Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

17.2.12

LAPORAN DARI SYRIA : "YA ALLAH, HANCURKANLAH KERAJAAN BASYAR ASAD SEUMPAMA ENGKAU HANCURKAN TENTERA ABRAHAH!!"


Anak kecil ini terbaring di atas lantai menangis teresak-esak apabila tangannya ditembusi peluru. Namun begitu, anak kecil ini masih mahu bertanyakan nasib abangnya, Hasan apakah masih hidup atau tidak.

Abangnya pula berada di atas katil bersebelahan dengan anak kecil ini dan tangannya hancur dibedil rejim Asad. Pemuda Syria yang mengambil video ini cuba sedaya upaya untuk membuatkan anak kecil ini yang badan mereka dibedil peluru supaya "ketawa" seketika untuk menghilangkan rasa takut dan sakit kerana ubat-ubatan telah habis dalam simpanan.

Pemuda ini juga mengatakan bahawa jangan risau wahai anak kecil, sesungguhnya Allah bersama dengan kita. Semoga Allah menguatkan kamu wahai anak kecil. Wallahul musta'an.



Kasihan dua kanak-kanak perempuan ini, meratapi kehilangan ayahnya yang tersayang. Menjadi yatim mereka akibat sifat kebinatangan tentera Basyar!

Ya ALLAH! Jika Dikau tidak mengasihani kami yg berdoa ini mungkin kerana dosa-dosa kami yg banyak membelenggu diri kami, Kau kasihanilah ya ALLAH kanak-kanak ini..Mereka sudah kehilangan kasih sayang seorang ayah, ya ALLAH! (Gambar dari Pertubuhan Ulamak Am Syria)

( Layari sumber ini untuk mengetahui keadaan Syria)

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...