulan ini adalah Ustaz Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.
Dan rasanya ramai juga yang kenal siapa Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, bekas pelajar di Universiti Madinah dan MA di Jordan serta anak kepada Bekas Mufti Perlis sebelum Dr Asri.

Tahniah dan Alfun Mabruk Alaikum!!
Cumanya saya agak pelik dengan kenyataan meraka ini.
Ustaz Fadlan Mohd Othman : “Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.
Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.Berdakwah??
Bukan nak berpolitik??
Ruang yang di cari-cari??
Hadapi pelbagai sekatan??
Saya rasa bukan setakat umum, malah andai budak-budak sekolah yang berminat tentang politik pun akan merasa hairan dengan kenyataan ini.
Saya tolak perbincangan tentang keilmuan mereka. Maklum benar akan kehebatan tahap pengajian dan keilmuan masing-masing.
Tetapi ruang kedai kopi masyarakat nak tak nak tetap akan pelik dengan tindakan mereka. Masakan tidak, dalam ruang atmosfera Malaysia yang menolak UBN khususnya UMNO, mereka tampil dengan membuat persembahan ‘magic’ secara tiba-tiba.
Rasanya ‘jahil’ benarlah jika sesiapa umat Malaysia yang mukallaf yang tidak tahu siapa itu UMNO. Andai hendak di senaraikan, rugi sahaja ruang blog saya.
Benar, mereka hendakkan ruang berdakwah yang selesa. Tetapi siapakah yang selama ini yang menyukarkan ruang berdakwah tersebut di Malaysia??
Siapa yang memisahkan politik dari agama sehingga melahirkan masyarakat yang ‘budus’ bahawa Islam itu adalah ‘complete’ bagi umat manusia sejagat!
Bukan hendak berpolitik? Janggal itu!!
Masakan parti politik menerima ahli begitu sahaja tanpa mempergunakan sebaik yang mungkin untuk kepentingan politik masing-masing. Tambah-tambah lagi parti yang hampir runtuh dan roboh.
Sejarah tidak pernah menipu. Ketika Tun Abdullah menaiki takhta sebagai PM, corak kepimpinan agama di politikkan. Gambar beliau mengimami sembahyang di papar di dada akhbar di merata-rata tempat.
Golongan ilmuan hebat dan terkenal seperti Dr Masyitah dan Ustaz Firdaus al-Hafiz di tampilkan sebagai calon PRU. Hasilnya peratus sokongan terhadap UMNO naik mendadak di samping isu-isu yang lain yang turut di mainkan oleh media.
Malah, tahap adab dan kepercayaan masyarakat terhadap mereka juga turun dengan mendadak. Masakan tidak, siapa yang tidak tahu isu ‘Ustaz tendang tong’ kerana tidak puas hati akan kekalahan yang di alami.
Malah di sebabkan politik jugalah, fatwa-fatwa sesat dan hukum agama terpaksa di ‘swing’ agar menyebelahi politik jumud mereka.
Manusia mana boleh melupakan ucapan penghinaan terhadap hukum hudud yang teramat serius yang di ucapkan oleh seorang ustazah yang terkalung pencapaian Phd di hadapan namanya!
Siapa yang membenarkan tindakan pemimpin yang salah dengan pengetahuan ilmu agama yang di miliki? Siapa yang menjadi ‘Syaitan Akhras’ selama ini??
Bukankah segalanya adalah permainan politik kotor untuk menutup kesalahan yang terang lagi bersuluh yang di lakukan oleh pemimpin UMNO. Dan bukankah di sebabkan kedudukan dan ‘kerusi yang empuk’ yang membuatkan golongan agama dalam UMNO terpaksa menjadi ‘boneka pengeluar hukum’ kepada apa yang di lakukan!
Dulu lagi ilmuan agama dan mereka yang mempunyai nilai perjuangan islam yang terjun dalam politik UMNO terpaksa akur dan tunduk dengan kehendak yang di miliki oleh UMNO. Malah, madu yang sudah habis di sedut dan di gunakan, akan menjadi sampah saja di jalanan.
Andai nasib mempunyai ‘ong’, maka akan di kutip oleh orang lain.
Maka apa sahaja maksud untuk menghalalkan tindakan ‘memeluk’ UMNO, sukar benar dan tidak masuk akal untuk di terima oleh umum. Segala maksud-maksud itu sudah terpampang dalam nilaian sejarah yang ‘pelakon utama’ sejarah itu juga masih hidup dan wujud untuk menjadi tatapan pengajaran buat semua.
Peliknya, sejarah kesalahan itu hendak di ulang tayang oleh ‘Ulama Muda’. Yang berpelajaran tinggi. Yang mempunyai tahap kepercayaan masyarakat yang kuat dan utuh terhadap mereka.
Bukankah lebih elok dan molek sahaja mereka dengan cara neutral sebelum ini. Andai perlukan ‘stand’ dan sokongan yang kuat untuk sampaikan dakwah, bukankah ilmu agama mereka mempunyai jawapan.
Lainlah kalau ‘perut’ dan ‘poket’ di dahulukan. Itu saya tidak mahu sentuh..

Saya pasti, ‘filem’ ini akan menjadi Top 10 di Malaysia masakini. Kita tengok, sampai ‘ranking’ manakah ‘pelakon-pelakon’ ini akan bertahan dengan maksud-maksud mereka.
Nantikan di pasaran!!