Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

3.2.12

ISU KUIN : PAS PUSAT 'SALOTEP' KAN MULUT AZIZAN..DONE!



PAS kini mengarahkan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Azizan Razak berhenti mengeluarkan kenyataan kepada media berhubung kontroversi penggantungan lima mahasiswa Kolej Universiti Insaniah (KUIN) yang dimiliknya.

Ia selari dengan keputusan "tutup mulut" yang dikenakan oleh Pakatan Rakyat, lapor New Straits Times.

"Saya tidak akan lagi mengeluarkan kenyataan tentang kontroversi KUIN. Saya sudah terima arahan," Azizan (kiri) dilapor sebagai berkata kepada harian berbahasa Inggeris itu.

Sumber dilapor memberitahu bahawa arahan tutup mulut itu dibuat dalam mesyuarat biro politik PAS di Kuala Lumpur pada Rabu lalu selepas setiausaha politik kepada Azizan, Muhammad Sanusi Md Nor tampil menjelaskan isu itu.

"Pimpinan sudah mendengar penjelasan saya berhubung isu itu dan hanya akan memberikan pandangan mereka dalam mesyuarat berikutnya," Muhammad Sani dipetik sebagai berkata.

Lima mahasiswa universiti itu digantung April lalu kerana memprotes tindakan KUIN mengosongkan asrama mereka di Alor Setar. Bagaimanapun, empat daripadanya sudah tamat penggantungan itu.

Tindakan Azizan mempertahankan tindakan KUIN itu mengundang kritikan keras kumpulan mahasiswa sebelum ini, diikuti kritikan pemimpin pembangkang, aktivis peguam dan kumpulan NGO.( MK )

1 comment:

Anonymous said...

hahahahahaha baguihlah....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...