“Awis..Awis…bangun wei…”
Dalam keadaan 70/100 ‘hidup’, saya gagahkan diri untuk bangun apabila rakan sepondok beserta beberapa yang lain mengejutkan saya dari tidur.
“Kenapa? pencuri masuk sekolah lagi ke?”
Soalan pertama yang terpacul dari mulut saya asbab dari peristiwa kemasukan ‘makhluk asing’ ke dalam sekolah dalam 2, 3 hari ini.
Tiada jawapan.
Mata yang masih idamkan untuk di pejam, di buka luas-luas menatap wajah yang tertegak sejak dari tadi. Saya pandang ke wajah mereka seorang demi seorang sambil mengulang persoalan yang tidak di jawab.
“Awis…..abang hang meninggal……….!”
Saya terdiam.
“Wei..jangan main-main..Mursyid, betul ke?”
Perlahan kepalanya mengangguk tanda tiada yang tercela dari apa yang di sampaikan oleh adik angkat saya.
Dunia saya tiba-tiba menjadi bisu. Air mata lelaki yang sudah lama tidak di limpahkan, laju membasahi pipi. Iman saya merawang mencari tuhan seketika. Bagaikan satu mesej ringkas yang baru di terima.
Abang Hud sudah tiada..
Tika itu, saya tidak mampu menipu diri lagi. Iman saya menipis selaju air mata mengalir.
Perasaan saya bagaikan berbisik memujuk bahawa itu hanyalah gurauan yang melampau.
Namun pujukan itu tewas apabila melihat sepupu saya tiba untuk membawa saya pulang ke rumah. Dan ketika itu juga, saya sememangnya tewas dengan keadaan yang menyesakkan dada…
Sepanjang perjalanan pulang ke rumah, saya sekali lagi memujuk diri agar percaya bahawa segalanya adalah mimpi dan khayalan semata-mata. Saya pejamkan mata. Memulangkan kembali hak yang di rampas secara tiba-tiba.
Agar kelak saya bangun, segalanya seperti sedia kala..
Dunia saya bisu dan kelu seketika…
Sayup-sayup telinga saya menangkap panggilan sepupu yang mengejutkan saya dari tidur yang menipu. Mata di buka. Kilauan cahaya di hadapan rumah akhirnya menjawab segalanya.
Mencipta mimpi yang menipu diri, sakit benar di rasakan. Saya sekali lagi tewas melawan arus perasaan yang sukar sungguh di bendung.
Sesusuk tubuh tiba di pintu rumah menyambut saya dengan wajah yang cukup tenang. Tiada ungkapan kalam yang bertaut melainkan bicara badan yang menghangatkan jiwa dan perasaan.
“Mak…abang Hud….”
Ayah keluar dari bilik..Abang Lan, Adik Adam dan Adik semuanya bermesra dengan suasana asing yang tidak di duga kehadirannya..
Seketika waktu, nurani anak beranak di biarkan berbicara di dalam keheningan malam yang tenang..
…………………………………………………………………………………………………………………
Jenazah Abang Hud tiba dengan selamat di rumah sekitar jam 7.00 pagi. Abang Wan dan Kak Wa menjadi pengiring yang setia buat adiknya yang di panggil dahulu menghadap yang Maha Esa.
Jiran tetangga, sanak saudara ramai memenuhkan ruang di kawasan halaman sebagai tanda simpati. Hati saya sentiasa memujuk agar jiwa dan perasaan, sentiasa sabar menerima kehilangan seorang abang yang baik hati terhadap adik-adiknya.
Mudah benar perjalanan ‘pulang’ Abang Hud ke dunia seterusnya. Sahabat-sahabat se’Hafiz’ dengannya turut hadir tanda ukhuwwah Islamiah hingga ke akhir hayat.
Hari itu, Februari 2005, perkuburan Islam di Permatang Tok Mahat, menerima tetamu barzakh yang baru.
Dan hari ini, Februari 2010, genap 5 tahun pemergian Allahyarham Abang Hud ke destinasi yang pasti wujudnya.
Hingga bertemu kembali di alam sana.
Nantikan ‘kepulangan’ adikkmu, seperti kembalinya abang bersama Kalamullah di dada yang mewangi. Hingga saat itu tiba, Awis kirimkan pahala Husnu A’mal buat bekalan di alam yang kekal abadi..
Buat mu Abang Hud, memori meniti hidup bersama mu, kekal abadi selamanya..
Al-Fatihah…
Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
25.2.10
21.2.10
JANGAN ROBOHKAN DOKTRIN WALA’ TAAT DAN THIQAH DALAM PAS
oleh : Ustaz Idris Ahmad
Ketua Penerangan PAS Pusat
Wala’ , taat, thiqah adalah kalimah yang begitu popular dalam gerakan Islam seperti Pas. Doktrin inilah yang menjadikan asas dan tiang kepada perjuangan Pas sehingga mampu bertahan sampai hari ini. Setiap ahli Pas sudah berbai’ah ketika mengisi borang ahli Pas. Walaupun ada pemimpin yang cabut lari, ahli tetap bersama dengan roda putaran Pas. Mereka tetap dengan Pas, kerana mereka taat selagi pemimpin tidak menyelewing dengan menyertai pihak musuh.
Mereka sudah diajar oleh baginda nabi SAW ketika melakukan Baiat al-Aqabah yang terkenal sebelum baginda berhijrah. Rasulullah s.a.w bersabda Maksudnya,
“Berbaiahlah kepadaku di atas ketaatan dan mendengar (perintah) di atas cergas dan malas, bersedia bernafkah (memberi sumbangan harta benda) di masa susah dan senang, menyuruh kepada yang baik dan mencegah kemungkaran, bangun untuk menegakkan agama Allah swt tanpa mengendahkan celaan orang yang mencela, dan kamu berbaiah untuk menolongku apabila aku tiba ke negeri kamu dan mempertahankan aku apa yang kamu lakukan untuk mempertahankan diri kamu sendiri, isteri-isteri kamu dan anak-anak kamu, jadi untuk kamu ialah balasan syurga”.
Hebat macam mana seorang pemimpin kalau ia telah keluar dari Pas ia tidak akan ditaati. Contoh yang boleh kita lihat Datuk Asri haji Muda orang yang hebat ketika itu dengan kelicikan berpolitik dan seorang pidato yang ulung di negara ini. Tetapi apabila beliau keluar daripada Pas maka ia menjadi melukut di tepi gantang.
