Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

29.7.09

'HUFFAZ' YANG 'HAPUS'!


Lama benar saya memikirkan masalah dan dugaan ini. Sedari sekolah menengah hingga ke alam kampus DQ. Juga sehingga menjejakkan kaki ke dataran Syam, saya selalu memujuk hati dan pemikiran agar di doktrin akan doktrinisasi yang baik.

Segalanya adalah dugaan daripada Allah..

Berat benar memikul tanggungjawab sebagai ‘Duta Kalamullah’ ini. Hati ini benar-benar gerun dengan amaran yang pernah di sabdakan oleh baginda Rasulullah.

Sabda Rasulullah saw :

“ Berapa ramai yang menghafaz al-Quran dan kemudiaanya di laknat olehnya”.

“Orang yang menghafaz ( al-Quran ) itu menjadi hujjah kepada mereka yang tidak menghafaz”.

Gerun benar takkala hati ini menjadi tenang dari gangguan nafsu yang menyala dan membara..

Saya mengharapkan sekalian sahabat yang membaca entry saya kali ini agar sentiasa berfikiran terbuka dan positif.

Kerna bagi saya ia adalah satu muhasabah yang perlu di kemukakan dan akhirnya moga di temui satu ramuan yang terbaik bagi menyelesaikan masalah dalaman yang cukup menakutkan ini!

‘Huffaz’ yang ‘Hapus’ ( 1 )!

Sebenarnya isu ini cukup luas. Banyak ruang yang sukar untuk saya ‘lingkupkan’…

Ketika saya masih menjalani kehidupan sebagai ‘pencari ilmu’ di tanah Darul Quran, isu besar yang cuba saya bersama sahabat-sahabat kepimpinan lain selesaikan dan keluarkan dari ‘cenkerang’ yang gelap adalah pemikiran jumud yang membelengu sebahagian besar siswa dan siswi huffaz di situ.

“Kita datang untuk belajar, bukan untuk berpersatuan!”.

Ayat ‘keramat’ inilah yang menjadi satu virus besar yang menjadi punca ramai sahabat-sahabat huffaz ‘terkebelakang’ dari segi pemikiran dan isu semasa.

Maaf cakap kerana ramai juga yang terpengaruh dengan doktrinisasi sebahagian pensyarah yang juga masih berfikiran era 80an dan 90an!

Inilah masalahnya

Malah andai hendak di bandingkan dengan sahabat-sahabat di kampus yang lain dari segi pemikiran dan pengurusan, sudah tentu para huffaz ini menjadi juara bagi ranking abjad ‘Z’!

Cuma kadang-kadang saya pelik, andai benar datang untuk belajar, maka tidak perlulah di buat padang bola, gelanggang sepak takraw, badminton dan bola tampar.

Hapuskan sahaja semua itu! Bukankah datang untuk belajar!

Hazafkan jua sebarang bentuk persatuan dan kelab!

Kerana bukankah ‘kita datang untuk belajar’!



Maka apa guna Quran itu di hafaz andai ia tidak di praktikkan dalam bentuk perbuatan dan praktikal.

Wah!kalau berteori dalam bab Quran dan sebagainya, saya rasa mereka inilah yang paling hebat bercakap dan berhujjah!!

Aduhhh…

‘Huffaz’ yang ‘Hapus’ ( 2 )!

Saya menyaksikan perkara ini bermula dari sekolah menengah lagi. Mengenali sahabat-sahabat yang menghafaz Quran adalah suatu perkara yang menyeronok dan menenangkan fikiran dan hati.

Allah mengurniakan kejernihan pada wajah mereka. Ketenangan yang cukup hebat.

Namun terdapat sebahagiaannya Allah uji dengan gelora ‘nafsu’ yang cukup menakutkan..

Saya cukup seronok mendengar sahabat-sahabat seperjuangan yang mendapat jodoh dengan jalan dan cara yang halal dan baik.

Alhamdulillah, Allah menyelamatkan mereka dari perbuatan yang boleh menjerumuskan ke lembah dan lurah maksiat.

Telah sempurna sebahagian daripada agama mereka..

Saya tidaklah mahu mendedahkan aib sebahagian para huffaz yang terjebak ke dunia ‘couple’ mahupun ‘cinta ana enti’.

Benarlah pepatah arab mengatakan, ‘ Cinta itu buta’.

