Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

15.6.11

Teguran untuk Khalid Samad..



Bukan Gunting Dalam Lipatan..

Di dalam islam .. antara perkara yang perlu di pelihara dari pengetahuan luar ialah rahsia rumahtangga.. Ia antara amanah besar yang sangat diberi perhatian oleh Islam. Walaupun mungkin rahsia itu tidak membabitkan peperangan atau peluang kepada musuh, ia mesti dipelihara.

Dalam sesebuah jamaah Islam sudah tentu ianya lebih perlu dipelihara. Di peringkat mana sekalipun pemimpin itu, wajar baginya memelihara rahsia parti. Rahsia atau kandungan mesyuarat umpamanya adalah amanah ahli mesyuarat menjaganya. Tidak boleh berlaku mesyuarat tingkap atau pintu . Apatah lagi mesyuarat kedai kopi untuk membincangkannya.

Memilih ahli mesyuarat sangat penting untuk mempastikan amanah dan rahsia parti terpelihara. Sebab itu minit mesyuarat sangat perlu dijaga. Ia bukan boleh dibuat pembalut roti canai atau nasi lemak walaupun setelah bertahun lamanya.

Ada ketikanya , ahli terdekat juga tidak wajar bertanya tentang isi kandungan perjalanan mesyuarat sesebuah jamaah. Pastinya bagi ditanya ia perlu lebih beramanah. Setiap strategi yang dibincangkan mungkin bagi kita bukan rahsia besar, tetapi harus diingat musuh boleh sahaja menjadikannya senjata.

Inilah perkara yang mesti diberi perhatian oleh PAS. Isu ketirisan keputusan pemilihan PAS baru baru ini. Pendedahan beberapa isu dan keadaan yang berlaku dalam mesyuarat PAS pusat sebelum ini wajar dilihat secara serius oleh pimpinan. Terbaru kenyataan Khalid Samad yang memang agak rajin mendedahkan perbincangan dalaman PAS di media terbuka.

Jika wajar cadangan Timbalan Presiden agar Majlis Syuro Ulama menjadi pemantau di laksanakan, saya kira isu ini adalah antara isu yang wajar di beri perhatian. Mana mana individu yang didapati suka mendedahkan maklumat dalaman parti kepada pihak luar sewajarnya dihalang berada di dalam mesyuarat untuk tempoh tertentu sebagai pengajaran. Mungkin mereka beranggapan ia bukan rahsia, namun selagi tiada arahan ianya di bincangkan di luar, ia tetap rahsia parti.

Orang yang mendedahkannya kepada ahli luar adalah pengkhianat amanah parti dan wajar diperingatkan. jangan menganggap amanah parti suatu perkara kecil. Sudah tiba masanya pimpinan parti bertegas dalam perkara ini... sekalipun mereka bukan gunting dalam lipatan, tetapi mereka tetap merbahaya kerana sikap terlalu mesra dan serba tau yang ditonjolkan kepada pihak luar.

5 comments:

Anonymous said...

Bagi Dalil *POLITIK DALAMAN PAS* sesuci politik rasullullah.

sehingga kamu nak sama kan perjuangan kamu dengan perjuangan sahabat.

kamu pembohong!!!

Anonymous said...

Tak ada salahnya dia menjelaskan keadaan yang berlaku di dalam mesyuarat memandang pihak musuh cenderung untuk memutar-belitkan kenyataan yang kabur.

Adakah kita ingin semua maklumat yang wajar diketahui oleh rakyat seperti perjanjian tenaga,perjanjian air, perjanjian tanah di Tanjung Pagar dan sebagai bentuk perjanjian gelap yang cenderung dilakukan oleh kabinet BN disembunyi di bawah OSA hingga kita kekaburan kenapa sesuatu itu berlaku.

Sedangkan sudah terang lagi bersuluh puak UMNO/BN boleh menjolok lubang telinga rakyat, inikan pula di malam pekat tiada bulan dan bintang ditambahkan tanpa bekalan elektrik.

Anonymous said...

Salahkah jika kita bercakap benar apa yang berlaku , jangan samakan rahsia dalam kelambu laki bini akar umbi berhak diberi maklumat yang betul bukannya hanya mendengar dari sebelah pihak ,jika kita benar apa yang hendak ditakutkan ,itu b aru dinamakan demokrasi bukannya demokasi(kata loghat orang Kelantan).Syabas YB Khalid kerana berani mendedahkan apa yang benar.

Unknown said...

anom 16/6 3.01am

Demokasi tu ada dua makna - yg produktifnya seakan daddykasi dan yg satu lagi memang tak produktif (Dah dimandulkan. Yg mana maksud tuan?

Anonymous said...

hek elleh set2 kaki wala' buta ni..baru tegur sikit pakat melenting habis dah..bukannya khalid samad kena kutuk pon, baru kena tegur..wakaka

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...