Apakah kita hendak kata bodoh kepada ahli Pas yang wala’ kepada arahan pimpinan apabila calon yang bertanding di kawasan itu bukan calon Pas. Walaupun peringkat jentera parti bermatian mahu calon Pas yang bertanding. Tetapi kepimpinan tetap juga hendak meletakkan calon di kalangan rakan Pakatan Rakyat (dulunya Barisan Alternatif).
Walaupun peringkat akar umbi tahu bahawa kekuatan jentera dan ahli di tangan Pas. Tetapi apabila keputusan sudah dibuat maka ia dipatuhi oleh ahli Pas. Mereka bertungkus lumus untuk memastikan calon rakan menang. Semuanya ini adalah contoh wala dan thiqah kepada pemimpin.
Dalam berjamaah mana ada keputusan yang diputuskan oleh jamaah semuanya ahli bersetuju. Kalau hendak tunggu semuanya bersetuju maka tidak akan bertemu keputusan.
Sama seperti dalam syarikat mana ada keputusan yang 100% di setujui oleh ahli mesyuarat. Hatta di zaman nabi SAW pun apabila keputusan diputuskan oleh nabi SAW ada yang tidak berpuas hati contohnya, peristiwa pembahagian ghanimah selepas daripada peperangan Hunaian.
Rasulullah saw telah berkenan untuk menyerahkan ghanimah kepada orang Quraisy yang baru memeluk Islam. Tindakan ini telah menyebabkan kaum Ansar kurang senang dan ada antara mereka mengatakan;
“Semoga Allah mengampuni Rasul-Nya, dia memberi Quraisy dan membiarkan kita padahal pedang-pedang kita masih menitiskan darah mereka”
Rasulullah saw mendengar berita tersebut dan baginda mengumpul kaum Ansar dan bersabda;
“Hai kaum Ansar, aku telah mendengar perkataan kamu! Bukankah ketika aku datang kamu masih dalam keadaan sesat kemudian Allah memberikan hidayah kepada kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu saling bermusuhan kemudian Allah menyatukan hati kamu dengan perantaraan aku? Bukankah ketika itu kamu masih hidup menderita kemudian Allah mencukupkan kamu dengan perantaraan aku?”
Setiap kali Rasulullah saw bertanya, mereka menjawab,
“Benar! Sesungguhnya Allah dan RasulNya lebih pemurah dan utama”.
Rasulullah saw meneruskan,
“Hai kaum Ansar, apakah kerana kamu marah kerana tidak menerima sampah dunia yang tiada nilainya? Dengan “sampah” itu aku hendak menjinakkan suatu kaum yang baru sahaja memeluk Islam sedangkan kamu semua telah lama Islam. Hai kaum Ansar, apakah kamu tidak puas melihat orang membawa pulang kambing dan unta sedangkan kamu pulang membawa Rasulullah saw? Demi Allah, apa yang kamu bawa pulang adalah lebih baik dari apa yang mereka bawa.”
Ini berlaku di zaman nabi SAW yang masih menjadi contoh yang hjidup pada ketika itu. Maka apalah sangat di zaman kini yang semakin jauih daripada contoh nabi SAW.
Kerana itulah perjuangan Pas memastikan keimanan sentiasa menjadi tulang belakang dalam perjuangan Pas yang dapat membentuk jiwa dan roh yang hidup dengan sinar islam. Kerana dalam perjuangan yang panjang dan jauh pasti akan hanya mendatangkan keletihan bagi jiwa-jiwa yang tidur dan lemah, kosong daripada nilai keimanan.
Namun diyakini, jiwa yang hidup dan tersinar darinya pancaran Islam yang tidak putus pasti akan dapat mendatangkan kekuatan yang akan memastikan setiap ahli itu akan terus berada di dalam jalan juang yang panjang dan jauh ini. Dalam medan pertempuran kita menghadapi musuh, kita memerlukan persiapan dari pelbagai segi: bilangan yang cukup, keperluan yang lengkap dan kesediaan fizikal yang mantap. Namun jangan kita lupa akan persiapan dasar yang paling utama iaitu ketaqwaan dan keimanan.
Maka jangan kita abaikan bekalan paling utama dalam perjuangan kita iaitu tarbiyah ketuhanan. Kerana ini adalah pendorong yang dijanjikan jaminan kejayaan oleh Allah sebagaimana firmannya:
“Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang bertaqwa dan orang-orang yang berbuat kebajikan” (An-Nahl:128)
“Katakanlah: Semuanya (datang) adalah dari sisi Allah” (An-Nisaa:78)
Kalau pemimpin tidak ikhlas mereka akan lari, kerana Pas bukan sesuai untuk orang jahat. Jangan pula kita menuduh bahawa wala’ , thiqah ini candu dalam Pas untuk membolehkan pemimpin melalikan pengikut.
Ini satu tuduhan yang berat. Perlu disedari kebanyakan ahli Pas ini mereka juga pemimpin, sekurang-kurangnya pemimpin di peringkat cawangan atau lajnah Kalau kita tidak taat nanti orang pula tidak taat kepada kita, akhirnya yang hancur ialah Pas, yang ketawa ialah umno BN Walaupun kita marah kepada pemimpin tetapi jangan kita merobohkan “Intitusi” wala’ taat dan thiqah.
Kita boleh melahirkan rasa tidak puas hati kepada jamaah di majlis yang sepatutnya, tetapi bukan dalam blog. Menceritakan keaiban parti dalam blog sama seperti mendedahkan keaiban suami isteri kepada musuh dan musuh akan adu domba supaya ia menceraikan isteri dan dia akan berkahwin dengan bekas jandanya.
Faedah Taat, wala’ dan thiqah -Ahli dapat menunai tugas mengikut arahan parti supaya tidak menyalahi strategi parti
* Pas mampu mengerahkan ahli untuk turun demo yang besar seperti BERSIH, Mansuh ISA, PPSMI
* Pas mampu mengerahkan tenaga dalam setiap kali pilihanraya tanpa diupah -Supaya tidak timbul jamaah dalam jamaah.
* Dapat bertindak secara jama’i bukan individu. -Supaya kesannya terasa kepada jamaah dan masyarakat kerana ia dilakukan oleh parti.
* Seandainya berlaku kegagalan ia tanggung oleh jamaah bukan oleh individu.
* Dapat mengimbangkan di antara sikap yang berbagai-bagai di dalam parti, kerana ada orang yang keterlaluan, ada orang yang lambat dan ada yang sederhana.
