KUALA LUMPUR, 25 Mei — Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak), yang dianggotai pemimpin pro-BN, percaya keputusan pemilihan PAS bulan depan akan mempengaruhi dan menentukan masa depan idea kerjasama antara Umno dan PAS.
Walaupun tidak mengatakan siapa yang boleh membawa ke arah kerjasama itu, namun Presiden Mubarak Datuk Seri Abdul Aziz Rahman berkata peluang kerjasama itu akan lebih cerah jika jawatan timbalan presiden dimenangi penyandangnya Nasharudin Mat Isa atau Naib Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man yang turut mengesahkan turun gelanggang.
Selain Nasharudin dan Tuan Ibrahim, ahli jawatankuasa kerja PAS pusat Mohamad Sabu juga akan bertanding jawatan nombor dua itu.
“Nasharudin OK, Tuan Ibrahim OK... perspektif berbeza tapi ada kekuatan masing-masing.
“Tetapi saya rasa jauh di lubuk hati kerjasama itu wujud,” kata Abdul Aziz pada sidang media di sini.
Beliau bagaimanapun tidak mahu meramalkan siapa yang menang bagi jawatan itu.
“Saya tidak mahu masuk campur, itu terserah kepada PAS untuk menentukannya,” katanya.
Mubarak merupakan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang terdiri bekas wakil rakyat dan mempunyai keahlian kira-kira 1,000 orang seluruh negara.
Selain Nasharudin, Mohamad dan Tuan Ibrahim, turut dicalonkan untuk jawatan itu adalah Datuk Seri Azizan Razak, Datuk Husam Musa dan Salahudin Ayub.
Bagaimanapun Salahuddin yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian dan Husam memutuskan untuk tidak bertanding jawatan nombor dua itu.
Kesemua calon untuk jawatan tertinggi PAS mesti mengesahkan kesediaan mereka untuk bertanding sebelum pukul 5 petang esok.
Pada sidang media itu juga, Abdul Aziz berkata konsep 1 Malaysia yang diperkenalkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak boleh diperkuatkan sekiranya Umno dan PAS bekerjasama.
“Soal Melayu itu tunggal, kekuatan orang Melayu dan 1 Malaysia tidak boleh diperkuatkan jika orang Melayu berpecah.
“Jadi kekuatan 1 Malaysia itu bergantung kepada kekuatan satu Melayu, 1 Malaysia adalah satu Melayu dan ia boleh dijayakan sekiranya orang Melayu ini bergabung,” katanya.
Ditanya mengenai sama ada Barisan Nasional (BN) akan kembali memperoleh kemenangan dua pertiga dalam Parlimen, Abdul Aziz berkata berdasarkan transformasi yang dilakukan Najib, ia boleh.
“Berasaskan kepada transformasi yang dilakukan Datuk Seri Najib Razak, BN boleh (mencapai kemenangan dua pertiga).
“Kalau kita lihat ia ditunjukkan dalam beberapa pilihan raya kecil yang mana pengundi-pengundi muda, pengundi Cina, pengundi India sudah kembali selepas pilihan raya umum 2008,” katanya.
Bagaimanapun tegas beliau, kemenangan itu tidak seharus diletakkan di atas bahu Najib tetapi keseluruhan parti komponen BN.
“Tapi untuk meraih sokongan ini tidak boleh hanya diserahkan kepada Datuk Seri Najib sahaja, beliau ada populariti tapi apa yang diperlukan adalah populariti calon-calon yang akan bertanding.
“Selain itu, MCA, Gerakan dan MIC perlu memainkan peranan yang lebih agresif untuk menjelaskan transformasi yang dibawa Datuk Seri Najib, ini bukan kerja beliau seorang... ini kerja semua parti komponen BN. Transformasi yang dilakukan ini sudah dapat diterima, komponen parti BN juga perlu ada transformasi dan ia perlu dilakukan dengan segera,” katanya.
Pada pilihan raya umum 2008, Pakatan Rakyat menafikan kemenangan dua pertiga BN dalam Parlimen selain berjaya merampas Selangor, Pulau Pinang dan Kedah.
Namun pada 16 pilihan raya kecil yang diadakan, BN dan Pakatan Rakyat berjaya memenangi lapan kemenangan. -TMI
komen CP :
memang kalau di lihat, permainan dan gendang yang di palu oleh MUBARAK seakan-akan mengena 'mangsa' dan keadaan. Setakat 'penerbangan' saya ke alam 'fantasi' blog, mendapati ramai sudah bloggers PR yang 'menari-nari' paluan gendang MUBARAK.
kesian Ustaz Nasha..
kesian TITM..
tak pasal-pasal di jadikan 'bola tanggung' oleh MUBARAK..yang peliknya, boleh pula bloggers yang mengaku ahli dan penyokong PAS, masuk perangkap dan meng 'smash' 'bola tanggung' tersebut..percaya pula mereka akan kata-kata MUBARAK ni yer..
adat dalam berperang, perkara mudah untuk mengkucar-kacirkan pihak lawan adalah dengan mengkucar-kacirkan 'kepercayaan' sesama mereka.
Last-last.......'KEDEBA BOMMM BIIII....'
1 comment:
suatu kurafat yang amat karut telah ditimbulkan oleh ahli PAS sediri adalah kelompok ulamak dan penguasaan dalam parti. Dimana terdapat dakwaan bahawa Presiden PAS mestilah dipilih dari kelompok ulamak, sementara Tim. Presiden PAS seboleh-boleh adalah ulamak untuk mengambil tanggungjawap presiden jika berlaku apa pada ulamak, atau bukan ulamak untuk mengimbangi peranan kelompok ulamak dalam pimpinan PAS.
Walaupun khurafat ini tiada dalam perlembagaan PAS, atau menjadi suatu peraturan dasar dalam PAS. Namun khurafat ini terus dipasang supaya kebodohan ahli PAS dan kepimpinannya akan terperangkap.
Kaedah sebenar pemilihan kepimpinan PAS adalah kebolehan memimpin dan mempertahankan perlembagaan parti. Seorang ulamak tidak semesti mempunyai ciri utama ini, begitu juga kelompok bukan ulamak tidak semestinya tidak memenuhi ciri utama ini.
Pernah satu masa, Harun Taib yang menawarkan diri untuk jawatan Tim. Presiden PAS, beliau adalah ketua Dewan ualamk PAS, namun perwakilan memilih Nasaruddin mat Isa, walaupun pada masa tersebut isu kelompok ulamak dan tidak ulamak berkumandang.
Sejarah telah membuktikan bahawa Datuk Asri merupakan presiden PAS yang bukan berlatar belakangkan Ulamak, namun para ulamak dalam parti dapat menerimanya sebagai presiden parti.
Ini membuktikan bahawa ulamak bukan pra syarat untuk menduduki jawatan tertinggi dalam parti. Pra syarat utama adalah ketokohan dan kebolehan. Jika seseorang ulamak memenuhi syarat-syarat pimpinan PAS, maka ia merupakan suatu kebetulan.
Sebagai seorang yang mempunyai keyakinan dan kekuatan sendiri, mustahil mereka akan menggunakan ulamak dan bukan ulamak sebagai isu dalam pemilihan pemimpin dalam PAS.
Post a Comment