Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

31.1.12

TULISAN PANAS BY AHMAD LUTFI : USTAZ AZIZAN DAN POLITIK KEDAH!!


Berbanding negeri-negeri yang ditadbir Pakatan Rakyat, Kedah dilihat tidak begitu diserang media Umno-BN. Tentulah ia bukan disebabkan kerajaan negeri yang diterajui PAS itu akan diberi laluan mudah untuk melanjutkan tempoh penggal pertama pemerintahannya. Seperti Selangor, Pulau Pinang dan Kelantan, BN tetap mengidam untuk menawan semula negeri Jelapang Padi itu.



Sewaktu Tan Sri Khalid Ibrahim di Selangor diserang bertubi-tubi dan Lim Guan Eng di Pulau Pinang dilanyak habis-habisan, khususnya oleh Utusan Malaysia dan TV3, Dato' Seri Ustaz Azizan Abd Razak di Kedah agak selesa menarik nafas lega. Namun ia tidak bermakna Umno membiarkan negeri yang pernah menyumbangkan dua perdana menteri itu terlepas begitu sahaja.

Ketika kerajaan negeri Perak ditumbangkan melalui pakatan jahat yang dirancang Najib Razak -- tidak sampai setahun selepas memegang amanah rakyat -- Kedah turut dilihat goyah. Usaha membeli wakil rakyat tertentu rancak dijalankan. Pakatan Rakyat memiliki 22 kerusi, dengan PAS menguasai 16, BN (14), DAP (1) dan KeADILan lima wakil (termasuk seorang Adun Bebas yang kemudiannya menyertai parti itu).

Kiraan mudahnya, jika lima Adun Pakatan dapat "dibeli", sepertimana berlaku kepada tiga Adun di Perak, kerajaan negeri pimpinan Ustaz Azizan akan tumbang. Alhamdulillah, situasi genting itu berjaya dilalui dengan baik sekali. Meskipun KeADILan terlepas dua Adunnya (dan dua ahli Parlimennya mengisytiharkan diri sebagai wakil rakyat Bebas), hasrat BN untuk merebut Kedah dapat dipatahkan. Kini semua Adun KeADILan merupakan anggota Exco kerajaan negeri!

Sebenarnya asas kekuatan pengaruh PAS di Kedah -- terutama selepas pilihan raya umum 1969 yang menyaksikan ramai tokoh utama Umno negeri itu kalah mengejutkan, seperti Dr Mahathir Mohamad dan Senu Abd Rahman -- hampir seimbang dengan Umno. Meskipun ada ketikanya PAS hanya mempunyai seorang wakil dalam sidang Dun dan langsung tidak mempunyai ahli Parlimen dalam tempoh yang agak lama, namun secara puratanya sokongan pengundi Melayu tidak merosot.
Faktor kemenangan BN lebih ditentukan oleh sokongan pengundi Cina dan India, yang mewakili hampir 30 peratus penduduk Kedah. Semasa era reformasi, yang dizahirkan secara terbuka dalam pilihan raya umum November 1999, lonjakan pengundi Melayu menyokong PAS begitu terasa di Kedah. Hasilnya, Parti Islam itu menang 12 kerusi Dun dan lapan Parlimen; semuanya di kawasan majoriti Melayu. Hanya di Kubang Pasu dan Langkawi, pengundi Melayu masih dilihat terikat dengan Umno, mungkin disebabkan faktor Mahathir.


Melalui proses persempadanan semula kawasan pilihan raya pada 2002, sebagai persiapan Umno untuk mengalahkan PAS dalam PRU11, kaedah gerrymandering diguna pakai secara menjolok mata di Kedah. Formula mudahnya, tambahkan jumlah pengundi bukan Melayu di kawasan Parlimen yang dimenangi PAS. Pengundi Cina, India dan juga Siam dianggap penyelamat BN pada 1999, serta diandaikan akan terus menyokong parti berkenaan dalam pilihan raya berikutnya.

Kerusi Parlimen Pokok Sena (yang diwakili Mahfuz Omar), Baling (Ustaz Taib Azamuddin), Kuala Kedah (Mohamad Sabu) dan Yan (Ustaz Nasharuddin Mat Isa) menjadi tumpuan perancangan licik Umno, yang menguasai sepenuhnya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR). Kerusi Dun yang menawarkan jumlah pengundi bukan Melayu agak ramai dimasukkan dalam kawasan Parlimen terbabit, misalnya Gurun di Yan (bertukar nama kepada Jerai) dan Kuala Ketil di Baling.

Terbukti perancangan Umno-SPR itu mencapai target apabila pada 2004, keempat-empat kerusi Parlimen itu berjaya direbut kembali BN.

Bagaimanapun, tanpa perlu menunggu lama, pada 2008, strategi itu memakan diri. Kerusi Dun di sebelah selatan Kedah, yang agak ramai pengundi bukan Melayunya itu, diisytiharkan lebih awal, tumbang satu demi satu.

Mungkin menyedari hakikat kemenangan PAS dan Pakatan di Kedah "agak rapuh" atau beliau sendiri suka memilih pendekatan "low profile", Ustaz Azizan mempunyai kaedah tersendiri dalam mengemudi bahtera kerajaan negeri. Beliau lebih gemar menjauhi pertembungan dan konflik terutama apabila berdepan kerajaan pusat.

Malah hubungan baiknya dengan bekas pemimpin tertinggi Umno, Dr Mahathir, mengundang pelbagai tafsiran, terutama di kalangan aktivis PAS. Di kala bekas Perdana Menteri itu tersisih dalam partinya sendiri, termasuk di negeri kelahirannya, Kedah, bagi pemerhati politik, Ustaz Azizan bijak memanfaatkan ruang dan peluang.

Susulan itu, agak sukar untuk media mendapatkan komentar Dr Mahathir yang agak negatif kepada pentadbiran Ustaz Azizan di Kedah. Bukan itu sahaja, Ustaz Azizan juga dikatakan tidak menjadikan zaman pemerintahan BN sebelum itu sebagai sasaran kritikannya. Bekas Menteri Besar, Dato' Seri Mahdzir Khalid, kini Ketua Pembangkang di Dun, juga "terselamat".

"Umno menunggu tindakan provokatif Ustaz Azizan sebaik menjadi menteri besar, tetapi impian itu tidak kesampaian," kata seorang penganalisis politik semasa, yang dahulunya pernah aktif dalam Pemuda Umno.

"Dia pandai mengatur rentak dan membaca situasi di bawah. Umno gagal mengeksploitasi tindakan pembaharuan yang digerakkan kerajaan PAS di Kedah. Ternyata Ustaz Azizan cukup berhati-hati," tambahnya, sambil menyifatkan kemungkinan ahli PAS sendiri yang tidak berpuas hati dengan Ustaz Azizan.

"Mengapa pula?" tanya saya.

"Yalah ... kalau orang PAS mengharapkan pembaharuan Islamik di Kedah sama seperti perubahan awal di Kelantan dan Terengganu semasa PAS mula memerintah dahulu, tentu mereka akan kecewa. Ustaz Azizan mungkin popular di kalangan rakyat tetapi akan ditafsirkan daripada pelbagai perspektif oleh rakan-rakannya sendiri," ujar rakan saya itu, yang juga seorang blogger.

"Percayalah cakap saya, Umno Kedah tidak akan berjumpa satu isu besar dan kontroversi, yang boleh menggugat dengan mudah kedudukan PAS di Kedah. Lihat saja, dulu dimainkan isu balak, kemudian hilang begitu saja. Sekarang, isu perobohan Madrasah Salihiah, di Kanchut ... lagi mudah dipatahkan dan akhirnya akan menikam Umno balik," tambahnya.

"Hang balik tengok sendirilah, Lutfi. Pelik juga bila Catatan Hujung jarang sentuh perkembangan di Kedah," katanya. Beliau, yang juga anak Kedah seperti saya, menjangkakan isu personaliti calon dan kualiti servis wakil rakyat akan menjadi penentu dalam PRU13.

Saya akui, memang kolum saya tidak pernah menyinggung isu-isu Kedah dari dekat. Semasa malam kemenangan, 8 Mac 2008, saya turut meraikannya di Kompleks PAS Kedah, Kota Sarang Semut. Bagaimanapun, saya hanya sempat sekali mengadakan wawancara khas dengan Ustaz Azizan, hampir empat tahun lalu, pada malam 17 Mei 2008, di rumahnya, di Jalan Sultanah, Alor Setar.

Dalam pertemuan itu, saya cuba menimbulkan beberapa persoalan yang berlegar dalam pemikiran ahli-ahli PAS termasuk berkaitan soal perubahan yang nampak begitu perlahan berjalan di Kedah.

Mengenali wataknya semasa menjadi Pengarah Urusan Harakah dahulu, saya jangkakan Ustaz Azizan akan bingkas menyanggah, tetapi dengan tenang, beliau memberi respons: "Saya lihat begini, ia berkaitan budaya orang Kedah. Budaya yang cukup terbuka, suka bergurau, suka berkawan. Malah ini juga yang berkembang dalam Dun, di antara wakil Umno dan PAS.

"Masa kita jadi pembangkang pun kita baik dengan Umno, Umno juga baik dengan kita. Sekarang kita jadi kerajaan pun kita baik dengan mereka. Saya tak suka kita buat sesuatu yang mengejutkan, biar rakyat menerima realiti ini sebagai satu proses demokrasi. Dalam Islam pun ada, misalnya saya baca buku tentang Fiqh Aulawiyat.

