Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

2.10.10

PAS KAWASAN PENDANG RETAK??


Sedang saya merewang di alam maya, saya terjumpa artikel mengenai keretakan yang berlaku di dalam PAS kawasan Pendang..Entahlah, samada ia adalah betul ataupun tidak. Apa pun saya mengharapkan ia tidak benar dan rekaan musuh PAS sama sekali..

...........................................................................................................................

Hampir separuh daripada kepimpinan Pas kawasan Pendang meletak jawatan kerana tidak berpuas hati dengan kepimpinan Kerajaan Negeri yang dikatakan gagal menyelesaikan beberapa masalah atau cadangan yang diketengahkan sebelum ini.

Tindakan itu diambil sebagai menyatakan bantahan kerana suara akar umbi tidak didengar oleh pihak atasan parti yang kini mentadbir negeri dengan tujuan memperkemaskan dan memantapkan jentera pentadbiran.

Pengumuman peletakan jawatan itu dipercayai dilakukan pada 27 September lalu dan suratnya diserahkan kepada Timbalan Yang Dipertua Pas Kawasan Pendang merangkap ADUN Tokai, Datuk Mohamed Taulan Mat Rasul kelmarin.

“Ahli jawatankuasa yang terlibat mengumumkan meletak jawatan dalam satu mesyuarat yang diadakan di Pejabat Pas Pendang kerana tidak berpuas hati dengan pentadbiran kepimpinan negeri. Isu ini sudah menjadi heboh dalam kalangan ahli parti dan penduduk di sekitar Pendang”.

“Mereka ada meminta Kerajaan Negeri memperbetulkan pentadbirannya kerana perjalanannya sekarang ini tidak mencapai matlamat yang diidamkan oleh kebanyakan pemimpin Pas di peringkat kawasan”.

Bendahari Pas Pendang, Datuk Mohd Hayati Othman yang juga Ahli Parlimen Pendang yang mengesahkan peletakan jawatan itu melibatkan 15 daripada 30 AJK kawasan.

“Mereka menyerahkan surat peletakan jawatan sebagai AJK itu bermula dari 27 September sehingga semalam kepada Datuk Taulan. Antara yang meletak jawatan terdiri ialah Yang Dipertua, Naib Yang Dipertua, Setiausaha, Ketua Penerangan dan AJK lain”.

Sehingga kini, beliau dan Taulan belum mengetahui atau dapat mengesahkan punca peletakan jawatan itu kerana tidak menyatakan sebab mereka berbuat demikian. Mohd Hayati juga juga menafikan peletakan jawatan itu berpunca daripada perasaan tidak puas hati terhadap kepimpinan Kerajaan Negeri seperti yang didakwa beberapa pihak.

“Sehingga kini, saya belum mengetahui punca mereka bertindak sedemikian kerana gagal menghubungi mereka untuk mendapat penjelasan lanjut. Beberapa kali saya menghubungi mereka namun gagal dan dimaklumkan mereka tidak berada dalam kawasan dan kemungkinan ingin berehat selepas meletak jawatan”.

Beliau akan mengadakan mesyuarat dalam masa terdekat membincangkan isu itu. Pada masa ini, seorang pegawai ditugaskan di pejabat Pas untuk mengendalikan urusan orang ramai.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...