Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

8.6.09

MALAYSIA TETAP TERBAIK!


Saya cukup bangga di lahirkan di bumi yang cukup bertuah ini. Bertuahnya saya bilamana di lahirkan dalam keadaan Malaysia sudah mencapai kemerdekaan dan bebas dari cengkaman Majin Buu dan Joker yang amat kejam dan jahat itu!

Terasa saya bertuahnya lagi bilamana menjadi anak perantauan di bumi orang!

Memang terasa bertuah teramat sangattttt!!

“Hujan emas di negeri orang, manakan sama hujan batu di negeri sendiri..”

Ibaratnya hampir sama dengan;

“Makan syawarma ( sejenis makanan arab ) di negeri orang, manakan sama makan budu di negeri sendiri!” (..kalau tiada kaitan, buat-buat la ada kaitan!Harap maklum – pesanan penaja ).

Ketika di Syria, saya ada bertemu dengan seorang abang yang datang untuk melaksanakan misi business beliau di Syria.

Seronoknya mendengar beliau bercerita tentang pengalaman beliau ketika merantau. Banyak juga tempat yang telah beliau jelajahi dalam melaksanakan misi membuat duit tersebut.

Antara cerita yang menarik perhatian para 'hadirin' dan saya sendiri, bilamana abang tersebut menceritakan pengalaman beliau ketika melalui detik-detik untuk masuk ke negara orang.

Laluan maut emigresan di airport!

Beliau menceritakan betapa seksanya melalui sekatan emigresan di airport di sesetengah tempat di negara orang.

Nak nak lagi golongan yang di lahirkan tidak bertamadun itu meminta 'tips' andai kita mahu melepasi sekatan mereka dengan mudah!

Beliau menyatakan, Malaysia tetap terbaik dari sudut layanan dan keprofesionalan bekerja di airport.

( rasanya kembang setiap inci badan mereka yang bekerja di airport Malaysia bilamana dengar di puji sedemikian rupa.. )

Saya juga tidak menafikan hal sedemikian. Malah ketika menerima layanan di airport Syria dan Arab Saudi yang teramat istimewa itu, terasa nak sangat suruh mereka belajar cara bekerja dengan Malaysia!

Malaysia tetap terbaik!

Bukan setakat itu sahaja, dalam banyak hal juga andai di bandingkan dengan Malaysia, saya yakin ramai akan bersetuju dengan pandangan saya yang Malaysia tetap juga terbaik dari pelbagai sudut.

Hebatnya pimpinan Malaysia samaada mereka dari pihak kerajaan mahupun pembangkang yang telah membawa Malaysia hebat di persada dunia seharusnya di puji dan di contohi oleh kebanyakkan negara.

Sekadar puji makhluk sesama makhluk..akhirnya kembali kepada Zat yang mengurniakan kehebatan tersebut..

Dan saya teramat yakin dan optimis, kehebatan yang telah dihiasi dengan pelbagai kejayaan itu andai ditambah dan di make up serta di touch up sikit dengan sedikit perencah rahsia, pasti Malaysia serta kepimpinannya akan dijadikan model negara contoh di seantero dunia!

Keyakinan saya berpaksikan kepada bukti yang kukuh!

Dan saya yakin, andai masuk court untuk lawan berhujah dengan Gani Patail mahupun Karpal Singh, tentu saya menang dengan jayanya!

Malah rahsia untuk menjadikan negara hebat dan digeruni serta disegani, terlalu amat ditakuti oleh anjing yahudi dan setan Amerika!

Manakan tidaknya, perencah rahsia tersebutlah yang akan meng “ka me ha me ha” kan mereka dari muka bumi ini!

Apa pun, perencah rahsia tersebut tidaklah susah sangat, cuma perlukan 2 bahan utama yang mencukupi, maka model serta hidangan yang bakal disajikan dan di hasilkan kemudian nanti amat lazat dan teristimewa!

