Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

16.2.10

..kerana ukhuwwah itu indah..

Mencari sahabat baik tidak semudah melafazkan “…dia kawan baik aku…”..Malah zaman sekarang yang penuh kepura-puraan, membuatkan sahabat yang paling baik boleh bertukar wajah dan segalanya.

Saya yakin, tiada jiwa yang di kurniakan akal dan perasaan yang tidak mahu bertemu dan mempunyai sahabat karib. Malah, hingga ke akhir hayat sekali pun, seseorang itu pasti akan terkenang persahabatan yang pernah di laluinya sepanjang kehidupan yang di anugerahkan oleh Allah swt.

Begitu juga dengan saya.
  • Cerita antara Jiwa Sahabat..

Melanjutkan pengajian di bumi orang tidaklah semudah yang di sangkakan. Terutamanya apabila memikirkan tentang soal kewangan. Namun, berimannya saya pada rezki yang telah di tetap dan di tentukan oleh Allah, membuatkan hati ini cekal dan sentiasa pasrah bahawa saya punya ‘Tuhan’ yang Maha Pemurah.

Namun tidaklah saya hanya bersikap membatu, menunggu ‘sedeguk’ emas turun dari langit untuk menyara kos pengajian saya di sini. Maka inisiatif dan perancangan di buat.

Peluang untuk pulang seketika ke Malaysia tahun lepas tidak saya siakan. Pulang dengan matlamat yang khusus dan memerlukan sistem yang cekap untuk mendapatkan hasilnya.

Ringkasnya, masa bersama keluarga di rumah tidak banyak di habiskan. Saya ke sana ke sini, mencari insan yang punya jiwa menolong dan membantu buat susuk tubuh yang tak punya apa untuk di banggakan. Sekadar bergelar ‘Tholib Ilm’ ( penuntut ilmu ) yang mampu saya ‘jualkan’ nama buat mereka yang bertanya.

Tebalkan muka seketika..

Hampir juga saya putus asa kerana hasil yang di harapkan tidak mencapai seperti yang di rancangkan. Pernah seketika jiwa berbisik untuk menangguhkan pengajian lantaran untuk mencari dana yang lebih bagi menampung hari-hari yang mendatang. Bergelodak antara perasaan ‘mahu’ dan ‘mengerti’..

Kalimah sepi sekali lagi menerjah diri..menghasilkan jiwa yang rasa keseorangan..

“Awis, ana dengar enta tengah cari sponsor untuk balik Jordan..Jom la join sekali..Ana pun tengah cari sponsor gak dengan Jedi ni”..Suara besar dan motivasi itu mencuri lamunan keseorangan saya.

“Abang Fadil!! Bila enta balik?Aduiii…rindu bangat ana kat enta!! Enta dengan Jedi ke? Kat mana?”.

Abang Fadil bersama suri hidupnya

“Ana baru jer balik dari Mesir. Dengar, enta tengah cari sponsor. Leh la buat kerja sama-sama. Datang ler KL..Jedi jadi Imam terawikh dekat sini..Kita lepak rumah dia, pastu kita bincang sama-sama macam mana nak cari sponsor”.

“Bereh!”.

Saya tidak tahu hendak gambarkan bagaimana perasaan ketika itu. Sahabat baik ketika di ‘tanah Quran’ seakan kenal gelodak ‘adiknya’ yang hampir putus kalimah cekal di dalam hati.

Hari-hari yang di lalui kami susun dengan penuh rapi. Andai ada jemputan untuk meminta jadi Imam tarawikh, kami tunaikan. Permintaan pula datang bertubi-tubi.

Tazkirah selepas tarawikh.

Imam Qiamulaill.

Dan sebagainya. Rezki bergerak secara berkumpulan amat di rasai. Tambahan pula, mereka bukan saya kenali budi dan hati sehari dua. Bukan juga saya kenali sekadar memberi salam di tepi jalan. Bukan juga saya kenali hanya waktu-waktu yang tertentu sahaja.

Dan juga bukan saya kenali sekadar untuk mengambil kesempatan.

Mereka adalah sahabat baik dunia akhirat yang saya beruntung bersahabat dan mengenali dengan mereka! Walau tiada kaitan darah daging selamanya, namun rabitoh Aqidah itu, teramat manis untuk saya ungkapkan.

Seketika pulang dari keluar ‘berjuang’ dengan Abang Fadil dan Zaidi, saya terfikir sendirian. Adakah masa akan datang, Allah akan ketemui lagi aku dengan jiwa sebegini.


Mereka korbankan masa demi persahabatan..‘elaun’ kerja, di rasai nikmat bersama..ada kenalan yang punya ‘kelebihan’ di perkenalkan..

Zaidi bersama permaisurinya

Malah paling saya terharu, ketika mana Zaidi@Jedi menghantar mesej memaklumkan sebahagian elaun Imam tarawikhnya di kongsi pahalanya bersama saya..

Juga Abang Fadil memaklumkan duit yang di kumpul hasil jemputan memberi tazkirah dan sebagainya, juga di kongsi separuh keringatnya bersama dengan saya juga..

Benar..Ukhuwwah itu indah andai ikhlas keranaNya..

Ikhlas itu barang yang tidak nampak, namun dapat di rasai dari jiwa yang saling memahami dan mengasihi kerana Allah swt.

Cerita ukhuwaah antara saya dengan mereka sudah lama saya pendamkan untuk di kongsi bersama. Kerana saya tahu, saya tidak punya apa untuk di balas segala budi yang telah mereka kongsikan..Hanya nilai ikhlas sebuah persahabatan sahaja yang mampu saya ikatkan.



Tiada perkataan dan kalimah terbaik yang mampu saya lakarkan. Hanya satu sahaja yang mampu di ungkapkan..

TERIMA KASIH ABANG FADIL & ZAIDI..!

P/S : masing-masing baru berumah tangga..huhu..bila la saya pula..huhu..moga bahagia hingga ke anak cucu, dan bakal melahirkan kader dakwah yang hebat macam abi dan ummi mereka 

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...