Sejarah membuktikan mereka tidak taat, wala’ dan thiqah kepada jamaah akhirnya menyertai umno. Teringatkah kita tokoh-tokoh seperti ustaz Mohd Nor Idris, ustaz Mustafa Taib, Wan Ismail Machang yang lantang mengkritik Pas dan pemimpin kerana bertahalluf dengan Parti Semangat 46 kerana parti ini adalah warisan umno. Akhirnya mereka bersama dengan umno apabila Pas berpisah dengan parti Semangat 46.
Adakah mampu Pas untuk melakukan demikian kalau kita cuba memusnahkan “institusi doktrin” yang sudah lama dibina. Umno gagal meroboh daripada luar, jangan pula kita sendiri yang hendak membantu merobohkan. Umno gagal hendak membina doktrin ini, mereka hanya boleh hidup dan bernafas dengan wang dan kuasa sahaja. Umno tidak ada wala’, taat dan thiqah, tetapi Pas ada perkara ini.
20.2.10
Anai-anai dalam PAS, kelak terzahir juga..
Sejarah kejatuhan Khilafah Uthmaniah pada tahun 1924 adalah luka buat ummat yang amat pedih dan menjadi kesan yang berdarah buat selamanya. Kanvas lama mencatatkan serangan untuk menjatuhkan pentadbiran Islam itu bukan sahaja berpunca dari faktor luaran, namun peranan besar juga di mainkan oleh faktor dalaman.
Sebesar-besar yang bernama perasatuan sehinggalah sebatang tubuh yang di gelar individu.
Malah gerakan-gerakan yang di tubuhkan atas dasar Islam juga tidak terlepas dari di porak perandakan oleh mereka yang kononnya menerima tarbiyyah sistematik secara islam. Daripada sehebat Ikhwanul Muslimin ( baca : gerakan-gerakan islam muta’akhir ) sehinggalah yang di kenali umum dewasa kini.
Benar sungguh pesanan ringkas yang di ingatkan oleh al-Imam asy-Syahid Hasan al-Banna kepada pendukung Ikhwan ketika itu..
“Saya tidak bimbangkan keadaan kamu dan ancaman musuh- musuh Islam, tetapi apa yang saya bimbangkan ialah diri kamu sendiri. Saya tidak takutkan ancaman orang orang Inggeris terhadap kamu, atau orang Amerika atau Rusia atau lainnya. Yang saya takutkan ialah kamu melakukan dua perkara: (a) Kamu mengenepikan Allah, lalu Allah mengenepikan kamu; (b) Kamu berpecah belah sesama sendiri, maka kamu tidak akan berguna lagi
Era tahun 80 an PAS menyaksikan proses transisi berlaku dalam sejarah penubuhannya. Dewan pemuda yang ketika itu di ketuai oleh golongan bukan ‘Pak Lebai’ telah mendesak dan mencadangkan satu draf transformasi kepimpinan di dalam PAS di lakukan segera.
Maka era pemikiran nasionalisme di tukar dan diganti dengan bauan pemikiran islam yang murni dan bersih.
Lakaran penting yang tidak mungkin di padamkan dalam sejarah PAS juga adalah proses pembersihan ‘anai-anai’ dari terus bersarang dan bertelur di dalam gerakan PAS itu sendiri. Tarbiyyah telah di kucar kacirkan dengan sikap ‘tikam belakang’ dan ‘momokan’ persis adu domba yang menyedihkan.
Malah symptom ‘wala atas wala’ dan penyakit ‘jemaah dalam jemaah’ bagaikan asid yang menghakis akhlak sedikit demi sedikit. Atas nama Islam dan tarbiyyah kononnya, segalanya terbongkar.
Sekali lagi PAS di selamatkan oleh Allah berkat panduan Ulama’ dan bauan yang dapat di kesan oleh Dewan Pemuda PAS ketika itu. ‘Mereka-mereka’ yang bertanggungjawab memeningkan ahli, di persilakan ‘keluar’ dengan cara yang paling terhormat.
Zaman berganti zaman. Pemimpin datang dan pergi. Asas dasar kepimpinan Ulama’ berteraskan Islam terus unggul menerajui PAS sehingga sekarang. Calaran cabaran kepimpinan ulama’ di hidu sedari Almarhum Ustaz Fadzil Noor memimpin lagi. Namun mungkin ‘taktik’ atau strategi ‘gertak’ di buat pada permulaannya agar ‘cakap-cakap kosong’ halwa telinga ketika itu, membuahkan hasil 3 atau 6 tahun akan datang.
Lihat sahaja keserabutan yang di mainkan oleh mereka-mereka yang mengaku ahli dan penyokong ketika ini. Mereka hebat! Mereka pandai! Mereka lah segalanya..!
Dengan penangan kepada Ustaz Nasharudin sebagai permulaan, mereka bergerak cukup bersistematik. Kini, siapa sahaja yang bergelar ulama’ di dalam PAS tidak ‘di ludahi’ dan di buka ruang untuk di maki hamun oleh orang awam; TGHH, TGNA, TITM, Ustaz Haron Taib, Dato Harun Din, Ustaz Din Tantawi semuanya di sapu bersih atas nama yang di momokkan dengan pelbagai cara.
‘Sayangkan PAS’ ‘..tidak mahu PAS hancur..’ ‘…menyelamatkan PAS dari berkerjasama dengan UMNO..’ ‘PAS Reform’
Dan pelbagai lagi gelaran manis yang di dendangkan…
Atas nama ‘Pakatan Rakyat’ kononnya, ‘anai-anai’ ini muncul lagi. Dengan versi, tema dan nafas yang segar tetapi asas dan dasar yang sama di era 80an.
Kini, tafsiran wala’, thiqah, taat dan sebagainya di ‘salakkan’ di sana sini. Di momokkan akan cerita pimpinan menggunakan eleman itu untuk mengekang ahli. Di sebarkan akan dakwaan yang berbau ‘busuk hati’ kepada ahli bawahan dan orang awam tentang ‘busuknya’ ulama yang wujud di dalam PAS kini. Di bicarakan di khalayak maya akan pimpinan Ulama’ PAS bersikap begini dan begitu..Pilih kasih..Tidak telus..Pengkhianat dan sebagainya..
Mereka ini…Memang BERHATI BUSUK dan ANAI-ANAI VERSI KUPU-KUPU!!
Malah, di kalangan mereka ini, pernah berhujjah menentang akan kenyataan; “…biarkan kita kalah, asalkan perjuangan Islam kita tidak tergadai..” dengan memperlekehkan susuk tubuh TGHH dengan pelbagai warna warni.
Biarkan mereka menyusun taktik dan strategi. Kerana lawan mereka adalah golongan yang siang malam sujud dan sentiasa meminta pengampunan dan petunjuk dari Allah..
