Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

23.10.13

( Gambar ) GADIS DI BUNUH OLEH KENALAN FACEBOOK!

KLANG – Seorang remaja perempuan yang dilaporkan hilang kelmarin dan kemudian ditemui mati, disyaki menjadi mangsa bunuh sebelum mayatnya dicampak di tepi Jalan Kebun Nenas 1A/KS7 di sini malam tadi. Mayat Ng Yuk Tim, 15, dijumpai pada pukul 9 malam selepas polis menahan seorang operator mesin berusia 23 tahun dipercayai kekasih mangsa bagi membantu siasatan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di sini semalam. Ketika diperiksa, terdapat kesan gigitan pada tangan lelaki tersebut. Soal siasat lanjut ke atas lelaki itu membawa polis ke lokasi mayat mangsa ditinggalkan berhampiran rumah kedai di kawasan tersebut. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, mangsa dipercayai diketuk dengan objek tumpul kerana terdapat kesan pendarahan di kepala sebelum mayatnya disumbat ke dalam sebuah bagasi berwarna hijau. Mangsa yang lengkap berpakaian, dipercayai dibunuh pada hari sama dia dilaporkan hilang di Kelana Jaya sebelum mayatnya ditinggalkan di kawasan itu yang jaraknya 28 kilomter dari lokasi kejadian. “Polis masih menyiasat punca sebenar kematian mangsa termasuk kemungkinan dirogol,” katanya di sini. Yuk Tim dilaporkan hilang pada pukul 3 petang kelmarin selepas keluar dari rumah pada pukul 11 pagi untuk berjumpa rakan. Salah seorang rakan mangsa kemudian meninggalkan remaja itu di kawasan Stesen Transit Aliran Ringan Kelana Jaya di sini sebelum dia dilaporkan hilang. Mangsa yang baru selesai menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah dipercayai mengenali suspek sejak lima tahun lalu melalui laman Facebook. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. -Kosmo!










1 comment:

Anonymous said...

apa kata anda

http://ilham.karangkraf.com/karya-detail.aspx?idk=1607&idc=8029

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...