Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

20.9.10

Nik Nazmi Pula Menyerang Zaid!


Kembali kuasa presiden hanya gimik, kata Nik Nazmi

Pengarah Komunikasi PKR Nik Nazmi Nik Ahmad berkata usaha Penyelaras Pakatan Datuk Zaid Ibrahim untuk mengembalikan kuasa presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail hanyalah gimik semata-mata.

"Sekarang, gimik terbaru untuk mengembalikan kuasa presiden. Harapnya beliau (Zaid) lebih mengamalkan disiplin dalam berorganisasi dan tanggungjawab bersama," kata Nik Nazmi (kanan) yang juga ADUN Seri Setia.

Zaid hari ini berikrar, beliau akan membela kuasa Wan Azizah selaku presiden PKR, sekiranya beliau berjaya dipilih sebagai timbalan presiden dalam dalam pemilihan parti itu nanti.

Ikrar tersebut disuarakan Zaid dalam blognya hari ini berikutan timbulnya tanggapan bahawa kedudukan Dr Wan Azizah sebagai presiden parti itu, hanyalah sebagai satu lambang semata-mata

Tidak berapa lama selepas itu, Nik Nazmi yang dilihat antara orang kuat Naib Presiden Azmin Ali - pesaing utama Zaid (kiri) - menulis pesanan di Twitter, penyelaras Pakatan Rakyat itu patut merujuk kepada kongres PKR pada 2007.

"Jika beliau semak dengan anggota parti di Kongres Keadilan 2007, fahamlah kenapa pengecualian jawatan itu diperkenalkan," katanya.

Bagaimanapun, Nik Nazmi kemudiannya memperli lagi:

"Lupa - Beliau (Zaid) masih dalam Umno ketika itu. (Tanda senyum) Sekarang kritik ikut budaya Umno! Syabas."

Sebelum Ini, Si Ayam Suruhan Azmin Ali ini turut menyerang Zaid Ibrahim. Termasuk si Azmin sekali yang cerca Zaid..

BEBERAPA PEMIMPIN PKR BANKRAP ISU:NIK NAZMI, ZAID ANTARANYA

Walaupun nampak tenang di permukaan, tetapi di dunia maya, Naib Presiden PKR Azmin Ali dan penyokongnya kini dilihat lebih agresif 'menyerang' pesaingnya Datuk Zaid Ibrahim bagi merebut jawatan nombor dua dalam parti itu.

Semuanya bermula apabila pengarah komunikasi PKR Nik Nazmi (kiri) Nik Ahmad tengah hari tadi dipercayai menyindir Zaid dengan berkata:

"Kalau yakin boleh menang janganlah kata akan dilayan seperti arwah (bekas timbalan perdana menteri) Tun Ghafar (Baba). Kempen secara positif, dengan yakin. Alangkah baiknya."

Walaupun tidak menyebut nama Zaid, ia dipercayai jelas merujuk kepada bekas menteri itu ekoran kenyataannya yang menjangkakan terdapat kemungkinan beliau "dikuburkan" seperti Ghafar itu setelah ada "wira baru yang handal" Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menulis dalam blognya awal September lalu, Zaid berkata, sejak mengumumkan hasrat bertanding dalam pemilihan PKR, beliau dianggap "sudah menjadi orang yang tidak setia, pengacau dan menjual parti pada Umno", berbeza dengan keadaan ketika disambut masuk sebagai wira tahun lalu.

Malah beliau juga mendakwa, ada yang cuba mengupah penulis blog popular bagi memburukkan namanya, antaranya dengan menulis kononnya beliau akan membayar RM20,000 kepada cabang yang mencalonkannya.

Menulis dalam laman Twitter tengah hari ini, Nik Nazmi - dilihat antara pendokong Azmin - juga menulis dalam bahasa Inggeris bahawa "drama" seperti itu tidak diperlukan dalam PKR.

Sementara itu, membalas tulisan Nik Nazmi itu, Azmin (kanan) pula menyifatkannya sebagai "hujah yang mantap dari anak muda"

"Malangnya ada orang yang bankrap dan guna gutter politics (politik murahan)," balas Azmin yang juga bekas setiausaha sulit kepada Anwar.

Serangan terhadap Zaid juga dilihat sebagai reaksi terhadap kenyataannya semalam yang secara sini menyifatkan tindakan Azmin menawarkan diri bertanding dibuat dengan penuh "gaya" semalam.

Malah, Zaid - kini penyelaras Pakatan Rakyat - juga menyifatkannya sebagai 'pertunjukkan' yang mengagumkan" dan "amat mengejutkan".

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...