Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

30.6.11

VIDEO : GILA!! PAKAI BAJU KUNING LA NI KENA TANGKAP!!



Polis terus mengasak penyokong BERSIH 2.0 dengan menangkap mereka yang berpakaian kuning, termasuk dua lagi wakil rakyat Pakatan Rakyat di Perak.

Ahli parlimen Gopeng Dr Lee Boon Chye (kiri) dan ADUN Simpang Pulai Chan Ming Kai berserta dua lagi anggota PKR ditangkap di sebuah pasar di Gunung Rapat pagi ini kerana berpakaian kuning.

Lee mendakwa beliau dicekup sebaik tiba sekitar pasar itu pada jam 9 pagi. Wakil rakyat PKR itu terus digari dan diheret ke ibu pejabat polis daerah Ipoh.

"Saya tidak memakai kemeja T BERSIH, ia hanya baju biasa yang berwarna kuning. Saya baru tiba di pasar dan mula berjabat tangan dengan pengundi, kemudian mereka menahan saya,” katanya ketika dihubungi.

Lee juga berkata beliau tidak mengedarkan sebarang risalah atau membawa sebarang sepanduk ketika itu.

Menurutnya, polis memaklumkan kepadanya beliau ditangkap mengikut Akta Polis bagi menghalang perhimpunan haram.
Semalam, di Sungai Siput, Perak polis menangkap ADUN Jalong Leong Mei Ming dan ADUN Teja Chang Lih Kang kerana memakai kemeja BERSIH.

Ahad lalu, ahli parlimen Sungai Siput Dr D Jeyakumar dan 14 aktivis PSM ditahan polis di tol Sungai Dua ketika mereka dalam perjalanan ke Pulau Pinang bagi menghadiri majlis bertema "Udahlah...Bersaralah".

29.6.11

VIDEO : ....layan Mat Salleh nyanyi lagu melayu~haha..best!!~

UNGGUN BERSIH BY SASTERAWAN NEGARA, DATO' A.SAMAD SAID!




Puisi : A. Samad Said
Muzik : Az Samad

Semakin lara kita didera bara —
kita laungkan juga pesan merdeka:
Demokrasi sebenderang mentari
sehasrat hajat semurni harga diri.

Lama resah kita — demokrasi luka;
lama duka kita — demokrasi lara.
Demokrasi yang angkuh, kita cemuhi;
suara bebas yang utuh, kita idami!

Dua abad lalu Sam Adams berseru:
(di Boston dijirus teh ke laut biru):
Tak diperlu gempita sorak yang gebu,
diperlu hanya unggun api yang syahdu.

Kini menyalalah unggun sakti itu;
kini merebaklah nyala unggun itu. — Unggun Bersih by A Samad Said

27.6.11

GEMPAR !! PEJABAT KEADILAN PUSAT DI GEMPUR OLEH PEMUDA UMNO SELANGOR!!



DAMANSARA: Kira-kira 300 Pemuda Umno yang berkonvoi dengan motosikal, kereta dan kenderaan pacuan 4 roda berhimpun depan ibu pejabat KEADILAN dengan lempar ugutan untuk membakar bangunan itu, jika pimpinan KEADILAN meneruskan Himpunan Bersih.

Konvoi itu tiba di hadapan ibu pejabat parti di Tropicana di sini, kira-kira jam 11 malam semalam dan melaungkan perkataan kesat termasuk mencaci dan menghina pimpinan Bersih, Datuk Ambiga Sreevenasan dan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Mengikut paparan twitter, konvoi itu dilapor bergerak dari Batu Tiga, Shah Alam dan berkumpul di stesen minyak Kampung Sungai Kayu Ara sebelum bergerak ke ibu pejabat parti.

Ketua Ranting PJS, M Jeyabalan memberitahu Keadilan Daily, anggota polis yang berada di tempat kejadian hanya memerhati gelagat penyokong yang membawa bendera Umno dan memakai t-shirt Patriot, tanpa mengambil sebarang tindakan menghalang.

Ketika konvoi yang diketuai Exco Pemuda Umno, Lokman Nor Adam tiba di ibu pejabat parti, tiada pimpinan KEADILAN berada di lokasi berkenaan.

Mengikut satu sumber, konvoi berkenaan kemudian bergerak ke PJS 8, Petaling Jaya.

Beberapa pimpinan parti termasuk Angkatan Muda KEADILAN (AMK) kemudian bergegas ke ibu pejabat sebelum membuat laporan polis di balai Tropicana yang terletak di deretan bangunan sama./SK

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=16085

21.6.11

Mat Sabu Menjawab Isu dia di Tuduh Syiah....


Sumber

Ikuti pandangannya yang diluahkan kepada wartawan AHMAD LUTFI OTHMAN, SAADON AKSHAH dan SALMIYYAH HARUN, di Pejabat Harakah, Kuala Lumpur.


HARAKAH: Perwakilan PAS telah memilih sdr sebagai Timbalan Presiden dalam muktamar lalu, bagaimana pula dengan sambutan pada peringkat akar umbi?

MOHAMAD SABU: Kehadiran wartawan pada muktamar kali ini luar biasa sekali. Khususnya liputan akhbar akhbar Cina begitu menggalakkan. Apabila keputusan pemilihan diumumkan, saya nampak sambutannya begitu ghairah terutama orang bawah, misalnya yang berada di khemah, Unit Amal, pemerhati, ahli PAS dan penyokong, yang meletakkan harapan cukup tinggi kepada PAS. Mereka berharap perubahan pimpinan akan mencetuskan satu ledakan.