Biarkan mereka ‘menyalak’ di laman maya dan mengibar-ngibarkan panji kononnya perlu ini dan itu..kerana lawan mereka adalah susuk tubuh yang menggadaikan segalanya hanya kepada Allah..
Biarkan mereka ‘bertauhidkan’ PR dan jawatan di Putrajaya..kerana lawan mereka adalah golongan yang beriman, akhirnya ISLAM TETAP AKAN MENANG!!
Biarkan mereka dengan jiwa anai-anai mereka…kelak akan terzahir juga siapa mereka sebenarnya!!
17.2.10
Dia..Tuan Guru Haji Hadi..
Dalam usia 63 tahun, Presiden PAS Tuan Guru Dato’ Seri Abdul Hadi Awang masih gagah dan pantas untuk menyelamatkan seorang pengunjung yang lemas di Pantai Rusila, Marang. Kejadian berlaku pada hari Ahad, 14 Februari baru-baru ini.
Pada saya, beliau adalah seorang ulama’ yang segani, pemimpin yang dihormati, dan hero yang tidak perlukan undangan atau dipuja…Kehidupan beliau amat sederhana, rutinnya tidak jauh berbeza seperti rakyat biasa. Memang suka berdamping dengan rakyat.
"Semoga Allah panjangkan usia beliau dan merahmati kepimpinannya."

16.2.10
..kerana ukhuwwah itu indah..
Mencari sahabat baik tidak semudah melafazkan “…dia kawan baik aku…”..Malah zaman sekarang yang penuh kepura-puraan, membuatkan sahabat yang paling baik boleh bertukar wajah dan segalanya.
Saya yakin, tiada jiwa yang di kurniakan akal dan perasaan yang tidak mahu bertemu dan mempunyai sahabat karib. Malah, hingga ke akhir hayat sekali pun, seseorang itu pasti akan terkenang persahabatan yang pernah di laluinya sepanjang kehidupan yang di anugerahkan oleh Allah swt.
Begitu juga dengan saya.
Melanjutkan pengajian di bumi orang tidaklah semudah yang di sangkakan. Terutamanya apabila memikirkan tentang soal kewangan. Namun, berimannya saya pada rezki yang telah di tetap dan di tentukan oleh Allah, membuatkan hati ini cekal dan sentiasa pasrah bahawa saya punya ‘Tuhan’ yang Maha Pemurah.
Namun tidaklah saya hanya bersikap membatu, menunggu ‘sedeguk’ emas turun dari langit untuk menyara kos pengajian saya di sini. Maka inisiatif dan perancangan di buat.
Peluang untuk pulang seketika ke Malaysia tahun lepas tidak saya siakan. Pulang dengan matlamat yang khusus dan memerlukan sistem yang cekap untuk mendapatkan hasilnya.
Ringkasnya, masa bersama keluarga di rumah tidak banyak di habiskan. Saya ke sana ke sini, mencari insan yang punya jiwa menolong dan membantu buat susuk tubuh yang tak punya apa untuk di banggakan. Sekadar bergelar ‘Tholib Ilm’ ( penuntut ilmu ) yang mampu saya ‘jualkan’ nama buat mereka yang bertanya.
Tebalkan muka seketika..
Hampir juga saya putus asa kerana hasil yang di harapkan tidak mencapai seperti yang di rancangkan. Pernah seketika jiwa berbisik untuk menangguhkan pengajian lantaran untuk mencari dana yang lebih bagi menampung hari-hari yang mendatang. Bergelodak antara perasaan ‘mahu’ dan ‘mengerti’..
Kalimah sepi sekali lagi menerjah diri..menghasilkan jiwa yang rasa keseorangan..
“Awis, ana dengar enta tengah cari sponsor untuk balik Jordan..Jom la join sekali..Ana pun tengah cari sponsor gak dengan Jedi ni”..Suara besar dan motivasi itu mencuri lamunan keseorangan saya.
“Abang Fadil!! Bila enta balik?Aduiii…rindu bangat ana kat enta!! Enta dengan Jedi ke? Kat mana?”.
“Ana baru jer balik dari Mesir. Dengar, enta tengah cari sponsor. Leh la buat kerja sama-sama. Datang ler KL..Jedi jadi Imam terawikh dekat sini..Kita lepak rumah dia, pastu kita bincang sama-sama macam mana nak cari sponsor”.
“Bereh!”.
Saya tidak tahu hendak gambarkan bagaimana perasaan ketika itu. Sahabat baik ketika di ‘tanah Quran’ seakan kenal gelodak ‘adiknya’ yang hampir putus kalimah cekal di dalam hati.
Hari-hari yang di lalui kami susun dengan penuh rapi. Andai ada jemputan untuk meminta jadi Imam tarawikh, kami tunaikan. Permintaan pula datang bertubi-tubi.
Tazkirah selepas tarawikh.
Imam Qiamulaill.
Dan sebagainya. Rezki bergerak secara berkumpulan amat di rasai. Tambahan pula, mereka bukan saya kenali budi dan hati sehari dua. Bukan juga saya kenali sekadar memberi salam di tepi jalan. Bukan juga saya kenali hanya waktu-waktu yang tertentu sahaja.
Dan juga bukan saya kenali sekadar untuk mengambil kesempatan.
Mereka adalah sahabat baik dunia akhirat yang saya beruntung bersahabat dan mengenali dengan mereka! Walau tiada kaitan darah daging selamanya, namun rabitoh Aqidah itu, teramat manis untuk saya ungkapkan.
Seketika pulang dari keluar ‘berjuang’ dengan Abang Fadil dan Zaidi, saya terfikir sendirian. Adakah masa akan datang, Allah akan ketemui lagi aku dengan jiwa sebegini.
Mereka korbankan masa demi persahabatan..‘elaun’ kerja, di rasai nikmat bersama..ada kenalan yang punya ‘kelebihan’ di perkenalkan..
Malah paling saya terharu, ketika mana Zaidi@Jedi menghantar mesej memaklumkan sebahagian elaun Imam tarawikhnya di kongsi pahalanya bersama saya..
Juga Abang Fadil memaklumkan duit yang di kumpul hasil jemputan memberi tazkirah dan sebagainya, juga di kongsi separuh keringatnya bersama dengan saya juga..
Benar..Ukhuwwah itu indah andai ikhlas keranaNya..
Ikhlas itu barang yang tidak nampak, namun dapat di rasai dari jiwa yang saling memahami dan mengasihi kerana Allah swt.
