Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

27.7.10

Selayang Pandang Tentang Syiah Yang Perlu di Ketahui!


1. LATAR BELAKANG

Kebangkitan fahaman Syiah secara meluas di Malaysia bermula dari kemenangan revolusi Islam yang diketuai oleh Ayatullah Al-Khomeini di Iran pada tahun 1979 dan menjadikan Iran sebagai Republik Islam. Atas nama kerajaan Islam itulah rakyat Malaysia telah memberi sokongan tanpa menyedari orang-orang Iran yang berfahaman Syiah telah menyebarkan fahaman mereka dengan meluasnya di Malaysia.

2.1 Penyebaran fahaman Syiah di Malaysia dilakukan melalui beberapa cara :

a) Lawatan pembesar-pembesar Iran ke Malaysia yang di susuli dengan kempen dan penerangan fahaman mereka serta lawatan pelawat-pelawat Malaysia ke Republik itu.

b) Melalui pelajar-pelajar Malaysia yang ditawarkan belajar ke Republik itu dengan diberi biasiswa dan kemudahan asas yang secukupnya atau melalui pegawai-pegawai Kedutaan Iran di Malaysia yang membuat lawatan ke pusat-pusat pengajian tinggi di Malaysia.

c) Memberi hadiah berupa buku fahaman Syiah kepada perpustakaan-perpustakaan umum seperti perpustakaan universiti, masjid dan toko-toko buku yang terkenal.

2.2 Di Malaysia terdapat 3 kumpulan Syiah yang berkembang beberapa tahun lalu :

a) Syiah Tayyibi Bohra (Dawood Bohra)

Kumpulan ini berasal dari India dan di Malaysia dikenali sebagai golongan yang memiliki kedai Bombay. Kumpulan yang berpusat di daerah Klang ini mempunyai tanah perkuburan dan masjid sendiri dengan jumlah pengikut dianggarkan 200 hingga 400 orang.

b) Syiah Ismailiah

Kumpulan ini dikenali dengan nama kedai Perbhai yang bergerak di Lembah Klang. Bilangan pengikutnya lebih kecil dari kelompok Bohra.

c) Syiah Ja’fariyah @ Imamiah Ithna Asyariah

Kumpulan ini dipercayai mula bertapak di Malaysia pada tahun 1979. pengaruh ajaran dan fahaman ini menular melalui bahan bacaan dan individu seperti pensyarah IPT. Beberapa buku utama Syiah telah dijadikan rujukan dan telah diterjemah dalam Bahasa Melayu. Pengikut kumpulan ini dianggarkan 300 hingga 500 orang.

2. PERKEMBANGAN SYIAH DI SELANGOR

Berdasarkan kajian dan siasatan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan polis, Syiah di Negeri Selangor dikategorikan seperti berikut :

3.1 Pusat Pengajian Tinggi

Beberapa buah Pusat Pengajian Tinggi telah dikenal pasti menjadi sasaran Syiah bergerak iaitu Universiti Malay, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa dan Institut Teknologi Mara.

3.2 Orang Awam

Hasil penyiasatan JAIS bersama Polis dan JAKIM didapati beberapa orang penyebar fahaman ini telah bergerak cergas dalam kelompok kecil untuk berkempen dari rumah ke rumah. Di antara individu yang telah dikenalpasti ialah Syed Jaafar bin Abdul Hamid Al-Sagof, beliau didapati menyebarkan fahaman ini di Taman Permata dan Taman Melor di Hulu Klang.

3.3 Menubuhkan Persatuan

Terdapat usaha-usaha kumpulan ini menubuhkan persatuan untuk mengembangkan fahaman Syiah kepada orang ramai yang dikenali dengan nama “Darul Husaini” tetapi pendaftaran ditolak pada 19September 1992 atas nasihat MAIS dan JAKIM.

4 PENYELEWENGAN SYIAH

Berikut adalah antara cirri-ciri ajaran Syiah yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah:

4.1 Imam Adalah Maksum

Syiah meyakini bahawa imam-imam adalah maksum iaitu terpelihara daripada dosa kecil dan besar dari peringkat kanak-kanak hinggalah meninggal dunia, kedudukan mereka sama seperti nabi-nabi. Pada iktiqad mereka Imam memelihara syariat dalam kitab Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al-Muzaffar, hal 72.