Ini satu pengharapan tinggi yang amat saya bimbang kalau tidak berlaku apa-apa perubahan yang boleh membawa kebaikan dan penambahbaikan kepada parti. Nanti, kita akan hadapi kritikan hebat ahli dan para penyokong jika mengabaikan harapan mereka.


Boleh jelaskan secara umum visi dan misi sdr sebagai Timbalan Presiden?

Saya sudah bercakap banyak kali, secara umumnya tugas timbalan ialah membantu Presiden. Saya bukanlah yang terbaik, tetapi insya-Allah akan berusaha ke arah itu ... iaitu melebarkan pengaruh Parti Islam kepada orang bukan Melayu khasnya India, Cina dan lain-lain. Saya dianggap agak senang dan biasa bergaul dengan mereka.

Saya juga akan terus berusaha melalui parti untuk memahamkan rakyat tentang demokrasi, hak asasi dan sebagainya. Seperti saya timbulkan dalam muktamar, orang Melayu amat lemah dan rendah dalam memahami hak asasi. Misalnya, apabila seorang wanita Cina kononnya dibogelkan dalam lokap, yang mendominasi isu ini ialah DAP dan akhbar Cina tetapi bila Nora menceritakan bagaimana dibogelkan dan ketuk ketampi ekoran tangkapan demonstrasi, sikap orang Melayu begitu dingin.

Begitu juga kematian Beng Hock. Orang Cina dan akhbar Cina cukup mengambil berat isu ini. Tetapi apabila berlaku kepada pegawai kastam Sarbani, terbukti orang Melayu begitu dingin dalam masalah hak asasi. Saya akan cuba melalui parti bagaimana berusaha memartabatkan isu hak asasi, demokrasi serta hak dan kepentingan rakyat. Saya akan membantu Presiden dan parti dalam mengetengahkan isu-isu seperti ini.


Soalnya, masyarakat bukan Melayu terutama orang Cina semakin dekat dan menaruh keyakinan kepada PAS, yang menjadi masalah ialah meraih sokongan pengundi Melayu terhadap PAS?


Memang kita kena berjalan serentak, bahkan usaha untuk mendapat sokongan orang Melayu perlu dilipatgandakan. Kita harap kerjasama terutama sekali dengan Ketua Penerangan baru, Dato' Tuan Ibrahim Tuan Man, agar dapat memperbanyakkan program untuk menerangkan perjuangan PAS di samping menjelaskan kedudukan orang Melayu.

Apa pun, kita tidak mahu yang dikendong berciciran. Kita akan bergerak serentak sebab untuk ke Putrajaya, kita mesti meningkatkan sokongan orang Melayu sekurang-kurangnya 5-10 peratus dan meningkatkan sokongan bukan Melayu sedia ada.


Mengapa orang Melayu seperti tidak sensitif dengan isu-isu hak asasi, demokrasi, rasuah dan sebagainya sedangkan semua isu-isu itu dekat dengan tuntutan Islam?

Pemahaman siasah orang Islam perlu dipertingkatkan. Dalam soal amar maaruf nahi mungkar, sepatutnya orang Melayu mendahului kaum lain. Malangnya, kita nampak dalam soal rasuah dan penyelewengan, kaum lain mendahului. Kita harap ulama-ulama kita lebih dapat memainkan peranan untuk meningkatkan kefahaman tentang good governance, kerajaan yang telus, akauntabiliti, integriti serta menentang akta-akta zalim seperti ISA dan OSA.

Kita harap PAS, melalui ulamanya, akan lebih bercakap dalam hal-hal seperti ini supaya apa yang kita laungkan, misalnya prinsip-prinsip pemerintahan seperti soal hisbah dapat dijelmakan. Islam telah menggariskan prinsip-prinsip asas termasuk dalam pemerintahan, yang cukup baik untuk dipraktikkan. Masalahnya, mengapa orang lain pula yang dilihat lebih sensitif "memperjuangkannya, seperti mencegah kemungkaran dan penyelewengan.


Sdr juga sering menyebut soal memperkasakan Majlis Syura Ulamak. Dalam keadaan Timbalan Presiden tidak disandang lagi oleh ulama, begitu juga dengan Naib-Naib Presiden, tentu lebih ramai yang berminat untuk mendengar penjelasan lanjut sdr.


Ulama mesti berada di tempat yang paling tinggi. Sebab itulah selepas 1983, selepas terbentuk Majlis Syura Ulama, peranan ulama, yang sebelum itu menduduki Dewan Ulamak, dipertingkatkan lagi. Majlis Syura kini berada pada tempat tertinggi. Majlis ini betul-betul perlu diperkasakan sebagaimana saya tekankan dalam muktamar.

Di samping mengawal dasar, perlembagaan dan disiplin, mereka juga boleh "mengaudit" Jawatankuasa PAS Pusat. Supaya mereka yang melakukan kesilapan dan kesalahan dasar boleh dipanggil dan ditegur. Juga boleh mengenakan tindakan disiplin. Dengan itu, bukan sebarang orang boleh berada dalam Majlis Syura. Seorang yang berpengalaman, berumur, berilmu, bertakwa, dan mereka mempunyai ciri-ciri seorang yang dikatakan 'manusia yang sempurna'.