Cerita ukhuwaah antara saya dengan mereka sudah lama saya pendamkan untuk di kongsi bersama. Kerana saya tahu, saya tidak punya apa untuk di balas segala budi yang telah mereka kongsikan..Hanya nilai ikhlas sebuah persahabatan sahaja yang mampu saya ikatkan.
Tiada perkataan dan kalimah terbaik yang mampu saya lakarkan. Hanya satu sahaja yang mampu di ungkapkan..
TERIMA KASIH ABANG FADIL & ZAIDI..!
P/S : masing-masing baru berumah tangga..huhu..bila la saya pula..huhu..moga bahagia hingga ke anak cucu, dan bakal melahirkan kader dakwah yang hebat macam abi dan ummi mereka

- Cerita antara Jiwa Sahabat..

14.2.10
JANGAN TUDUH PRESIDEN PAS DENGAN MELULU TANPA USUL PERIKSA!!
Oleh Ust. Misbahul Munir Masduki
Saya segera menghubungi Setpol Presiden, Dr Shamsuri terhadap satu dakwaan kurang adab beberapa blog dan website berhubung kelewatan Datuk Presiden menghadiri program dialog di Shah Alam. Yang dikesalkan blog orang PAS. Tuduhan terhadap Presiden sangat melulu, biadab, kurang ajar dan berniat jahat tanpa usul periksa. Beginikah sikap ahli PAS yang konon sayang pada pimpinan PAS. Kalau nak komen pula, gunalah bahasa yang agak cermat.
Setpol Presiden menjawab, kelewatan disebabkan program di Terengganu yang Presiden terpaksa tunggu sehingga program tamat. Fligt jam 4.00 petang dari Kuala Terengganu pula tidak sempat. Fligt berikutnya jam 9.30 malam, dijangka sampai ke KLIA jam 10.10 malam. Setpol segera menghubungi penganjur, Presiden sampai lewat, dijangka dari KLIA boleh sampai ke Shah Alam jam 11.00 malam lebih kurang, sanggup ke orang ramai menunggu, sebab dah lewat, kalau tak sanggup menunggu, Presiden bersedia bagi cadangan tarikh lain yang terdekat untuk berdialog dengan ahli PAS Shah Alam berhubung isu tindakan tatatertib ke atas YB Khalid Samad.
Penganjur bersedia menunggu sekalipun lewat. Berlaku pula salah faham antara petugas Unit Amal yang menunggu Datuk Presiden. Petugas Unit Amal menunggu di Tol Subang, kenderaan Presiden pula menunggu di tol yang lain. Salah faham tempat menunggu pun mengambil masa hampir setengah jam.
Akhirnya Tok Guru sampai juga ke tempat program kira-kira jam 11.30 malam. Perkara ini memang sangat dikesalkan oleh penganjur sendiri di atas salah faham tempat menunggu. Orang ramai sebelum itu faham, Presiden akan sampai lewat di atas faktor yang disebutkan tadi, namun mereka bersedia menunggu. Kalau tepat jam 11.00 malam sampai ke tempat program, 1 jam berdialog juga sudah memadai. Tetapi salah faham penganjur dan petugas menyebabkan kehadiran Presiden lebih lewat dari yang dijangkakan.
Sewaktu saya sebagai Setiausaha Lajnah Penerangan PAS Pusat dan juga sebagai Ketua Penerangan PAS Perak, banyak sekali program anjuran lajnah yang melibatkan Presiden. Tidak ada satu program yang melibatkan Presiden, beliau datang lewat sehingga merosakkan perjalanan program.
Tuduhan terhadap Datuk Presiden dengan sangkaan yang begitu rupa merupakan satu fitnah jahat yang hanya menguntungkan UMNO BN dan musuh-musuh PAS yang lain. Kita diajar dalam al quran supaya mendapatkan maklumat dari sumber yang sebenar sebelum kita mengulas apa sahaja isu. Kalau kita sayang pada Presiden bukan macam itu caranya kita menegurnya, ahli PAS berhak tegur dengan apa cara sekalipun, boleh guna blog, sebab itu juga satu cara untuk menegur.
Tetapi sebelum menegur, cari sumber dulu mengapa Presiden lewat, kalau lewat kerana takut berdepan dengan ahli PAS, saya fikir lebih baik Setpol cari alasan lain yang agak munasabah supaya Datuk Presiden terus tidak hadir ke program tersebut, seperti adik Presiden sedang sakit tenat, orang ramai mungkin lebih menerima alasan ini. Dan malam tadi saya pula dapat mesej adik Presiden telah meninggal dunia. Jadi orang ramai akan lebih bersimpati dengan Presiden.
Kesanggupan Presiden turun juga ke Shah Alam walaupun lewat sepatutnya dihargai. Beribu alasan lain boleh diberi oleh pegawainya untuk tidak terus hadir ke program tersebut kalau semata-mata takut berdepan dengan ahli-ahli PAS sendiri.
Datuk Presiden berkecimpung dalam PAS sudah terlalu lalu lama, sudah bermacam ragam berdepan dengan ahli-ahli PAS, Presiden pernah menjadi Pengerusi Lembaga Tatatertib PAS, dan sudah ramai ahli PAS yang diambil tindakan disiplin oleh Lembaga Tetertib PAS yang beliau sebagai pengerusinya termasuk dipecat bukan sahaja digantung.
Antara ahli PAS yang teramai dipecat ialah di Perak kerana isu Syiah dan isu di Pasir Salak. Namun Presiden sering turun ke Perak dalam program-program yang dianjurkan oleh PAS kawasan dan negeri termasuk dialog berhubung isu-isu berkenaan.
Para bloggers PAS meletakkan kredebiliti Presiden terlalu rendah rupanya, pemimpin yang bertaraf dunia dari sudut kepimpinan dalam gerakan Islam, diiktiraf ilmu dan kepimpinannya oleh gerakan Islam sedunia dan juga para ulama sedunia, tiba-tiba ada blogger ahli PAS meletakkan Presiden PAS sama taraf macam pemimpin UMNO yang tidak berani berdepan dengan masyarakat bila berlaku isu-isu seumpama itu.
Para blogger PAS yang memberi komen sedemikian kepada Presiden sebagai tanda sayang, seumpama seekor beruk yang sangat sayang pada tuannya yang sedang tidur tetapi diganggu oleh seekor lalat. Bermacam cara digunakan untuk menghalau lalat, dek kerana geram kepada lalat yang sering terbang dan hinggap di badan tuannya, akhirnya dia mengambil batu yang besar untuk dihempap ke atas lalat yang sedang hinggap dihidung tuannya, apa jadi seterusnya, lu para blogger PAS fikirlah sendiri…. itu beruk yang bangang, tak kan kita serendah beruk yang bangang itu…….
