Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

19.12.08

ADA APA PADA SEORANG USTAZ?

Saya tak pasti andai coretan yang ingin di kongsi bersama meninggalkan kesan dalam hati mereka yang membaca dari hati yang bersih..Pun mungkin ramai yang sekadar membaca seolah membaca komik kreko mahupun majalah mastika yang menjadi kegilaan remaja dewasa ini. Apa pun yang pasti, coretan perkongsian ini tiada ada kena mengena samaada yang hidup mahupun yang akan mati!
Cuba kita perhatikan dan renung sejenak, umumnya kita sangat-sangat mengetahui siapa mereka yang bergelar doktor, guru, jurutera mahupun arkitek. Sekadar lontaran persoalan yang terkadang saya pun terfikir. Siapa pula mereka yang bergelar ustaz mahupun ustazah? Tambah-tambahan pula dalam masyarakat melayu kita, terdapat pelbagai definisi yang cuba membawa pengertian yang terbaik pada mereka yang bergelar ustaz ( ustazah )!
Seperti mana jelasnya ahli mantiq mendefinisikan manusia itu yang jami’ dan mani’ sifatnya. Tetapi, seandainya ingin di definisikan siapa mereka ‘ustaz’, jawapannya masih lagi kabur dan susah hendak di ungkapkan.
Saya ingin nyatakan sekali lagi yang ini hanyalah sekadar perkongsian pandangan. Mudah-mudahan tiadalah yang mengatakan saya terpengaruh dengan pemikiran ‘Liberalisme’ mahupun ‘SISme’. Seandainya di habiskan bacaan coretan pandangan saya ini, mungkin kita sama-sama dapat mencari siapa mereka yang bergelar ustaz dan dapat memperbaiki keadaan yang gawat ini!
Cuba perhatikan lagi; jika profesion lain kita akan dapati penjelasannya jelas dan dapat kita sama-sama fahami ruang lingkup perjalanan kerjayanya. Seseorang tidak akan diiktiraf sebagai doktor melainkan tamat menjalani “Housemanship”nya. Seseorang juga tidak dapat meletakkan dirinya sebagai seorang peguam, sehinggalah dia dapat menghabiskan tempoh “Chambering”nya. Pun sama situasinya dengan seorang akauntan. Tidak layak diiktiraf dirinya sebagai akauntan, melainkan dia memperolehi “AACA”. Susah sungguh hendak memperolehi pangkat mahupun title yang saya bawakan contoh tadi. Tapi, untuk mendapat gelaran ustaz itu sendiri, sesiapa pun dengan mudah untuk menyarungnya kan!
Bagi mak cik dan pak cik di kampung, 'ahli majlis tertinggi kedai kopi', mereka pun mempunyai tafsiran yang tersendiri. Ustaz disisi mereka adalah merujuk kepada siapa sahaja yang belajar agama, terutama mereka yang belajar di timur tengah, lepasan pondok mahupun university tempatan. Asalkan pernah belajar, mahupun tinggal beberapa bulan sahaja di timur tengah maka anda layak dinobatkan dan mendapat title seorang ustaz. Sekadar nasi tambah, topup dengan kopiah putih berlilitkan serban pondok mahupun serban hafiz, sejuk mata orang kampung. Itu kalau topup RM10 atau RM 30. Kalau nak lebih advance, topup yang lebih mahal dan kekal lama sikit. Ditambah dengan memakai jubah, ayat Quran dan hadith sepotong dua, tiga atau empat fakta yang mudah dihafal dan diingat, maka title itu sudah layak memahat pada jiwa raga mereka. Pendek kata, mereka yang pernah belajar ilmu agama maka layak untuk 'berkonvokesyen' bagi mendapat 'ijazah' seorang ustaz di mata masyarakat.