Ada pun jawatan lain yang bersifat pentadbiran dan eksekutif, ia boleh diberi kepada sesiapa sahaja yang layak. Kalau kebetulan seorang yang berpendidikan agama dilihat lebih sesuai di situ, pilihlah dia. Kalau yang berkelulusan profesional atau aktivis mampu berada di situ, maka ahli berhak memilihnya.


Tetapi Majlis Syura ia mesti 'special' sebab orang inilah yang akan mengawal segala disiplin dalam jemaah itu sendiri, terutama mengawal dasar dan perlembagaan.

Setakat ini bagaimana penilaian sdr terhadap Majlis Syura?

Perlu dipertingkatkan. Kita mahu sebarang keputusan Majlis Syura ini melepasi sempadan. Kita ambil contoh mudah, tarian poco-poco. Majlis Syura membuat keputusan dan memberi pandangan. Pandangan Majlis Syura itu akan jadi bukan hanya rujukan ahli PAS, malah bukan ahli dan sebagainya. Ataupun satu isu yang menjadi kontroversi, misalnya mengubah daripada dagu besar menjadi kecil. Majlis Syura akan buat satu pandangan tapi ia bukan fatwa. Dengan itu pandangan Majlis Syura itu sekurang-kurangnya dibincangkan dan diperdebatkan, akhirnya ia menjadi rujukan orang lain. Maknanya, wibawa Majlis Syura menyeberang sempadan parti.


Di samping sokongan dan harapan tinggi ahli parti dan rakyat terhadap sdr, terdapat juga suara-suara sumbang yang mengaitkan sdr dengan mazhab Syiah ....

Saya kebetulan membesar dalam perjuangan, menyertai PAS pada 1978 dan tahun 1979 berlaku revolusi Islam Iran. Perkembangan dan kebangkitan di sana menjadi tumpuan ramai. Kemudian kemunculan gerakan Islam seperti Hizbullah, yang juga dipimpin seorang ulama yang memakai serban.

Kita ambil contoh Imam Khomeini. Macam mana seorang ulama yang menggerakkan rakyat sehingga boleh buat revolusi. Isu apa yang dipakai? Mereka tidak sebut pertentangan kelas. Tetapi beliau mengemukakan isu Mustakbirin dan Mustad'afin, iaitu yang menindas dan yang kena tindas, 'oppressed and oppressors'.

Bagaimana Khomeini berjaya meletakkan semua golongan dibawahnya. Sama ada sosialis, komunis, liberal dan sebagainya berketuakan dia. Yang ini kita perlu belajar, bukan soal mazhabnya.

Saya juga menghormati, bahkan dalam ucapan-ucapan saya tidak lekang menyebut Imam Hassan Al-Banna. Dia seorang guru agama biasa tetapi dia berdakwah dan berjaya masuk sampai ke bar dan kelab malam. Bagaimana dia boleh memimpin semua peringkat, sehingga intelektual universiti, profesor juga ada di bawah naungannya. Pemimpin macam ini saya amat hormat.

Begitu juga dengan Hizbullah. Di Beirut, yang digelar 'Paris of the East', tempat tarian gelek, tarian separuh bogel, minum arak, pakai bikini, tiba-tiba di tengah kota ini muncul satu badan yang begitu disiplin dan begitu menitikberatkan hal kebajikan. Serta boleh mengumpul anak muda dan bagaimana mereka dilatih sehingga sanggup korbankan nyawa harta benda untuk melawan dengan Israel.

Kemudian, dari sudut politik, mereka boleh menarik golongan kristian Michael Aoun yang bersenjata dan kumpulan sekular yang lain berada di bawah naungan Hizbullah. Ini taktik dan strategi politik. Inilah yang saya kagum dan mahu belajar daripada mereka.

Begitu juga Sheikh Ahmad Yasin yang berjuang daripada muda sehinggalah beliau berkerusi roda terus berjihad. Sesetengah kita bila masuk umur tua sedikit cepat-cepat menyerahkan kepada orang muda, "biar kami tua-tua ni duduk di belakang". Tetapi Sheikh Ahmad Yasin ini menyemarakkan semangat jihad sehingga melahirkan Hamas.

Jadi contoh-contoh inilah yang saya kagum. Kadang-kadang saya tidak tahu pun latar belakang soal anutan mazhab mereka, tetapi saya melihat dari sudut ilmu bagaimana mereka mengorak langkah dan memimpin. Dan dalam dunia moden ini, bagaimana ulama ini boleh diterima umum.

Kita ambil contoh macam Hassan Nasrullah. Penyanyi, ahli sukan, artis, semuanya boleh menerimanya. Kita kena lihat di mana kekuatan mereka. Begitu juga dengan dunia intelektual. Saya minat pandangan Dr Kalim Siddiqui, ahli sains sosial daripada England yang meninggal dunia di Afrika Selatan.

Saya mengingati juga Dr Ali Shariati tanpa mengetahui apa mazhab dia. Beliau membuat kupasan yang menarik terhadap sejarah, haji, firaun, kerajaan Mongul yang jatuh di India. Saya minat membaca pemikiran seperti ini. Begitulah juga dengan Dr Fathi Yakan yang membicarakan langkah awal perjuangan Islam.

Bagi saya bukan melihat pemahaman, anutan dan sebagainya. Dan kadang-kadang saya tidak tahu apa pegangan dan anutan mereka tetapi saya melihat dari sudut kepimpinan.