Selamat Pulang..Selamat Berjuang..
Sekejap benar saya mengenali mereka. Walau tidak seakrab mana, namun sejarah perjalanan hidup mereka di dataran Syam, sekelumit saya ketahui.
Ifwat atau lebih di kenali dengan gelaran ‘Pok Wat’ cukup di kenali di Mu’tah. Sama juga dengan Abang Mizi. Bagi saya, mereka adalah generasi ilmuan yang berjaya di lahirkan dari kilang ilmu di sini.
Jiwa mana yang tidak punya sejarah hidup. Samaada ia hitam atau putih, ia adalah lakaran sunnatullah yang perlu di teladani oleh setiap manusia.
Begitu juga dengan kedua-dua insan ini. Mereka akhirnya menamatkan kembara rehlah ilmiah masing-masing setelah berhempas pulas mengembara di tanah orang.
Alfun Mabruk alaikum!!
Tentu sekali ‘kaum melayu’ di Mu’tah khususnya merasai akan kepulangan mereka.
Bukan memuji mahupun memuja, sekadar panduan bagi kita bersama untuk terus berjuang mencari permata ilmiah di sini.
Kagumnya saya pada mereka pada sisi pandangan yang pelbagai. Dari segi ilmu, pengalaman berpersatuan, pergaulan dan sebagainya, masing-masing di anugerahkan oleh Allah akan bakat dan kelebihan yang unik.
Sebelum kaki kembali menjejak tanah melayu, Ifwat sempat berkongsi nasihat kepada saya.
“ ..bila enta dah di pandang tinggi oleh orang lain, orang di sekeliling enta akan sukar dan segan untuk menegur akan kesalahan yang di buat oleh enta..maka enta kena pandai melaluinya”
Selamat pulang ke tanah air..moga kita kembali bertemu di lapangan dan medan yang lebih
mencabar!
Sayonara!!
7.2.10
4.2.10
Ustaz Nasharudin Mat Isa Di Jemput Dr Yusuff al-Qardhawi...'Geng Bloggers Katang' tak kata apa ke?
Berita berkenaan jemputan kepada Timbalan Presiden PAS oleh ulama’ tersohor antarabangsa iaitu al-Allamah Imam Dr Yusuff al-Qardhowi merupakan pengiktirafan yang perlu di banggakan oleh semua pihak.
Umum dan sejagat mengetahui al-Qardhowi merupakan ulama’ yang mendapat pengiktirafan antarabangsa sehingga pernah di adakan multaqa’ ulama’ sedunia bagi menganugerahkan gelaran ‘al-Imam’ kepadanya. Selayak dengan ketokohan, keilmuan serta keperibadian beliau, sesiapapun merasa teramat bangga andai di jemput untuk bersama dengannya dalam mana-mana majlis ilmu atau apa jua keadaan.
Penghargaan sebeginilah yang saya rasakan di berikan oleh al-Qardhowi kepada Ustaz Nasha. Ustaz Nasha yang juga Timbalan Presiden PAS telah di jemput sendiri oleh tokoh ulama’ antarabangsa ini untuk menghadiri dan mengikuti satu wacana yang di panggil 'Multaqa Anak Murid Qardawi' yang julung-julung kali di adakan di Qatar.
Surat al-Qardhawi
Menariknya, Ustaz Nasha adalah satu-satunya wakil dan tetamu jemputan dari Malaysia bagi menghadiri Multaqa tersebut.
Bila sebegini,saya terfikir sendirian.
Kenapa al-Imam Dr Yusuf al-Qardhawi tidak menjemput mereka yang berpencak hebat di dunia blog atau ulama-ulama hebat yang lain? Lebih-lebih lagi, al-Qardhawi menjemput orang yang di pakaikan gelaran pelbagai oleh ‘pesilat’ bloggers yang garang dan ‘katang’ belaka.
Contohnya seperti Tulang, Bakistan, Tukang Tarik Beca dan seangkatan dengannya. Mereka ini ( sebagai contoh ) tergolong dari kalangan yang mengiktiraf Ustaz Nasha sebagai pengkhianat gerakan Islam di Malaysia.
Mereka kata, Ustaz Nasha ni orang ‘geng perpaduang’..Mereka kata lagi, gerakan islam aman dan damai andai ‘musuh dalam selimut’ ni berambus dari PAS..Mereka kata lagi, Ustaz Nasha ni ustaz ‘mee celup’..Mereka kata lagi…
Peliknya, apa yang mereka kata ini diiktiraf oleh al-Qardhawi dengan menjemput Ustaz Nasha ke multaqa ilmiah antarabangsa…
Hurmm..pelik lagi, Ustaz Nasha memberitahu, jemputan secara lisan di buat oleh al-Qardhawi sendiri ketika Ustaz Nasha bersama TGHH menhadiri Majlis Maal Hijrah baru-baru ini..
Pelik betul…
Mana tahu selepas ini, geng bloggers ‘katang’ ini akan menganugerahkan pula gelaran ‘Mursyidul Am Perpaduang’ kepada al-Imam al-Qardhawi..Mana tahu..Agak-agak jer..
Baca berita tersebut, Ustaz Nasha akan membangkitkan kembali dan menceritakan keadaan waqi’iah semasa di Malaysia berkenaan isu Kalimah Allah kepada al-Qardhawi.
Risau juga saya. Sebelum ini, ‘geng bloggers katang’ ini begitu ‘loud’ dalam mempertahankan hak non muslim dalam menggunakan kalimah Allah. Lebih-lebih lagi, al-Qardhawi pernah membangkitkan isu di Malaysia ini ketika beliau berkhutbah di Qatar.
Mana tahu, selepas ini kenyataan al-Qardhawi berubah setelah mengetahui akan waqi’ sebenar di Malaysia macam mana.
Dan mana tahu, selepas ini, ‘geng bloggers katang’ akan menganugerahkan gelaran yang lain pulak kepada al-Qardhawi..’
‘Ulama’ antarabangsa mengikut rentak UMNO’!!
Mana tahu..biasala la, nama pun ‘geng bloggers katang’!bila perencanaan tidak menjadi, memberi gelaran la cara yang paling terbaik!
3.2.10
BILAMANA UMNO TIDAK MENYERANG PAS...
Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man
Naib Presiden Pas / Pengerusi JK Displin Pas
Berada di kerusi Pengerusi Jawatankuasa Disiplin Parti bukanlah sesuatu tempat yang mudah dan selesa. Ia adalah tempat yang akan menerima pelbagai kecaman dan kritikan, dan di waktu yang sama saya tidak boleh membela diri kerana sebarang jawapan kepada kritikan berhubung keputusan JK Disiplin, akan mendedahkan beberapa maklumat sulit parti, yang tidak perlu diketahui oleh umum.
Sewaktu saya ditawarkan jawatan ini, saya merayu beberapa kali agar melantik orang lain, bukan untuk lari dari amanah, tetapi ianya tidak sesuai dengan jiwa saya. Saya tidak suka menghukum orang, apa lagi untuk menjatuhkan hukuman ke atas sahabat satu jamaah. Bahkan saya sangat bersetuju suatu pindaan Perlembagaan parti perlu dibuat agar Pengerusi JK Disiplin tidak diambil dari kalangan AJK Pusat; kerana ia akan dilihat ‘tidak adil’ terutama bila mana kita terpaksa membicarakan AJK sendiri atau pemegang jawatan parti. Undang-undang bukan sahaja perlu adil, tetapi juga perlu dilihat adil. Mungkin satu masa yang terdekat perkara itu akan dipinda, dan itulah harapan saya. Bukan untuk lari dari amanah, tetapi untuk kebaikan parti yang terus berkembang dan akan pasti berhadapan dengan lebih banyak karenah dalaman.
Bila mana saya dihadapkan dengan kes membabitkan dua tokoh di Selangor, Dato’ Dr Hassan Ali dan YB Khalid Samad, kedua-duanya adalah sahabat baik yang semua orang tahu. Saya mempunyai hubungan yang sangat akrab dengan Khalid Samad, bahkan kalau ke Shah Alam, Markas PAS Seksyen 18 adalah tempat penginapan saya. Di situlah saya berehat dan tidur selepas program di Shah Alam, dan Khalid Samad antara orang terawal saya hubungi, memaklumkan bahawa saya masuk kawasan jajahan takluknya, sebagai Ahli Parlimen. Biasa kami akan berjumpa, minum-minum dan berbual. Bahkan selepas hukuman dijatuhkan kepada beliau saya menghubunginya di luar negara, memaklumkan keputusan, dan memohon keampunan Allah kalau saya tersilap dalam membuat keputusan kepada sahabat sendiri.
Tapi apakan daya, hukuman dan keputusan terpaksa dijatuhkan. Hanya saya rasa kurang terbeban bila mana keputusan dibuat dengan sebulat suara oleh semua Ahli JK Disiplin. Di kalangan kami ada bekas hakim dan peguam veteran PAS, Dato’ Abd Mutalib Embong dan Tuan Guru Hj Osman, seorang ulamak terkenal yang pernah menuntut di Makkah al-Mukarramah dalam bidang syariah.
Saya memaklumkan kepada YB Khalid Samad, agar menggunakan peruntukan perlembagaan untuk membuat rayuan kepada JK Pusat dan Syura, sekiranya beliau rasa hukuman tidak berpatutan. Saya masih ingat kata-kata beliau sebelum beliau ke luar negara, dalam pertemuan sewaktu membincangkan isu kalimah Allah, beliau berkata: “Kalau ana bersalah, hukumlah, jangan anta rasa berat pulak.” Saya menjawab : “ InsyaAllah, semoga Allah memudahkan urusan ini.” Beliau menyatakan dengan keputusan ini beliau sukar untuk merasmikan mesyuarat agung cawangan –cawangan yang telah membuat jemputan, tetapi beliau boleh hadir atas sifat sebagai Ahli Parlimen, dan aktiviti beliau boleh berjalan macam biasa.
Saya teringat bila mana Umar al-Khattab melucutkan jawatan Khalid al-Walid (bukan menggantungnya) sedangkan Khalid tidak melakukan apa-apa kesalahan. Khalid terus berjuang sehingga penyokong hairan dengan tindakannya. Mereka bertanya: “Kenapa kamu tidak nampak apa-apa perubahan?” Beliau menjawab: “Aku bukan berperang kerana jawatanku, tetapi kerana Allah!” Bahkan beliau terus mengemukakan cadangan kepada panglima baru bila mana melihat tentera Islam hampir kalah. Inilah semangat Khalid al-Walid. Saya yakin kita perlu mencontohinya.
Kami tidak ada agenda untuk menjatuhkan seseorang atau menaikkan seseorang. Hukuman berdasarkan fakta yang ada di hadapan kami adalah hasil soal siasat dan penghujahan yang lama dan panjang, semata-mata untuk memberi keadilan kepada tertuduh. Kami tidak boleh mengikut kehendak orang ramai yang hanya berdasarkan andaian, bukan fakta siasatan. Saya yakin pengumuman keputusan akan menjadi tajuk utama berita, kerana media perdana telah memainkan isu ini beberapa waktu sebelumnya dengan pelbagai andaian hukuman. Mereka telah berjaya membawa pemikiran
Selepas keputusan diumumkan saya menjangka UMNO akan memainkan isu ini bagi melemahkan pengaruh PAS, khususnya di Selangor. Ternyata andaian saya meleset. UMNO tidak menyerang sebaliknya saya diserang oleh ahli PAS dan rakan-rakan sendiri, yang hadir dalam mesyuarat bersama dan sering berjumpa sama. Kenapa mereka tidak datang jumpa dan bincang terus, kenapa perlu menggunakan media untuk menyerang JK Disiplin yang ditubuh oleh parti dan mempunyai hak dan kelayakan dalam perlembagaan parti? Apa untung bagi parti dengan tindakan tersebut?
Saya sebenarnya
Komentar dari Abdullah Karim saya anggap melampau dan saya difahamkan Dewan Pemuda Pusat akan melakukan sesuatu, dan Pejabat Agong juga akan bertindak. Beliau sebenarnya telah menghantar
Saya dukacita kerana beliau seorang peguam, yang memahami prosedur hukuman dan siasatan. Kita tidak boleh menghukum berdasarkan andaian dan kehendak
JK Disiplin adalah hakim, bukan badan untuk menyiasat. Takkan beliau tak faham, semua parti politik mempunyai mekanisma yang sama. Bahkan dalam prosedur perundangan biasa pun, mana ada seorang yang dituduh terus diheret di hadapan hakim untuk bicara. Pihak polislah perlu menyiasat, mencari bukti dan menentukan apakah ada kes sebagaimana yang dituduh atau tiada kes. Aduan yang dia buat hanya berupa ‘hear say’, dan dia juga faham dan sudah diberi tahu bahawa aduan beliau tidak boleh diambil tindakan, hanya dengar cakap, tiada bukti. Untuk memanggil orang yang berkenaan dalam pertuduhan beliau, penama tersebut bukan ahli PAS. Kita tiada kuasa memanggil bukan ahli dan apa jaminan ianya tidak bertindak merosakkan nama baik parti sekiranya dipanggil. Ini JK Disiplin parti, untuk menjaga ahli agar tidak melakukan tindakan merosakkan nama baik parti, dan bertindak di luar perlembagaan parti.
