Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

30.6.10

Agen-agen Mossad Gagal Bunuh Erdogan

Badan intelijen Mossad Israel telah gagal dalam upaya mereka untuk membunuh Perdana Menteri Turki Recep Tayyip Erdogan, kata sebuah surat kabar mingguan Yordania.

Informasi sumber-sumber di Turki mengatakan bahwa plot rencana pembunuhan Mossad telah digagalkan oleh pasukan kemanan negara itu, kutip al-Manar dari sebuah laporan di edisi terbaru surat kabar mingguan Al-Majd .

Ada juga laporan yang menyatakan bahwa Israel telah berusaha untuk menghasut kekerasan di Turki dengan 'meminjam' dukungan dari kelompok separatis Kurdi, Partai Pekerja Kurdistan (PKK).

Sebelumnya pada bulan Juni, Sedat Laciner, kepala Strategis Penelitian Organisasi Internasional - sebuah think tank Turki - mengatakan bahwa agen Mossad dan pensiunan militer Israel telah terlihat memberikan pelatihan kepada militan Kurdistan PKK di Irak.

Laciner mengatakan Tel Aviv tidak memiliki persepsi positif terhadap partai yang berkuasa di Turki Partai Keadilan dan Pembangunan, yang dipimpin oleh Erdogan.

Setelah serangan Israel terhadap armada kebebasan yang menyebabkan sembilan warga negara Turki wafat pada tanggal 31 Mei, Ankara menyusun peta jalan (roadmap) untuk "benar-benar" memutuskan hubungan dengan Israel.

Presiden Turki Abdullah Gul sebelumnya telah mengumumkan bahwa peta jalan yang akan disusun berdasarkan masalah sanksi terhadap Israel.

"Rincian Roadmap ini diproses di mana Turki benar-benar akan memutuskan hubungan dengan Israel dalam beberapa tahap, harian Turki Today Zaman melaporkan pada tanggal 17 Juni lalu.

Menurut peta jalan, langkah pertama adalah duta besar Turki ditarik dari Tel Aviv,dan tidak akan dikirim kembali kecuali Israel mengirim anggota ke komisi PBB untuk penyelidikan yang bertujuan untuk melihat lebih dalam atas serangan Israel terhadap armada kebebasan.

Peta jalan ini juga menyebutkan bahwa semua pelatihan militer dan kerjasama dengan Israel harus dihentikan dan menyatakan bahwa penyelidikan internal ke dalam serangan Israel itu sama sekali tidak diakui oleh Turki.

Sumber

25.6.10

Ulama' masuk UMNO : Filem Top 10 masakini di Malaysia!!

Aduhhhh…..!!Hangat…hangat..memang terhangat di pasaran!!

Ura-ura selama ini yang menyatakan sekumpulan golongan muda yang kononnya ‘Ulama’ akan menyertai UMNO akhirnya tercapai maksudnya. Hari Ini sejarah mencatatkan 40 orang ilmuan muda yang mendapat pendidikan agama menyertai parti ‘Assobiyyah’ dan ‘Sekular’ secara rasminya.

Pertamanya, tak salah rasanya andai saya ucapkan tahniah kepada mereka kerana membuat pilihan sebegitu rupa. Rasanya mereka itu tidaklah bodoh dan bangang dalam meneliti apa itu makhluk yang bernama ‘UMNO’ kerana tahap pengajian mereka bukanlah calang-calang.

Lihat sahaja yang mengetuai kumpulan ini adalah Ustaz Fadlan Mohd Othman, pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia.

Dan rasanya ramai juga yang kenal siapa Ustaz Fathul Bari Mat Jahya, bekas pelajar di Universiti Madinah dan MA di Jordan serta anak kepada Bekas Mufti Perlis sebelum Dr Asri.

Tahniah dan Alfun Mabruk Alaikum!!

Cumanya saya agak pelik dengan kenyataan meraka ini.

