Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

24.10.13

DARI SISI INDAH CALON PAS YANG TIDAK DI KETAHUI RAMAI! SEBARKAN!




Oleh: Dr Tanaka Mustafa

 1) Calon PAS yang bakal bertanding di DUN Sg Limau sudah diumum. Ustaz Azam Samad, seorang bekas guru Sekolah Menengah Agama an-Nahdzah (SMAN) dipiliah PAS untuk mempertahankan kerusi tesebut.

 2) Saya tiak kenali Ustaz Azam secara dekat. Tetapi kajian saya mengenai calon ini sepintas lalu, ia adalah sangat menakjubkan. iarlah rakan-rakan lain bercherita mengenai beliau, saya akan bercherita mengenai perkara lain.

 3) Lihat gambar yang saya uploadkan ini. Ustaz Azam berlatar belakangkan pengantin Jepun, Shiozaki Yuki dan Kushimoto Hiroko. Apa kena-mengena pengantin Jepun itu dengn Ustaz Azam?

 4) Pada tahun 2007 seingat saya, seorang penuntut doktor falsafah dari UKM, Kushimoto Hiroko telah memilih SMAN sebagai sekolah angkat untuk kajian falsafahnya yang bertajuk "The Spread of Islamic Teachings".

 5) Tidak lama selepas itu, gadis Jepun itu memeluk Islam kerana khabarnya tertarik dengan amalan dan budaya yang baik dalam kalangan masyarakat di situ. Huriya Kushimoto Hiroko nama muslimnya. Setahun lebih kurang selepas itu, beliau kembali semua ke sekolah itu untuk majlis kenduri perkahwinannya dengan seorang lelaki Jepun juga, Ahmad Shiozaki Yuki. (http://www.brusearch.com/news/11335)

 6) Apa kaitannya dengan Ustaz Samad? Macam takde kaitan saja. Huriya Hiroko sepanjang menjalani kajiannya di SMAN, beliau tinggal bersama dengan keluarga Ustaz Azam.

 7) Ustaz Azam adalah satu-satunya anak lelaki Ustaz Samad. Manakala adik beradiknya yang lain semuanya perempuan dan tinggal bersama ibu mereka setelah pemergian bapa mereka, ustaz Samad. Jadi Hiroko ditempatkan bersama adik-beradik perempuan Ustaz Azam sehingga tamat kajian selama lebih 6 bulan jika tidak silap.

8) Enam bulan tinggal bersama adik-beradik ustaz Azam, membuatkan Hiroko tertarik untuk memeluk Islam. Jika dilihat budaya masyarakat sekitar, biasa-biasa sahaja. Akan tetapi untuk buatkan Hiroko tertarik dengan Islam, tentu ada sesuatu yang lebih dari itu. Hidayah milik Allah, dan adik-beradik ustaz Azam dipilih menjadi asbabnya. Itulah faktor yang saya rasa.

 9) Bagaimana didikan Ustaz Samad sehingga anak-anaknya dihiasi akhlak yang baik, dan berjiwa daei, pendakwah sehingga menarik Hiroko untuk berminat dengan Islam.

 10) Dan akhlak yang baik dan berjiwa daei itu sudah tentu turut ada pada Ustaz Azam juga. Selain anak kepada Almarhum Ustaz Samad, Ustaz Azam juga adalah murid kepada Almarhum Ustaz Azizan Razak. Anak didik yang Ustaz Azizan tidak pernah tingikan suara kepadanya, sekalipun ustaz Azizan diketahui sikap "cengey" nya. Sekian

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...