Antara bahan-bahannya :

- Panglima yang bernama ‘PM’ yang beriman dan bertakwa ( p/s : kalau boleh jauhkan mereka yang bakal dijadikan PM dari melawati Monggolia! Sekadar langkah berjaga-jaga sahaja! harap maklum – pesanan penaja )

- Skuad kepimpinan berkuda yang bernama ‘Kabinet’ yang memenuhi citarasa Islam.


Akhir sekali, perencah rahsia yang sukar di cari dalam mana-mana lapisan bumi mahupun lapisan langit adalah penentu kesedapan segala-galanya.

al-Quran dan as-Sunnah!

Saya yakin, andai kedua-dua bahan tersebut diadunkan sehingga sebati tanpa perlu di tambah dengan ‘Pak Aji Naik Motor’, maka hidangan, model mahupun produk yang bakal di lahirkan selepas itu akan hebat dan terbaik!

Maka ketika saat itu, tak sia-sialah saya berbangga dengan tanah air ku.

Malaysia tetap terbaik ‘ketika itu’ dan selama-lamanya sehinggalah novel bumi di tamatkan ceritanya!

2.6.09

Izinkan diri ini mengadu kasih..


Sebenarnya saya pun tidak tahu apa yang perlu di tuliskan. Hampir 4 hari saya tidak mem ‘publishkan’ entry terbaru dan hari-hari tersebut jugalah adalah hari-hari ‘ujian’ yang amat getir bagi saya bersama adik beradik serumah yang lain. ..

Besok adalah hari terakhir saya menduduki final exam bagi tahun satu pengajian di sini. Dan hampir genap seminggu juga kami di uji dengan ‘ujian’ daripada Allah.

Satu persatu..

Allah jua yang mengetahui segala hikmah yang tersirat di sebalik tersurat. Terkadang bila bersama seramai 11 orang, terasa kuat; terasa manisnya ukhuah itu.

Namun terkadang juga sifat ‘lemah’ serta ‘tertekan’ menguasai diri..

Ya Allah….

Saya ingin sangat berkongsi di ruangan ini untuk ‘meluahkan’ sifat dan perasaan ‘basyariah’ yang tercipta sejak dari azali lagi. Namun, mungkin masa belum mengizinkan saya berbuat demikian.

Berkongsi tanda ‘memberi’, biarpun ia peristiwa yang ‘menyempitkan’ perasaan kita..

Izinkan diri ini ‘mengadu kasih’ pada ‘Kekasihku yang satu’..

27.5.09

HUSAM vs MAT SABU vs UST NASHA = TIMB. PRESIDEN


Muktamar PAS kali ke 55 bakal menyaksikan pelbagai perkara yang menarik untuk di tontoni. Selepas Pakatan Rakyat yang di dokongi oleh PAS, PKR dan juga DAP menang besar pada pilihanraya yang ke 12, pelbagai ujian dan peperiksaan yang sukar telah dilalui.

Bermula dari sekecil ujian ‘UPSR’ hinggalah sebesar ‘Phd’. Lulus atau tidak, panel pemeriksa yang di ketuai oleh barisan rakyat bakal menentukan natijahnya pada ‘result’ akan datang.

Kembali kepada cerita rumah tangga PAS. Sedari kecil hingga sekarang saya amat berminat mengikuti jalan cerita politik yang warna warni ini. Baik UMNO mahupun PAS, lembaran sejarahnya amat menarik.

Tambah menarik cerita PAS yang terkini adalah pemilihan kepimpinan dalam muktamar yang bakal berlangsung kurang seminggu lagi. Tahniah dan takziah buat Dato’ Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang atas pemilihan yang menyaksikan beliau ditaklifkan untuk kesekian kalinya menerajui Parti Islam untuk seterusnya.