Maka bila terjebak ke lembah itu, buta segala-galanya. Tidak mengira latar belakang. Samaada engkau ustaz ataupun ustazah mahupun engkau adalah seorang huffaz!

Walaupun saya belum mendirikan lagi masjid seindah ‘masjidil Haram’ dan ‘Nabawi’, tetapi saya sekadar menasihati sahabat-sahabat yang terjebak ke lembah itu agar gunakan jalan dan cara yang paling baik untuk menyelesaikan masalah ‘nafsu’ ini.

Gunakan saluran yang telah di sediakan oleh Islam dengan cara yang paling terbaik!

Kesimpulan

Dua keadaan ini adalah sebahagian pengalaman yang saya titipkan sewaktu bergelumang dalam arena menghafaz Quran.

Saya kira, mereka yang bergelar ustaz dan pensyarah adalah mereka yang paling berautoriti menyelamatkan keadaan ini.

Pelajar memberi ‘thiqah’ pada mereka.

Andai ‘a’ dikatakan maka ‘a’ lah yang di turuti, dipercayai dan diikuti.

Juga andai system tarbiah yang bersistematik dilaksanakan dan diterima pakai sebagai kaedah penyelesaian, saya yakin produk yang di keluarkan tentu mendapat tempat dalam ‘pasaran’ tempatan mahupun global umumnya.

Akhir sekali sudah tentu terpulang kepada tuan empunya diri untuk menilai samaada mahu ataupun tidak.

Andai jiwa ‘tidak’ menguasai diri, jangan katakan system tarbiah yang hebat, pensyarah yang mantap dan sebagainya, ‘malaikat Jibril’ turun pun belum tentu dapat mengubah keadaan.


Maka nilailah keadaan masing-masing…

25.7.09

H1N1 : KEMBALILAH KEPADA ALLAH..



Sewaktu memberi kuliah maghrib di sebuah taman di Alor Setar, saya kembali membangunkan peringatan yang Allah kirimkan 5 tahun yang lepas.

Peringatan yang cukup memberi kesan yang mendalam kepada mereka yang diuji mahupun tidak.

Siapa bisa melupakan amukan tsunami 6 tahun yang lepas..

Amukannya cukup memeritkan dan memedihkan jiwa dan perasaan..

Malaysia sekadar ‘tempiasan’ sahaja merasai amukannya..

Amaran yang Allah kirimkan itu bukanlah bersifat semasa, mingguan, bulanan mahupun tahunan. Tetapi ia adalah satu amaran yang bersifat selama-lamanya.

Ia relevan diingati, dihayati dan direnungi sehingga dunia ini kembali menutup ceritanya.

Kini amaran Allah kembali dalam versi yang berbeza. Ia memusnahkan dalam bentuk yang cukup halus.

Dan cukup menakutkan!

VIRUS H1N1 a.k.a SELSEMA BABI!!

Saya tidaklah mahu menghuraikan segalanya secara bentuk kesihatan. Mahupun secara teknikal yang lain.

Atau sebagainya..

Sekadar seruan sebagai ikhwan dan adik beradik sesama Islam.

Kembalilah kepada Allah…..

Adalah terlebih baik, elok, cantik dan bagusnya andai ketika ini seluruh ummat Islam di Malaysia berkumpul secara beramai-ramai memohon perlindungan kepada Allah.

Untuk seketika ini..

Lupakan ideologi politik masing-masing.

Warna kulit.

Taraf kehidupan yang berbeza.

Apalah salahnya untuk ketika ini, UMNO dan PAS berpakat bersama-sama untuk bermunajat di ruang lingkup yang di hadiri oleh pengikut masing-masing serta mereka yang lain.

Saya syorkan di Dataran Merdeka ‘Munajat Hamba’ ini di adakan.

Letakkan mereka yang ‘bersih’ dan diredhoi oleh sekalian ummat untuk memimpin munajat ini.

Andai GAMIS berbangga dapat mengadakan konsert secara besar-besaran, apalah salah dan kiranya GAMIS juga menjadi penganjur ‘Munajat Hamba’ ini bagi sekalian mahasiswa seMalaysia.

Andainya tidak mampu, desaklah Kerajaan Persekutuan mahupun Pakatan Rakyat untuk mengadakannya.

Bukankah PAS adalah parti yang memperjuangkan Islam?

Maka atas dasar perjuangan itulah, saya kira PAS paling berautoriti menyuarakan bagi melaksanakan ‘Munajat Hamba’ ini.

