Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

2.3.10

Antara Tragis Dan Pedoman..

Saya paparkan email yang di terima bersama teman alam maya sekalian..Moga ada hasil untuk di fikirkan bersama..


................................................................................................................................


Januari 20, Dubai – Mahmoud al-Mabhouh, Ketua Komando HAMAS ditemui mati terbunuh di sebuah bilik hotel. Siasatan awal pihak polis Dubai mendapati ia pembunuhan yang dirancang licik dan sangat rapi, melibatkan 10 lelaki dan 1 wanita, disyaki ejen Mossad, iaitu Israel’s secret intelligence service (mcm CIA utk US). 11 orang suspek ini tiba ke Dubai dari pelbagai destinasi di dunia lebih awal dari Mahmoud, dengan beridentitikan 6 passport rakyat British, 2 Ireland, Perancis, Germany dan Switzerland, yang kesemuanya palsu. Pemilik passport sebenarnya sedang berada di rumah sepanjang masa atau sakit di hospital.
.
Hasil penelitian berdozen-dozen CCTV di airport, hotel dan shopping mall oleh penyiasat polis Dubai, sepanjang konspirasi pembunuhan yang memakan masa tidak sampai 24 jam itu, didapati 11 orang suspek ini menyamar dengan pelbagai rupa, berubah setiap kali keluar dari tandas dan bilik, dari penampilan ahli sukan yang pulang kepenatan membawa reket tenis, kepada seorang yang bercermin mata berambut panjang berjanggut, kemudian kepada lelaki segak memakai blazer lagak seorang businessman yang membawa briefcase. Mereka tidak pernah berhubung dengan satu sama lain dengan telefon bimbit, tetapi kesemuanya kerap menerima panggilan dari negara Austria.
.
Mereka telah mengekori As-Syahid Mahmoud Al-Mabhouh sejak di airport lagi, berpura-pura melanggar troli beliau, mungkin untuk mengecam dan memastikan ketibaan Mahmoud. Kemudian ejen yang lain pula telah menaiki lif yang sama dengan Allahyarham, memastikan nombor bilik hotelnya. 30 minit kemudian, ejen lain pula mendaftar masuk ke bilik yang bertentangan. Turut terlibat ialah seorang wanita yang membawa shopping bag dan memakai topi bunga yang besar yang berpura-pura terkunci di luar bilik Mahmoud semasa ketiadaan beliau, sedangkan hakikatnya wanita itu sedang cuba memecah masuk dan menukar setting kunci. Dalam tempoh 22 minit sahaja selepas kepulangan Allahyarham Mahmoud ke bilik hotel, mereka berhasil membunuhnya, suffocating him. Hanya dalam tempoh 2 jam, kesemua 11 orang suspek telah meninggalkan bumi Dubai melalui penerbangan ke serata dunia, Afrika Selatan, Hongkong, Frankfurt dll. Jenazah As-Syahid hanya ditemui dalam bilik hotelnya keesokan harinya apabila beliau tidak check-out.
.
Tiada siapa yang dapat menjejaki siapa 11 orang ini. Mereka dilihat di kamera-kamera, dengan rupa yang berbeza-beza setiap kali, dan di airport, dengan identiti passport palsu. Maklumat ini dibongkarkan oleh pihak berkuasa Dubai dan ia tersebar sekelip mata ke seluruh dunia.
Maka berpeluhlah para menteri kerajaan British dan Israel menjawab kepada media dan rakyatnya. 6 rakyat British yang disyaki sebagai Pembunuh itu kini hidup dalam ketakutan kerana akan didakwa. Gordon Brown, Perdana Menteri Britain menyatakan kekesalan dan ketidakpuasan hatinya kepada Israel yang memperkudakan rakyat British, memalsukan passport British untuk kepentingan Mossad dan mengancam untuk menghentikan kerjasama sedia ada dengan Israel. Seperti biasa, Israel diam membatu, tidak mengiyakan, tidak juga menafikan benarkah itu perbuatan ejen Mossad mereka. Rakyat British marah-marah, bersimpati dengan mangsa dan pelbagai lagi reaksi timbul.
..
Itulah dramanya ketika ini. Lihatlah setiap dada-dada akhbar, tajuk-tajuk besar berita dunia. Semuanya berkisar tentang Hamas dan Mossad. Apa yang kawan-kawan fikirkan? ..selain dari ‘wah macam dalam movie la’.