Plot cerita menarik adalah second chairman yang menjadi hangat sehingga hampir hangit di perkatakan. Umum mengetahui, jawatan tersebut bakal menyaksikan pertandingan 3 penjuru yang bakal membawa ‘ideologi’ masing-masing dalam mencorakkan perjalanan parti untuk masa seterusnya.
Ustaz Nasharudin Mat Isa, penyandang jawatan timbalan presiden bakal menghadapi tentangan dari ‘abang-abangnya’ yang lain. Dato’ Husam Musa dan Haji Mohd Sabu adalah tokoh yang tidak perlu diperkenalkan lagi dalam arena politik semasa.

Kedua-duanya yang telah menyatakan kesediaan bagi merebut ‘takhta’ no 2 dalam rangking organisasi parti, telah membuatkan pelbagai ribut spekulasi melanda.

Andai kita perhatikan kembali, selepas pasca kepimpinan ulama’ diperkenalkan, kepimpinan PAS di pandu oleh mereka yang bertitlekan ulama’ dengan penuh nilai tarbiah. Bermula dari tahun 1983 kalau tidak salah saya, sehingga sekarang ( sebelum muktamar yang ke 55 berlangsung ), rentak sedemikian telah diterima pakai oleh seluruh ahli parti.

Kerusi yang menjadi kebiasaan tidak di pertandingkan ( sebab masing-masing rasa tak layak..) setakat ini adalah kerusi no wahid dalam PAS. Walaupun cawangan Bukit Bintang cuba me’reformasikan’ kerusi tersebut dengan memcalonkan Tok Guru Nik Aziz sebagai pesaing, namun segalanya tinggal impian sahaja.

Tumpuan sekarang beralih kepada kerusi no thani dalam PAS. Orang yang bakal membantu presiden dalam membawa bahtera perjuangan PAS itu sendiri.

Andai pada tahun 2003, kita menyaksikan pertarungan 3 penjuru yang sengit dan menarik antara ulama’ dalam merebut kerusi timbalan presiden PAS, ia lebih menarik dan unik pada kali ini.

Pasca PRU 12 adalah segalanya. PAS yang kini melalui dimensi baru dalam lanskap politik, juga terpaksa melalui situasi baru dalam kepimpinannya.

Segalanya menjadi baru bila golongan professional mula mengatur langkah dalam mengambil sistem pentadbiran dari golongan ulama’.

Bermula dengan isu ‘Govermant Unity’ yang menjadi taruhan jajaan dan lobi oleh mereka, ia seolah-olah dilihat ‘menangguk di air keruh’. Tambah menarik bilamana artikel Ustaz Nik Abduh dikeluarkan, ia seolah membenarkan keadaan yang berlaku dalam diam itu.

Saya tidak pasti akan jawapan yang diberikan oleh Dato’ Mustapa Ali berkenaan kempen yang di jalankan oleh pihak yang bertanding di ‘sniperkan’ kepada makhluk yang mana satu. Menariknya, beliau menyatakan yang kuat berkempen itu, payah diterima oleh perwakilan.

Siapa ye??



Cerita semalam hampir-hampir menaikkan merit Dato’ Husam dalam menggapai bintang didalam partinya. Beliau yang menarik diri dari program ‘Hujjah’ di tv 9 akibat penarikan diri oleh Dato’ Zahid Hamidi, menjadikan umum tertarik dengan keberanian beliau yang sentiasa berani berhujjah walau dengan siapa pun.

Hebat betul ‘Golongan Profesional’!!

Bukan nak cakap, sebelum ini pun kita dapat menyaksikan beliau dengan kapasiti peribadi pergi berjumpa dengan Ku Li dan timbalan presiden Gerakan bagi membincangkan perkara yang berlaku di Perak.

Dan hari ini, terpampang di ruangan atas Harakah daily.net akan artikel yang di tulis oleh beliau.

Saya tidak cakap yang beliau berkempen. Tapi..memang hebatlah Husam ni!

Strategi yang disusun oleh beliau, mendapat respon atau tidak, segalanya akan ditentukan oleh perwakilan dalam pemilihan kan datang.