Usahlah sekadar bermunajat ketika PRU sahaja…

Saya yakin segalanya boleh di laksanakan. Cuma persoalan ‘nak dan tidak’ sahaja..

Ujian dan bala’ H1N1 ini adalah dari Allah.

Maka kita juga harus kembali memohon pertolongan kepadanya..

Kembalilah kepada Allah….

12.7.09

100 HARI PENTADBIRAN NAJIB : YANG BAIK TETAP DI KATAKAN BAIK.


Genap 100 hari pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak mentadbir Malaysia.

Saya bukanlah penganalis politik. Cuma saya gemar mengikuti rentak cerita politik tanahair.

Pasang surutnya, menjadikan saya bisa memikirkan positif negatifnya.

Belajar mengenal jiwa dan sikap manusia.

Jujur dan munafik dalam bicara.

Serta menilai baik dan buruknya.

Apapun, Najib yang mengambil alih dari pentadbiran Pak Lah yang lepas menaiki takhta dengan penuh kontroversi.

Altantuya.

‘Queen Control’.

Isu pembelian kapal selam.

Rampasan kuasa negeri Perak.

Dan banyak lagi.

Mungkin ada isu dan dosanya dengan manusia. Ia akan terlunas bilamana segalanya ia meminta maaf, mengaku dan bisa untuk ‘di hukum’.

Dan mungkin juga dengan penciptanya.

Biarkan urusan beliau dengan yang Maha Agung. Kita tidak tuntas untuk menilai samaada seseorang itu sudah ‘menasuhakan’ taubatnya ataupun belum.

Kerana urusan kita dengan Allah juga masih tidak pasti bagaimana..

Apapun saya mengucapkan tahniah di atas keprihatinan beliau terhadap rakyat jelata dengan menghadiahkan 11 pakej saguhati sempena 100 hari pentadbiran beliau.

Yang baik tentu kita puji dan menyokongnya.

Usahlah asyik ‘membangkang’ sahaja.

Terkadang biarlah jiwa kita seperti pemerintah.

Juga tahniah kepada kerajaan kerana berani memansuhkan PPSMI setelah rakyat berpenat lelah menolak, berdemontrasi, membuat kajian dan sebagainya.

Tahniah kepada kerajaan Malaysia!

Saya yakin tentu kerajaan di bawah pentadbiran Najib dan Muhyidin mempunyai halatuju yang tersendiri.

Yang baik dan menuju ke arah yang memberikan pahala saya yakin PAS tentu akan menyokongnya.

Saya mendoakan kelak Najib dan timbalan serta seluruh kepimpinannya dapat berubah.

Menerima Islam sebagai cara pentadbiran.

Hati manusia. Berbolak balik. Allah jua yang bisa melakukan segalanya.

Moga Allah memberi hidayah serta taufiq kepadanya..

10.7.09

TRAGEDI NATRAH : LUKA BUAT UMMAT SELAMA-LAMANYA..


Saya mengetahui cerita ini semasa di tingkatan satu, tahun 1999. Kebetulan semasa memasuki pertandingan muhadhoroh ( satu pertandingan kebiasaan di sekolahagama rakyat ) kumpulan nasyid yang saya sertai menyanyikan lagu nasyid mengenainya.

“Pulanglah Natrah@Tragedi Natrah” ( kalau tidak silap saya ler..hu3 ).

Allahyarham sahabat saya, sufian memberitahu lagu ini hasil ciptaan gabungan abang tirinya bersama sahabat-sahabatnya semasa belajar di Mesir.

Lirik yang menceritakan kejadian yang penuh tragis di sulami lagu yang mendayu-dayu, membuatkan sesiapa yang mendengarnya terdiam seketika.

Saya sewaktu itu tertanya sendirian..Siapa Natrah?

Lewat tahun 1950 an, isu Natrah telah mengegarkan tanah Malaya. Isu yang meletus di Singapura itu, telah mengakibatkan ia menjadi tragedi berdarah demi menyelamatkan akidah seorang gadis belanda yang telah memeluk agama islam.

Tragedi Natrah adalah luka buat ummat Islam.

Permulaan luka yang membuatkan ia terus berdarah sehingga kini..

( Natrah dilahirkan di Tjimah, Jawa, Indonesia pada 24 Mac 1937 dari sepasang suami isteri berbangsa Belanda beragama Khatolik, Adrimus Petrus Hertogh, seorang sarjan askar dan ibunya bernama Adeline.