4.2 Kemunculan Imam Mahadi Bersama Orang Yang Telah Mati

Golongan Syiah dikehendaki mempercayai bahawa Allah akan menghidupkan semula orang-orang yang telah mati ke dunia ini bersama-sama Imam Mahadi untuk menghukum orang-orang yang telah melakukan kezaliman seperti Saidina Abu Bakar, Omar, Uthman, Aishah, Hafsah, Muawiah dan lain-lain lagi.

Fakta ini dijelaskan dalam kertas Aqaid al-Imamiah oleh Syeikh Muhammad Redha al- Muzaffar, hal 83
4.3 Berpura-Pura

Mengikut aqidah Syiah, al-Taqqiyah ialah menunjukkan sesuatu yang boleh membahayakan diri atau harta bendanya dengan melahirkan yang bukan hakikat sebenar dari kandungan hatinya. Al-Taqiyyah ini diamalkan dalam setiap perkara kecuali dalam masaalah arak dan menyapu khuf. Perkara ini dijelaskan dalam buku Al-Usul Min Al-Kafi juz 2 oleh Abu Jaafar Muhammad bin Yaakub bin Ishak al-Khulaini al-Razi. Hal

4.4 Menyanjung Saidina Ali Secara Keterlaluan

Syiah menyanjung Saidina Ali secara berlebih-lebihan hingga disamatarafkan dengan Rasulullah. Bahkan dalam beberapa hal Saidina Ali dianggap lebih tinggi lagi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Al Khulaini. Jld.1.Hal. 197

4.5 Menghalalkan Nikah Mut’ah

Golongan Syiah menghalalkan Nikah Mut’ah. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Man La Yahduruhu Al- Faqih oleh Abu Jaafar Muhammad bin Ali bin Hussain Bahawiah Al-Qanuni. Juzu’ 1 hal 358

4.6 Menambah Syahadah

Golongan Syiah menambah nama Saidina Ali dalam syahadah selepas nama Nabi Muhammad S.A.W. Perkara ini dinyatakan didalam kitab Al-Usul Min Al-Kafi oleh Khulaini, Juzu’1, hal 441

4.7 Menolak Hadis Yang Diriwayatkan oleh Ahli Sunnah Wal Jamaah Sekalipun Hadis Mutawatir.

Golongan Syiah juga menolak semua hadis yang diriwayatkan oleh golongan Ahli Sunnah Wal Jamaah walaupun hadis itu sampai kepada darjat mutawatir. Mereka hanya berpegang kepada hadis yang diriwayatkan oleh Ahli Bait sahaja. Pegangan ini disebut dalam buku Aslu Al Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad Al Husain Ali Kasyif Al-Ghita’, hal 149

4.8 Menolak Ijmak Ulama’

Golongan Syiah tidak menerima pakai Ijmak Ulama’ buktinya mereka menolak perlantikan Khalifah Abu Bakar, Umar dan Uthman. Malah mereka berpegang kepada pendapat-pendapat Imam mereka, kerana ijmak pada mereka adalah kesalahan, sedangkan pendapat Imam adalah maksum. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Mukhtasar al-Tuhfah al-Ithna Asyariyyah oleh Shah Abdul Aziz al-Imam Waliyullah Ahmad Abdul Rahim al-Dahlawi, hal 51


4.9 Menolak Qias

Golongan Syiah juga menolak Qias kerana beramal dengan qias akan merosakkan agama. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Aslu al- Syiah Wa Usuluha oleh Muhammad bin Husain Ali Kasyif al-Ghita’, hal 149:


4.10 Mengubah ayat al-Quran

Dipercayai Syiah telah menambah beberapa ayat dalam al-Quran yang bukan dari ayat Al-Quran sebenar. Sila rujuk: m_syiq@yahoo.com untuk maklumat lanjut.