Seorang lagi yang bertanding atas title ‘profesional’ adalah Abang Mat ( Mohd Sabu ) kita. Cerita perjuangan yang didokong oleh beliau memang tidak perlu di bicarakan.

Memang hebat!

Masuk keluar penjara, difitnah, di ISA kan, disaman dan sebagainya seolah menjadi makanan harian baginya. Siapa yang tak kenal Mat Sabu yang amat mengagumi akan kepimpinan Ayatollah Khomeini.

Saya rasa, ahli PAS yang ‘piau’ dan tahu benar akan latar belakang pemikirannya, tentu akan fikir dua kali sebelum memilih beliau untuk digandingkan dengan Tok Guru Hj Hadi..




Tinggalah Ustaz Nasharudin keseorangan yang mewakili title ulama’. Walaupun ‘Penarik Beca’ melabelkan beliau sebagai ‘tholabah’ dan menghentam beliau dengan pelbagai tohmahan, namun itulah keperibadian yang dibawa oleh Ustaz Nasha.

Sentiasa cool..( keluaran Jordan tuh..)

Saya pelik bilamana Ustaz Nasha di katakan tidak menolong dan membantu parti serta presiden dalam membawa parti kearah yang lebih cemerlang.

Mereka ini butakah? Atau sengaja tidak nampak? Bukankah kejayaan PRU 12 adalah jawapannya. Tidak cukup dengan itu, bukankah kejayaan dalam beberapa siri PRK yang telah berlangsung, juga sebagai merit tambah kepada Ustaz Nasha.
‘Govermant Unity’ adalah justifikasi kepada golongan tertentu untuk menyalahkan Ustaz Nasha. Peliknya, bukankah Ustaz Nasha sebagai timbalan sahaja yang diatasnya ada bos. Kenapa tidak disalahkan bos sahaja?

Benarlah saranan yang diutarakan oleh Ustaz Nasarudin Tantawi kepada Husam agar bertanding atas tiket presiden. Dasar yang didokongi oleh parti yang dilihat Husam sebagai sudah melencong, membuatkan Ustaz Din Tantawi menyarankan agar Husam bertanding atas tiket presiden sahaja, agar dapat membawa kembali parti keatas landasan yang sebenarnya.

Tahu..Kalau bertanding, ibarat memalukan diri sendiri..Biarlah di no 2 dulu..

Apa pun, Muktamar kali ke 55 adalah jawapan segalanya….



Yang berjuang dengan ikhlas Allah akan tunjukkan, juga sebaliknya..Sama-samalah kita nantikan!

26.5.09

AKU....MALU PADAMU..


Aku di bangunkan lagi. Hampir setengah jam waktu subuh berlalu. Aku masih gagal untuk solat tepat pada waktunya.

Tapi aku masih rasa macam biasa. Mungkin kerana ‘mamai’ kot. Aku sembahyang rasanya semacam ala kadar. Matahari masih lambat menjengah..

Study week. Merdeka hanya seketika sahaja..

Aku kembali rebahkan badan. Membuat kilang mimpi yang alpa..

Dalam keadaan lapar, aku kembali menjadi manusia dalam pukul 10 pagi. Aduhh..nak lapit perut dengan apa. Hurmm.. Makan je apa yang halal di makan..

Aku kembali membelek laptop. Exam hujung bulan. Study masih macam biasa. Ala, study awal-awal takut cepat lupa. Esok nak exam, baru ‘pulun’.

Rajinnya sahabat aku yang lain.. Kuat study.. Yang senior lagi tiada masalah. Pengalaman dah cukup mematangkan diri.

Aku lain..

Azan zohor berkumandang.. Dalam 20 minit, baru solat didirikan. Kejap lagi la sembahyang..

Lepas solat study sikit..Ala kadar juga..

Mengantuk la plak..Rest sekejap.. “Study tak boleh di paksa-paksa”, kata sahabat aku.. “Biar relaks…”.

Pening pula. Asyik tido. Asar hampir sejam sudah ‘pecut’ pergi..Satu terhenti, 10 masih
‘berjalan’..