"Saya juga tekankan soal akhlak Islam. Kita tidak ada balas dendam dan akhirnya nescaya kita akan dapat simpati dan sokongan masyarakat. Umno yang lama berkuasa tentu sedih, tapi janganlah dalam kesedihan mereka itu kita tambahkan lagi pedihnya. Kalau perlu kita juga bekerjasama dengan mereka. Saya tahu mereka juga ada yang berpendidikan tinggi dan bersikap terbuka.

"Dulu mereka rasa PAS tak boleh memerintah, sekarang okey, boleh memerintah dengan baik, malah semua pihak lebih senang bekerja. Saya sendiri beri kebebasan kepada pegawai ... Perlembagaan menjamin hak bersuara, hak berpolitik, hak berfikiran."

Keuzuran membataskan saya untuk turun meninjau situasi akar umbi di Kedah. Namun, apabila seorang teman lama, sarjana sains politik terkemuka, membuat penyelidikan tentang perkembangan siasah di sebuah daerah di Kedah, dan melahirkan keyakinannya tentang kemampuan PAS mempertahankan kemenangan, saya teruja untuk melihat sendiri rencah peristiwa menarik di sana.

"PAS perlu cermat memilih calon. Ada wakil rakyat PAS yang tidak peduli masalah masyarakat bawahan. Rakyat marah, kalau calon itu juga bertanding, saya boleh bagi kepastian, PAS akan hilang kerusi," katanya melalui telefon.

Semasa minum limau panas berdekatan Pekan Rabu, jam 2 pagi, 22 Januari lalu, seorang rakan yang pernah belajar bersama saya 30 tahun lalu di Sekolah Teknik Alor Setar, turut mengemukakan isu sama: "Jangan pandang remeh isu-isu longkang tersumbat, jalan tak berturap, sampah bersepah hatta tempoh pendek lampu isyarat hijau. Semuanya boleh beri kesan kepada persepsi pengundi."

Beliau mahukan pentadbiran kerajaan PAS dilihat cekap dan pantas bertindak menangani isu-isu rakyat. "Biar bandar-bandar di negeri-negeri Pakatan lebih bersih dan teratur berbanding negeri BN. Sikap antirasuah pemimpin PAS saya sanjung tinggi, tapi kadang-kadang rakyat awam tidak nampak atau tidak merasai kesannya dalam jangka pendek. Mereka mahu Adun atau Ahli Parlimen yang mesra rakyat, ambil berat masalah orang ramai dan tidak sombong," katanya.

Rakan saya itu turut membawa seorang kawannya, yang banyak bercerita tentang Madrasah Salihiah. Kebetulan dia pernah tinggal berdekatan surau yang kini menjadi pejabat syarikat insuran.

"Dulu saya selalu main dekat kawasan tapak Kompleks Tunku Yaakob, yang terbengkalai lebih 30 tahun lalu itu. Sekarang dah tak ada orang Islam di kawasan itu, ramai yang berpindah. Surau yang ada pun hanyalah bilik solat di pejabat insuran. Satu waktu dulu orang yang gunakan stesen bas di Kanchut ada juga solat di situ, bila bas pindah ke Shahab Perdana, tak ada jemaah lagi. Lagipun, Masjid Zahir pun dekat," ceritanya lancar.

Esoknya, saya "menziarahi" surau kontroversi itu, tidak jauh dari hotel penginapan. Segera saya faham mengapa isu ini tidak akan dapat dimanfaatkan -- walaupun sedikit -- oleh Umno Kedah. "Patutlah orang PAS Kedah dan Ustaz Azizan macam tak risau aja dengan isu surau ini," saya berkata kepada Azamin Amin, wartawan Harakah Kedah. "Sesiapa yang lihat sendiri madrasah ini dan kawasan sekitarnya akan segera faham manipulasi Umno Kedah," tambah saya.

"Siap ... kita pergi rumah Ustaz, pukul 8 pagi," panggilan Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Helmi Khalid mengejutkan saya. Beliau merujuk rumah Ustaz Azizan di Markas PAS Jerai.Hrkh

ISU KUIN : MAHASISWA TIDAK DI GANTUNG DENGAN AUKU!


ALOR SETAR - Lima pelajar Kolej Universiti Insaniah (Kuin) dikenakan tindakan tata tertib termasuk digantung pengajian mengikut peruntukan Akta IPTS 1996, bukannya Akta Universiti dan Kolej Universiti (Auku) seperti yang diuar-uarkan pihak luar.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata, oleh itu beliau menasihatkan pihak luar supaya tidak mencampuri isu dalaman kolej universiti itu kerana tidak mahu menimbulkan kekeliruan.

"Kedua-duanya berbeza, walaupun hampir sama. Saya harap selepas ini jangan lagi ada pihak yang pertikai keputusan yang dibuat,” kata beliau yang juga Pengerusi Kuin kepada Sinar Harian.

Kenyataan Azizan ini sekali gus menyangkal dakwaan banyak pihak yang menuduhnya tidak sefahaman dengan pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang berikrar akan menghapuskan Auku jika dapat menawan Putrajaya.

Azizan berkata, apa yang diperjuangkan oleh pemimpin PR dalam Buku Jingga merangkumi dua perkara dalam Auku iaitu hak untuk berpolitik dan hak untuk berpersatuan.

“Itu yang kita perjuangkan dalam Buku Jingga, namun jika ada pelajar membuat kekacauan dan mengganggu ketenteraman awam, kita perlu halang. Tindakan seperti itu termasuk demonstrasi tiada dalam perjuangan PR, hanya dua perkara kita perjuangkan,” katanya.

Mengulas mengenai kenyataan Ketua Pemuda Pas Pusat, Nasrudin Hassan yang melahirkan kebimbangan terhadap reputasi Azizan berhubung isu Kuin seolah-olah serangan yang dilemparkan mahu menjatuhkan karier Menteri Besar Kedah itu, Azizan menyifatkannya sebagai perkara biasa dalam politik.

“Biasalah… dalam politik ada musuh ada kawan. Pasti ada cubaan untuk jatuhkan mana-mana pemimpin. Saya tidak kisah berdepan dengan situasi seperti itu,” katanya

30.1.12

TULISAN PERMULAAN BY BATU API SETELAH LAMA MENYEPI!!

SUMBER


Hari ini cukuplah genap setahun segaimana yang dijanjikan; aku kena berdebat dengan budak Aduka Taruna. Pagi ini aku bangun awal, sempat juga ber'chat' dengan seseorang rakan di FB yang berada di luar negara. Debat mengikut jadual akan berlangsung pada pukul 8.30 malam ini... kena tepat. Bukan macam budak tu yang mana tahu janji.. suruh datang pukul 3 dia datang awal... he he

Tajuk debat juga entah apa punya hel!! Macam UMNO nak berdebat dengan dengan PAS dia yang reka tajuk... dia paksa PAS berdebat. Tapi PAS tetap berdebat dengan alasan nabi Musa ajak lawan sihir pun dilawannya.

Aku pun sebelum minta doa, minta lindungi samseng 'blogger celaka' dan geng 'usrah barbican' mana tahu nak balas dendam di'penyek-penyek' aku di sana... bukan debat lagi.. nanti jadi gusti pula.


Mungkin ada nak tahu macam mana debat ini boleh terjadi antara aku dengan Aduka Taruna?

Wan Ji hantar ke FB Aduka Taruna gambar Suhaimi Embong dan mengatakan itu adalah BatuApi@FireStone. Aduka Taruna mula mencari helah nak kenal aku dan mencabar untuk berdebat. Itu sebab aku tulis artikel "Aduka Taruna sekadar anjing upahan sahaja!!". Artikel itu sebenarnya masih ada sambungannya... tapi masa dan keadaan tidak mengizinkan.

Aduka Taruna reka tarikh debat untuk mengaibkan aku.... (sila baca di "Debat Batu Api vs AdukaTaruna 30 Jan, 8.30 malam"). Sebagai orang tua.. aku releks aje.. aku reka pula tarikh Langgar Hadi (Sila baca "Projek Langgar Hadi Jumaat, 7 Januari 2011, jam 3.00 petang"... baru padam muka budak tu!!

Nak langgar Hadi bukan main susah, kena ada kamera, kena kumpul duit.... kena ada team... ada yang mendaftar nak sertai. Aku pun naik fedap!!

Tapi, bila 'diperbodohkan' oleh BatuApi akhirnya Aduka boleh pergi walaupun tak ada duit dan peralatan... Nampak anda semua sedang di'emosi'kan oleh geng blogger celaka untuk menjatuhkan Presiden PAS... misi siapa sebenarnya.. mereka ini semua adalah pupet... itu kena cari sendiri... kena buat reseach sikit.

Politik Aduka politik budak... emosi melebihi akal. Aku tulis artikel ini untuk menunjukkan kalau kita berfikir kita boleh mengatasi masalah terutama untuk berhadapan dengan geng blogger celaka. Sila baca "Aduka Taruna: Lateral Thinking dan Vetical Thinking"

Kejadian di Rusila digambar seolah-olah Presiden PAS buruk dan kasar. Yang menceritakannya lebih warna... tapi tak ada pun di tempat kejadian.Yang memainkan gendang ialah edyesdotcom (Edyes Samm)..

Edyes Samm ni bukan jantan (guna perkataan Tulang Besi @ Selauq Dalam)... dia bukan berani berhujah di FB, itu kebetulan isu bersama dengan rakan FB lain baru aku boleh masuk.