Pertamanya, kita doakan semoga Allahyarham Mahmoud Al-Mabhouh menggapai Syahid, berada di sisi Allah Taala yang dicintainya… menuruti jejak langkah Sheikh Ahmad Yasin, Dr Abdul Aziz Rantisi dan ramai lagi pahlawan Palestin yang telah pergi dahulu.
.
Kita tidak tahu apakah cerita sebenar, konspirasi apa yang sedang berlaku, kecuali permainan yang dipertontonkan oleh media kepada kita. Yang pasti, agenda yang sama sedang berjalan, oleh pihak yang sama sejak dahulu, bukan? Iaitu agenda memusnahkan Islam oleh musuh Islam. Tiada apa yang baru tentang ini. Yang pasti, seorang lagi mujahidin telah mereka bunuh, sedangkan drama-drama rentetan ini akan pasti akan senyap selepas beberapa ketika.
.
Apa yang kita faham?
Musuh Islam bekerja keras.
Mereka merancang dengan penuh teliti dan rapi. Bukan hanya pembunuhan, penaklukan, kejatuhan ekonomi dan hal yang besar-besar sahaja. Yang lebih penting lagi, agenda mereka lebih banyak melibatkan hal kecil-kecil dalam kehidupan seharian kita. Ini kerana sebelum mereka membuat plot cerita hal yang besar-besar, mereka haruslah membius, memberi ubat pelali dahulu kepada umat Islam, sepertimana seorang pemburu hendak mendekati sang singa yang gagah dan garang. Bagaimana pula dengan kita? Dengar perkataan ‘dakwah’ telinga kita terasa ngilu. Suruh bergerak menyeru Islam, kita rasa tak mampu. Diri sendiri pun rasa tak terseru.
…..
Kita adalah anak-anak singa yang berperangai seperti kijang. Kita adalah putera-puteri Islam yang sudah dibius, diberi ubat pelali, hingga tidak sedar keberanian dan keimanan kita kepada Allah mampu menggerunkan seluruh dunia. Kita tidak yakin bahawa masa depan adalah milik Islam. Melihat masalah ekonomi dunia sahaja kita sudah rasa almost impossible untuk baiki. Belum lagi fikir masalah kerosakan akhlak manusia. Kita nampak musuh Islam tu macam kuat sangat. Power sangat. Hebat sangat.. sampai suruh boikot barang Israel pun kita taknak… tak berapa rasa penting… sebab kita rasa
‘tak ada faedahnye. bukannya jejaskan ekonomi mereka sangat pun.’
.
Saya tidak cakap atas angin. Hasil survey yang saya lakukan menunjukkan:
- lebih 30% responden mengakui sebab tidak boikot adalah merasa ia tidak ada kesan pada Israel.
- 22% lagi tidak merasakan kewajipan.
- 17% tidak mahu mengorbankan kepentingan sendiri dari menggunakan jenama yang disukai.
Musuh Islam telah meracuni fikiran kita sampai kita rasa kita kecikkk dan perlu bergantung selalu pada kehebatan idea, budaya dan produk mereka. Singa yang gagah itu tidak mampu lagi menerkam, telah berperangai seperti kijang, yang seboleh-bolehnya suka lari saja, dari tanggungjawab, dari berfikir, dari segala-galanya…
.
Larilah. Sejauh mana kakimu membawa. Pasti tertangkap jua. Dalam mahkamah agung Allah, pasti akan dibicara!
… APA yang telah aku sumbangkan untuk agama?
.
~ al-fatihah untuk As-Syahid Mahmoud Al-Mabhouh

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...