Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

12.11.13

GEMPAR!! MAT SABU CALON TAJAAN UTUSAN-UMNO PULAK??


baru-baru ini Ust Nik Amar yang juga calon timbalan presiden PAS, di katakan mendapat tempat di dalam utusan asbab salah seorang wartawan mereka menulis sebuah artikel seolah-olah menyokong UNA sebagai timbalan presiden menggantikan penyandang yang sedia ada sekarang. cerita mudah, maka UNA yang tidak tahu menahu nawaitu pengarang utusan tersebut, telah menjadi sasaran golongan yang sedari awal membenci beliau di atas lantikan TMB di Kelantan.

di tuduh ingin membawa UG la..di tuduh akan merosakkan jemaah la..macam-macam lagi..

so sekarang Mat Sabu pulak mendapat tempat di Utusan. penyerang-penyerang UNA nak kata apa pulak kat Mat Sabu? atau nak cakap ni propaganda utusan dan UMNO..??

bersikap adillah wahai teman..

11.11.13

IKHWAN MUSLIMIN INGIN MELANTIK TGHH SEBAGAI SU AGONG MEREKA?


Presiden PAS Dato’ Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang dijangka membuat satu sidang media hari ini, Isnin 11 November, berikutan laporan sebuah akhbar negara Mesir, al-Watan. Menurut Pengarah Jabatan Penerangan PAS Terengganu, Ustaz Wan Shukairi Wan Abdullah, akhbar tersebut cuba mengaitkan Ustaz Hadi dengan gerakan Ikhwan antarabangsa.

 Tujuannya, kata Wan Shukairi, adalah bagi memburukkan pandangan rakyat Mesir terhadap Ikhwan al-Muslimin. “(akhbar itu) nak kata Ikhwan (al-Muslimin) ni ada gerakan dunia……… (jadi) dia (Ikhwan) tak ‘walaa’ (taat) kepada negara Mesir tapi ‘walaa’ kepada gerakan dunia dia.”ujarnya.

 Beliau berkata demikian ketika diminta memberi komen tentang laporan akhbar yang dianggap ‘lalang’ kerana pernah memberikan sokongan kepada kerajaan dipimpin oleh Presiden Mohamad Morsi. Menurut Wan Shukairi, ia boleh memberikan kesan yang baik dan buruk kepada reputasi Presiden PAS.

 Kesan buruknya, kata beliau, dari segi diplomasi dunia yang mungkin memberi gambaran bahawa Presiden PAS benar-benar mengetuai gerakan Ikhwan sedunia, sedangkan sangkaan itu tidak tepat. “Akibatnya, mungkin sesetengah negara yang berpandangan ‘juling’ akan meletakkan sekatan.

 “Manakala, sisi positifnya, Presiden PAS akan lebih dihormati kerana diiktiraf sebagai pemimpin dunia,”katanya Bagaimana pun, Wan Sukairi menambah, PAS tidak akan membiarkan nama Presidennya tercalar baik di petingkat domestik dan antarabangsa. “jadi kita tunggu sidang media yang akan diadakan oleh Tok Guru sendiri,”katanya Ketika dihubungi, anakanda Ustaz Hadi, Ustaz Mohamad Khalil mengesahkan bahawa, Presiden PAS akan mengadakan satu sidang media behubung laporan akhbar terbabit.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...