Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

29.3.12

ARTIKEL PANAS! : ANWAR IBRAHIM PERLU ADIL DAN LEBIH BERANI DALAM ISU ISRAEL DAN PALESTIN DI HADAPAN AMERIKA!

Sumber

Saya baru sahaja menonton ucapan Anwar di Amerika Syarikat yang dikatakan menyokong Israel. Saya enggan mengulas selagi tidak mendengar/menonton kenyataan itu.
Tidak dinafikan isu Anwar dan Israel sengaja dimainkan oleh musuh politiknya untuk manfaat PRU yang bakal menjelang. Tidak dinafikan pemimpin BN bersikap oportunis dalam menonjolkan isu ini. Rakyat masih ingat pertemuan beberapa pemimpin negara dengan pemimpin negara haram Israel.

Rakyat juga saksikan bagaimana ribuan umat Islam yang membantah kedatangan pemain kriket Israel pada 1997, diperlakukan dengan begitu kasar oleh FRU di Masjid Ar Rahman. Mereka disembur air kimia, ditembak gas pemedih mata, dihambat dan dikejar hingga ke dalam masjid, ditangkap dan dibelasah. Sebahagiannya di dakwa di mahkamah. Dua orng dipenjarakan selama dua bulan. Semua ini masih segar dalam ingatan rakyat.

Namun ini tidak bermakna apa yang diucapkan oleh Anwar itu mesti diterima. Anwar bukan seorang yang maksum, tiada dosa dan kesalahan dan tidak boleh dikritik dan ditegur. Anwar juga banyak buat silap.

Saya merujuk kepada rakaman video pada 24 Jun 2010 di Woodrow Wilson International Center, Washington DC. Anwar berucap di bawah tajuk, Islam And Democracy in Southeast Asia.

Rujuk: http://www.youtube.com/watch?v=WH4fOoZ2X3M&feature=related

Pastinya majoriti hadirin di hadapan beliau adalah rakyat Amerika, Kristian, Yahudi dan mungkin yang tidak beragama. Pastinya mereka hadir untuk mendengar dari mulut pemimpin Islam sendiri penjelasan berkaitan dengan Islam yang sering mereka dengar dengan versi yang berbeza.

Sayang, Anwar gagal memanfaatkan pentas itu untuk mempamerkan kebaikan Islam, keadilan sistem pemerintahan Islam, kejayaan ekonomi Islam, keunggulan undang-undang Islam. Anwar lebih mengutamakan suara orang bukan Islam dalam Malaysia. Anwar seolah-olah datang sebagai pemimpin kepada minoriti non-muslim Malaysia untuk menyuarakan ketidakpuasan hati mereka terhadap amalan Islam di Malaysia.

Apabila diajukan soalan, adakah saudara menyokong negara sekular atau negara Islam? Anwar terus sahaja menjawab, “Saya tidak setuju dengan negara Islam.” Lalu diberi alasan, “Sebab ia banyak dihuraikan dalam bentuk yang negatif. Tetapi jika Negara Islam dengan maksud kebebasan beragama, kebebasan undang-undang, ia suatu yang bagus.”

Kanapa Anwar tidak memperbetulkan sahaja tanggapan negatif tentang negara Islam. Kalaupun hendak menjaga hati Yahudi dan Kristian di hadapannya, apa perlu memulakan kata-kata dengan, saya tidak setuju negara Islam. Atau memang itu yang menjadi aqidah dan pegangan Anwar, menolak konsep negara Islam sebenar? Jika begitu, amat malanglah perjalanan panjang perjuangan seorang bekas pengasas Abim ini!

Anwar turut mengecilkan peranan agama dalam pemerintahan. Anwar langsung tidak menyokong perundangan Islam sebenar. “Jika orang Islam memerlukan sebuah mahkamah yang membicarakan soal rumahtangga (mahkamah syariah) dan beberapa perkara terbatas, pada pendapat saya bolehlah. Tetapi jangan cabuli hak penganut agama lain.”

Anwar juga menyatakan tidak setujunya dengan Undang-undang yang menghalang murtad kerana ia dianggap sebagai satu paksaan agama ke atas seseorang.

Anwar juga tanpa ditanya, terus menghentam pelaksanaan Undang-undang Islam. Beliau menolak untuk menghukum orang Islam yang minum arak. Anwar mengkritik hakim Dato’ Abd Rahman (Kuantan) yang menjatuhkan hukuman sebat ke atas seorang gadis miskin (fakta yang tidak benar) kerana kesalahan minum arak.