Ustaz Fadlan Mohd Othman : “Kami berharap langkah memasuki Umno ini akan menyemarakkan lagi usaha berdakwah menerusi Umno, kami masuk Umno bukan untuk berpolitik walaupun Umno adalah sebuah parti politik,” kata beliau.

Rakannya Fathul Bari Mat Jahya berkata Umno memberi ruang yang dicari-cari untuk tujuan berdakwah selepas mereka berhadapan dengan pelbagai sekatan.

Berdakwah??

Bukan nak berpolitik??

Ruang yang di cari-cari??

Hadapi pelbagai sekatan??

Saya rasa bukan setakat umum, malah andai budak-budak sekolah yang berminat tentang politik pun akan merasa hairan dengan kenyataan ini.

Saya tolak perbincangan tentang keilmuan mereka. Maklum benar akan kehebatan tahap pengajian dan keilmuan masing-masing.

Tetapi ruang kedai kopi masyarakat nak tak nak tetap akan pelik dengan tindakan mereka. Masakan tidak, dalam ruang atmosfera Malaysia yang menolak UBN khususnya UMNO, mereka tampil dengan membuat persembahan ‘magic’ secara tiba-tiba.

Rasanya ‘jahil’ benarlah jika sesiapa umat Malaysia yang mukallaf yang tidak tahu siapa itu UMNO. Andai hendak di senaraikan, rugi sahaja ruang blog saya.

Benar, mereka hendakkan ruang berdakwah yang selesa. Tetapi siapakah yang selama ini yang menyukarkan ruang berdakwah tersebut di Malaysia??

Siapa yang memisahkan politik dari agama sehingga melahirkan masyarakat yang ‘budus’ bahawa Islam itu adalah ‘complete’ bagi umat manusia sejagat!

Bukan hendak berpolitik? Janggal itu!!

Masakan parti politik menerima ahli begitu sahaja tanpa mempergunakan sebaik yang mungkin untuk kepentingan politik masing-masing. Tambah-tambah lagi parti yang hampir runtuh dan roboh.

Sejarah tidak pernah menipu. Ketika Tun Abdullah menaiki takhta sebagai PM, corak kepimpinan agama di politikkan. Gambar beliau mengimami sembahyang di papar di dada akhbar di merata-rata tempat.

Golongan ilmuan hebat dan terkenal seperti Dr Masyitah dan Ustaz Firdaus al-Hafiz di tampilkan sebagai calon PRU. Hasilnya peratus sokongan terhadap UMNO naik mendadak di samping isu-isu yang lain yang turut di mainkan oleh media.

Malah, tahap adab dan kepercayaan masyarakat terhadap mereka juga turun dengan mendadak. Masakan tidak, siapa yang tidak tahu isu ‘Ustaz tendang tong’ kerana tidak puas hati akan kekalahan yang di alami.

Malah di sebabkan politik jugalah, fatwa-fatwa sesat dan hukum agama terpaksa di ‘swing’ agar menyebelahi politik jumud mereka.

Manusia mana boleh melupakan ucapan penghinaan terhadap hukum hudud yang teramat serius yang di ucapkan oleh seorang ustazah yang terkalung pencapaian Phd di hadapan namanya!

Siapa yang membenarkan tindakan pemimpin yang salah dengan pengetahuan ilmu agama yang di miliki? Siapa yang menjadi ‘Syaitan Akhras’ selama ini??

Bukankah segalanya adalah permainan politik kotor untuk menutup kesalahan yang terang lagi bersuluh yang di lakukan oleh pemimpin UMNO. Dan bukankah di sebabkan kedudukan dan ‘kerusi yang empuk’ yang membuatkan golongan agama dalam UMNO terpaksa menjadi ‘boneka pengeluar hukum’ kepada apa yang di lakukan!

Dulu lagi ilmuan agama dan mereka yang mempunyai nilai perjuangan islam yang terjun dalam politik UMNO terpaksa akur dan tunduk dengan kehendak yang di miliki oleh UMNO. Malah, madu yang sudah habis di sedut dan di gunakan, akan menjadi sampah saja di jalanan.
Andai nasib mempunyai ‘ong’, maka akan di kutip oleh orang lain.

