Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

27.8.09

TUNJUKKANLAH 'JALAN PULANG'..BERIKANLAH MEREKA PELUANG..



6 tahun yang lepas, ketika saya mengikuti program Prostar, saya pernah di tanya dengan soalan cepu emas. Ketika itu kumpulan saya menjadi pembentang dan saya salah seorang yang di taklifkan untuk bercakap.

Saya menyatakan pendirian peribadi bahawa golongan pelajar yang di label sebagai ‘nakal’, golongan bermasalah, ‘jahat’ dan pelbagai lagi label yang negative patut di beri peluang kepada mereka untuk berubah.

Semua lapisan perlu bekerjasama. Dan ketika itu saya nyatakan, golongan yang sepatutnya menunjukkan satu sifat pengharapan kepada mereka dan menjadi penunjuk jalan ‘keluar’ adalah golongan pendidik itu sendiri!

Saya ditanya oleh AJK yang bertaraf Cikgu, adakah saya sendiri sanggup untuk mendampingi golongan seperti itu?

Saya nyatakan, itu sudah pasti!

Tunjukkan mereka ‘jalan pulang…’

Secara jujurnya, tiap kali saya melihat anak muda yang berpeleseran yang mungkin sebaya dengan saya atau lebih muda, tiap kali itu jugalah saya melihat satu kerugian yang cukup besar di abaikan.

Pernah saya berkongsi impian dengan sahabat-sahabat seperjuangan. Berkongsi strategi dakwah dan islah untuk generasi akan datang.

Andai suatu hari nanti saya mampu untuk mempunyai ternakan lembu dan kambing, mempunyai kolam ikan dan sebagainya, maka saya mempunyai impian untuk mengambil golongan sebegini untuk bekerja dengan saya.

Bekas penagih dadah.

Mat rempit.

Budak yang di buang sekolah.

Anak-anak jalanan.

Kerana saya yakin dan percaya mereka juga manusia biasa. Perlukan cahaya kepercayaan dan harapan untuk menjalani kehidupan seterusnya.

Dosa lepas yang mereka ukirkan dalam kehidupan terdahulu tidak sepatut dan seharusnya dijadikan kayu ukur untuk mereka terus dibiarkan dalam kehidupan yang penuh kegelapan.

Pada saya, mereka perlu dibimbing. Mereka perlu ditunjuk ‘jalan pulang’ yang betul.

Terkadang saya kesal, kerana tiap kali golongan sebegini hendak berubah, maka tiap kali itu jugalah mereka dihina dan di pandang sinis.

Masyarakat membuang mereka lantaran dosa yang saya yakin terkadang mereka sendiri tidak mahu untuk melakukannya.

Maka penutupnya, kita dapat saksikan betapa ramai anak melayu yang beragama islam ‘sesat’ dalam ‘ekspidisi’ merentas belantara dunia ini.

Golongan pimpinan dan orang politik terus dengan dunia mereka.

Golongan cerdik agamawan dan ‘terlebih cerdik’ terus dengan kekecohan pendapat yang tiada penghujungnya.

Golongan pintar Mahasiswa dan ‘terlebih akal’, terus dengan dunia dan pentas aksi idealisme mereka.

Maka terkadang kita dapati, mereka yang ‘tersesat’ ini kadang-kadang tidak ditemui dalam kamus perjuangan ‘orang-orang yang hebat’ ini.

Kerana terkadang juga, ‘golongan orang-orang hebat’ ini telah meninggalkan mereka ini di pertengahan jalan.

Maka mereka terus tersesat..Tiada orang yang mahu menghulurkan bantuan pada mereka..Tiada orang yang mahu menunjuki ‘jalan pulang’ pada mereka..

Berikanlah mereka peluang..

Saya berkesempatan untuk melawat sekolah lama saya dahulu. Tempat jatuh bangun saya dalam menuntut ilmu dan membina jati diri.

Pada saya, walau saya ‘dilahirkan’ dari sekolah agama rakyat yang biasa, jauh di ceruk bukit, tidak terkenal dan sebagainya, ia langsung bukan menjadi suatu alasan untuk saya menjadi seorang yang gagal dan buntu.

Kerana disitu jugalah saya belajar mengenal jiwa manusia.

Pernah ketika sewaktu saya menjadi pelajar di situ, saya cuba menjiwai apa yang di fikirkan oleh pengetua sekolah saya.

Ketika itu saya pelik, kenapa budak yang bermasalah pengetua sekolah menerima sebagai pelajar disitu. Malah budak-budak yang di buang sekolah juga, pengetua menerima mereka.

Malah ada satu ketika, budak yang pernah terlibat dengan ‘black metal’ juga, pengetua sekolah menerima kehadiran dengan hati yang terbuka.

Waktu itu, tentu yang letihnya adalah kepimpinan asrama. Mana tidaknya, dikepung sini jangan merokok, sana pulak yang berasap.