Buat ‘ketupat’..

‘Melangut’ depan tv dan laptop..

Main game penuh khusyuk..

Buang masa….

Dah malam. Cepatnya... Nak baca Quran..Cerita menarik la pulak..Lepak la dulu..

Isyak..

Ish..kena study ni..

Belek kitab. Selak sehelai. Sehelai lagi..Dan sehelai lagi….

Menguap la pulak..Macam faham-faham la pulak..Besok la ‘start’ study betul-betul..

Tadi mengantuk.. Sangat-sangat pulak tu.. Ni terkebil-kebil la pulak..Pusing sini.. Pusing sana..

Tak nak lelap la pulak..

Tangan atas kepala..apa yang aku buat hari ni ye..Rasa macam kosong..

Bila bercakap tentang Islam pandai..perjuangan..mati syahid..Palestin..Ukhuah..Semangat Melayu..Bakal pemimpin..Hurmm..

Tapi.....

- Solat masih sambil lewa, tidak di awal waktu, walau aku tahu kelebihan dan seksa yang di janjikan..

- Berpagi-pagian itu adalah pintu rezeki yang terbaik..aku masih gagal..

- Zikir?

- Selawat?

- Matsurat pagi dan petang di mana?..rasanya sudah lama aku tinggalkan..

- Quran? Adakah tiap ayat masih ingat akan rupa aku lagi..

- Kitab yang tersusun, bagai hiasan pecantik ketika bergambar..

Exam hujung bulan..Study masih 20% lagi..Hebatnya aku..

Kena bangun buat sembahyang hajat ..berdoa kena banyak..

Tapi….aku malu..aku malu…

Bila dalam keadaan begini, baru aku nak berubah..baru terfikir amalan aku kurang.. Baru terfikir takut ‘kantoi’ dalam exam..




Baru terfikir, selama ini aku punya ‘Zat’ yang memerhati.. Sedangkan harian aku penuh dengan nista dan keji dosa tersembunyi..

Maksiat tangan..

Maksiat mata..

Maksiat telinga..

Maksiat hati..

Aku…malu padaMu.. Aku malu pada Mu untuk meminta..

Aku malu pada Mu, Ya Allah…………..

25.5.09

Kaedah Bacaan Iqlab Kita Salah?


Sebenarnya saya pun tidak pasti hendak meletakkan garisan yang mana satu yang betul. Saya yakin dan pasti selama mana kita rakyat Malaysia yang mempelajari ilmu tajwid akan selari dengan hukum yang di pegang dan yang di ajar.

Kadar bacaan bagi Iqlab adalah 2 harakat. Ini adalah ijmak ulama’ tajwid yang saya optimis kita semua ma’ruf akan keadaannya.

Dan saya pasti semua ma’ruf akan hal cara bacaannya juga. Apabila ‘nun mati’ bertemu dengan ‘ba’ maka cara bacaannya adalah dengan membuka sedikit mulut.

Itu adalah cara bacaan yang selama ini kita pelajari di Malaysia dan yang kita warisi sejak turun temurun.

Tapi saya tidak pasti adakah sahabat-sahabat dapat bersetuju dengan saya andai saya katakan wujudnya khilaf atau perbezaan mahupun percanggahan cara bacaan Iqlab!

Lagi power andai saya katakan cara bacaan yang selama ini kita warisi sejak turun temurun itu adalah salah!

Saya yakin sahabat-sahabat saya yang belajar di Shoubra tentu tidak sependapat dengan saya. Apatah lagi saya bukanlah mengambil ijazah pengkhususan dalam bidang al-Quran.

Sekadar diploma tahfiz..Itu pun ‘ceroi’ je..

Isu ini saya tersentak apabila saya bertemu dengan Ustaz Aleh Solihin, bekas pelajar Ma’ahad Fatah, yang terletak di Syria. Beliau adalah tenaga penggerak pertubuhan NGO PERSIDAM ( Pertubuhan Sinar Damsyik Malaysia ) yang berpusat di Shah Alam.

