Adakala ketika kita melangkah,
Kita terjatuh,
Terseliuh sendi jiwa dan nurani,
Sedayanya kita bangun bersama,
Biarpun perit di rasakan,
Biarpun pedih yang menyusuk..
Kita tabahkan hati dan perasaan,
Kita cekalkan Iman dengan keinsafan..
Sempit benar apa yang kita alami..
Cerita hidup pernah kita lakarkan di langit yang biru,
Seringkali juga kita membilang bintang di malam hari,
Membentuk mata hati agar tulus,
Setulus hati as-Siddiq,
Membentuk jiwa yang sejati,
Sejatinya jiwa al-Farouq,
Kerana andai mahu menggapai kerdipan untuk kesekian kalinya,
Usah menipu diri jika bumi itu tidak di sujudi,
Usah bilang tubuhmu kental,
Andai kelam hanya menjadi Mursyidmu..
Sampaikan khabar pada angin,
Betapa jatuh itu guru yang terbaik,
Menjadikan kita sentiasa akur,
Itulah sunnatullah dan seni kehidupan,
Membentuk kita bak sejernih embunan pagi,
Basahannya segar..
Walau hanyalah setitik..
Bersabarlah sahabat,
Moga rendang pohon Nya,
Sentiasa bersamamu..
Kerana itulah jalan yang telah kita pilih,
Untuk menjadi saksi di hari timbangan,
Moga lakaran itu,
Kekal buat selamanya….
Buat Mu sahabat,
Rendahkan hati mu padaNya…
2 comments:
salam
ana amat terharu tengok gambar yg nta posting tu...
wis blh tak nta promote madu ana dalam blog nta?
ana tgh buat bisness madu ni
kewangan ana xstabil
subhanallah..Masya Allah..kata2 yg menyentuh kalbu..mbawa keinsafan kepada siapa yang membacanya..mg di bawah lembayung rahmatNYa selalu..salam ziarah dari bumi Irbid,Jordan!
Post a Comment