Semasa berusia lima tahun beliau diserahkan oleh ibunya dan neneknya Nor Louisyen kepada seorang penjual kain batik berasal dari Kemaman, Terengganu, Che Aminah Mohammad. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah adalah demi melindungi anaknya itu. Ia dipercayai dilakukan bertolak dari kasih sayang seorang ibu kepada anaknya.


Saat itu anti dan sentimen kebencian rakyat kepada Belanda di Indonesia memuncak. Mungkin atas kasih sayang seorang ibu kepada anak dan firasatnya demi menyelamatkan nyawa anaknya, Adeline menyerahkan kepada Che Aminah. Penyerahan Natrah kepada Che Aminah ini tidak diketahui oleh bapanya yang ketika itu yang dalam tawanan Jepun.

Che Aminah menerima tanggungjawab dan amanah Adeline itu dengan membawa balik Natrah ke Malaya menerusi Singapura. Bermula pada hari itu Che Aminah menerima Natrah sebagai anak kandungnya sendiri, malahan lebih dari itu. Bagi Che Aminah, Natrah bukan sekadar anak tetapi jiwanya. Di Terengganu dalam penjagaan Che Aminah, Natrah menjalani kehidupan baru dan selamat dunia akhirat. Beliau diberikan didikan budaya dan agama yang dianuti Che Aminah, agama Islam dan budaya Melayu.


Natrah dibesarkan dalam keadaan penuh kasih sayang dan hormat. Untuk menjamin dan menjaga keselamatan Natrah Che Aminah mengahwinkan Natrah dengan Mansor Adabi seorang guru ketika Natrah berusia 13 tahun dan Mansor 22 tahun. Perkahwinan ini adalah perkahwinan gantung kerana Natrah masih gadis sunti. Ia berlaku selepas keluaraga Natrah cuba menuntut Natrah dan sebagai ikhtiar Che Aminah menyelamatkan pertiwi jiwanya itu.

Kehidupan aman bahagia yang dilalui Nartrah bersama ibu barunya itu bagaimana pun terganggu apabila Adrimus sekembali ke Belanda mencari anaknya dan menuntut semula agar ia dikembalikan kepadanya. Di sinilah Natrah mula menjadi isu, polemik dan juga akhirnya mencetuskan tragedi berdarah.

Ayahnya menuntut Natrah di mahkamah di Singapura agar dikembalikan kepadanya yang berhak. Dalam perbicaraan ini Che Aminah berjaya memperolehi hak penjagaan ke atas Natrah. Bagaimanapun ia tidak berakhir di situ. Adrimus terus menuntut Natrah atas alasan Natrah tidak boleh dikahwinkan dengan Masnor.

Undang-undang Belanda digunapakai di mana menurut undang-undang Belanda wanita di bawah umur 16 adalah menjadi hak dan kewajiban keluarga bagi memutuskan masa depannya termausk dalam soal agama, perkahwinan dan sebagainya. Tuntutan ini diperolehi oleh Adrimus.

Keputusan mahkamah itu menyebabkan pada 12 Disember 1950, Natrah dirampas semula oleh keluarganya dan dibawa balik ke Belanda. Keputusan ini sudah tentu sesuatu yang berat bagi Natrah dan memilukan hati Che Aminah dan seluruh umat Islam.

Keputusan mahkamah ini meninggalkan rasa pedih dan satu tamparan kepada umat Islam. Bagi Che Aminah dan keluarganya usahlah diceritakan lagi. Anak yang selalu didodai dan dijaga bagaikan meruntun kelopak yang sedang berkembang mewangi, kehilangan Natrah seolah segala kehidupan Che Aminah dan juga Mansor bagaikan terpadamnya mentari dan bulan.

Mungkin keputusan mahkamah yang memberi hak kepada keluarganya menjaga Natrah tidak menimbulkan kemarahan. Tetapi apabila mahkamah juga memutuskan Nartrah dijadikan Khatolik (kembali ke agama asal orang tuanya) inilah yang menimbulkan kemarahan dan menderaukan darah. Kemurtadan inilah menyebabkan berlakunya rusuhan. Umat Islam tidak boleh menerima kejadian ini kerana ia mencabar seluruh kehidupan mereka. Keputusan itu seolah menginjak-injak kesucian agama mereka. Rusuhan berlaku kerana atas keyakinan demi menjaga akidah Natrah. Umat Islam bangkit cuba mempertahankannya. Dalam rusuhan ini seramai 18 orang terbunuh dan beratus-ratus cedera. Perisitwa dan tragedi ini adalah terbesar berlaku yang bertolak dari sentimen keagamaan. Tragedi inilah juga yang menjadi sejarah hitam bagi Natrah dan umat Islam Malaya ketika itu. kuat dan berkuasa. Natrah hanya sebuah piala rebutan antara keluarganya (Kristian) dengan umat Islam Malaya. ) –copy dari Pak MSO..