Mereka bukan berhujah tapi cuba berdalih... Tapi Edy ni ok sikit banding dengan Greenboc. Dia ni mula-mula accept aku jadi rakan FB, tapi bila aku berhujah dengan dia... dia tak ada hujah lalu dibuangnya aku. Kalau setakat hentam orang di blog terutama kepada mereka yang tak boleh menjawab tak payah bangga dan rasa itu kurniaan Allah dengan 'kyasas'.. (kes greenboc aku tak nak letak scrin capture... tak ada kepentingan lagi..)

Selepas kejadian di Rusila.. Zainul Faqar mula hubungi aku melalui FB... maybe ada keraguan tentang Suhaimi. Dia sendiri nak jumpa aku.

ZainulFaqar bagi nombor tel untuk aku hubungi dia. Aku sebenarnya dah malas nak jumpa dengan geng blogger celaka nanti ada seorang lagi yang terima nasib macam Aduka! Aku ada menulis di sini tentang hal ini "Rehat sambil melihat suasana "Matahari Naik"".

Lepas tu Wan Ji pula berhujah dengan aku di FB.. Aku pelik sebenarnya Wan Ji tak pernah menjawab tulisan aku di blog walaupun banyak aku mengusik dia.... Sama seperti Penarik Beca... Pasal dia tahu ada 'layer' yang aku belaum dedahkan lagi jika dia menjawab.

Dia mungkin menukar tekaan, dia sangka aku pensyarah di UKM pula...

Banyak kali aku berhujah dengan mereka ini supaya jangan fitnah. Sebab fitnah itu berdosa... Kalau kita tak suka seseorang pemimpin kita boleh kata dia lemah, hatta nak kata dia bodoh pun tak apa... walaupun kasar kerana itu pendapat kita. Tapi kalau kita kata dia nak masuk UMNO, makan duit parti dll tanpa sebarang bukti itu adalah fitnah.. tolong beza pendapat dengan fitnah!!

Tak ada apa yang kita dapat didunia dengan penyebarabn fitnah ini... bertaubat sesuangguhnya Allah itu menerima taubat... mintalah maaf kepada orang-orang yang difitnah agar kita tidak akan dipersoalkan oleh Allah dikemudian hari..

25.1.12

TULISAN PANAS BY GERAI 3 ABDUL!! : TUKAR TIUB PERANGAI MACAM UMNO??BLOGGER PR PERANGAI MACAM UMNO??AHLI PR PERANGAI MACAM UMNO??

SUMBER

Asalamualaikum wbt & Selamat Sejahtera...

Kali nih aku nak bukak tajuk 'Pas Ganti Umno'... Sebenarnya aku malas nak cerita benda nih...

Pasalnya ramai geng PR dah jadi mcm umno akhir2 nih... Bangang nak mampus.. Nanti aku huraikan kenapa.. OK?

Beberapa hari nih aku tak keluar artikel pun kat g3a.. Tima Kasih kat HBY & Rakyat Msia pasal sudi support g3a pada time aku malas cam nih...



Ada beberapa isu yg dibangkitkan blogger PR akhir2 nih aku tengok mmg isu bangang... Bakar darah je aku tengok perangai diorang akhir2 nih...

Tapi bila aku layan baca komen member2 kat g3a.. aku steady balik.. Sebelum g3a di bukak, aku tak pernah ada kawan dlm intenet nih... Tapi dlm 2-3 hari aku tak menulis nih aku perasan... Ramai gak kawan2 g3a aku kat ruang intenet nih rupanya.. tu pikir aku... pasal tu akhirnya aku menulis artikel nih...


=================================Gerai3Abdul================================



Semua org tau isu Kolej Universiti Insaniah (KUIN)... Isu AUKU telah di gunakan pada pelajar...

Semua org tau Ust Azizan di serang akhir2 nih.. Tapi bukan detail isu nih yg aku nak bukak kali nih..

Yang aku nak bukak kata2 Abg Mat Sabu pasal takutnya dia kalo sungguh Pas ganti umno...

Cerita KUIN & AUKU tu kita semua tau isu nya..
masalah kewangan yg jadi isunya... budak2 yg belajar kat situ tak cukup kemudahan..



Dan paling utama ramai gak tau yg barua2 umno yg baling bom petrol depan bilik HEP...

Ramai gak yg tau barua2 umno yg edar fliers kat depan mesjid lepas solat jumaat utk ajak budak2 KUIN berdemo menentang Ust Azizan...

Point aku kat sini ialah..
Bukan Ust Azizan yg hukum budak2 yg kena gantung tu.. Tapi pihak KUIN yg amik tindakkan bwh AUKU sampai budak2 tu digantung...



Ust Azizan keluarkan duit Negeri Kedah rm9 juta utk support KUIN...
Jugak cuba carik bantuan dari sumber lain utk selesai masalah kewangan KUIN..

Kos nak running KUIN rm 30juta... Jadi budak2 yg nak berdemo.. berdemo lah... apa ada hal nak berdemo... cuma silap paham akibat di cucuk umngok je...

Kalo student berdemo akibat salah paham pada Ust Azizan yg tanak backup budak2 yg di gantung pihak KUIN.. Itu normal...

Cuma yg peliknya apasal blog2 PR sendiri pun dah start bantai Ust Azizan mcm gaya membantai musuh? Ust Azizan hantar FRU ke? Polis?.. KAH KAH KAH... bangang..

Ramai member2 kat g3a aku percaya adalah golongan yg rajin membaca blog... Rasanya semua pernah terbaca beberapa blog PR pun hentam Ust Azizan akhir2 nih...



Antara yg aku nampak paling kuat menghentam Ust Azizan ialah blog tukartiub.. Blog tukartiub nih hishamuddin rais mengaku dia punya.. tapi ada 2-3 ekor penulis lain kat blakangnya sebenarnya...

Seronok betul tukartiub bantai Ust Azizan dari isu surau sampai la kes KUIN nih... Budak2 muda ingat hishamudin rais tu kononnya blogger bebas.. KAH KAH KAH...

Sebenarnya dia hardcore PKR... tapi berselindung di sebalik nama blogger bebas... Aku tanak bukak hal peribadi dia kat sini... Cuma kempen yg dia buat nih kempen stail umno... Kempen tikam menikam sesama sendiri tu perangai umno..



Ada jugak 2-3 ekor blog Pas dah terikut rentak bangang tukartiub... malas aku nak list blog pas yg mcm nih.. ngkorang lagi tau kot.. Sampai yg paling latest pemuda Pas pun ada sekor dua yg terikut ikut... Jadi buleh nampak tak kerisauan Abg Mat Sabu sebelum nih ada asasnya?

Aku bukan anti pada PKR...
Malah sbg rakyat Selangor, 80% aku sokong dgn dasar MB Khalid... Aku pun pegi 901 ari tu utk support brader anwar...

Tapi perangai 2-3 ekor si bangang jenis2 mcm nih cuba menjatuhkan satu demi satu pemimpin Pas secara sembunyik kat blakang blog akhir2 nih patut di tegur oleh pemimpin PR.. Terutama Anwar Ibrahim psl Anwar ketua...

Ini bukan lagi cerita kebebasan berkarya, tapi ini propaganda menjatuhkan pemimpin Pas yg dia rasa dia buleh jatuhkan.. Tok Guru Nik Aziz..? mampus dia tak berani.. KAH KAH KAH... bodek lagi ada... KAH KAH KAH... Mat Sabu? dok menyelit lagi ada... KAH KAH KAH...


Aku tanak detailkan semuanya, sbb karang byk nama2 org termasuk pemimpin yg tersangkut sama... byk pulak isu lain yg mungkin terbukak sama..

Aku jugak tanak letakkan gambar2 yg buleh menjadi bukti utk menjatuhkan imej org2 PR yg bangang mcm nih..

Dalam islam kita ada konsep tarbiyyah utk perbetulkan orang2 bangang yg buat kesilapan utk di perbaiki... Cuma ada jugak konsep perang pada pembawak fitnah...


Kepala blog yg paling bengong dlm isu Ust Azizan nih ialah tukartiub... Aku tak pedulik blog dia lagi glamer dari g3a.. Aku jugak tak pedulik hisham rais korum lama minum kopi ngan aku 7-8 thn lepas... Tapi kempen tukartiub menghentam ahli2 Pas akhir2 nih cukup terang & jelas... Aku tanak ulas atau buat spekulasi pasal agenda tukartiub... Biar masa yg tentukan segalanya....

Cuma akibat perbuatan mcm nih ada pulak blog2 yg tarok gambar Tok Guru Nik Aziz dah terikut sama kebangangan tukartiub.. Antaranya wartamaya, bloglistpolitik & byk lagi blog lain... KAH KAH KAH... bingai..

Buang je lah gambar Tok Guru & bendera Pas tu... kalo tau dek Tok Guru Nik Aziz perangai ngkorang hentam Ust Azizan sesedap rasa... free je kena "CELAKA"... KAH KAH KAH... mcm blogger malaysiawave sblom nih... KAH KAH KAH...

====================================Gerai3Abdul============================


Kempen "Pas Ganti Umno" sebelum nih maksudnya adalah supaya org melayu yg selama nih percaya pada umno utk jaga melayu & islam beralih arah pada Pas..

Memang Pas lebih layak menjaga melayu pasal kalo Pas duduk kat putrajaya sekolah akan ajar anak2 melayu pendidikan islam yg sebenar, drama tv akan mengajar melayu indahnya islam, org melayu jugak akan dibebaskan dari belenggu riba secara berperingkat-peringkat, keluarga melayu akan belajar ilmu kekeluargaan untuk mencari kebahgiaan sebenar & mcm2 lagi lah...