Pertemuan antara saya, juga 2 orang sahabat yang lain adalah bertujuan dan berbentuk teknikal sahaja. Dengan sepantas ‘gerak sejenak Goku’ ia menjadi Ilmiah.

“ Bagaimana cara bacaan Iqlab yang kamu belajar?”

Gaya lagak soalannya sepert SB. Kami terpingga seketika.

“ Hurmmm..buka mulut sikit Ustaz,” jawab Rashidi spontan. Saya dan Hafizan mengiyakan dengan penuh spontan juga.

“ Antum percaya andai ana katakan cara bacaan itu adalah salah?”

Kami ‘terkezut’ ( terkejut + buzz ). Aii..bid’ah apa pulak yang kami jumpa hari ini.

“ Sebenarnya cara bacaan yang betul adalah dengan menutup mulut. Itu yang sebenarnya. Saya tahu, kita dan ustaz-ustaz kita yang lain menerima kaedah bacaan Iqlab selama ini adalah dengan membuka mulut sedikit”.

“ Tapi sebenarnya cara bacaan sedemikian adalah salah. Ana pernah bertemu dengan ustaz-ustaz kita yang hebat dan mantap dalam bidang tajwid di Malaysia ini untuk bertanyakan masalah ini”.

“ Ana bawakan hal ini dan ana terangkan kepada mereka secara ilmiah. Mereka kata pada ana mungkin ini adalah khilaf.”

“ Tapi hakikat sebenarnya, ini bukan khilaf! Ini adalahkesilapan yang di bawa oleh seorang Syeikh di Mesir pada era 1940an”.

“ Dan akibat cara bacaan silap yang di bawa oleh Syeikh inilah yang menjadi pegangan kepada kita sejak turun temurun. Ana dalam proses untuk menghasilkan sebuah buku bagi menjelaskan kaedah cara bacaan Iqlab yang sebenarnya.”

Kami hanya mampu diam sahaja.

Ketika saya berada di Syria, saya cuba untuk bertemu dengan Masyayikh Qurra’ yang amat ma’ruf di seantero dunia Islam untuk bertanyakan hal ini. Rezeki tidak menyebelahi saya.

Namun jawapan yang sama juga saya temui dengan Syeikh Abu Mazin, syeikh talaqqi Quran bersanad saya di Syria.

Beliau juga menyatakan hal yang sama seperti yang di beritahu oleh Ustaz Aleh. Dan Syeikh Abu Mazin juga menyatakan tidak wujud khilaf dalam cara bacaannya.

Tentu saya thiqah dengan syeikh saya. Tambah-tambahan pula hafazan Quran yang beliau perolehi adalah bersanad sehingga ke Rasulullah. Mustahil benar beliau menyatakan akan perkara yang salah andai kenyataan dan kaedah bacaan yang beliau perolehi juga adalah bersanad!

Namun hal yang berlainan pulak saya jumpai di Jordan.

Ketika saya menanyakan kaedah bacaan Iqlab yang sebenarnya kepada Dr Jamal, Dr talaqqi Quran tidak bersanad ( kerana beliau tidak mempunyai sanad bacaan Quran ) saya dan sahabat-sahabat yang lain di Universiti, beliau menyatakan kaedah bacaanya adalah membuka mulut sedikit.

Saya ceritakan segalanya apa yang saya perolehi. Beliau sukar untuk menyatakan yang mana satu betul dan tidak.

“ Mungkin khilaf”.

Adakah wujud khilaf dalam kaedah bacaan iqlab? Adakah selama ini kita membaca dalam keadaan yang salah?..

Segalanya adalah perbincangan ilmiah. Sama-samalah kita positif ye!

22.5.09

ALAHAI BUDAK SYARIAH...