Maka apa sahaja maksud untuk menghalalkan tindakan ‘memeluk’ UMNO, sukar benar dan tidak masuk akal untuk di terima oleh umum. Segala maksud-maksud itu sudah terpampang dalam nilaian sejarah yang ‘pelakon utama’ sejarah itu juga masih hidup dan wujud untuk menjadi tatapan pengajaran buat semua.

Peliknya, sejarah kesalahan itu hendak di ulang tayang oleh ‘Ulama Muda’. Yang berpelajaran tinggi. Yang mempunyai tahap kepercayaan masyarakat yang kuat dan utuh terhadap mereka.

Bukankah lebih elok dan molek sahaja mereka dengan cara neutral sebelum ini. Andai perlukan ‘stand’ dan sokongan yang kuat untuk sampaikan dakwah, bukankah ilmu agama mereka mempunyai jawapan.

Lainlah kalau ‘perut’ dan ‘poket’ di dahulukan. Itu saya tidak mahu sentuh..

Saya pasti, ‘filem’ ini akan menjadi Top 10 di Malaysia masakini. Kita tengok, sampai ‘ranking’ manakah ‘pelakon-pelakon’ ini akan bertahan dengan maksud-maksud mereka.

Nantikan di pasaran!!

23.6.10

Bingkisan kasih dari ku buat mu..

Sesekali menatap wajahnya, membuatkan aku rasa tenang dan damai. Betapa coretan, lakaran dan garis-garis hidup terpampang di wajahnya. Perjalanan hidup yang tercatat di setiap urat sendi, tulang belulang dan segenap sudut tubuhnya, membuatkan segalanya benar di mata aku.
Kerana sejarah hidupnya tidak pernah berbohong bahawa dia pernah jatuh dalam membawaku ke dunia ini…

Aku cuba mengimbas rantaian memori yang terpahat di fikiranku. Bahkan, ia sudah menjadi perasaan, jiwa dan hidupku dan kerana itu aku tidak bisa membiarkan segalanya berterbangan jauh di awangan..

Lepas sudah tingkatan umurku. Membesar dari segenggam tapak tangan hingga mampu berjalan sendirian di bumi orang.

Dia membimbingku bahawa di situ adalah kiri. Dan di situ pula adalah kanan. Motivasinya bahawa andai sekali terjatuh, usah terlupa bahawa kelak berdiri itu akan terasa nikmat lumrah kehidupan.

Sesuap nasi yang di cari tidak pernah ungkapan letih di lisankan. Buat 6 orang pahlawan dan seorang srikandi yang pernah bermusafir seketika di perutnya.

Bicara hidupnya tanpa kata-kata, membuatkan sekalian musafir itu mengerti, bahawa tanpa dia usah berbohong sebatang jalan mampu di lalui dengan mudah dan senang.

Kerana ungkapan adat pernah mengajar, sekujur tubuh yang lemah itu mampu menggoncangkan dunia yang fana ini..

Dalam meniti hidup, aku melihat riak wajahnya yang pelbagai.

Gembira..

Tenang..

Sedih…

Duka..

Segalanya di rahsiakan jauh di lubuk nurani yang sempit. Namun, darah dari perutnya yang mengalir ke setiap pelusuk tubuhku dapat menghidu segalanya.

Setitis cahaya embun pernah mengalir dari kedut pipinya yang mulia. Melihat seorang pahlawan yang pernah bermusafir di perutnya pergi dahulu menghadap Ilahi.

Aku melihat kesedihannya. Aku merasa kepedihannya..Kerana dia juga seorang manusia biasa..

Namun, ketabahan, kesabaran dan keredhoannya pada takdir dan lumrah hidup membuatkan aku terpaku seketika.

Dia mampu menguruskan tanggungjawabnya yang terakhir hingga ke ‘Laman Baru’ buat musafir itu..