Tapi kempen tu di hentikan akibat kaki loyar buruk buleh kata bila Pas Ganti umno.. Pas pulak la yg akan rembat harta rakyat.. Pas pulak la yg jadi jahat mcm umno.. Pas pulak la yg jadi penyebar fitnah... Akhirnya kempen nih di berentikan..

Aku yakin Pas takkan jadi mcm tu, kalo Pas satuhari nanti jadi mcm tu, bermakna tu bukannya Pas lagi.. Nama parti pun aku percaya di tukar ke nama baru..

Yang jelas hari nih, kita semua buleh nampak perangai umno dlm PR... ada pulak yg terikut rentak bangang mcm tu.. Jadi kiasan Abg Mat ari tu bagaikan perli pada ahli2 PR... Sebab bibit2nya dah makin ketara...


Kalo kita berkempen nak tawan Putrajaya, ahli jgn di tikam dari belakang, sahabat jangan di fitnah di dalam gelap.

Yang salah kita tegur guna saluran yg betul. Bukan cara umno yg kita pakai. Ingat lagi cara kempen umno nak guling pak lah? Ingat lagi cara geng2 pak lah hentam madey?

Jadi kalo hari nih perangai PR dah sama mcm perangai BN tikam menikam sesama sendiri.. Orang PR dah mula kempen menjatuhkan sesama sendiri...



Aku rasa baik kita biarkan saja umno terus menjahanam negara.. Biarkan saja harga barang terus naik... Biarkan saja melayu islam semakin sesat dlm islam dajjal umno... Biarkan saja kerosakkan anak muda semakin parah..

Pasalnya ramai lagi org yg kononnya nak tawan putrajaya otaknya masih sama level ngan umno... Jiwanya masih tak tau apa benda yg sebenarnya nak di perjuangkan... Biar org2 bangang jenis2 nih rebah akibat semakin hari semakin terdesak... dek cengkaman umno...


'School Of Hard Knocks' kaedah yg aku suka gunakan utk org bangang yg rasa dirinya pandai, maksudnya kadang2 kesakitan tu buleh jadi pendidikan yg baik utk mengajar org bodoh..

Kalo umno terus memerintah.. Harga barang.. Keruntuhan akidah & moral.. semua zalim yg umno buat.. Langsung tak bagi kesan kat Tok Guru Nik Aziz & keluarganya... Tok Guru Hadi & keluarga pun takde kesan.. Tok Guru Harun Din pun tak terasa kesannya.. Aku sendiri pun tak rasa kesannya..


Aku bagi sikit contoh..
Harga barang naik? pendapatan aku skrg pun tinggi sikit drpd gaji MB selangor.. Keruntuhan akhlak anak muda? anak aku tak join sekolah umno... kat rumah pun kami tak layan tv & hiburan umno.. kami cari hiburan yg 100% lagi best dari semua hiburan umno, tapi syariat islam benarkan... Riba & hutang? aku tadak hutang...

Sampaikan semua akaun bank peribadi pun dah aku tutup sejak tahun 2002 woi.. KAH KAH KAH... aku skrg cuma pakai 1 akaun bank utk dpt payment dari client company aku & lepas tu aku tukarkan semuanya jadi cash utk sara hidup, emas, sawah, kebun, rumah dsbgnya.

Andai aku tak bekerja 30-40 tahun sekalipun.. InyaALLAH dapat sara hidup anak bini aku... caranya?

Ikut lah islam... Pasal islam itu mengajar kita memerdekan diri dari perhambaan.. Aku hidup hanya untuk mati...

Aku pun dulu miskin sampai nak kawin pun duit mas kawin rm80 pinjam kat bini, duit hantaran, kos kenduri semua duit bini.. Tapi sejak aku ikut islam, aku merdeka seluruhnya... (nanti lah lain masa aku share)..

Senang cerita apa saja gila babi kejahatan umno... Aku tadak kesan... Tok Guru Nik Aziz pun aku yakin tadak kesan... umno ajar maksiat siang malam pun, anak bini Tok Guru tetap steady..

Isunya kat sini...
Rakyat yg akan dpt kesannya.. Org miskin yg dpt kesannya... Anwar Ibrahim yg dpt kesannya.. hisham rais tukartiub yg dpt kesannya (dulu kolumnis utusan, the star).. dan semua penyokong ideologi tikam sesama PR nih yg akan dpt kesannya.. KAH KAH KAH..

Nasihat aku jika perangai bangang mcm nih tak di betulkan segera.. Kalo semakin ramai penyokong & ahli PR dah mula berperangai mcm umno...





Adalah baik jika biarkan saja umno terus memerintah..
Adalah baik jika biarkan saja Pas keluar dari Pakatan Rakyat...
Adalah baik jika biarkan saja Anwar masuk penjara sekali lagi..
Adalah baik jika biarkan saja geng Raja Petra ikut jejak Raja Petra.


Kita semua tunggu lah pengamal sistem real politik tikam menikam ini tobat atau hancur di telan siksa dunia.. Kita semua tunggu lah rakyat belajar erti sebenar perjuangan & kemerdekaan... Atau kita semua tunggulah sampai umno berkubur dgn sendirinya... KAH KAH KAH... Pasal apa aku kata mcm nih?

Pasal ada lagi pengikut geng2 tikam belakang benih2 saki baki warisan british & iblis...

====================================Gerai3Abdul=============================

Nota :-

Tahniah pada Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM)..
Pasal ambik tindakkan matang dlm berdepan isu nih...
Siasat & mintak penjelasan sebelum bertindak...

Ust Azizan & Kerajaan Kedah sepatutnya takde kena mengena dlm hal nih... Bukan Ust Azizan yg berkuasa pada sistem undang2 pendidikan negara nih...


=====================================Gerai3Abdul============================


P/s Untuk Member G3A:-


Sori pada member2 g3a semua... Artikel aku kali nih cuma 30% drpd niat sebenar aku... Gambar pulak cuma 10% drpd standard gambar bukti yg biasanya aku buat dlm g3a.. Aku jugak rasa aku mcm byk lari tajuk kali nih.. Pasalnya kalo aku bukak fullswing... Byk yg lebih buruk dikhuatiri terjadi.. Kalo buleh aku tak nak berlaku yg buruk... Aku nak Umno tumbang...

Aku antara org yg kuat sokong Tok Guru utk perpecahan Barisan Alternatif sblom nih, walaupun pada masa tu tanpa G3A.. Niat aku masa tu.. Barisan Alternatif belum bersedia utk ke Putrajaya..

Kali nih aku harap PR cukup matang utk ke putrajaya... Pasal aku taknak ada klon mcm umno kat negara nih...


Aku nak kerajaan baru yg buat aku senang lepas anak aku kesekolah kerajaan.. senang lepas keluarga aku bukak tv kawalan kerajaan... senang lepas keluarga aku ikut program kerajaan.. senang aku bayar zakat di pusat zakat kerajaan.. Tak perlu lagi aku bersusah payah pikir kaedah & berhabis duit untuk cari alternatif bagi menyelamatkan diri aku & keluarga aku...

Sejak isu nih timbul... bila tengok perangai bangang mcm nih... Aku rasa nak lantakkan saja semua org lain kat internet yg terikut rentak bangang mcm nih... Cuma aku teringat kisah Nabi Yunus yg tinggalkan dakwah & kena denda ditelan ikan besar.. Aku teringat jugak pesan Rasul saw yg suruh kita tanam biji benih sekali pun esok kiamat.. Tafsirnya pasal menanam tu adalah unsur ibadah...

G3A adalah blog baru, pengaruh G3A pun tak sehebat mana, jadi suara G3A mungkin aku pikir takkan dpt mengubah apa2 dlm usia G3A baru 4 bulan... Bila aku nampak kebangangan yg di buat blog2 PR yg jauh lebih lama usianya & ramai pengikutnya.. aku rasa ahh... lantak ngkorang lah... tak perlu pun aku pedulikkan org2 yg bangang mcm nih & pengikutnya..

Biarlah PR Ganti Umno dlm menjahanamkan negara pulak... Aku akan ikhtiar & doa utk lindungi keluarga aku mcm skrg nih.. Orang lain lantak lah...


Ramai lagi islam yg payah sgt nak amik iktibar pembunuhan para hawariyyun Rasul saw iaitu Abu Bakar ra, Umar ra, Uthman ra & Ali ra... Ramai lagi org malaysia yg payah sgt nak belajar dari peristiwa musnahnya perjuangan lawan british pada darurat 1948..

Manusia hari nih tak sudah2 mengulang kesilapan org2 yg dulu... Kesilapan yg sudah di takdirkan utk kita generasi depan ini belajar & elakkan dari berulang di zaman kita... Ramai sgt yg tak sedar dirinya bodoh.. Ilmu sedar dirinya bodoh adalah titik permulaan manusia jadi pandai... Quran pun tulis manusia nih ramai yg bodoh...

Tapi bila aku tengok member g3a melawak & komplen perangai umno kat ruang komen dlm 2-3 minggu kebelakangan nih, walaupun aku & G3A mengelak dari isu yg besar2 & tgh hangat skrg nih..

Aku rasa aku perlu share pandangan nih pada org2 yg aku rasa... aku suka & aku sayang..