Itu yang boleh saya katakan..Bayangkan, azan baru habis dikumandangkan, maka mereka juga baru habis ‘menyepak bola’..masih menghadap laptop lagi..dengan penuh ‘selamber badak’ main game..menghadap tv tanpa ada perasaan..

Tak malu ke?

Ke dah hilang kemaluan?

Orang berebut nak ke masjid, mereka dengan penuh rasa kepuasan baru habis bermain dan ‘berlagho’..

Siapa mereka?

Pelajar Syariah!

Pengkhususan apa?

Fikh Usul..Belajar tentang hukum hakam..halal dan haram..Baik dan jahat..

Pengkhususan apa lagi?

Usuluddin..Belajar tentang aqidah..hadis nabi dan tafsir al-Quran..

Tapi..alahai pelajar syariah..takkan ilmu yang belajar tak menyusup masuk ke tulang sumsum..ke tersekat di bulu roma sahaja..aduhai..

Maka tidak hairan la, kalau pemandangan yang pelik makin ketara kelihatan..Orang yang tidak belajar agama ( secara khusus ) lebih menghargai agama berbanding ustaz dan ustazah yang ‘mengkhususkan agamanya’!

Saya pernah ditegur kerana kerap mengkritik mereka yang sealiran dengan saya..Saya terima saja..Tapi saya sekadar menyatakan pandangan sahaja..menasihati secara berhikmah juga..

Andai 2 orang budak syariah yang membaca artikel saya kemudian mereka sebarkan, maka ini juga adalah salah satu teknik nasihat yang up to date kan!

Pointnya..siapa yang makan belacan, maka gatal hidung la jawabnya! Takkan masih tak faham lagi..

Benarlah firman Allah swt dalam surah al-Maidah:

“……maka Allah akan datangkan satu kaum yang lain yang mereka itu akan sentiasa berkasih sayang diantara satu sama lain, berlemah lembut sesama orang mukmin dan bertegas dengan kaum kafir…..”

Kadang-kadang rasa bangga juga bila melihat pelajar perubatan yang terkedepan. Bercakap penuh berdalil bak seorang ustaz yang penkhususannya bidang fikh usul..Lembut dan bersopan bila bertutur..

Tapi rasa malu lebih menebal bila melihat pelajar syariah menjadi ‘mandul’..Saya yang melihat pun naik segan mendapati mereka yang sealiran dengan saya jadi begini..

Kerana itulah saya masih ingat ketika program PERTAMA anjuran MPPMJ di Irbid dulu ramai ajknya dikalangan mereka adalah pelajar JUST.

Seronoknya, ketika forum yang terdiri daripada pelbagai negara berlangsung, ahli panelnya yang tidak salah saya adalah pelajar perubatan, mengkritik akan peranan yang dimainkan oleh pelajar syariah secara terang-terangan!

Saya terkejut..malu..adush..

Saya menulis bukan bermakna saya adalah orang yang mempunyai autoriti dan hebat untuk dicontohi dan menegur. Tapi sekadar mengajak sahabat-sahabat agar melihat kembali akan peranan kita selaku mereka yang faham sedikit agama serta yang belajar akan bidang tersebut agar koreksi kembali apakah peranan kita sebenarnya.

Kita yang sepatutnya menjadi front liner dan leader kepada mereka yang bukan pengkhususan dalam bidang agama. Dan kitalah yang sepatutnya berfikiran dan strategik, kritiskreatif dan bijak berhujah dan berbicara.

Itu adalah permata syariah yang telah hilang!

Kita patut kembalikan semula!

Kita patut membina kembali semangat dan nafas baru sebagai dan selaku pemimpin dimasa akan datang!

Saya yakin andai di mobilisasikan kembali dengan baik dan teratur, pelajar syariah mampu kehadapan dan bakal melahirkan kembali produk yang bernafas dan berjiwa baru!

Inilah yang sepatutnya dan memang patut bagi kita lakukan.

Ayuh, pelajar syariah! Usah jadi ‘mandom’ dan ‘longlai’!

Segalanya bermula dari diri sendiri!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...