Ringkasnya, pemahaman yang ada dalam benak masyarakat seolah-olahnya tidak dapat membezakan antara ustaz yang banyak bertalaqqi di masjid dengan ustaz yang banyak menghabiskan masanya di Internet. Ustaz yang banyak mengumpul koleksi kitab dengan ustaz yang banyak mengumpul koleksi filem dan komik, ustaz yang banyak menziarahi masyaikh dengan ustaz yang banyak menziarahi shopping complex dan pawagam, ustaz yang harinya bermula seawal jam 5 pagi dengan ustaz yang memulakan shiff kehidupannya ‘seawal’ jam 12 tengahari, ustaz yang letih tidak cukup tidur kerana banyak menelaah kitab dengan ustaz yang letih kerana terlalu banyak tidur,ustaz yang berbuih-buih menghafal kitab dengan ustaz yang berbuih-buih membuat ‘ketupat’bersama-sama AJKnya, ustaz yang bersengkang mata bertahajjud merindui ‘kekasih penciptanya’ dengan ustaz yang bersengkang mata ber SMS dengan ‘kekasih ketiak busuknya’, ustaz yang penuh didadanya dengan ilmu dengan ustaz yang penuh dikepala fikirannya nama-nama artis, atlet-atlet yang menjadi idolanya, ustaz yang menangis kerana tidak mampu menjadi sehebat cinta dan kasih Abu Bakar terhadap Saiyyidul Anbiya’ dengan ustaz yang menangis kerana tidak dapat menjadi sehebat cinta dan kasih ‘Fahri’ terhadap Aisyah dan Maria, ustaz yang berkerut dahinya kerana risaukan masalah ummat dengan ustaz yang risau dan kecewa perpindahan Robinho ke Manchester City, ustaz yang sedar akan serba kekurangan dirinya dengan pelbagai kelengkapan ilmu dengan ustaz yang tidak sedar diri langsung!Nah, anda boleh la senaraikan sendiri ustaz yang macam mana wujud pada diri anda.
Hakikatnya, semua ‘ustaz yang..dengan ustaz yang..’ akan di bakulkan, dibalut dan melepasi imegresen, menaiki flight yang akan di persembahkan oleh seorang individu yang bernama ‘Ustaz’!
Ustaz-ustaz inilah yang akan mengisi kekosongan rohani masyarakat tempatan. Mereka jugalah yang bakal memberi kuliah maghrib di kampung-kampung mahupun di bandar-bandar. Memberi ceramah isra’ dan mi’raj,maulidur rasul, ceramah motivasi pada adik-adik yang bakal menghadapi exam dan sebagainya. Bukan itu sahaja, ustaz-ustaz inilah juga bakal menjadi khadi, imam di masjid putrajaya, pegawai zakat hatta tidak mustahil menjadi Menteri Besar mahupun Perdana Menteri!
Maka ustaz-ustaz inilah juga nanti yang akan berdolak-dalih, mencipta seribu satu alasan. “Bagi pada orang lain lah ye, saya bidang bahasa ( Lughoh ) bukan bidang syariah”. “ Saya tak bersedia lagi, baru semalam saya balik dari Syria”; dan beraneka macam lagi alasan yang bakal di ciptakan bagi meraih simpati agar orang keliling memahami jiwa dan kehendak dirinya. Setelah bertahun di timur tengah, di pondok mahupun di university tempatan, boleh ke mak cik dan pak cik di kampung menerima alasan-alasan kita?
Itu kalau kita bicara mereka yang mencari alasan. Apa kurangnya pula bila mereka yang tercabar dengan diri sendiri dek kerana lamanya belajar ilmu agama tetapi tidak di prakktikan ketika di alam kampus. Apa lagi, maka tidak mustahillah akan keluar fatwa-fatwa yang pelik lagi menjelikkan sehingga masyarakat bertambah pening; yang mana satu betul? Dan usah cepat melatah dan melenting seandainya masyarakat mutaakhir kini mula memandang serong pada sesetengah insan yang bergelar ustaz! Krisis keyakinan pada golongan agamawan berakar umbi pada 1001 perkara pelik dan ajaib yang terbit dari kalam dan perbuatan seorang ustaz. Bermula dari cara bercakap, gaya hidup yang stylo, gaya berfikir, cara bertindak dan sebagainya.
Masyarakat yang berfikir dan cermat memerhati akan menyimpulkan, ustaz pada zaman sekarang hanya pada nama sahaja tidak pada ruh,hanya pada kata-kata tidak pada amalan, hanya pada idea tidak pada perlaksanaan,hanya pada kulit tidak pada isi. Ustaz juga banyak di copkan tidak pandai memimpin dan membimbing masyarakat, ustaz hanya pandai