Sayang sbg sesama manusia woi... bukan sayang nak ajak kawin.... KAH KAH KAH... Lu org semua inspirasi aku kali nih... Terima kasih semua pengkomen g3a... Mungkin biji benih yg aku semai kali nih tak sia2.... dan doakan aku sentiasa dlm jln ibadah... Walaupun apa yg aku tulis kali nih pahit bagi tukartiub fan....

Harapan aku org2 PR takkan jadi macam umno... Jika perkara nih tak perbetulkan segera... Mungkin sekali lagi kesatuan Pas, Pkr & Dap bakal bercerai dlm tempoh last minit PRU dek kerana masih ramai ahlinya & pengikutnya masih bangang mcm lembu umno...

Aku tanak bukak hujah agama kali nih.. tapi bagi org2 yg ahli agama... cukup lah aku cadangkan cuba check isi kandungan surat Sayyidina Umar ra pada panglima perangnya yg sedang berperang dgn kerajaan Parsi... Pesanan seandainya jamaah kita dgn musuh tidak lagi berbeza perangainya..


Sekian,

Selamat Sejahtera,
Asalamualaikum wbt.

-kandis-

24.1.12

TULISAN PANAS BY SETPOL MB KEDAH!! : PENJELASAN ISU KUIN!!


Masalah yang berlaku di KUIN sekarang ini berpunca daripada rasa tidak puas hati pelajar terhadap beberapa masalah yang pada pandangan mereka tidak berjaya diselesaikan oleh pentadbiran kuin dengan baik. Jika kita mengkaji secara lebih mendalam, masalah-masalah yang mereka timbulkan ini bukan hanya berlaku pada sesi 2010/2011 sahaja, tetapi telah berlarutan sejak beberapa tahun. MPM pada sesi sebelum ini pun memperjuangkan isu yang sama.

Rentetan daripada masalah ini dan desakan berterusan daripada mahasiswa, maka Majlis perwakilan mahasiswa kuin (MPMKUIN) telah menganjurkan satu himpunan mega mahasiswa pada 11.01.2011 untuk menuntut masalah-masalah ini diselesaikan segera.

Perhimpunan ini juga dihadiri oleh rektor dan pengurusan tertinggi KUIN. 21 masalah telah dibangkitkan. Antaranya ialah :

1. Masalah kelewatan bayaran ptptn dan zakat
2. Isu penempatan pelajar
3. Isu keselamatan
4. Masalah disiplin
5. Yuran asrama dan pengajian yang tinggi
6. Etika pemakaian pelajar
7. Kemudahan asas dan bilik kuliah tidak mencukupi
8. Masalah pengangkutan pelajar yang tinggal di asrama
9. Karenah birokrasi yang teruk dll.

Dalam perjumpaan itu, rektor dan beberapa pegawai kanan KUIN berjanji untuk menyelesaikan masalah-masalah ini sebaik mungkin. Selepas menanti selama 3 bulan, pentadbiran KUIN dilihat seolah-olah tidak bertindak sesuatu untuk menyelesaikan masalah tersebut. Padahal, masalah yang berlarutan sejak bertahun- tahun sebelum ini memerlukan penstrukturan semula KUIN secara menyeluruh, dari semua sudut. Apa yang sedang di buat oleh kerajaan sekarang ialah transformasi secara total, baik dari sudut pembangunan kursus, perubahan attitude pensyarah dan pelajar, kediaman dan kemudahan-kemudahan. Pembinaan kampus tetap adalah sebahagian dari komitmen besar kerajaan ke arah itu.

Daripada tiga ribu pelajar, kini KUIN menampung tujuh ribu pelajar. Sudah tentu masalah yang berlarutan itu juga semakin mendesak untuk diselesaikan. Usaha gigih ini sudah menampakkan hasil yang sangat baik dari masa ke semasa. Tidak mungkin ia dapat memenuhi semua tuntutan dalam sekelip mata.

Tidak dapat dinafikan UMNO melihat peluang memadamkan political millage yg diraih oleh PAS dengan usaha- usaha penambahbaikan KUIN sama ada menerusi pembinaan kampus tetap di Kuala Ketil, penambahan kursus dari 7 program ke 42 kursus termasuk Perubatan yang akan bermula Julai ini dgn pengambilan pertama seramai 100 org. Jarum politik UMNO dicucuk di pusat tahfiz KUIN, tempat paling rapat dan paling sensitif dgn umat islam dan melayu- lanskap politik Kedah.

Kemudian timbullah isu baru iaitu pelajar-pelajar diploma tahfiz diarahkan untuk mengosongkan asrama Ar-Razi ( berhampiran Masjid Sultanah) untuk memberi laluan kepada Sekolah Bistari (internatinal school di bwh anak syarikat Insaniah Holding) Pelajar dan guru tahfiz yang tidak berpuas hati dengan tindakan tersebut telah mengadakan satu demontrasi dihadapan bangunan tersebut pada 1/4/11 selepas solat jumaat. Pada selepas subuh lagi, jemaah masjid dr kalangan UMNO telah menjaja akan ada demo selepas jumaat pd hari tersebut. Perhimpunan ini telah mendapat liputan yang luas di media massa dan secara tidak langsung telah mencalarkan imej Kerajaan Pakatan Rakyat Kedah yang dipimpin oleh YAB Dato' Seri Ust Azizan Abd Razak. Laporan kepada MB pulak datang dengan berbagai versi yg melibatkan pemalsuan laporan oleh dekan dan pensyarah pusat pengajian itu. Esoknya, satu laporan baru yg dilunakkan dihantar, dan sekan membuat statement ttg salahlapor sebelumnya. Ini memberikan imej buruk kepada KUIN dan Kerajaan Negeri.

Kejadian serangan bom petrol dihadapan pejabat HEP beberapa hari kemudian juga telah dikaitkan dengan demontrasi tersebut. Seterusnya berapa kenyataan media dan tindakan susulan dilakukan oleh pelajar, pensyarah, pengurusan kuin dan pimpinan kerajaan telah menjadikan isu ini semakin rumit. Pelajar yg dikenakan tindakan adalah antara penganjur demo dan berucap di khalayak dan memberi statement kepada media memburukkan imej KUIN dan kerajaan.

Akhirnya, 6 orang pelajar tersebut telah diberikan surat tunjuk sebab diatas beberapa kesalahan seperti menghadiri demontrasi, memberi kenyataan kepada media tanpa kebenaran, mengganggu ketenteraman awam dan lain-lain. Selepas dipanggil menghadap Jawatankuasa Disiplin KUIN, 5 orang telah digantung pengajian dan seorang didenda RM 100.

TINDAKAN DEWAN PEMUDA PAS KEDAH

DPPNK melalui JPM telah mengadakan beberapa siri perjumpaan tertutup dengan wakil mahasiswa dan pensyarah untuk menyelesaikan kemelut ini. Kita ingin terus membantu, mahasiswa maupun pihak pengurusan KUIN.

Berbagai pandangan dan nasihat yang diberikan untuk menyelesaikan isu ini tetapi, isu ini menjadi semakin panas apabila ada campurtangan dari SMM dan beberapa gerakan mahasiswa di lembah kelang.

Antara tindakan mereka ialah menghantar satu memorandum kepada pimpinan tertinggi PR termasuk Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi dan Dato' Seri Anwar Ibrahim. Mereka menuntut agar YAB Dato' Seri Ust Azizan dinasihati dan ditegur.

Pada 29 Mei 2011, DPPNK telah mengambil langkah menjemput semua pihak termasuk wakil pentadbiran KUIN untuk memberikan penjelasan dan mencari jalan penyelesaian yang terbaik.

JAWAPAN YANG DIBERIKAN OLEH PENTADBIRAN

1. MASALAH KELEWATAN BAYARAN PTPTN
Ptptn mempunyai jadual pembayaran yang tetap, dan pihak kuin tidak ada kuasa untuk melakukan perubahan, selain itu, ada sesetengah pelajar yang tidak menyediakan dokumen yang lengkap menyebabkan bahagian pemprosesan maklumat peminjam di jabatan hep terpaksa menunggu untuk menghantar permohonan secara serentak.

2. ISU PENEMPATAN PELAJAR
Asrama yang ada tidak mencukupi untuk menampung jumlah yang ramai, selain itu kuin mempunyai sumber kewangan yang terhad dan tidak mampu untuk menyediakan penempatan kepada semua kerana sewa yang dikenakan untuk sesebuah rumah tinggi, akibatnya terpaksa menanggung subsidi yang tinggi. Contohnya, bahagian perumahan negara meletakkan harga bagi sebuah rumah di flat gemilang ialah rm 750. Sedangkan pihak kuin mengenakan yuran asrama hanya rm 50 sebulan. Untuk keselesaan, sebuah rumah hanya boleh memuatkan 8 orang pelajar. Rm 50 x 8 orang bersamaan rm400. Jadi kuin terpaksa menampung rm 350 untuk sebuah rumah.

3. YURAN ASRAMA DAN PENGAJIAN YANG TINGGI
Kuin antara ipts yang mengenakan bayaran yang terendah kepada pelajarnya berbanding dengan ipts yang lain.yuran pelajar diploma hanya rm 48 bagi satu jam kredit, manakala untuk ijazah rm 60 satu jam kredit. Ada sesetengah ipts yang mengenakan yuran sebanyak rm250 untuk satu jam kredit. Kementerian pengajian tinggi pernah menegur kuin kerana mengenakan yuran yang terlalu rendah seolah-olah mensia-siakan sumber yang ada iaitu yuran pelajar.