4.11 Menyeksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharam

Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan mnyeksa tubuh badan sempena 10 Muharam bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira’, Baina al-Syiah wa al-Tasyayu’, oleh Doktor Musa al-Musawi. Hal 98:


4.12 Menghina Isteri-Isteri Nabi.

Golongan Syiah juga menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan dalam kitab Tuhfah al-‘Awam Maqbul oleh Syed Manzur Husain, hal 330



4.13 Mengharuskan Jama’ Sembahyang Dalam Semua Keadaan

Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahan (Fiqh Lima Mazhab diantara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hilliyyah terjemahan Prof Madya Dr.Lutpi Ibrahim(thn. 1993) hal. 36:

Ja’fari: harus menjamakkan diantara sembahyang Zohor dan Asar, Maghrib dan Isyak sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebab

4.14 Sembahyang Duha Adalah Bid’ah.

Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim. Hal 31 :

Ja’fari : sembahyang Duha adalah bid’ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah S.A.W yang diriwayatkan oleh al-Humaidi dalam al-Jami’ Baina al-Sahihain daripada Marwan al-‘Ajali, dia berkata: aku berkata kepada Ibn Umar “anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab: “tidak”. Akupun bertanya lagi, Abu Bakr? Dia menjawab: “tidak”. Humaidi pula meriwayatkan dari Aisyah di dalam Musnad Aisyah, dia berkata sesungguhnya Nabi S.A.W tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah b. Umar juga berkata, “Sembahyang Duha adalah bid’ah dari segala bid’ah

24.7.10

MADU DARI NEGARA YAMAN!! DAPATKAN SEGERA!!

(Surah An-NAhl: 69). maksudnya: "Kemudian makanlah daripada setiap macam buah-buahan dan tempuhlah jalan Tuhanmu yang telah dimudahkan. Daripada perut lebah itu keluar minuman madu yang bermacam-macam warnanya, di dalamnya terdapat ubat menyembuhkan bagi manusia. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda kebesaran Tuhan bagi orang yang memikirkan.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mendapatkan MADU ASLI YAMAN bolehlah berhubung dengan Ustaz Mohd Zaidi b Zaid dengan menghantar emel di alamat berikut:

ibnuzaid359@gmail.com

jd_tokwoli@yahoo.com


ataupun boleh hantar mesej ke nombor ini

+967711802596 @ +967715005954


dapatkan harga berpatutan dan murah

madu sidir ( sekilo ) = rm400


madu sumur ( sekilo ) = rm200

- untuk mendapat maklumat lanjut dan kelebihan yang ada pada madu dari Negara Yaman, silalah layari di sini

- Membeli sambil menderma kepada beliau yang kini sedang menuntut di Universiti Iman tahun pertama dan Yamaniah(Sana'a) Yaman dalam jurusan pengajian islam di peringkat ijazah.

17.7.10

Khabar buat angin..

Adakala ketika kita melangkah,
Kita terjatuh,
Terseliuh sendi jiwa dan nurani,
Sedayanya kita bangun bersama,
Biarpun perit di rasakan,
Biarpun pedih yang menyusuk..
Kita tabahkan hati dan perasaan,
Kita cekalkan Iman dengan keinsafan..
Sempit benar apa yang kita alami..

Cerita hidup pernah kita lakarkan di langit yang biru,
Seringkali juga kita membilang bintang di malam hari,
Membentuk mata hati agar tulus,
Setulus hati as-Siddiq,
Membentuk jiwa yang sejati,
Sejatinya jiwa al-Farouq,
Kerana andai mahu menggapai kerdipan untuk kesekian kalinya,
Usah menipu diri jika bumi itu tidak di sujudi,
Usah bilang tubuhmu kental,
Andai kelam hanya menjadi Mursyidmu..

Sampaikan khabar pada angin,
Betapa jatuh itu guru yang terbaik,
Menjadikan kita sentiasa akur,
Itulah sunnatullah dan seni kehidupan,
Membentuk kita bak sejernih embunan pagi,
Basahannya segar..
Walau hanyalah setitik..

Bersabarlah sahabat,
Moga rendang pohon Nya,
Sentiasa bersamamu..
Kerana itulah jalan yang telah kita pilih,
Untuk menjadi saksi di hari timbangan,
Moga lakaran itu,
Kekal buat selamanya….