Begitu juga di tengah-tengah kelemahan orang Islam yang tidak yakin langsung tentang nilai jati diri sehingga orang berkata "macam mana hendak merdeka, orang Melayu, jarum pun tidak boleh buat, sedangkan British ada kapal perang".

Di sini pula muncul Jamaluddin Afghani yang memberi nafas baru kepada orang Islam untuk yakin kepada kekuatan diri menuntut kemerdekaan: "Kamu boleh mencapai kemerdekaan sendiri, kalau bersedia untuk berjuang".

Inilah sikap saya dalam hal merujuk kepada pejuang-pejuang, yang tidak langsung melihatnya dari sudut latar belakang mazhab mereka.

19.6.11

VIDEO : PERKASA DAN ZUL KULIM INGIN MENJADI 'BEROK-BEROK' DI JALANAN JUGA LA...



SUARA DARI GABUNGAN MAHASISWA LUAR NEGARA TIMUR TENGAH MENGECAM KARIKATUR UTUSAN MENGHINA HUKUM ISLAM!!


Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir [PMRAM] , Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia [GAMIS , Persatuan Pelajar-pelajar Malaysia Syria [PPMS] & Majlis Perwakilan Pelajar Malaysia Jordan [MPPMJ] mewakili suara seluruh mahasiswa Malaysia yang berada di segenap dunia mendesak agar kartunis Miki serta pihak Utusan Malaysia meminta maaf secara terbuka atas penyiaran karikatur yang menghina serta mempersendakan hukum jenayah di dalam Islam.


Bahkan penyiaran tersebut telah mengguris hati seluruh masyarakat Islam Malaysia kerana agama Islam yang suci ini dikarutkan dengan karikatur yang tidak sepatutnya.

Penyiaran karikatur tersebut mengundang kekeliruan ke dalam masyarakat awam dengan senario kes yang dipampang.

Secara tidak langsung, menggambarkan hukum jenayah dalam Islam begitu kolot bahkan seakan-akan “kuno” dalam menjaga keselamatan manusia amnya.

Kesan buruk yang mungkin akan timbul adalah undang-undang berkaitan jenayah Islam akan diragui terutama yang melibatkan hudud.

Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ memandang penyiaran karikatur ini bukan hanya boleh merosakkan akidah kartunis, pihak penyiaran surat khabar bahkan masyarakat awam yang tidak mengerti dengan mendalam akan selok belok agama Islam apatah lagi masyarakat non muslim akan memandang serong terhadap hukum jenayah di dalam Islam.

Sehubungan itu, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mempersoalkan kredebiliti Utusan Malaysia sebagai lidah rasmi kerajaan dalam isu penerangan.

PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mengutuk kredebiliti Utusan Malaysia ekoran penyiaran karikatur tersebut. Bahkan sebelum ini pihak Utusan Malaysia juga menimbulkan kemarahan masyarakat dalam mempersoalkan agama rasmi Malaysia iaitu Islam apabila mendatang isu berkaitan “Kristian Agama Rasmi” sekiranya DAP memerintah negara Malaysia.

Jelas, pihak Utusan Malaysia sudah tidak berkredebiliti dalam menjalankan tugas dalam memberikan keterangan maklumat serta berita kepada msyarakat.

Justeru, PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ mendesak pihak yang selayaknya memberikan tindakan yang sewajarnya kepada pihak Utusan Malaysia serta ‘rebranding’ semula struktur jawatankuasa yang terdapat di dalam pihak Utusan Malaysia sebelum surat khabar Utusan Malaysia ‘didenda’ oleh rakyat.

Secara jelas dalam isu karikatur ini, 3 kesalahan yang dipandang oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ :

- karikatur menghina hukum Islam

- penyiaran karikatur mengelirukan masyarakat awam

- imej buruk kredebiliti pihak Utusan sebagai media penerangan

Justeru, 3 tuntutan yang diletakkan oleh PMRAM, GAMIS, PPMS & MPPMJ iaitu :

- kartunis serta pihak Utusan minta maaf secara terbuka

- kartunis serta pihak Utusan bertaubat serta berjanji secara umum tidak akan melakukan perkara yang menyentuh sensitiviti agama

- Surat khabar Utusan Malaysia mesti dikenakan tindakan bagi memulihkan semula kredebiliti pihak Utusan




Muhamad Zuhaili bin Saiman
( Presiden PMRAM, Mesir )


Ahmad Syazwan bin Muhammad Hassan
(Presiden GAMIS, Malaysia )


Muhammad Hazuanuddin bin Sofuan
(Presiden PPMS, Syria )


Mohammad Hussin Bin Mohd Fauzi
(Presiden MPPMJ, Jordan )


16.6.11

FACEBOOK CUTI-CUTI 1MALAYSIA VS FACEBOOK CURI-CURI MALAYSIA!!



HAHAHAHA..MAMAT NI LA YANG DEDAHKAN FACEBOOK KEMENTERIAN PELANCONGAN YANG TENDERNYA SELAMA 3 TAHUN BERHARGA RM 1.8 JUTA!!! PERKHHHH!!!!

HAAAAAA!! INI LAH FACEBOOK YANG 'POPULAR' ITU!! KALAU KORANG TAK PERCAYA, JUMLAH PEMINATNYA MELEBIHI MILIONNNN!!!! KALAU KORANG TAK PERCAYA, PENDEK UMUR OOOOOOO!!....




