Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

30.11.08

DENGAN NAMA ALLAH AKU MULAKAN SEGALANYA..


Dalam meniti hidup ini, terkadang rasa waktu berlalu dengan begitu pantas dan cepat..meninggalkan segalanya dalam lipatan jutaan memori yang terindah. Kekadang rasa pelik, kekadang rasa sedih, kekadang jua rasa terhibur dengan segala yang disimpan dalam citra kehidupan yang telah berlalu..Hurmm..apa lagi yang di dustakan dalam nikmat yang telah berlalu?Apa lagi yang tidak dapat membuatkan kita bertambah matang dalam menjalani kehidupan kini? Apa lagi yang membuatkan kita rasa sedih dan sebagainya,sedangkan janjinya tetap pasti? Apa lagi yang membuatkan kita lupa dan lalai sedangkan banyak sudah peringatan yang telah kita lalui? Kerana kita adalah seorang manusia, mungkin itulah yang kita rasakan selama ini..
Jiwa yang tenang adalah suatu kurniaan oleh pencipta yang Maha Adil lagi Maha Agung kepada hambanya. Terkadang kita meraba-raba dalam hidup ini mencari suatu pedoman yang terkadang tidak pernah wujud dan terbaik untuk kita. Bukankah segalanya telah terbentang di hadapan kita? Bukankah hakikat yang hakiki itu telah kita fahami dengan jelas dan pasti? Pelik benar jiwa makhluk yang bergelar manusia..di nobatkan sebagai insan yang di kurniakan akal lantas di calonkan mereka yang terhebat di sisiNya andai berjaya memenangi takhta dan makhkota ketaqwaan..Kerana kita adalah seorang manusia, mungkin itulah yang kita rasakan selama ini..
‘‘Ya Allah..seandainya diri ini adalah di kalangan hambamu yang engkau pilih untuk membawa panji islam Mu, engkau pancarkanlah nur kasih Mu ke dalam jiwa yang penuh noda dan nista ini..Namun janganlah di jadikan diri ini pembakar yang akan memusnahkan Nur Islam Mu seandainya tidaklah diri ini dikalangan mereka itu..Hanya pada Mu jua aku pohon segalanya..”

9.7.08

Lima Syarat Berbuat Maksiat


"Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat."

Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata:

"Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat."

Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya.

"Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata:

"Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezeki-NYA."

Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata:

"Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah?

"Ya!" tegas Ibrahim bin Adham.

"Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya!

Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati.

Ibrahim kembali berkata kepadanya:

"Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab:

"Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!"

Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata:

"Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?"

"Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu masih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim.

Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan:

"Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh"

Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar dan berkata:

"Wahai Ibrahim , mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?"

Ibrahim pun menjawab:

"Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata:

"Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya."
Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran.

"Mulai saat ini aku ingin bertaubat kepada Allah." katanya sambil teresak-esak.

Kesimpulan: JANGAN MELAKUKAN MAKSIAT.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...