Buat Mu sahabat,
Rendahkan hati mu padaNya…

4.7.10

Ya, memang saya berbogel!!

Itulah seni katanya…

Pengakuan berani mati yang di ungkapkan oleh Arja Lee, pelakon utama bagi filem ‘Dalam Botol’ amat menggerunkan. Anda boleh bayangkan seorang pelakon yang beragama Islam, yang mengaku tahu akan hukum haramnya, bertelanjang tanpa seurat benang di hadapan Pengarah filem dan hampir 10 orang krew yang lain demi menjayakan sebuah filem!

Lebih perlu anda tahu, ia bukanlah filem keluaran Indonesia mahupun rantau Asia yang lain. Ia adalah filem baru yang akan di terbitkan di Malaysia!

Pengarah, pelakon dan seluruh krewnya adalah orang Malaysia..!

‘Negara Islam..!! ( kata Tun Mahathir )

Saya membaca wawancara di antara Arja Lee dan wartawan hampir 3 kali bagi mengesahkan yang saya tidak salah faham akan pengakuan dan aksi berani matinya. Di halaman hiburan, keluaran Utusan Online, bertarikh 4 Julai 2010, saya rasa saya tidak mabuk dan bodoh lagi untuk memahaminya.

Kalau sebelum ini negara kita di gegarkan dengan filem aksi berahi ‘Comolot’ yang mengkisarkan tentang hubungan homoseksual, kali ini bagi saya lebih lagi.

Anda boleh bayangkan, andai klip video aksi seks Airel Peterpan dengan Luna dan Cut Tari yang berleluasa secara ‘underground’ boleh mengakibatkan peningkatan gejala seks di Indonesia naik secara mendadak , inikan pula filem seakan ‘porno’ yang akan di tayangkan secara umum kepada rakyat Malaysia!

Saya tidak tahulah kalau benda ini di pandang sebelah mata dan enteng oleh kementerian-kementerian dan agensi kerajaan yang bertanggungjawab. Tetapi pada saya sebenarnya harapan pada ‘mereka-mereka’ ini rasanya tidak ada apa yang boleh di harapkan lagi.

Kalaulah Dr Masyitah yang mempunyai tahap pendidikan agama yang tinggi boleh mengeluarkan kata-kata yang berbaur ‘syirik’, inikan pula mereka yang tidak ada pendidikan agama secara formal. Menyatakan seolah-olah ‘matlamat menghalalkan cara’.

Memang ‘kosong’ laaa….!

..............................................................................................................................................

Khabarnya berbogel di dalam filem ... Dalam Botol, boleh jelaskan?

Memang dalam satu adegan saya berbogel. Ia bagi menggambarkan Ruby sedang mandi di rumah pada waktu senja sebaik saja sampai di tanah air dari Amerika Syarikat.

Perlu ke sampai berbogel?
Pada mulanya, saya diberi seluar dalam warna kulit dan apabila air dan buih sabun mula mengalir di seluruh badan, keadaan menjadi tidak selesa. Barangkali ramai faham apabila mandi, banyak orang lebih selesa berbogel. Akhirnya, saya meminta kebenaran daripada pengarah, Khir Rahman mandi bogel dan dia bersetuju dengan permintaan saya itu.

Bagaimana keadaan ketika penggambaran adegan itu?
Penggambaran dilakukan dari sudut tepi dan 'benda tu' (alat sulit) saya tak nampak. Saya juga mendapatkan panduan daripada seorang juru mekap bagaimana untuk 'menyelitkan' 'benda tu' ke bawah agar tidak kelihatan bagi menggambarkan watak Ruby yang telah membuang alat sulit. Selesai adegan itu, pengarah memuji lakonan saya dan menyifatkannya salah satu adegan yang paling berjaya dalam filem itu.

Maksudnya awak berbogel di hadapan ramai krew?
Sudah tentu di hadapan saya ada pengarah. Jurukamera, jurucahaya, jurumekap dan penolak rel pun ada juga. Ada dalam 10 krew ketika itu.

Ish!Tak malu ke, boleh bogel macam tu?