INILAH OLANG YANG JAWAB BAGI PIHAK KEMENTERIAN PELANCONGAN..INI OLANG JAWATANNYA TIMBALAN MENTERI WOOOO!!!


HAHAHAHAHA..INI PULAK FACEBOOK 'CURI-CURI MALAYSIA'!!HAHAHA.. SESIAPA YANG NAK TAWAN PUTRAJAYA MESTI KENA JOIN WOOOOO!!! KASI RM 1.8 JUTA DAPAT BALIK WOOO!! ADA BRANNN BRO???

15.6.11

Teguran untuk Khalid Samad..



Bukan Gunting Dalam Lipatan..

Di dalam islam .. antara perkara yang perlu di pelihara dari pengetahuan luar ialah rahsia rumahtangga.. Ia antara amanah besar yang sangat diberi perhatian oleh Islam. Walaupun mungkin rahsia itu tidak membabitkan peperangan atau peluang kepada musuh, ia mesti dipelihara.

Dalam sesebuah jamaah Islam sudah tentu ianya lebih perlu dipelihara. Di peringkat mana sekalipun pemimpin itu, wajar baginya memelihara rahsia parti. Rahsia atau kandungan mesyuarat umpamanya adalah amanah ahli mesyuarat menjaganya. Tidak boleh berlaku mesyuarat tingkap atau pintu . Apatah lagi mesyuarat kedai kopi untuk membincangkannya.

Memilih ahli mesyuarat sangat penting untuk mempastikan amanah dan rahsia parti terpelihara. Sebab itu minit mesyuarat sangat perlu dijaga. Ia bukan boleh dibuat pembalut roti canai atau nasi lemak walaupun setelah bertahun lamanya.

Ada ketikanya , ahli terdekat juga tidak wajar bertanya tentang isi kandungan perjalanan mesyuarat sesebuah jamaah. Pastinya bagi ditanya ia perlu lebih beramanah. Setiap strategi yang dibincangkan mungkin bagi kita bukan rahsia besar, tetapi harus diingat musuh boleh sahaja menjadikannya senjata.

Inilah perkara yang mesti diberi perhatian oleh PAS. Isu ketirisan keputusan pemilihan PAS baru baru ini. Pendedahan beberapa isu dan keadaan yang berlaku dalam mesyuarat PAS pusat sebelum ini wajar dilihat secara serius oleh pimpinan. Terbaru kenyataan Khalid Samad yang memang agak rajin mendedahkan perbincangan dalaman PAS di media terbuka.

Jika wajar cadangan Timbalan Presiden agar Majlis Syuro Ulama menjadi pemantau di laksanakan, saya kira isu ini adalah antara isu yang wajar di beri perhatian. Mana mana individu yang didapati suka mendedahkan maklumat dalaman parti kepada pihak luar sewajarnya dihalang berada di dalam mesyuarat untuk tempoh tertentu sebagai pengajaran. Mungkin mereka beranggapan ia bukan rahsia, namun selagi tiada arahan ianya di bincangkan di luar, ia tetap rahsia parti.

Orang yang mendedahkannya kepada ahli luar adalah pengkhianat amanah parti dan wajar diperingatkan. jangan menganggap amanah parti suatu perkara kecil. Sudah tiba masanya pimpinan parti bertegas dalam perkara ini... sekalipun mereka bukan gunting dalam lipatan, tetapi mereka tetap merbahaya kerana sikap terlalu mesra dan serba tau yang ditonjolkan kepada pihak luar.

KENYATAAN DEWAN PEMUDA PAS MALAYSIA MENGENAI BERSIH 2.0 !


1. Biarpun berhadapan dengan ugutan dan halangan, langkah derap Dewan Pemuda PAS Malaysia memobilisasi kebangkitan rakyat guna mendesak satu sistem demokrasi yang adil dan pilihanraya yang telus, sekali - kali tidak terjejas semata - mata kerana tindakan nakal pihak tertentu termasuk UMNO dan Perkasa. Biar 1000 laporan polis yang mereka lakukan, mereka tidak mungkin mampu memadam semangat anak muda yang menuntut keadilan dan ketelusan dalam sistem demokrasi negara ini justeru keadilan dan ketelusan tersebut juga menjadi sebahagian daripada tuntutan Islam.

2. BERSIH 02 adalah manifestasi dari kebangkitan anak muda yang mula bosan dan kecewa dengan sikap kerajaan UMNO dan BN mempermainkan rakyat dan mempersenda sistem demokrasi. Kepincangan demokrasi ala malaysia ini masih ketara, apabila pihak Pakatan Rakyat terus dikekang daripada mendapat hak yang sama untuk akses dengan media sedang Barisan Nasional sepenuhnya memanipulasi media arus perdana [seperti RTM] untuk memberi maklumat satu hala atau sebelah pihak kepada rakyat. Laporan kajian Kebebasan Media 2011 oleh Freedom House, kedudukan Malaysia jatuh ke tangga 143 daripada 196 negara. Manakan tidak ....