Apa yang mendukacitakan saya ialah saya telah jelaskan bahawa inilah prosedur laporan disiplin parti, yang telah diamalkan sejak awal penubuhan parti lagi, dan beliau memahaminya dan menerimanya pada waktu itu. Tetapi kenapa tiba-tiba dia sanggup mengeluarkan kanyataan menyerang prosedur tersebut. Soal dia tidak berpuas hati dengan hukuman ke atas tertuduh, saya pelik bukan dia yang kena tuduh. Bahkan kalau kita baca tulisan YB Khalid sendiri dia rasa puas hati bilamana segala dakwaan beliau terhadap Hassan Ali dibuktikan benar oleh JK Disiplin, sehingga Hassan Ali didapati bersalah dan dilarang mengeluarkan sebarang kenyataan yang merugikan PR dan parti. Yang kena hukum berpuas hati, yang tak ada kena mengena pulak tak puas hati.
Sebagai pimpinan kita sepatutnya menyalurkan komentar melalui saluran parti dan memelihara adab dalam jamaah. Semua harus fikir apakah tindakan yang kita lakukan itu menguntungkan parti atau sebaliknya, kerana kenyataan kita bukan keputusan perbicaraan, yang terpaksa berdasarkan fakta dan bahan yang ada di hadapan kita.
Kepada Allah saya memohon ampun andainya tindakan yang diambil tidak tepat dengan apa yang sepatutnya; dan semoga Allah tidak membebankan saya dengan bebanan yang lebih berat di akhirat. Ingatlah, kalau anda tidak boleh membantu jamaah, jangan menyusahkan jamaah
1.2.10
Jangan Rosakkan Jamaah!!
Ustaz Nasruddin Tantawi
Ketua Pemuda Pas Pusat
1. Jamaah adalah flatform atau wadah perjuangan kita untuk mendaulatkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini . Fungsinya menggantikan khilafah yang telah runtuh sejak sekian lama .
2. Justeru itu , Jamaah ini [ PAS ] mesti dibaca dan dihayati sebagai sebuah Gerakan Islam bukan sebuah parti politik semata - mata . Meskipun ia menyertai pilihanraya dan menerima sistem demokrasi yang tidak bercanggahan dengan syariat , namun ia hanya sebahagian dari tugas besar dan utama sebagai sebuah Gerakan Islam.
3. Ini perbedaan utama PAS dengan parti - parti politik yang lain . Selain dasar dan prinsip perjuangannya ialah Islam , PAS juga mesti tegak dengan sistem pengkaderan syakhsiyah dan pembinaan ruhiyyah yang mantap dan istiqamah.
4. Inilah kekuatan PAS dan inilah juga sebenarnya rahsia kehebatan dan keunggulan PAS . Memisahkan PAS dari elemen - elemen spiritual dan amal tarbawi ini akan meletakkan PAS tidak ubah seperti parti - parti politik yang lain dan pastinya PAS akan hilang keistemewaan dan kewibawaannya.
5. Akhir - akhir ini , seperti wujud satu gerakkan terancang untuk menghakis nilai - nilai fundamental ini daripada PAS sekaligus untuk meletakkan PAS hanya sebagai sebuah parti politik yang bertarung dan bergelut di medan demokrasi malah berusaha untuk meletakkan PAS sepenuhnya menganut faham demokrasi .
6. Menjenamakan PAS sebagai sebuah parti politik bukan lagi sebagai sebuah Gerakan Islam , sebenarnya merupakan satu episod untuk memudahkan usaha segelintir pihak yang kini sedang bekerja keras mahu mengikis penghayatan terhadap prinsip wala' , thiqah , ukhuwwah , dengar dan taat kepada arahan jamaah di dalam PAS .
7. Wala' , thiqah dan taat membuatkan mereka tidak bebas mengatur gerak langkah dan merancang strategi berasaskan kemahuan mereka . Terma - terma ini senantiasa menghantui pemikiran dan membayangi tindakan mereka . Lantaran itu , mutaakhir ini sangat ketara idea dan tindakan yang meremehkan isu wala' , thiqah dan taat .
8. Segera mereka meletakkan definisi yang negatif kononnya wala' , thiqah dan taat ini membuatkan anggota parti terkongkong dan tidak bebas mengkritik pemimpin mereka secara terbuka di dalam blog atau media . Sedang cara mudah untuk menjatuhkan seseorang pemimpin pada era ini ialah mengkritik mereka secara terbuka dan membentuk persepsi yang negatif terhadap mereka pada mata umum .
9. Semakin hari , kelihatan sikap mengkritik pimpinan dan jamaah secara terbuka [meskipun saluran dalaman parti luas tersedia ] termasuklah mempertikai keputusan - keputusan parti kian menjadi budaya . Terdorong oleh rasa tidak puas hati dan api dendam yang tidak pernah padam , bukan sahaja kisah - kisah lama yang tidak berkepastian terus diungkit bahkan polemik - polemik baru terus dicipta reka untuk meretakkan jamaah dan membinasakannya atas alasan yang cukup mempesona iaitu " saya buat begini kerana saya sayangkan jamaah ..." barangkali ini juga sama sebagaimana kata bidalan " seperti tikus membaiki labu "
10. Jamaah mempunyai akhlak , adab dan disiplinnya yang tersendiri . Jika ianya diambil dengan tepat dan cukup melalui skima yang tepat serta manhaj yang tulen , Jamaah ini akan dihuni oleh pimpinan dan anggota yang :
a ] erat hubungan ,
b ] mantap tindakan dan
c ] kukuh benteng pertahanannya .
Malangnya hari ini , terdapat segelintir pimpinan dan anggota yang cepat terpengaruh dan terkesan dengan propaganda cyber trooper dari musuh yang kini bijak menyelinap . Berasaskan realiti inilah , usrah menjadi satu mekanisme yang masih kukuh bertahan untuk menjadi
a ] medan penyatuan fikrah ,
b ] tali penghubung ukhuwwah dan
c ] kilang menghasilkan rijaal [ tokoh pejuang ] .

Subscribe to:
Posts (Atom)