menggoreng’ ketika bercakap. Dakwah ustaz tidak berhikmah. Ustaz tidak progresif dan dinamik. Pendekatan ustaz tidak approachable. Ustaz tidak up to date. Ustaz tidak itu dan ini. Dan pelbagai lagi suara-suara sumbang yang mengatakan tentang ustaz!
Anda mungkin marah!Dan saya juga turut marah dan naik angin!tapi, cukup ke setakat kita menyatakan yang kita marah dan tidak puas hati dengan pandangan-pandangan yang tidak sepatutnya di lemparkan terhadap insan yang bakal dan bergelar ustaz? Dan untuk menyatakan ketidak puasan hati kita, kita akan mobilisasi sahabat-sahabat kita untuk turun berdemontrasi, macam itu ke?atau kita punya jalan dan penyelesaian yang patut kita ubah bukan pada diri kita sendiri sahaja tapi pada orang lain juga!
Kita perlukan perubahan untuk membuat satu ‘Revolusi’ besar-besaran. Dan sudah tentu segalanya-galanya perlukan PENGORBANAN! Saya nyatakan sekali lagi untuk akhirnya, yang ini adalah sekadar coretan pandangan, tidak ada kena mengena samaada yang hidup mahupun akan mati!!

Hamba Bernama Uwais al-Qorni

Dari Asir bin Jabir, beliau menyatakan,”Jika para Gabenor datang menemui Khalifah Umar al-Khattab, maka khalifah selalu bertanya,”Apakah di antara kalian yang bernama Uwais bin Amir?.” Sampai suatu ketika, khalifah berkesempatan bertemu dengan Uwais, lantas beliau jawabnya.
“Engkau dulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorni?,” “Betul,” sahutnya.
Umar bertanya lagi,”Dulu engkau pernah terkena penyakit belang lalu sembuh tetapi masih ada belang ditubuhmu sebesar wang dirham?,” “Betul”.
Umar bertanya lagi,”Engkau memiliki seorang ibu?.” Lantas khalifah Umar menyatakan,”Aku mendengar Rasulullah s.a.w bersabda,”Uwais bin Amir akan datang bersama rombongan orang dari Yaman, dahulu tinggal di Murrad kemudian tinggal di daerah Qorni. Dahuli dia pernah terkena penyakit belang, lalu sembuh, akan tetapi masih ada lagi belang di tubuhnya sebesar wang dirham. Dia memiliki seorang ibu dan sangat berbakti kepada ibunya. Seandainya dia berdoa kepada Allah, pasti Allah akan mengabulkan doanya. Jika engkau boleh meminta kepadanya agar memohonkan ampun untukmu kepada Allah, maka usahakanlah.”
“Maka mohonkanlah ampun kepada Allah untukku..” Uwais al-Qorni lantas berdoa memohonkan ampun kepada Umar al-Khattab. Setelah itu, Umar bertanya kepadanya,”Engkau hendak pergi ke mana? “Kuffah,”jawabnya.
Beliau bertanya lagi,”Mahukah engkau aku tuliskan surat untukmu kepada Gabenor Kuffah agar melayanimu? Lantas Uwais menyatakan;”Berada di tengah-tengah ramai orang sehingga tidak dikenali itu lebih ku sukai.” ( Hadis Riwayat Muslim )

30.11.08

DENGAN NAMA ALLAH AKU MULAKAN SEGALANYA..


Dalam meniti hidup ini, terkadang rasa waktu berlalu dengan begitu pantas dan cepat..meninggalkan segalanya dalam lipatan jutaan memori yang terindah. Kekadang rasa pelik, kekadang rasa sedih, kekadang jua rasa terhibur dengan segala yang disimpan dalam citra kehidupan yang telah berlalu..Hurmm..apa lagi yang di dustakan dalam nikmat yang telah berlalu?Apa lagi yang tidak dapat membuatkan kita bertambah matang dalam menjalani kehidupan kini? Apa lagi yang membuatkan kita rasa sedih dan sebagainya,sedangkan janjinya tetap pasti? Apa lagi yang membuatkan kita lupa dan lalai sedangkan banyak sudah peringatan yang telah kita lalui? Kerana kita adalah seorang manusia, mungkin itulah yang kita rasakan selama ini..
Jiwa yang tenang adalah suatu kurniaan oleh pencipta yang Maha Adil lagi Maha Agung kepada hambanya. Terkadang kita meraba-raba dalam hidup ini mencari suatu pedoman yang terkadang tidak pernah wujud dan terbaik untuk kita. Bukankah segalanya telah terbentang di hadapan kita? Bukankah hakikat yang hakiki itu telah kita fahami dengan jelas dan pasti? Pelik benar jiwa makhluk yang bergelar manusia..di nobatkan sebagai insan yang di kurniakan akal lantas di calonkan mereka yang terhebat di sisiNya andai berjaya memenangi takhta dan makhkota ketaqwaan..Kerana kita adalah seorang manusia, mungkin itulah yang kita rasakan selama ini..
‘‘Ya Allah..seandainya diri ini adalah di kalangan hambamu yang engkau pilih untuk membawa panji islam Mu, engkau pancarkanlah nur kasih Mu ke dalam jiwa yang penuh noda dan nista ini..Namun janganlah di jadikan diri ini pembakar yang akan memusnahkan Nur Islam Mu seandainya tidaklah diri ini dikalangan mereka itu..Hanya pada Mu jua aku pohon segalanya..”

9.7.08

Lima Syarat Berbuat Maksiat


"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...