Kementerian dalam negeri [ KDN ] gagal meluluskan permohonan permit Presiden Kesatuan Wartawan Kebangsaan Hata Wahari menerbitkan akhbar harian "Utusan Rakyat"
Sehingga kini hasrat DPP Malaysia mahu melihat lahirnya sebuah akhbar harian "Purnama" yang dimohon permitnya lebih sedekad yang lalu masih tidak kesampaian.
Begitulah nasib yang menimpa Harakah, Suara Keadilan dan Rocket. Bukan sahaja tidak dibenarkan terbit secara harian, ianya terhad untuk ahli sahaja dan terus menerima tekanan dari pelbagai sudut.
3. Undi pos pula akan terus menjadi tali hayat Barisan Nasional agar mereka terus berkuasa dan mampu melangsungkan tradisi "membelasah" rakyat dengan penyalahgunaan kuasa dan rasuah. Lihat sahaja laporan Global Financial Integrity yang mendakwa sebanyak RM 889 bilion tiris dan mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 - 2008. Begitu juga laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM 28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam.

4. Undi pos juga akan terus menjadi sandaran Barisan Nasional untuk terus kekal berkuasa lalu membuli rakyat dengan kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, kenaikan tarif bil elektrik, saman ekor serta "membelenggu" anak muda dengan lingkaran hutang PTPTN. Undi pos adalah satu makenisme yang paling strategik untuk mengekalkan survival kuasa politik Barisan Nasinoal sedang ia tidak lagi relevan dalam sistem demokrasi moden hari ini.

5. Sebahagian mereka menempelak hasrat BERSIH 02 kononnya tidak lagi relevan kerana Pakatan Rakyat telah memenangi 4 buah negeri dan hampir menguasai keseluruhan kerusi di Wilayah Persekutuan. Menang di 4 buah negeri bukan bermakna kami telah berpuas hati dengan tahap ke"bersihan" sistem pengendalian pilihanraya dalam negara ini. Saya percaya, jika pilihanraya benar - benar dikendalikan sebersih - bersihnya dari sebarang manipulasi dan sistem demokrasi dilangsungkan dengan telus dan adil, Pakatan Rakyat mampu menang sekurang - kurangnya di 8 buah negeri pada pilihanraya umum 2008 yang lalu malah berkemungkinan besar mampu memperolehi simple majoriti bagi menguasai parlimen.

6. Antara kepincangan demokrasi yang diamalkan dalam negara kita Malaysia ialah tindakan mereka yang mahu menghalang hak rakyat berhimpun secara aman seperti Himpunan BERSIH 02. Setelah mendengar janji daripada penganjur BERSIH 02 bahawa ia akan dilangsungkan secara aman, mereka masih mengugut rakyat agar tidak menyertai himpunan tersebut. Selayaknya pihak berkuasa mengambil langkah mengawal himpunan BERSIH 02 sebagaimana mereka boleh mengawal himpunan dan perarakan puluhan ribu manusia pada hari sambutan kemerdekaan, malam citrawarna dan sebagainya.

7. Pihak berkuasa juga sayugianya menghalang hasrat pihak - pihak lain selain BERSIH 02 yang terlebih dahulu telah mengisytiharkan hasrat menganjurkan himpunan pada hari yang sama dan di tempat yang sama, kerana ia adalah satu bentuk provokasi yang boleh mencetus ketidaktenteraman suasana himpunan tersebut. Saya hairan kenapa Perkasa atau lainnya mahu mengadakan himpunan pada hari yang sama dan tempat yang sama ? Ertinya merekalah yang mahu mencetus provokasi dan suasana tidak aman bukan pihak BERSIH 02.

8. Andai mereka mahu menduga pengaruh, mereka boleh menganjurkan himpunan serupa pada 10 hb Julai iaitu sehari selepas BERSIH 02 atau pada 8 hb Julai iaitu sehari sebelumnya. Kenapa mereka begitu terdesak mahu mengadakan himpunan mereka pada hari yang sama ? mereka marah rakyat mahu sertai BERSIH 02 kerana himpunan itu kononnya demontrasi jalanan yang sia - sia, tetapi mereka juga mahu menganjurkan himpunan untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap BERSIH 02 ! Alangkah dangkalnya mereka berfikir !

9. Benarkan dahulu rakyat menyertai BERSIH 02 pada 9 hb Julai untuk membantah sistem pengendalian demokrasi dan pilihanraya yang pincang dalam negara ini. Maka keesokkan harinya, bolehlah mereka pula berhimpun untuk membantah himpunan BERSIH 02 jika mereka tidak berpuas hati atau kiranya mereka kurang sabar, boleh sahaja mereka berhimpun pada 8 hb Julai untuk melahirkan bantahan mereka dan benarkan BERSIH 02 berlangsung dengan aman tanpa sebarang provokasi pada 9 hb Julai 2011. Apakah kerajaan UMNO dan BN perlu diajar sedemikian rupa erti demokrasi ?

10. Saya mengharapkan anak - anak muda tidak terpengaruh dengan taktik kerajaan Barisan Nasional dan proksi - proksi mereka yang cuba mengugut untuk membatalkan BERSIH 02 justeru itulah yang akan meletakkan Barisan Nasional terus selesa menghadapi pilihanraya umum ke 13 secara berat sebelah dan tidak telus. Insyaallah, Dewan Pemuda PAS Malaysia dan seluruh warganya akan terus berada di saf hadapan memimpin kebangkitan anak muda bersama rakan - rakan dari Angkatan Muda Keadilan dan DAPsy.

Memimpin Kebangkitan Anak Muda

Nasrudin bin Hassan

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.

UTUSAN MEMANG CARI PASAi!!..BOIKOT WEI!!


komen CP : kite bako jew!!!!!