Kenaikan yuran juga untuk menampung kos penambahan pensyarah. Jumlah pelajar dalam sesebuah dewan kuliah sekarang ialah 150, manakala jumlah yang yang disyorkan oleh kpt ialah 50 orang untuk diberi keselesaan pembelajaran.

Selain itu, kuin ada mengenakan yuran pentadbiran kepada pelajar. Yuran ini bertujuan untuk peperiksaan, percetakan dan lain-lain lagi.

4. ETIKA PEMAKAIAN PELAJAR WANITA
Masalah ini berlaku di kuliah kejururawatan dan hospitaliti kerana kuliah ini mewajibkan pelajar memakai pakaian seragam sesuai dengan bidang yang dipelajari, kod etika yang dikeluarkan oleh
kuin memang tidak menyalahi tuntutan syarak. Cuma ada segelintir pelajar wanita yang melakukan ubahsuai dan menyebabkan pakaian ini tidak memenuhi tuntutan syarak. Pihak hep akan melakukan tindakan yang sewajarnya untuk mengatasi masalah ini.

5. KEMUDAHAN ASAS DAN BILIK KULIAH TIDAK MENCUKUPI
Pihak kuin memang mengakui kelemahan ini, ada sesetengah bilik kuliah yang tidak mempunyai kemudahan kerusi, meja, mikrofon dan lcd yang secukupnya. Walau bagaimanapun pihak kuin memang berusaha untuk memastikan setiap bilik kuliah mempunyai kemudahan yang lengkap.

6. MASALAH PENGANGKUTAN PELAJAR YANG TINGGAL DI ASRAMA
Kuin hanya mempunyai 3 buah bas dan tidak mampu untuk mengangkut beribu-ribu pelajar yang berada di 4 asrama, untuk mengatasi masalah itu, kuin terpaksa menyewa bas-bas dari syarikat luar setiap hari dengan kos rm40 satu perjalanan. Oleh sebab itulah kuin terpaksa mengenakan sedikit yuran pengankutan kepada pelajar

Secara kesimpulannya memang pihak kuin berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang terbaik kepada pelajar, tetapi kekangan utama ialah faktor kewangan. Peruntukan dari kerajaan negeri ialah 9 juta setahun, manakala perbelanjaan ialah 30 juta setahun. Kuin terpaksa mencari jalan untuk menampung lebih dari 20 juta. Jikalau kuin menaikkan yuran, maka pelajar akan mengadakan demontrasi, kalau yuran tidak dinaikkan, maka semua masalah ini sukar untuk diselesaikan. Dilema inilah yang dihadapi oleh pihak kuin sekarang.

KESIMPULAN
Akhirnya bolehlah kita simpulkan bahawa isu KUIN ini menjadi panas disebabkan beberapa faktor :

1. Kegagalan pihak pentadbiran KUIN menyelesaikan masalah yang disuarakan dan tidak membuat penjelasan secara terperinci kepada pelajar.
2. Kegagalan MPM mendapatkan penjelasan tentang masalah yang mereka bangkitkan.
3. Hubungan pentadbiran KUIN khususnya HEP dengan MPM yang semakin renggang.
4. Masalah kewangan yang dihadapi oleh KUIN.
5. Demontrasi yang dilakukan untuk mengangkat isu ini kepada umum.
6. Permainan media menjadikan isu ini kontraversi.
7. Hubungan pegawai tinggi KUIN dengan staf bawahan pensyarah tidak begitu baik.
8. Campurtangan daripada pihak luar yang mengeruhkan keadaan.

Semua pihak berharap agar isu kuin ini segera selesaikan dengan cara yang baik. Semua pihak mesti bersedia duduk berbincang dan berlapang dada untuk menerima kelemahan dan kekurangan masing-masing. Matlamat perjuangan mesti diletakkan dihadapan mengatasi kepentingan peribadi. Keikhlasan dan keazaman untuk mencari penyelesaian adalah anak kuncinya. Agar beroleh keredhoan didunia dan diakhirat.

Kerajaan negeri, khususnya MB sgt komited utk merungkai masalah KUIN sejak bertahun-tahun menjadi cacamerba dibawah BN. Sebarang tindakan yang memberi kesan negatif kepada KUIN dan kerajaan negeri sangat memberi bekas kpd usaha2 ini. Kerajaan harus diberi peluang dan masa untuk merungkai masalah ini satu persatu. Kami hanya perlukan sedikit masa dan sokongan, bukan kegopohan dan aksi gelojoh akibat tertusuk jarum UMNO.

Siapa yang peduli dengan KUIN sebelum ini? Kenapa susah payah membangunkan KUiN tidak dipeduli, tetapi bila ada pihak yang tergopoh gapah mencalarkan imej dan melanggar peraturan sedia ada diambil tindakan, dipersalahkan KUIN pula! Diarahkan pula memberi kemaafan kerana mereka punya hak untuk berdemo walaupun atas asas teknikal yang tidak sepatutnya diangkat sebagai perjuangan mahasiswa.

Ya boleh! Kata MB, tetapi mesti melalui proses rayuan. Hari ini mereka menghantar surat "tidak mengaku salah" malah mengecam pengurusan KUIN dan Lembaga tatatertib, juga membuat edaran kpd media. Surat itu dibuat oleh peguam yang mereka lantik. Siapa pula peguam itu? Fahamkan mereka isunya apa, masalahnya apa, puncanya apa dan kenapa tindakan diambil?

Pada 6 Jun ini, sesi kemasukan pelajar baru bermula. Pihak pelajar yg kena tindakan dan penyokong mereka mengadakan kempen boikot sesi itu, dan mungkin ada demo lagi. Apa tindakan yg perlu? Maafkan? Tengoklah.......!

Selepas semua usaha dan perbincangan untuk membantu dari kami di DPPNK tidak dipedulikan, malah pihak diluar terutama di KL lebih senang didampingi untuk mencari sandaran atas ketelanjuran mereka.. kalau perlu, Saya mahu istiharkan Perang!!!! Dengan kedegilan!

Muhammad Sanusi Md Nor. - SETPOL MB

21.1.12

TULISAN PANAS BY KHALID SAMAD!! : MAHU DI 'TEMBAK' PADA SIAPA??


Kedengaran juga ada pihak yang ingin membuat road-show ke seluruh Negara. Bagi saya itu adalah hak dia dan lagi banyak dia cakap, lagi jelas pendiriannya yang dangkal. Hanya dia perlu ingat, kesalahannya kali ini bukan kesalahan kali pertama. Dulu dia pernah ditegur dan sudah pun diberi amaran. Kali ini dia lajak lebih jauh lagi maka dan bagi yang menganggap pemecatan beliau agak drastik; perlu diberi amaran dulu dan sebagainya, harap ingat kembali peristiwa lampau.

Mungkin dia akan mencanangkan bahawa dia dipecat kerana DSAI. Itu jelas satu pembohongan. Dia dipecat kerana sikap dirinya sendiri. Semasa road-show boleh cakap apa yang dia suka, reka cerita dan sebagainya, tapi semua tahu, dia dipecat kerana sikapnya. Sikapnya yang tidak mahu terima pendirian parti dan kesungguhannya membawa mesej UMNO/BN untuk mempengaruhi ahli PAS dan rakyat jelata.

Dulu dia juga yang menjadi juara wala’ dan thiqah. Tetapi itu hanya ketika dia sebagai ketua. Semua kena dengar cakap dia. Kalau tidak maka tidak wala’, tidak thiqah serta tidak cukup tarbiyyah dan sebagainya. Tetapi apabila dirinya bukan ketua, nampak gayanya konsep tersebut tidak lagi releven.

Mungkin itulah yang berlaku apabila dikuasai hawa nafsu. Terlalu membesarkan diri, dengan beranggapan bahawa dirinya sahaja yang betul dan yang lain semuanya bagaikan parasit. Parasit ini sebenarnya hidup di atas kekuatan yang lain dan secara perlahan merosakkan pihak yang menanggungnya. Itulah apa yang ingin dilakukan. Tetapi, Alhamdulillah, Allah sayangkan PAS dan memberi PAS kemampuan untuk ‘nyah-parasit’ dan inilah yang telah berlaku.

Parasit sudah pun dinyahkan dan dengan itu PAS akan mara ke hapadan bagi memenuhi kehendak rakyat dan ummat Islam untuk menggantikan UMNO dengan menjadi wadah politik ummat Islam yang utama di negara Malaysia.

18.1.12

TULISAN PANAS BY DR MUJAHID YUSUF RAWA : HASSAN ALI DAN PARASIT!!


18 JAN — Memecat ahli dalam mana-mana parti politik adalah suatu perkara yang lumrah kerana perlembagaan parti memperuntukkan satu bab penting iaitu tentang disiplin parti, tanggungjawab ahli dan kuasa-kuasa yang ada pada Presiden untuk melaksanakan tugas memelihara kepentingan parti.

Mungkin yang menjadikan ia suatu isu ialah kedudukan dalam parti ahli yang dipecat, selain dari itu pemecatan atau penggantungan atau amaran lisan adalah tindakan-tindakan yang normal dalam suasana sesebuah parti politik. PAS tidak terkecuali dari norma organisasi ini dan apa yang berlaku kepada Datuk Hasan Ali adalah sebahagian daripada rencah-rencam kehidupan sebuah organisasi politik.