Hakikatnya, Natrah yang pernah di rampas dengan penuh kekejaman, telah pergi buat selama-lamanya menemui tuhan pencipta sekalian alam.

Islam kah dia atau bagaimana keadaan selama hayat beliau, hanya Allah sahaja mengetahui segala yang tersirat..

Natrah telah pulang..

Tragedi Natrah telah menjadi prolog dan pembuka tirai dalam gerakan memurtadkan anak gadis Islam.

Orang Islam yang masih waras dan tidak gila mana yang sanggup melupakan tragedi Aisyah Bukhori yang suatu ketika juga mengegarkan ‘1 Malaysia’ ini!

Kes tragis Hartina Kamarudin..

Lina Joy..

Ummat bangkit serta sanggup menumpahkan darah serta menggadaikan nyawa sewatu tragedi Natrah beraksi.

Namun kini, segalanya bagaikan sapaan bayu timur sahaja..

Ya Allah..selamatkanlah aqidah hamba-hambamu!

Syahid jua menjadi matlamat aku!!

9.7.09

BILA USTAZ NASHA TIDAK 'MENJELMA' DI MANEK URAI..


Ada satu perkara yang menarik yang saya nampak di Manek Urai. Dan saya rasa, keberangkalian besar para penyokong PAS mahupun BN pun perasan akan kecacatan sesuatu yang berlaku di dalam PAS.

Di mana Ustaz Nasharudin a.k.a = Timbalan Presiden PAS??

Setahu saya, bermula dari bibik gerakan PRK Manek Urai di tepuk gendangnya, hari pengumuman calon sehinggalah di hari penamaan calon, kelibat Ustaz Nasha masih tidak kelihatan juga.

Betapa ‘ijtihad politik’ yang di suarakan oleh TGHH tidak lama dulu, cukup besar kesannya kepada seorang timbalan yang wala’ dan thiqah kepada ketuanya yang menggerakkan ‘ijtihad politik’ tersebut.

Dan betapa semakin terhakisnya sifat dan sikap adab-adab berjamaah serta akhlak Islamiah di dalam PAS itu sendiri.

Saya bukanlah hendak mengusutkan pemikiran para penyokong dan pendokong PAS.

Tetapi sekadar renungan bersama bagi kita generasi muda. Agar tidaklah ‘manis’ andai kita yang mengaku membawa panji Islam, mengamalkan sikap wala’ ‘berangkai-rangkai’ serta menunjukkan tauladan seolah-olah PAS yang mengaku Parti Islam hanya tinggal nama sahaja!

Hakikatnya…

Naudhzubillah…

Terbaru Abdul Fatah Haron mengeluarkan kenyataan yang saya kira cukup tidak beradab selaku orang yang di taklifkan sebagai Pengarah Jentera Pilihanraya Manek Urai dan negeri Kelantan.

Ketidak hadiran Ustaz Nasha pada hari penamaan calon hingga sekarang di sindir dengan penuh sinis.

Istilah ‘malu mata’ yang di sandarkan kepada Ustaz Nasha adalah sesuatu yang cukup di kesalkan.

Malah beliau sepatutnya menyatakan perkara yang sebenar kenapa Ustaz Nasha tidak hadir ke Manek Urai sehingga kini.

Bukankah mesyuarat jentera PRK peringkat negeri Kelantan yang turut di hadiri oleh beliau yang mencadangkan agar Timbalan Presiden PAS di tegah untuk ‘menjelmakan’ dirinya di Manek Urai.

Seandai begitu ‘tidak suka’ Abdul Fatah kepada Ustaz Nasha, janganlah sampai ‘memperlecehkan’ beliau sehingga tahap begitu.

Saya melihat, jawatan ‘second chairman’ yang di sandang oleh Ustaz Nasha seolah-olah tidak bermakna langsung bagi sesetengah ahli mahupun pimpinan PAS itu sendiri.