12.6.11

KABINET BARU PAS!! MUSTAPA ALI KEKAL, TITM KETUA PENERANGAN, UST. NASHA DI LANTIK AJK


Presiden : YB TG Hj Hadi Awang

Timbalan Presiden : Hj Mohamad Sabu

Naib Presiden : YB Salahuddin Ayub

YB Husam Musa

YB Mahfuz Omar

Setiausaha Agung : Hj Mustafa Ali

Bendahati Agung : Ust Abdul Halim Abdul Rahman

Ketua Penerangan : Ust Tuan Ibrahim Tuan Man

Pengarah Pilihanraya : YB Dr. Mohd Hatta Ramli

Ketua Dewan Ulama' : YB Ustaz Harun Taib

Ketua Dewan Pemuda : Ust Nasharudin Hasan

Ketua Dewan Muslimat : YB Siti Zailah Mohd Yusuf

Penolong Setiausaha : YB Takiyuddin Hassan

YB Dr. Syed Azman

Ahmad Sabki Yusuf


AJK PAS Pusat :

Mazlan Aliman

YB Kamarudin Jaffar

Hj Hanipa Maidin

YB Dr. Dzulkefly Ahmad

YB Dr. Mujahid Yusof Rawa

YB Ir. Khalid Abd Samad

Ustaz Abdul Ghani Shamsuddin

YB Ir. Amiruddin Hamzah

YB Abdul Wahid Endut

Ustaz Abu Bakar Chik

YB Ustaz Mohd Amar Abdullah

Dr. Mahfodz Mohamed

YB Dr. Siti Mariah Mahmud

YB Dr. Hassan Ali,

Ustaz Abdul Ghani Abdul Rahman

YAB Ustaz Azizan Abdul Razak

Ustazah Nuridah Salleh



AJK Tambahan :

YB Nasharudin Mat Isa

Ust Idris Ahmad

Hj Asmuni Awi

Hj Anuar Tahir

YB Hj Nizar Jamaluddin

HJ Zulkefly

Mohammad Omar

Abang Ahmad Kerdee Masagus



Pesuruhjaya PAS Negeri

Terengganu : YB Abdul Wahid Endut (b)

Negeri Sembilan : YB Mohd Taufek Abdul Ghani (b)

Selangor : YB Dr Abd Rani Osman (b)

Melaka : Adly Zahari (b)

Sabah : Aminuddin Halim (b)

Kelantan : Tuan Guru Nik Abdul Aziz

Pahang : Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man

Johor : Dr Mahfodz Mohamed

Perak : Ust Abu Bakar Husin

Kedah : Ustaz Azizan Abdul Razak

P.Pinang : Ust Salleh Man

Perlis : Ust Hashim Jasin

Wilayah Persekutuan : Ust Mohd Noor Mohamad

Sarawak : Ust Adam Ahid


VIDEO PEDIH : APABILA BEKAS S/U AMERIKA SYARIKAT DI MAKI HAMUN SEBAGAI PEMBUNUH DEPAN-DEPAN!!

9.6.11

PEMBONGKARAN SIFAT MENIPU ZUL KULIM SEJAK 2008,BETUL KE SEMUA NI??



1. Melemparkan fitnah terhadap ‘otai’ dan aktivis parti kununnya mereka melarikan wang peruntukan pilihanraya serta bendera parti semasa berkempen dengan menghebahkan kepada jentera parti sehingga mewujudkan salah sangka dan curiga.

2. Sebaik sampai setelah memperolehi watikah perlantikan dengan wang RM2000.00 dari pusat, dia terus memberitahu yang wang tersebut habis dibelanjakan atas urusan pilihanraya. Bagaimana mungkin?

3. Bermulut celupar, tidak berakhlak dan kaki maki hamun walau atas perkara kecil sahaja.

4. Tidak telus dalam kisah wang derma pilihanraya yang dikutip secara langsung mahupun melalui internet. Tidak dibentangkan dalam mesyuarat pilihanraya. Melenting dan memaki hamun apabila isu itu disentuh.

5. Pecah amanah tentang rumah yang dipinjamkan semasa kempen pilihanraya dengan membuat pendua kunci tanpa keizinan tuan rumah serta tidak menjaga dengan baik.

6. Menipu dengan memberi pelbagai alasan palsu apabila tidak hadhir dalam program yang telah dirancang dan dipersetujui terlebih dahulu. Kononnya ke luar negara bersama DS anwar Ibrahim.

7. Tiada disiplin dalam kempen pilihan raya sehingga menyusahkan petugas parti yang mengatur program.

8. Menipu wakil calon dengan imbuhan elaun apabila dilantik sebagai pembantu kemudiannya. Hanya membayar RM1000, itu pun setelah puas merayu dengan sms seperti meminta sedekah. Itu pun tidak berbaloi dengan perbelanjaan sendiri semasa menjalankan tugas.

9. Menipu tentang hakikat yang ia tidak pun menyerahkan penyata kewangan semasa terlibat dalam pilihanraya umum terdahulu.

10. Menipu tentang bantuan kutipan infaq untuk pembiayaan pelajar yang menyambung pelajaran. Ia tidak telus dan tidak amanah dengan wang ringgit.

11. Menipu dalam blog, kununnya dia sanggup berkorban dengan meletakkan jawatan MP bagi membolehkan DS Anwar bertanding di Parlimen Kulim Bandar Baru. Sebaliknya ia enggan melepaskan jawatan itu tetapi memberi pelbagai alasan yang muluk-muluk.