Memang meletihkan..

Tetapi di situlah saya membina pengalaman dan skill memimpin dan mendekati budak-budak yang sebegini.

Namun mungkin ketika itu saya tidak betah dan matang dalam menghadapi golongan sebegini.

Waktu itu saya tewas dalam meletakkan harapan pada mereka..

Masa menginjak ke waktu seterusnya.

Sebelum saya menjejakkan kaki ke bumi DQ, saya berpeluang untuk memakai gelaran ‘pendidik’.

Dan ketika cuti sem juga saya terus menyangkut gelaran itu di bumi SAR itu.

Dan kini saya balik bercuti dari Jordan, saya terus tidak jemu untuk berbakti pada sekolah yang cukup berjasa pada saya.

Saya bertemu dengan budak-budak sebegini lagi.

Kini, saya lebih berani mendekati mereka.

Saya lebih cuba sedaya upaya menjiwai jiwa ‘celaru’ mereka.

Dan saya sudah berani meletakkan harapan pada mereka.

Kerana tiap kali saya berbicara dengan mereka, tiap kali itu jugalah saya dapati ada ‘cahaya’ yang samar dalam jiwa mereka.

Pernah sekali, budak yang boleh saya kategorikan sebagai nakal, menangis di hadapan saya ketika saya berbual dengannya.

Dia cukup mahu berubah. Mahu mendalami ilmu agama dengan lebih baik. Mahu membaca al-Quran dengan elok dan sebagainya.

Cuma terkadang tidak di beri peluang kedua buatnya.

Gelaran nakal menjadi jajaan buat guru-guru. Bila keadaan sebegitu, timbul perasaan dan jiwa, aku mungkin di lahirkan sebegini.

Ini yang membuatkan saya terkilan dengan sikap dan peranan yang di mainkan oleh segelintir pendidik.

Merekalah yang sepatutnya membantu pelajar-pelajar sebegini.

Mereka yang sepatutnya menanam jiwa tarbiah pada golongan pelajar tanpa mewujudkan kasta diantara sesama pelajar.

Saya pernah berbual dengan salah seorang tenaga pendidik di sekolah saya yang juga pernah mengajar saya.

Saya katakan, bahawa pelajar-pelajar ini umpama sedang mencari pedoman dan jalan yang sesuai untuk mereka lalui.

Maka sudah pasti tiap kali mereka berjalan pasti tersasar dari landasan yang sebenar.

Kerana jiwa mereka masih kurang mendalami dalam menentukan mana yang satu betul dan salah.

Maka sudah tentu golongan yang paling berautoriti dan layak dalam membantu mereka kembali ke landasan mereka yang sebenar adalah pendidik selain ibu bapa itu sendiri..

Maka usahlah dibiarkan mereka terkapai-kapai sendirian.

Benar mereka membuat salah. Tapi usahlah di hukum mereka dengan tidak memberi peluang kepada mereka untuk berubah.

Bantulah mereka..Berikanlah mereka peluang untuk berubah..

Akhirnya..


Tentu sekali saya ingin katakan golongan sebegini adalah pelapis untuk kepimpinan masa akan datang.

Jauh dari sisi pandangan yang lain, mereka ini adalah permata yang cukup berharga pada Islam.

Maka bimbinglah mereka..tunjukkanlah ‘jalan pulang’ buat mereka..

Kerana kita dan mereka adalah sama sahaja… Manusia biasa..

23.8.09

RAMAI ADUN PKR BERMASALAH..


Adun PKR memang bermasalah!! Lepas satu..satu..

Terbaru, Adun Lunas, Kedah yang di wakili PKR, Mohammad Radzhi Salleh dalam sidang akhbarnya menyatakan bahawa beliau telah keluar dari parti itu dan kini bergelar wakil rakyat bebas.

Radzhi yang juga Exco Pelancongan dan Pembangunan Masyarakat Serta Sumber Tenaga Manusia Kedah menunjukkan ‘kekerasan kepalanya’ dengan tidak mahu meletakkan jawatan Exco itu dan menganggap dirinya masih Exco dari parti Bebas.

Tegas beliau, pelantikannya adalah di buat oleh Sultan Kedah dan bukan oleh MB, Ustaz Azizan. Maka hanya Sultan yang layak memerintahkannya untuk meletakkan jawatan.

Aduhsss..kenapa la otak beliau sudah menjadi sedemikian rupa..

Melalui bacaan blog politik yang saya temui, dikatakan ada 4 lagi Adun dari PKR yang akan beralih angin kepada Bebas. Wallahua’lam, sejauh mana kebenarannya.





Apa pun, inilah ujian yang Allah berikan kepada kerajaan PR. Kalau dahulu bergerak sebagai pembangkang, kini berubah kepada kerajaan pula.

Kalau dahulu pandai mengkritik, sudah tentu kini bersedia di kritik pula.