Jikalau kita menyusuri sejarah PAS, tindakan disiplin selalu berlaku atas beberapa cetusan antaranya ialah permasalahan yang dihadapi di peringkat cawangan dan kawasan atau negeri, lazimnya ia berlaku atas kapasiti konflik individu lawn individu. Ada juga tindakan disiplin diambil atas dorongan kelompok tertentu tidak mematuhi keputusan-keputusan yang dibuat dan cuba membawa fahamannya tersendiri di peringkat kawasan atau cawangan, konflik ini dikenali sebagai kumpulan vs kumpulan.

Di peringkat atasan selalunya konflik berlaku di atas sebab-sebab yang lebih strategik seperti tidak bersetuju langkah-langkah strategi yang diambil oleh parti dan selalunya dikaitkan keputusan strategi yang diambil dengan pertembungan kepentingan dasar utama parti. Alasan-alasan yang diberi akan menyinggung soal prinsip parti yang dilihat tergugat serta diperincikan alasan-alasan tersebut dengan tuduhan-tuduhan wujudnya kelompok tertentu dalam parti yang cuba menguasai kepimpinan.

Amat menarik untuk diberi perhatian bahawa semasa Datuk Mohd Asri Hj Muda dipecat dan beliau merupakan Presiden PAS ketika itu, isunya ialah soal strategik juga di mana Asri mempertikaikan penguasaan parti itu dikatakan didalangi oleh kumpulan radikal yang terpengaruh dengan revolusi Iran dan PAS telah menjadi radikal tersasar dari landasan PAS ketika itu.

Apa yang gagal difahami oleh Asri ketika itu ialah PAS sedang melalui proses pembaharuan fikrah Islam yang lebih jelas dan transformasi PAS menjadi Gerakan Islam yang melihat kesyumulan perjuangan dan bukan sahaja di medan siyasah. Kegagalan Asri ketika itu memahami tuntutan semasa dan masih dalam kepompong lamanya menyebabkan kritikan dan penentangannya kepada perubahan ini dibayar dengan harga yang mahal apabila PAS ketika itu sudah bersiap sedia memperkemaskan dirinya dalam bentuknya yang baru ketika itu.

Corak dan riak-riak pemecatan Hasan hari ini saling tidak tumpah seperti yang dilalui oleh Asri, kegagalan Hasan memahami realiti transformasi politik PAS hari ini yang berusaha untuk menyesuaikan dirinya dalam perkembangan-perkembangan terkini menyebabkan Hasan menjadi mangsa jerat mindanya sendiri.

Hasan juga gagal menghayati dinamika PAS yang hingga hari ini mampu terus bernyawa walaupun telah melalui berbagai cabaran untuk PAS sampai pada tahapnya hari ini. Alasan Hasan bahawa PAS telah lari dari perjuangannya, sama sahaja nada yang pernah disebut oleh Asri seketika dahulu, bezanya Asri menuduh PAS dikuasai radikal Iran, Hasan menuduh adanya golongan Parasit dalam PAS yang “meraikan” rakan lebih daripada perjuangan parti. Semua gara-gara pendekatan politik PAS memilih untuk tidak bersama Umno dan meneruskan agenda usaha Pakatan Rakyat menggantikan Barisan Nasional hari ini.

Pengaruh Asri sudah tentulah jauh lebih besar dari Hasan, siapalah Hasan berbanding dengan Asri dalam PAS dan kerana itu pemecatan Asri diikuti dengan kumpulan 13 yang lain di mana hampir separuh daripadanya adalah merupakan AJK PAS Pusat. Ini tidak termasuk kawasan-kawasan lain mampu dipengaruhi Asri.

Adapun Hasan, katanya dalam seminggu lagi akan ada penyokong-penyokongnya dari PAS yang akan bersamanya, namun saya agak skeptikal kerana seperti mana yang saya sebutkan siapalah Hasan yang mampu mengumpul orang di belakangnya? Kalau orang-orang Perkasa atau Umno entahlah?

Arus bawah yang mendasari bibit-bibit krisis ini ialah kocakan-kocakan yang sebenarnya menandakan kemunculan PAS yang lebih terkini mendepani perubahan lanskap politik semasa. Saya kira bukan Hasan sahaja, siapa yang gagal memahami kemunculan ini dalam bentuknya yang begitu laju dan dinamik pasti akan terjerat dalam perangkap minda masing-masing.

Dan sememangnya tidak pelik jikalau Umno akan kipas isu PAS lari dari perjuangan (seperti mana mereka lakukan ke atas Ustaz Nakhaie Hj Ahmad yang masih bercakap dengan nada yang sama) kerana Hasan adalah alat terbaik yang dapat menjalankan tugas-tugas Umno khusus bagi cover up isu pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Januari baru baru ini.

Seperti kes Asri, walaupun ada sedikit kocakan tetapi krisis ketika itu memberi peluang kepada PAS untuk mencipta kemunculan baru dalam bentuk kepimpinan ulamak yang telah melakarkan pencapaiannya tersendiri.

Seperti biasa PAS akan terus mantap kerana sudah menjadi penerimaan umum ahli PAS bahawa pemimpin datang dan pergi namun perjuangan ini tetap akan meneruskan cita-citanya. Seperti lirik lagu PAS yang berbunyi “....suburlah hidupnya dan pasti berbuah...”

11.1.12

ARTIKEL PANAS LAGI DARI BLOG 'SELAMATKAN PAS' : SELAMATKAN PRESIDEN PAS!!


Setelah Dr. Hassan Ali dilanyak selumai-lumainya, kini giliran Presiden pula untuk diheret sekali. Lihatlah peranan parasit yang bertugas di Malaysiakini di dalam artikel: "Jalan buntu bagi Hasan kembali pada PAS" yang memetik laporan Penarik Beca, si pelapik batu di bawah dahi ketika solat yang menyebut: "Apa-apa pun, bak kata Orang Putih, untuk berlaku adil kepada Abdul Hadi, difahamkan majoriti ahli mesyuarat mahukan Dr Hasan digantung antara enam hingga 15 bulan. Tetapi, Presiden PAS itu sendiri yang menekankan supaya Dr Hasan dipecat. Kalau ada pembetulan kepada maklumat itu, saya akan siarkan."



Seperti yang pernah saya sebutkan, sememangnya Dr.Hassan Ali ada kelemahan sebagaimana semua orang ada kelemahan. Tetapi kelemahan ini dijadikan 'target point' untuk melanyaknya selumat-lumatnya. Sebab itu di dalam Malaysiakini kita dapat melihat antara poin besar yang diketengahkan ialah pemecatan itu berlaku disebabkan oleh Presiden walhal majoriti besar mesyuarat AJK Pusat tidak bersetuju, bahkan mereka berpandangan cukup dengan digantung sahaja. Tetapi keputusan dilihat sebagai veto daripada Presiden.

Apapun, tulisan Malaysiakini, penarik beca dan cakap-cakap bawahan sudah mula menalakan muncung senjata mereka kepada Presiden. Inilah masa terbaik bagi parasit untuk menconteng imej Presiden. Lanyak Dr. Hassan, kenakan Presiden.

Lidah Parasit: bakaq syiah





APA SEBENARNYA BERLAKU?
Versi yang diceritakan oleh Penarik Beca adalah versi separtuh daripada full version (versi penuh). Saya melihat, Presiden diperangkap dengan bijak oleh golongan Parasit ini sehinggakan Presiden membuat keputusan memecat DrHA.

Bagaimana Presiden diperangkap adalah sesuatu yang sebenarnya menjadikan saya menarik balik artikel saya bertajuk: "Hassan Ali DiPecat: Semua Ahli Mestilah Akur - Parasit berpesta."Sukar dan panjang untuk menceritakan Presiden yang memutuskan untuk memecat Dr. Hassan dan perangkap Parasit disebalik itu. Justeru itu saya hanya monitor sahaja perkembangan blogger-blogger parasit khususnya Penarik Beca dan Tulang Besi. Tetapi apabila saya melihat isu ini cuba dibawa ke padang awam melalui ulasan di Malaysiakini, maka saya rasa penting untuk saya ceritakan hakikat di sebalik itu yang tidak diceritakan oleh feeders (parasit penyalur maklumat kepada blogger dan media).

Sebenarnya, usul pemecatan ini awalnya di bawa oleh Salahuddin Ayub, antara runner yang menjayakan projek ini. Pada awal paginya berlaku pertemuan 8 mata (4 orang) antara beliau, Tuan Guru Mursyidul Am, Tuan Guru Presiden dan seorang lagi yang saya rasa tak mahu menyebut dahulu namanya. Pertemuan itu dibuat di tingkat 5, bilik besar bersetentang dengan 3 bilik naib-naib Presiden. Dari sini, Tuan Guru Mursyidul Am dan Presiden diyakinkan bahawa tiada jalan lain melainkan DrHA mesti dipecat berdasarkan Fasal 82(9) yang membuka ruang kepada pemecatan Dr. Hassan.

Daripada briefing ini yang menjadikan kedua-dua Tuan Guru ini merasakan DrHA perlu dipecat, tiada tolak ansur. Dalam mesyuarat tersebut, ramai parasit berlakon konon-kononnya mereka tak bersetuju dengan cadangan Salahudin. Apabila hampir kesemuanya sepakat untuk menggantungkan DrHA, Presiden membacakan satu persatu Fasal 82(9) dan akhirnya Presiden menyuarakan 'pandangan' untuk DrHA dipecat (bersetuju usul Salahuddin Ayub).