Memang malu. Lagipun bercanggah dengan norma masyarakat, saya pun orang Islam, tahu hukumnya haram melakonkan watak perempuan dan menambah dosa lagi apabila mendedahkan aurat pula. Namun ia berbalik kepada niat dalam hati untuk menyampai mesej positif. Saya mahu penonton tidak mengikut jejak Ruby yang sanggup mengorbankan segala-galanya apabila menukar jantina dan tinggalkan keluarga hanya kerana cinta kepada kaum sejenis.Jangan buat macam Ruby, itu mesej saya.
Ini semua bukan bertujuan mencipta kontroversi murah untuk awak cepat popular?

Adegan bogel itu merupakan satu keperluan dalam watak Ruby. Sebenarnya dalam menjalani norma kehidupan, terdapat masyarakat yang selesa mandi bogel atau memakai kain basahan batik dan pelekat. Apa yang penting, saya bogel bukan kerana hendak menunjukkan Ruby berperasaan seksi apabila mandi tanpa seurat benang.
Sudah bersedia menerima cemuhan bila filem itu ditayangkan kelak?

Saya tidak dapat menjangka respon yang akan berlaku. Sebelum filem itu memulakan penggambaran pun, saya sudah puas menerima kutukan apabila terpilih memegang watak Ruby itu. Saya tidak takut dengan tohmahan kerana buat benda itu (bogel) bersebab berikutan watak Ruby itu seorang yang berani. Apa yang saya lakukan itu lebih baik daripada berlakon filem porno. Sebenarnya apabila saya menggadaikan tubuh badan, saya mahu ia dilakukan kerana seni dan bukan berbogel tidak tentu pasal seperti di tepi kolam renang.

Dengar khabar terdapat satu lagi adegan panas, Betul ke?

Ya, adegan itu melibatkan aksi manja dengan Wan Raja yang memegang watak Ghaus. Ia dalam suasana romantik di tepi pantai sebelum kami digambarkan melaku hubungan seks di dalam khemah.
Bagaimana perasaan awak ketika melakonkan adegan romantis itu dengan kaum sejenis?

Kami kaku ketika melakukan adegan itu. Malu dan segan silu. Speechless, hopeless and useless (ketawa).

Agak-agak lepas ke adegan bogel dan manja itu apabila dihantar ke Lembaga Penapisan Filem (LPF)?
Filem ini sebenarnya tidak panas tetapi suci. Saya berpendapat adegan berkenaan tidak perlu dipotong dan kalau mengikut garis panduan LPF pun tidak salah kerana tidak keterlaluan. Tapi kalau kena potong, hendak buat macam mana.
Tidak takut orang menuduh awak seorang gay gara-gara aksi panas dalam filem itu?

Saya sudah banyak menerima tohmahan sejak terima watak Ruby ini. Saya harap tidak dihukum masyarakat tanpa mengenali diri saya yang sebenarnya. Kenal saya dahulu.
Apa perkembangan diri sekarang?

Saya sedang melanjutkan pengajian tahun kedua dalam Sarjana Muda Lakonan dan Pengarahan di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.
Sebelum ini saya sudah pun memiliki Sarjana Muda Tarian di Akademi Seni Budaya dan Warisan Kebangsaan (Aswara).
Tamat pengajian di USM nanti, saya merancang melanjut pengajian di peringkat sarjana di Universiti Malaya. Saya mahu jadi pensyarah seperti penyanyi Syafinaz Selamat.

Seronok ke kehidupan di kampus selepas mula dikenali apabila berlakon dalam sebuah kontroversi?

Saya masih menjalani kehidupan sebagai mahasiswa biasa, berjalan kaki, naik bas ke kelas sebab saya tidak memiliki kenderaan. Namun saya ramai rakan,kadang-kadang saya menumpang mereka yang mempunyai motosikal.
Pernah kena sindir atau dikutuk rakan-rakan di kampus bila jadi gay dalam filem?

Hingga kini, saya tidak pernah mendengar ada yang mengutuk. Kata- kata negatif mungkin timbul selepas filem itu ditayangkan.Itu dah jadi adat, saya tak kisah.

Utusan Malaysia Online
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...