Moga Allah bersihkan organisasi ‘bahtera’ PR seperti mana Allah membersihkan para pejuang di medan Uhud!

Tentu sahaja mereka yang ‘digugur’, ‘tergugur’, ‘mengugur’ dan ‘sengaja minta untuk digugurkan’ berpaksi perjuangan ‘bersebab’.

Maka dengan ‘sebab’ itu jugalah hijab terbuka.

Kerana kejahatan ‘orang dalam’ jugalah, sejarah menyaksikan tumbangnya pentadbiran Khilafah Uthmaniah..

22.8.09

BICARA IMAN PADA YANG BERTANDANG..


AKU BERSYUKUR KEPADA MU YA ALLAH..

KERANA HINGGA KE SAAT INI;

WAKTU INI;

AKU MASIH LAGI DI BERI PELUANG;

DAN HARAPAN..

MEMBINA JATI DIRI SEORANG PEMUDA ISLAM,

YANG SENTIASA DAMBAKAN KEAMPUNAN DARINYA…

LANTAS ITU;

AKU KEHARUAN

KERANA IA BERTANDANG TANPA RASA JEMU,

WALAU SERINGKALI DIABAI BAK ANAK DI JALANAN,

NAMUN IA SENTIASA TERSENYUM,

WALAU LAYANAN YANG DITERIMA,

HANYA SEDEMIKIAN RUPA..

INDAH BENAR PEKERTIMU..

AKU MALU PADAMU..RAMADHAN…..

JEMPUTLAH AKU UNTUK KESEKIAN KALINYA,

UNTUK MENJAMAH BUAH TANGAN YANG SERING ENGKAU BAWAKAN..

HARUM DAN LAZATNYA,

IMANKU MASIH BERBICARA BERSAMA AQALKU,

KERNA TIDAK KETEMU WALAU DI HUJUNG DUNIA DITEROKAI..

RAMADHAN;

BESARKANLAH IMANKU..

DIDIKLAH IMANKU DENGAN KEHEBATANMU..

BANTULAH AKU..YA RAMADHAN..

5.8.09

Pesuruhjaya PAS Selangor memang berani! Tahniah!!


Saya menyokong penuh kenyataan berani yang di keluarkan oleh Dato Dr. Hasan Ali!

Orang macam Ronnie Liu memang sudah melampau! Kalau setakat hendak menegur macam Khalid Samad yang mahu menjaga hati exco cina tersebut, saya rasa baik tak payah.

Walaupun al-Bakistani tidak bersetuju dengan cara Hasan Ali mengeluarkan kenyataan secara terbuka di dalam mstar, tetapi saya rasa al-Bakistani sepatutnya lebih tidak bersetuju dan patut lebih keras mengeluarkan teguran kepada Ronnie Liu berbanding menegur bossnya sendiri!

Apakah dengan keangkuhan yang di tonjolkan oleh Ronnie Liu perlu kita balas dengan lemah lembut ?

Apakah dengan memerintah agar MBSA mengembalikan semula arak-arak yang dirampas boleh dipandang sebelah mata?

Saya melihat peranan yang di mainkan oleh MBSA macam tiada apa pun! Baik lenyapkan sahaja! Suruh sahaja Ronnie Liu itu yang layak menyatakan mana yang boleh dan tidak!!

MB Selangor perlu mengambil kira pandangan yang di lontarkan oleh pelbagai pihak kebelakangan ini.

- Azmin Ali yang meminta agar dirombak kembali exco kerajaan negeri Selangor.

- Dato’ Hasan Ali menyarankan agar Ronnie Liu digugurkan dari exco kerajaan negeri Selangor kerana pelbagai factor negative yang banyak dikaitkan dengan beliau.

- YB Wee Choo Keong ( PKR Wangsa Maju ) yang mendedahkan terdapat ahli exco negeri Selangor yang dikaitkan dengan kumpulan samseng sehingga berani membawa mereka ‘bermesyuarat’ di pejabat!

- Ronnie Liu juga mempunyai kes pertuduhan jenayah di Mahkamah kerana didakwa menghalang penjawat awam dalam satu operasi cegah maksiat di sebuah hotel di Subang Jaya pada tahun 2007.

Segala kenyataan serta pelbagai keadaan negative ini adalah cukup berbahaya kepada sebuah kerajaan yang baru hendak membina tapak.

Dan keadaan ini bagaikan satu peluang keemasan kepada UMNO untuk membaham kerajaan PR di Selangor yang saban hari dikaitkan dengan cerita yang pelik dan bukan-bukan!

Saya tidak nampak PKR adalah satu wadah untuk rakyat Malaysia. DAP apatah lagi yang terkenal dengan anti-Islamnya!

UMNO lagi la jauh!!

Cuma PAS satu-satunya parti yang perlu kuat serta kukuh dengan dasar-dasar Islam yang selama ini menjadi asas perjuangan mereka.

Apapun, bravo Dato’ Hasan Ali!!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...