Akhirnya semua terdiam dengan 'pandangan' yang kelihatan tegas ini sehingga Ustaz Abu Bakar Cik bertakbir kecil. Beliau bertakbir kecil bukan kerana menyokong tetapi terkasima melihat Presiden bertegas dengan golongan Parasit yang zahirnya kelihatan mahu menggantung, bukan memecat. Akhirnya tanpa disedari, semua kena 'trap' kerana golongan parasit mengambil pendekatan itu bagi memperlihatkan mereka 'bersih' dan Presidenlah orang yang bertanggungjawab memecat, bukan mereka. Ini adalah Plan A mereka.


TG yang dicintai akan jadi mangsa selanjutnya
Menurut 'perisik' dalaman saya yang menjadi geng di dalam team Parasit, jika plan A ini gagal, maka plan B akan berjalan. Plan B ialah, jika the worst case scenario berlaku, iaitu ramai di dalam AJK Pusat tidak menyokong pandangan Presiden untuk memecat, maka mereka akan menukar 'mode' mesyuarat dengan menimbulkan evidence-evidence / bukti-bukti yang boleh menyokong usul Salahuddin, dan undian selepasnya semua parasit dan tunggangan parasit akan menyokong usul pemecatan, bukan penggantungan. Apabila mereka menyokong usul pemecatan, maka mereka boleh menang kerana bilangan parasit dan tunggangan mereka adalah majoriti.

Bila Plan A berjaya, ia boleh membawa kepada tembakan, asakan dan hentaman DrHA terhadap Presiden akan berlaku apabila beliau mengetahui Presiden mengepalai pemecatan itu. Itulah sikap agreesif DrHA yang mereka nanti-nantikan. Jika sekarang, DrHA banyak menembak, menghentam dan mengutuk Dato Seri Anwar Ibrahim, maka dengan tersebarnya berita Presiden mengepalai pemecata mudah-mudahan DrHA akan menalakan machine-gunnya kepada Presiden.

Apabila semua AJK anti parasit terkasima, semua AJK parasit dan tunggangan mereka melihat Plan A berjalan baik dan tidak perlu kepada Plan B dan Presiden serta Mursyidul Am (kehadiran pada waktu itu atas nama PJ Kelantan) melihat semua terdiam dengan anggapan bahawa semua bersetuju dengan pandangan Presiden, akhirnya mesyuarat memutuskan pemecatan DrHA secara rasminya.

Itulah liciknya parasit.

Pada peringkat awal, sekalipun saya tahu penglibatan YB Salahuddin dengan kumpulan Parasit ini seperti memberikan sumbangan wang dan dana peribadi kepada missionarry Parasit seperti Zainul faqar dan lain-lain ketika melakukan 'black job'. Saya langung tidak berhasrat untuk melibatkan nama YB Salahuddin dalam mana-mana episod penulisan saya yagn lepas, yang terkini dan yang akan datang memandangkan beliau tidak mempublickan sifat parasitnya, tidak sebagaimana Dr. Zul yang terlalu lantang menolakan pendekatan negara Islam, hudud dan sebagainya, pendekatan YB Dr. Mujahid yang lantang memburukkan imej PAS melalui bukunya "menuju PAS baru" serta fikrah "tak perlu ulama yang memimpin" dan sebagainya.
Sekalipun saya mempunyai maklumat dan bukti penglibatan YB Salahuddin, tetapi saya masih reserve untuk mengkategorikannya sebagai parasit sekalipun indicator sebanyak 75% dia terlibat dengan aktiviti parasit. Kebarangkalian beliau berbuat demikian kerana menjaga survival politiknya atau dia bersifat opportunist atau dia sendiri ditunggang tanpa disedari atau beberapa takwilan yang lain. Kebarangkalian ini menjadikan saya masih 'reserve' untuk mengkategorikan demikian. Jika saya masih 'reserve', anda semua juga mesti 'reserve'.

Nota: Sekali lagi parasit dalaman menyalurkan maklumat mesyuarat kepada Penarik Beca. Siapa dia? Saya tahu tapi anda tak tahu. :D.

VIDEO KUASA ALLAH : SUBHANALLAH..SEORANG IMAM MEMBACA AL-QURAN DALAM KEADAAN DI BIUS KESELURUHAN JASADNYA!!

10.1.12

Edisi Siasat : Adakah 'TOYOL' berkeliaran dalam AJK Pas Pusat??


Selain daripada isu besar pembebasan Anwar Ibrahim daripada tuduhan meliwat serta isu mahasiswa Adam Adli menurunkan bendera Najib di PWTC juga isu mahasiswa di pukul polis dalam demo di UPSI, saya kira isu pemecatan Hasan Ali daripada Pas adalah cerita besar di awal tahun yang tidak di jangka oleh semua orang samaada yang bergelar ahli Pas ataupun tidak.

Tidak di nafikan juga golongan yang sudah lama memendan ‘dendam kesumat’ untuk melihat pakar motivasi itu ‘di sungkurkan’ daripada Pas bermula dari ribut UG lama dulu akhirnya menjadi kenyataan.

Yang suka, sukalah. Yang terkejut, terkejutlah. Cakap banyak pun dah tak guna. Hassan Ali, bekas Pesuruhjaya Pas Selangor, bekas Naib Presiden Pas telah di lucutkan keahlian dari ‘menginap’ di rumah Pas.

Saya bukanlah nak menyibuk ataupun nak mengomen isu Hassan Ali panjang-panjang. Blogger ‘cikai’ dan ‘lekeh’ macam saya ini, siapa yang nak ambil tahu..huhu..So, di sebabkan ‘cikai’ dan ‘lekeh’ lah saya tak segan silu nak mengomen isu yang lain, tapi ada sangkut paut la sikit dengan pemecatan Hassan Ali dari Pas.

Kalau blogger pro UMNO, ‘confirm’ saya katakan ramai di kalangan blogger pro pakatan yang geram dan anti sangat-sangat dengan Papa Gomo serta Parpukari. Masakan tidak, banyak maklumat yang mereka ketahui mengenai hal kepimpinan dalaman UMNO itu sendiri melebihi ‘ tahi daripada lembu’ (???). So, ringkasnya, dalam pakatan khususnya Pas juga tidak terlepas daripada bayangan ini yang saya rasakan perlu di ambil tahu dan di beritahu.

Yang saya nak timbulkan di sini, bagaimana cara serta hasil perbincangan untuk memecat Hassan Ali boleh di ketahui oleh blogger otai PR iaitu Penarik Beca?? baca sini

Sungguh, saya pelik sangat-sangat. Setahu saya yang ‘cikai’ ini, Penarik Beca bukanlah AJK pas pusat. Jauh lagilah nak katakan dia sebagai Naib Presiden Pas. Timbalan dan Presiden, sampai kiamat la dia tak akan di lantik.

Jadi, kat celah mana dia dapat maklumat sampai boleh posting dalam blog peribadi dia serta di ambil maklumat oleh Malaysiakini??Ada toyol ke dalam ahli majlis mesyuarat Pas Pusat ni??

Kalau benar ada, siapa??

Atau adakah telah di tubuhkan unit ‘blogger pendengar dan pencatit’ dalam mesyuarat Pas Pusat, tapi tidak di umumkan??

Isunya adalah sama seperti isu blogger Kicdefella yang tahu hal perjalanan serta hasil perbincangan dalam mesyuarat negeri di Kelantan. Sampai ke hari ini, tiada siapa yang tahu bagaimana Kicdefella boleh mendapat maklumat serta di hebohkan kepada umum sewaktu beliau di tendang oleh ‘tuannya’ .

Jalan ceritannya sama. Cuma pelakonnya sahaja orang lain.

Saya benar-benar teringin nak tahu apa kelebihan dan kehebatan mereka sampai boleh mengakses maklumat sesulit itu yang sepatutnya ‘title’ sulit tidak boleh di ketahui oleh umum melainkan ahli mesyuarat sahaja.

Kalaulah benar Penarik Beca ini seorang yang hebat sekalipun sehingga perlu dan ‘wajib’ di beritahu oleh ‘toyol’ dalam pimpinan Pas Pusat, apakah kriteria ‘hebat’ serta tafsiran yang di pakai??saya tak pasti la kalau ada dalam mana2 fasal yang terkandung dalam perlembagaan Pas yang saya tidak tahu dan ‘tidak pernah tahu’ yang mengandungi tafsiran tersebut.

Tapi, serius saya katakan, blogger Penarik Beca adalah seorang yang ‘hebat’ yang ‘meratib’ dalam berpuluh postingnya, meng ‘sniper’ dan meng ‘bom’ Presiden Pas, Ketua Dewan Ulama’, Ketua Pemuda Pas serta Timbalan juga Timbalan Mursyidul Am di beri kepercayaan oleh ‘toyol’ ahli mesyuarat Pas Pusat untuk mengetahui siapa yang ‘begini begitu’ sewaktu mesyuarat berlangsung..perkhh..mantap boh!

‘Hukum’ salah atau tidak saya tak nak dan tidak perlu jatuhkan. Masing-masing boleh letakkan sendiri ‘hukum’ yang di rasakan sesuai dan bagus tentang situasi yang ‘pelik’ dan ‘jelik’ ini.
Persoalannya, bagaimana Penarik Beca boleh tahu yang TGHH yang mahukan Hassan Ali di pecat manakala yang lain sekadar mahukan beliau di gantung sahaja??

Ada ‘toyol’ ke yang berkeliaran dalam mesyuarat Pas Pusat ini???

Pelik..pelik..

VIDEO PANAS : MUSLIMAT PAS KAH INI ATAU MUSLIMAT UMNO??

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...