Bicara badannya terlalu bercahaya buat hidupku..

Untuk sekian kalinya, tingkatan umurnya meningkat lagi. Dia mampu melihat ‘para musafirin’ bertebaran mencari hidup sendirian dangan jayanya.

Doanya itu terlalu mustajab..Tiada hijab antara dia dan Dia..

Andai di himpunkan emas, perak dan segala yang berharga bagi menggantikan segala sisa hidup yang di curahkan dan di korbankan, tiada makna dan nilai walau di timbangkan antara mizan yang terulung..


Buat Mu Bonda,

Sejarah hidup mu terlalu suci buat anakmu..

Selamat Hari Lahir yang ke 63…Moga hidupmu di rahmati dan di berkati dengan nikmat keimanan..


Moga bauan syurga pengganti segalanya..

10.6.10

Aku ingin pulang ke Tanah itu...Terimalah Aku..


Menjadi tetamu di tanah itu adalah suatu perkara yang teristimewa bagi hamba yang bergelar Islam.

Seakan kembali semula bertemu mereka yang di rindui dan di cintai..Apatah lagi bicara hati dan jiwa seakan pulang kepada fitrah yang azali..

Mengadu kasih..

Memburu cinta yang hakiki..

.............memburu rindu, kiasan rindu Muhammad sepeninggalan lamanya merantau di bumi orang...


Untuk kesekian kali aku merintih dan meminta..terimalah aku menjadi tetamu Mu..


24.5.10

Bersikap Adillah Wahai Umat Muhammad!

Oleh : Ali Zaidan

Adil ini meletakkan sesuatu pada tempatnya. Meletakkan sesuatu kerana prinsip dan hak. Lawan adil ialah zalim. Bias itu juga satu bentuk zalim. Contohnya seperti yang selalu dibuat oleh Barat. Mereka mempertahankan hak melukis wajah Nabi Muhammad sebagai kebebasan mengeluarkan pendapat. Tetapi apabila Mahmoud Ahmedinejad mengaplikasikan kebebasan mengeluarkan pendapat dengan mengatakan Holocaust itu sebagai peristiwa bohong, Barat jugalah yang buat U-turn dan menuduh Mahmoud sebagai anti semitism.

Itu juga satu bentuk zalim.

Begitu juga apabila kita marah apabila orang UMNO mengungkit Karpal pernah kata "over my dead body kalau nak buat negara Islam. Kita marah orang UMNO. Kita kata ucapan karpal itu diungkapkan ketika kita belum berkahwin lagi. Kini, kita sudah mempunyai 2 orang anak, sudah pasti keadaan sudah berbeda.

Itu satu tindakan yang bagus dan cerdik. Ini semua sejarah. Kita tak boleh hidup dengan sejarah. Sejarah ini cuma panduan.

Tapi sayangnya kita hanya buat begitu kepada Karpal. Kita hanya padamkan memori itu hanya untuk Karpal. Tapi bukan kepada ulamak kita. Sedangkan kata-kata Karpal itu jelas salah dan menyinggung sedangkan 'silap' ulama kita hanya bersifat manipulasi musuh jahat.

Contoh, kita ungkit dan salahkan dokumen Negara Islam sebagai punca tewasnya BA. Sedangkan ia bersifat manipulasi parti Cina. Kalau ikutkan, isu 'Allah Samseng', 'Tuhan Mencarut' juga antara punca merosotnya undi Melayu kepada BA. Ia tidak salah, tetapi ia menjadi isu kerana manipulasi kejahilan UMNO sendiri.

Isu 'Allah samseng' ini pernah menyebabkan aku berentap dengan seorang ahli UMNO dahulu. Sekarang dia dah jadi Exco Pemuda UMNO Malaysia. Alhamdulillah, aku tak ada masalah patahkan hujah dia berbekalkan hujah TGHH di parlimen ketika itu. Aku fikir itu antara sebab TGNA cukup mengkagumi kepetahan dan mantapnya hujah TGHH.