Apalah salahnya di nyatakan perkara yang sebenar agar ahli bawahan tidak keliru dan memandang serong terhadap ‘bakal Presiden PAS’ andai sesuatu terjadi kepada Presiden PAS, TGHH hari ini.

Nyatalah, virus ‘hubbu ri’asah’ yang amat di titik beratkan oleh ulama’ haraki terdahulu agar pendokong islam sentiasa berhati-hati sudah menyerap ke dalam PAS sedikit demi sedikit.


Maka effect keputusan muktamar PAS terdahulu, cukup memberi kesan kepada sesetengah pendokong dan ahli PAS itu sendiri.

Dan maka berhati-hatilah, jangan sampai Allah tarik nikmat yang sudah di kurniakan hari ini!

Jernihkanlah apa yang hampir keruh..

7.7.09

MAHASISWA LUAR : 'BISU' DAN 'PEKAK'?


Jarang sekali kita mendengar suara-suara mahasiswa luar dalam mendepani isu semasa setaraf dan seiring mahasiswa tempatan.

Samaada keadaan itu ‘ada’ atau ‘tidak’ mungkin saya rasa itu adalah pokok utama yang paling awal di bincangkan.

Awalannya, saya ingin mengajak sahabat-sahabat yang membaca pandangan saya yang ingin di lontarkan dengan hati yang terbuka. Kita sama-sama menilai, memikir dan menganalisis kenapa dan mengapa situasi ini berlaku agar ketemu satu method mahupun cara untuk memperbaiki keadaan.

Sebenarnya, saya amat tercabar dengan kenyataan yang pernah di suara dan di lontarkan oleh seorang MP PKR ketika lawatannya ke Syria.

Siapa yang tidak kenal YB Zulkifli Nordin. Seorang yang cukup vokal di Parlimen dalam mempertahankan kedaulatan Islam dari di cabar oleh sesiapa pun.

Jangankan UMNO, DAP mahupun PKR pun beliau akan sapu bersih andai berani bercakap tentang perkara yang tidak betul tentang Islam.

Dalam sesi ramah mesra bersama beliau, dengan nada sinis dan menyindir beliau mempersoalkan akan situasi ‘kelenaan’ dan ‘diamnya’ mahasiswa luar dalam mengikuti isu semasa yang berlaku di dalam negara.

Mana tidaknya, beliau membawa contoh akan isu ‘Yoga’ yang suatu ketika heboh di perkatakan umum.

Ringkasnya, beliau mempersoalkan sepatutnya mahasiswa luar khususnya yang belajar di timur tengah tampil untuk sama-sama merungkaikan masalah ini selain bijak cerdik agama yang wujud di dalam negara!

Namun beliau melahirkan kekecewaan kerana sentiasa menantikan jawapan ‘google-google’ dari Mesir, Syria, Jordan, Yaman dan lain lagi yang hingga keadaan agak reda, tidak kelihatan ‘assigment’ berkenaan isu tersebut yang di hantar kepada mana-mana MP yang lain untuk di bentang di Parlimen mahupun di kongsi secara umum.

‘Bisu’ benar mahasiswa luar..

Saya terfikir sendirian..kritikan yang di lontarkan memang pedas tapi dari segi kebenarannya memang tidak boleh di nafikan!

Malah tidak keterlaluan wujud juga segelintir yang ‘memekakkan’ dari mendengar apa yang berlaku di tanah air sendiri..


Aduhhh..

Sewaktu saya belajar di dalam negara, saya gemar mengikuti episod-episod cerita yang mahasiswa tempatan lakukan.

Malah sahabat-sahabat dari segenap pimpinan universiti tempatan cukup vokal dalam mendepani isu-isu yang berlaku di dalam negara.

Mungkin setengah dari sahabat-sahabat berpandangan konteks waqi’iah adalah jurang yang paling dalam sehingga memaksa mahasiswa luar tidak seiring dengan apa yang mahasiswa tempatan lakukan.

Bagi saya itu benar dan ia langsung tidak boleh di sanggah.

Namun, apakah ia menjadi alasan yang paling utuh untuk mahasiswa luar untuk tidak turut serta dalam gelanggang negara yang boleh di nobatkan hampir 80% mahasiswa tempatan mendominasinya.


Sebagai contoh, saya pernah mengikuti pembelajaran di Syria. Memang di akui, jalur internet di sana amat memualkan.