12. Menipu yang ia tetap bersama Pakatan Rakyat dan tidak akan menyertai Umno sedangkan sudah tersebar adanya surat akuan yang mengikatnya untuk berbuat demikian. Malah ianya sudah pun disahkan pemimpin Umno setempat yang telah pergi berjumpa Najib. Begitu juga dengan perbincangannya dengan YB Zahid Hamidi semasa mengerjakan umrah.

13. Menipu rakyat Malaysia terutamanya orang Islam betapa ia pejuang Islam dan bangsa sedangkan apa yang diperjuangkan ialah untuk perut dan poket.

14. Menipu pembantunya dahulu dengan mengatakan yang ia menjadi mangsa permainan politik DS Anwar Ibrahim. Sedangkan sebaliknya terjadi apabila ia memadu hubungan intim dengan Najib. Dah berjumpa 5 kali beb!

15. Menipu pasukan peguam pembela kes nya tentang diskaun tambang mengerjakan umrah Ramadhan lalu supaya menggunakan perkhidmatan agensi pelancongan sahabatnya. Sebaliknya mereka terpaksa membayar penuh juga.

16. Menipu dalam janjinya membayar semula perbelanjaan keraian majlis yang dibuat Abang Mi Relau (RM200) dan Abang Mail Matang Kerat Telunjuk (RM600). Si Cabuk itu dikatakan angkat kaki terus tanpa menghulurkan bayaran belanja kenduri yang dibuat setelah makanan disebat.

17. Menipu tentang janji akan menyumbangkan RM1000.00 dalam majlis sambutan Aidilfitri di Dewan Dato’ Fadzil Nor Serdang baru-baru ini, malah beliau tidak pun hadir berjumpa rakyat.

18. Menipu tentang kesanggupan membayar perbelanjaan para peguam dalam pembelaan kesnya, sebaliknya setiap seorang dibayar Rm1000.00 sahaja.

19. Menjual temberang melalui pembantu peribadinya, kununnya Zul akan memberi bantuan kepada mangsa banjir di Kampong Sungai Kecil Ulu. Walhalnya dia hanya pergi membaca khutbah yakni kaedah mudah untuk mencari populariti tanpa perlu mengeluarkan wang.

20. Menipu pembaca dengan mencipta cerita kununnya dia membaca khutbah tidak di masjid Junjong kerana dia selalu sangat membaca di situ sedangkan hakikatnya, ia tidak dibenarkan atas sifat pembohongnya dalam janji untuk membantu 5 keluarga mangsa banjir.

21. Menipu kununnya dia sering turun memantau atau melawat kawasan sedangkan ia hanya melakukan secara ‘remot’ atau kawalan jauh dengan menggunakan khidmat pecacainya si Fadzil dan Rosjah.

22. Menerima banyak dana sama ada dari wang zakat, derma atau infaq tetapi tidak diketahui ke mana wang sumbangan itu mengalir selain pembinaan dua buah rumah orang miskin. Itu pun wang sumbangan dari Sheikh Arab yang diatur sahabatnya Fudzail kat Dubai.

4.6.11

KEPUTUSAN RASMI PEMILIHAN PAS PUSAT: MOHD SABU MENANG, HUSSAM KEMBALI




PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Ustaz Abu Kasim

TIMBALAN PENGERUSI TETAP

Tuan Haji Hussin Ismail

PRESIDEN

1. Abdul Hadi Awang, YB Dato’ Seri Tuan Guru Haji

TIMBALAN PRESIDEN

1. Mohamad Sabu, Hj – 420 undi
2. Nasharudin Mat Isa, YB – 224 undi
3. Tuan Ibrahim Tuan Man, Dato’ – 399 undi




NAIB PRESIDEN

1. Husam Musa , YB Dato’ - 660 undi
2. Idris Haji Ahmad, Ustaz – 491 undi
3. Mahfuz Omar, YB Dato’ – 616 undi
4. Mohd Amar Abdullah, YB Dato’ – 321 undi
5. Nizar Jamaluddin, YB Dato’ Seri – 217 undi
6. Salahuddin Ayub, YB – 753 undi

AHLI JAWATANKUASA KERJA

1. Abdul Ghani Abdul Rahman, Ustaz – 430 undi
2. Abdul Ghani Shamsuddin, Ustaz – 579 undi
3. Abdul Wahid Endut, YB Hj – 556 undi
4. Abu Bakar Chik, Dato’ Ustaz - 527 undi
5. Amiruddin Hamzah, YB Ir. – 576 undi
6. Azizan Abdul Razak, YB Dato’ Seri Ustaz – 421 undi
7. Dzulkefly Ahmad, YB Dr - 702 undi
8. Hanipa Maidin, Hj – 735 undi
9. Hassan Mohamad Ali, YB Dato’ Dr. – 437 undi
10. Kamarudin Jaffar, YB Dato’ – 739 undi
11. Khalid Abd Samad, YB Hj. – 643 undi
12. Mahfodz Mohamed, Dato’ Dr. – 449 undi
13. Mazlan Aliman, - 804 undi
14. Mohd Amar Abdullah, YB Dato' Ustaz – 470 undi
15. Mohd Hatta Md Ramli, YB Dr. - 765 undi
16. Mujahid Yusof Rawa, YB Dr. – 651 undi
17. Nuridah Salleh, Ustazah - 416 undi
18. Siti Mariah Mahmud, YB Dr. – 445 undi
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...