Sama seperti Mashitah, Anwar pertikai, takkan nak sebat gadis miskin ini. Lebih baik nasihat dengan elok. Sebab di hotel mewah yang lain juga ada orang Islam yang kaya mereka juga minum arak. Mereka mendapat tolak ansur.

Anwar turut mengambil kesempatan menghentam para ulama’ yang disifatkannya suka untuk menghukum gadis miskin dan membiarkan orang kaya minum arak. Satu kenyataan yang biadab. Cuba dedahkan siapa ulama’ yang hendak menghukum orang miskin itu.

Sepatutnya Anwar memanfaatkan pentas itu untuk menjelaskan kebaikan dan keadilan hukum Allah. Jelaskan keburukan arak yang menghancurkan institusi masyarakat, yang memporak porandakan keluarga, yang mendorong ke arah maksiat dan jenayah yang lebih besar. Justeru Islam sangat tegas terhadap arak. Jelaskan kepada mereka kerana mereka sedang membuka telinga kepada anda!

Kemuncaknya, (yang menjadi pertikaian sekarang) apabila Anwar ditanya tentang sokongannya terhadap resolusi mengutuk Israel di parlimen Malaysia dalam isu Flotila.

Anwar sepatutnya mengambil kesempatan menjelaskan kekejaman tentera Israel membunuh orang awam yang tidak membawa senjata, yang datang secara aman membawa makanan dan ubat ubatan untuk penduduk Gaza yang telah dikepung sejak bertahun tahun lamanya. Jelaskan kepada mereka misi kemanusiaan kumpulan itu.

Sebaliknya Anwar hanya cuba mempamerkan sikapnya yang kononnya neutral dan tidak memihak kepada Israel atau Palestin. Bahkan katanya, pemimpin Palestin juga ada yang rasuah dan perlu dikritik. Menurutnya, merkea (PR) terpaksa menyokong kerana dalam kapal itu ada rakyat malaysia.

Anwar lantas mencadangkan penyelesaian dengan ditubuh dua negara, Palestin dan Israel. Apabila isu ini dimainkan oleh Umno, Anwar cuba menjawab bahawa sokongannya kepada Israel adalah bersyarat. Iaitu Israel perlu memberi jaminan keselamatan kepada umat Islam.
Anwar lupa ketika Teodor Hertzel, pemimpin Zionis menghadap Sultan Abd Hamid Turkey memohon utk mendirikan negara Israel di atas sebidang tanah di Palestin dgn berbagai bentuk bayaran bernilai berjuta-juta pound sterling, menghapuskan hutang kerajaan Uthmaniah dan mendirikan universiti Az Zahra’, Sultan berkata: “Palestin bukan milik saya. Ia milik umat Islam. Mereka telah menumpahkan darah utk membebaskannya.”

Sebelum dari itu, dalam perjanjian Umariah (perjanjian yg ditandatangani stlh Kristian tewas kpd umat Islam di Palestin), pihak Kristian memohon supaya Saidina Umar memasukkan satu ‘term’ dlm perjanjian itu utk tidak membenarkan kaum Yahudi tinggal di Palestin. Ini krn org Kristian sangat kenal dgn perangai jahat Yahudi yg sentiasa khianat.

Paling besar, Anwar perlu ingat, Rasulullah SAW sendiri pernah memberi jaminan keamanan kepada Yahudi Bani Nadhir, Quraizah dan Qainuqa’. Namun kesemua qabilah Yahudi ini khianat, lalu mereka dihukum dgn pelbagai hukuman hingga akhirnya mrk dihalau keluar dari Madinah. Adakah Yahudi di Palestin hari ini lebih baik dari Yahudi Madinah pada zaman Rasulullah SAW?
Anwar bercakap seolah-olah dia seorang hakim atau pengadil yang berkhidmat di Amerika Syarikat.

Anwar perlu diingatkan, bahawa beliau adalah seorang lelaki Melayu yang beragama Islam, agama yang paling adil dalam memberi hak kepada manusia.

3 comments:

Anonymous said...

Kupasan yang menarik..diharapkan anwar lebih berhati-hati semasa bercakap lebih-lebih lagi depan non-muslim...nilai islam yang mulia perlu diterangkan supaya non-muslim faham islam yang sebetulnya....islam itu mulia tapi yang merosakkan islam tu org islam sendiri lebih-lebih lagi org Melayu di Malaysia ni..apa2pun ABU tetap didahulukan Putrajaya tetap diutamakan..

Anonymous said...

Mana peranan kita

Blogger said...

By using Car Rental 8 you can find the cheapest car rentals at over 50000 locations globally.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...