Tetapi bukanlah sampai tidak boleh langsung untuk kita ‘search’ dan ‘explore’ apa yang sedang berlaku di dalam Negara.

Situasi lebih bertuah di lalui oleh sahabat-sahabat yang belajar di Jordan. Tekan dan klik sahaja di atas tilam dan katil, sambil tidur berdengkur pun maklumat boleh tiba!

Sama sahaja situasinya di Mesir seperti sahabat-sahabat saya selalu ceritakan.

Tetapi terkadang maklumat hanya sekadar maklumat sahaja. Tidak di bincangkan secara luas dan intelektual.

Maka ‘sayu’ sungguh pemandangan tersebut..

Lebih kelihatan ‘senja’, bilamana segala yang berlaku di dalam negara langsung tidak di ketahui dan di ambil endah!

“cerita politik! Kita datang untuk belajar!”

Wah!! Hebat bangat alasan Mas dan Tante!!

Sehingga kini, banyak sudah peristiwa yang berlaku. Tetapi, suara mahasiswa luar khususnya timur tengah tetap tidak bertenaga.

Isu PPSMI

Isu ISA


Isu gejala sosial


Isu H1N1

Isu Kerajaan Perpaduan


Isu One Malaysia

Serta terlalu banyak isu yang saya rasa mahasiswa luar perlu ‘take part’ juga dalam menyatakan pandangan dari sisi agama mahupun pendirian mahasiswa itu sendiri.


Bagi saya, apa yang di lakukan oleh sahabat-sahabat pimpinan tempatan seperti demo atau sebagainya tidaklah layak di buat di luar. Tetapi biarlah ia di ‘create’ mengikut citarasa luar dan bersesuaian dengan keadaan luar itu sendiri.

Jangan la sampai keadaan luar, ‘meluarkan’ kita selamanya..aduh..

Satu-satunya platform yang saya rasakan kuat dan punyai integriti yang utuh untuk di sandarkan segala maklumat adalah persatuan itu sendiri.

Saya yakin, setakat ini, tiada lagi negara luar yang di terokai sebagai destinasi belajar, tidak punyai sebarang platform persatuan.

Habis kuat, wujudnya persatuan anak negeri mahupun sekolah.

Bagi saya, di sinilah mungkin salah satu terletak kekuatan bagi para mahasiswa luar ingin menyatakan pendapat mahupun pendirian.

Besar kemungkinan ( memang pun ) MSD di negara masing-masing ‘mengharamkan’ dari terlibat dengan apa-apa jua yang berbentuk politik.

Maka saya turut bersetuju.

Maka haramkan sahaja apa jua bentuk kelab yang di tubuhkan atas sentimen politik atau di ‘ISA’ kan sahaja dan biarkan wujudnya persatuan induk dan cabangnya untuk kesatuan pelajar.

Maka saya kira, bilamana persatuan pelajar menjadi tempat sandaran yang kuat umpama PMRAM, maka suara-suara mahasiswa luar pasti kedengaran jua walau ‘sayup-sayup’ sahaja.

Dengan itu, isu-isu yang terkini yang melibatkan soal hukum hakam, saya kira mereka yang belajar di luar lebih ‘ahli’ dalam menyatakan pendapat dan pandangan.

Dengan menyalurkan melalui saluran akhbar secara online, blog mahupun sebagainya pastinya menjadi panas dan rujukan buat umum dan para ahli akademik, politik mahupun golongan mufti dan agamawan.

Maka dari situ, kurang lah sedikit penyakit ‘bisu’ dan ‘pekak’ yang di dihidapi dan di alami oleh segelintir sahabat mahasiswa di luar.

Dan kurang juga ‘pendekar-pendekar’ yang hebat di gelanggang sendiri sahaja kerana mereka sudah berani berentap di mini gelanggang yang sebenar.

Hebat lagi bilamana suara sahabat mahasiswa luar di gabung dengan ‘harmoni’ sahabat mahasiswa di dalam, maka ‘gegak gempita’ pentas negara.

Yang pastinya, segala bermula dari sifat dan sikap ‘mahu berubah’.

Walaupun ‘malaikat’ yang turun memberi ingatan, andai masih ‘berwalikan’ sikap bisu dan pekak, maka selamanya ‘tahap kebelakang’ terus di juarai oleh mahasiswa luar.

Sekadar pandangan..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...