Lantas, bila kita enggan ungkit satu salah kawan kita tetapi ungkit banyak kali 'silap' pemimpin kita, maka kita sudah tidak adil. Orang tidak adil dipanggil zalim.

Orang zalim tak layak dipanggil ustaz sebab zalim itu sifat fasik!

2. Ada seorang kawan menaiki kereta. Keretanya banyak rosak. Tayar botak. Enjin berkarat. Brek haus. Ekzos separuh tertanggal. Lampu depan belakang terang macam lilin. Si pemandu pula mabuk sebab tension kalah main judi bola. Pemandu tu bet England akan menang. Tapi pasukan loser macam England mana boleh menang. Yang menang masa tu ialah Sepanyol. Maklumlah, pasukan hebat!! (Ha ha!)

Sebab tension dia bawa kereta dia tu 160kmj. Kemudian apabila lalu sebuah jalan tak berlampu (lampu rosak sebab kena kilat!), tiba-tiba dia tersalah masuk lorong sebelah. Bertembung dengan lori. Brek tak makan, tayar botak, jalan pula licin sebab hujan. Bummm!

Masuk hospital. Wad Pakar 13.

Lepas sembuh, dia saman JKR Malaysia. Dia kata punca dia eksiden sebab jalan tak berlampu. Jadi dia tak nampak.

Betulkah begitu?

Betul! Dah tentu betul!

Tapi itu cuma satu punca. Dan dia gunakan punca itu sebab itu sahaja punca YANG BOLEH MENGUNTUNGKAN DIRI DIA. Walaupun hakikatnya JKR tak salah sebab yang menyebabkan lampu jalan rosak ialah kilat. Tapi pemandu bodoh ini tak peduli. Takkan dia nak kata dia eksiden sebab tayar kereta botak, lampu kereta padam, brek tak makan. Kalau mengaku macam tu, nanti dia pula kena saman JPJ!

Begitu juga dalam isu kalah PRU2004. Ada bermacam jenis sebab. Imej Islamik Pak Lah, keluarnya pemimpin PKR ke UMNO, keengganan DAP setia dalam BA, harapan kepada pentadbiran Pak Lah, kebanjiran undi hantu terutama di Kelantan dan Terengganu dsb.

Tetapi yang jadi highlight tetap dokumen Negara Islam. Walaupun itu cuma menjadi negatif kesan manipulasi BN, tetapi itu juga yang ditekan. Sebab apa?

Mungkin itu saja sebab yang boleh merosakkan imej TGHH dan TGHD. Point lain mana boleh jatuhkan 2 ulamak ini!!

Betul pepatah kata sejarah tidak pernah menipu. Tetapi orang selalu lupa, bahawa sejarah sering benar dimanipulasi...

22.5.10

Bercinta Hingga Ke Syurga..

Cerita mencari jodoh ibarat mencari permata di dalam timbunan kaca. Hati-hati mencari..hati-hati memilih..Andai tersilap langkah, mungkin luka sebagai ganjarannya..Menjadi mimpi ngeri seumur hidup..

Kerana hidup berdua bukannya seketika yang dipinta..Kekalnya cinta antara Adam dan Hawa dengan ikatan yang halal bertaut sehingga ke Syurga..

.........................................................................................................................

Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Tuhan yang maha esa. Tetapi bagaimana kita hendak mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Tuhan mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?

Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.

1.Bersahaja
Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.

2.Senang bersama
Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.

3.Terima kita seadanya
Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.

4.Sentiasa jujur
Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi
hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.

5.Percaya Mempercayai
Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.

6.Senang Bekerjasama
Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa
yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita
dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara
remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?

7.Memahami diri kita
Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa
kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur.
Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang
berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah,
dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.

8.Tampilkan kelemahan
Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.
Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.

9.Kata hati
Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Tuhan deria keenam yang
dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini
juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.

10.Mimpi
Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Tuhan. Manusia hanya perancang di
pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Tuhan memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat mimpi petunjuk. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...