Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

7.12.09

Berita Dari Mu'tah : Merealisasikan 'Kita Adalah Satu' Dalam Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 09



Mu’tah, Jordan 6 Disember – Persatuan Mahasiswa Universiti Mu’tah ( PERMATA ) baru-baru ini telah membuka satu lembaran sejarah baru di era kepimpinan Ustaz Amiruddin Ibrahim. Dengan mengambil dasar persatuan iaitu “ PERMATA MATANG 2009” sebagai kayu ukur dan indakator, PERMATA bergerak semakin matang dan berani dengan mengadakan Program Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha buat julung kalinya.

Program yang pertama kalinya di anjurkan di bawah naungan PERMATA, di bawah kelolaan Biro Bimbingan Dan Rohani serta bergerak seiiring dengan Biro Penempatan, telah mencuba sedaya upaya bagi merealisasikan objektif serta matlamat yang telah di sepakati bersama.

Meletakkan matlamat program iaitu “ Ke Arah Melahirkan Modal Insan Yang Rela Berkorban” telah menampakkan impak yang begitu jitu sepanjang program berlansung. Apa yang dilihat dan di analisis, objektif yang di baca secara kolektif dan literal hampir mencapai keseluruhan makna dan pancapaian yang baik seperti yang di gariskan.

Program yang berlangsung hampir 3 hari iaitu bermula pada 26 hingga 28 Disember membuka lembaran tirainya seusai Iftor Jama’ie dan Solat Maghrib berjemaah di PUSKMA dengan di mulakan Majlis Gema Takbir.

Antara tujuan utama serta objektif yang paling dititik beratkan adalah untuk mengeratkan lagi ukhuwwah sesama warga Malaysia serta merealisasikan pepatah masyhur “ Berat Sama Di Pikul, Ringan Sama Di Jinjing” dalam bentuk yang lebih praktikal dan agresif.

Realiti yang boleh di perhati dan di lihat dengan jelas serta dinilai secara jujur adalah pada hari kedua dan ketiga program ini berlansung.

Gabungan tenaga 2 tokoh yang bakal ‘menggegarkan’ tanah ‘malaya’ suatu masa kelak iaitu Ustaz Hazmi Bin Hanipa selaku Pengarah Program serta di bahungi oleh Ustaz Mohd Hussin Bin Mohd Fauzi selaku timbalan pengarah, menjadikan pelajar serta warga Malaysia Mu’tah berbondong-bondong untuk bersama ‘menjatuhkan’ 2 ekor lembu dan seekor kambing sebagai bukti pengorbanan hasil ibrah yang di perolehi dari sirah Ibrahim a.s.

Menariknya, buah fikiran yang dilontarkan oleh pengarah program bagi menjadikan Majlis Hari Raya Aidiladha ini seperti dan semirip di Malaysia, hampir di realisasi dan di praktikkan. Majlis gotong royong serta kenduri telah di adakan di rumah pelajar Malaysia iaitu ‘Bayt Dimasyq’. Malah bagi melahir serta menghasilkan suasana muhibbah yang lebih gemilang, AJK pelaksana telah menempah khemah khas selama 2 hari bagi menghibur serta menghilangkan rasa rindu beraya korban di kampung halaman.

Kehadiran Pengarah Malaysia Student Department ( MSD ) bersama keluarga serta diiringi pegawai yang lain telah memberi kredit dengan keberjayaan PERMATA menganjurkan program sebegini sesuai dengan kondisi serta keadaan Mu’tah itu sendiri.

Sebagai akhirnya, Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha yang di adakan buat pertama kalinya, telah melahirkan satu impak dogma pemikiran baru dengan gabung jalin himpunan antara senior dan junior bagi menyatakan secara halus bahawa ‘Kita Adalah Satu’.

Impian ini haruslah di terus dan praktikkan sesuai dengan peredaran nafas zaman baru bagi terus melahirkan pejuang agama hasil hirupan oksigen dari dataran Syuhada’ Mu’tah!

Di Sediakan Oleh,

Wan Mohd Awis Qarny Bin Othman

Setiausaha,

Majlis Sambutan Hari Raya Aidiladha 2009




1 comment:

Anonymous said...

kenape dengan si hamzah tu? nak kate tengah panaskan tangan, api tak ade pun kat depan dia... hmmm, pelik...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...