Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

29.11.12

PANAS : WAJARKAH DISTRUKTURKAN KEMBALI SIDANG PENGARANG HARAKAH ??


OLEH : DR AHMAD MUSA

 Muktamar PAS ke 58 telah melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang menjadi kenangan dan renungan untuk pimpinan, perwakilan, ahli dan penyokong PAS. Muktamar tahunan yang bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' diikuti dengan penuh minat oleh para penganalisis politik tanahair dan rakyat. PAS sejak sekian lama telah bertapak dalam jiwa kebanyakan rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan mahu supaya Islam itu dilaksanakan di bumi Malaysia.

 Keupayaan PAS dalam memposisikan kedudukannya di tengah-tengah kancah politik tanahair terutama di kalangan orang Melayu Islam sejak dahulu lagi dan kian terserlah sejak kebelakangan ini melalui kebijaksanaan politik yang dipelopori oleh kepimpinan ulama yang berjaya mengemukakan idea Gagasan Pakatan melalui Tahalluf Syiasi yang terjalin diantara PKR dan DAP. PAS bersama Gagasan Pakatan ini telah berjaya memposisikan kedudukannya dengan lebih strategik melalui pendekatan yang menembusi kaum dan bangsa,sehingga golongan rakyat non Muslim turut sama menyokong PAS dan mula berjinak dengan PAS. PAS dilihat mempunyai etika politik yang berasaskan agama dan ia lebih dipercayai dan diyakini. PAS dilihat mempunyai tahap akauntabiliti yang terserlah berbanding dengan parti-parti yang lain. Ketegasan PAS dalam pegangan dasar Islamnya sangat dihormati oleh semua pihak samada kawan dan lawan, ia sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pihak.

Inilah kerelevenan Kepimpinan Ulama yang berjaya menerajui PAS sehingga ke hari ini. Pada Muktamar tahunan ke 58 baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia DPPM sekali lagi tampil dengan membawa usul yang berani dengan mendesak supaya lidah rasmi PAS iaitu Harakah distrukturkan semula sidang pengarangnya. Bak kata pepatah “kalau tidak ada angin, sudah tentu pokok tidak bergoyang”. Sudah pasti DPPM mempunyai bukti dan alas an yang kukuh untuk membawa usul tersebut yang mungkin dipandang sinis oleh pihak-pihak tertentu. Usul berkenaan, yang dikemukakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti. Usul tersebut dibawa merujuk kepada asas yang sangat jelas iaitu isu yang melibatkan kredibiliti Harakah itu sendiri. Harakah adalah organ parti dan ia menjadi nadi penting kepada gerakan dakwah, tarbiyah dan politik yang diperjuangkan oleh PAS.

Apa yang ditimbulkan adalah berkenaan mutu pemberitaannya yang dilihat lebih banyak berpolitik sehingga mengenepikan aspek-aspek yang merangkumi dakwah dan tarbiyah. Dalam perbahasan usul tersebut, banyak contoh-contoh kualiti pemberitaan yang dibawa oleh Harakah yang tidak mencerminkan ia sebagai lidah rasmi PAS. Seperti yang dikatakan diawal penulisan ini, kepercayaan rakyat kepada PAS adalah kerana keutuhan prinsip dan asas Islamnya. Terdapat di dalam artikel yang disiarkan oleh Harakah sesuatu yang bukan menjadi agenda PAS tetapi menjadi agenda sesetengah pemimpin PAS antara artikel yang menyiarkan tentang “Islamist Democrat”. Ia mendapat tempat di dalam Harakah, sedangkan PAS tidak bersifat sedemikan dan PAS tidak pernah menyatakan mereka adalah pejuang demokrasi yang Islam. Islam bukan Demokrasi dan Demokrasi bukan Islam.

Bagi PAS, demokrasi hanyalah alat untuk melaksanakan Islam melalui ruang demokrasi dan ia bukan matlamat yang perlu diperjuangkan. Namun terdapat seorang dua pemimpin PAS yang terpengaruh dengan idea-idea mengarut tersebut dan pernah mendakwa dirinya Islamist Democrat dalam satu wacana ketika mewakili PAS. Artikel tersebut jelas bertentangan dengan Perlembagaan PAS, adakah pihak pengerusi dan lembaga pengarah Harakah serta sidang pengarang Harakah menyedari ia adalah satu kesalahan besar. Banyak lagi contoh-contoh lain yang menggambarkan betapa serong dan menyimpangnya Harakah sedangkan ia adalah lidah rasmi PAS. Harakah juga terlibat dalam mencanangkan idea bodoh Dr Aziz Bari dalam satu seminar yang menyatakan “Presiden PAS adalah liabiliti PAS”.

Pemberitaan yang menggambarkan kebodohan Harakah atau pemberitaan yang dirancang oleh “tangan ghaib” disebalik Harakah. Begitu juga gaya pemberitaan yang berkaitan dengan “Presiden PAS sedia bertanding di Pekan”. Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS adalah kepatuhannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama sekiranya beliau dicalonkan untuk Parlimen Pekan. Tetapi gaya pemberitaan Harakah senada seperti Utusan dan akhbar-akhbar lain. Terdapat berita yang ditulis oleh kolumunis yang pelbagai perkara termasuk mengolah artikel PAS FOR ALL dengan pemikiran dangkal dan syok sendiri yang tersasar daripada matlamat perjuangan PAS. Artikel sebegini pun dibiarkan bebas bersarang di dalam Harakah. Begitu juga harakahdaily yang turut terbabit dengan kesongsangan ini,antara berita yang disiarkan bertajuk “Hudud bukan isu sebenar menjelang PRU 13” yang dikemukan pendapat dan pandangan orang luar daripada PAS. Orang luar tersebut menyatakan supaya polemik tentang Hudud dihentikan segera menjelang PRU 13. Berita yang seumpama ini juga menjadi bahan berita Harakahdaily yang terang-terangan bertentangan dengan agenda PAS.

 Cukup…cukup sudah….Persoalan yang paling besar, adakah “tangan ghaib” yang sedang memacu Harakah tanpa disedari oleh pihak lembaga pengarah Harakah. Sehingga Datuk Mustafa Ali selaku Pengerusi Harakah turut terkeliru ketika menjawabnya dalam sesi penggulungan ucapan dasar Presiden berkenaan dengan usul Harakah. Beliau mengakui tentang kelemahan yang ada kepada Harakah. Kelemahan itu katanya berkait ruang lingkup laporan berkaitan parti yang tidak dapat dipenuhi secara semua sekali seperti dikehendaki ahli, kerana terpaksa menjadikan akhbar harakah juga sebagai akhbar rakyat dan bukan untuk ahli sahaja. Beliau berkata "Kita nak sampaikan kandungan Harakah ini kepada seluruh lapisan masyarakat. Kalau buat berita parti sahaja, hanya orang PAS lah yang baca,".

 Jelas sekali Pengerusi Harakah membaca Harakah tetapi gagal menghayati pemberitaan yang dibawa oleh Harakah. Isunya bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan pembaca yang pelbagai latarbelakang tetapi terdapat berita dan artikel yang bertentangan dengan dasar dan agenda PAS. Cukuplah beberapa contoh yang dikemukakan disini untuk menggambarkan betapa siding pengarang Harakah perlu distrukturkan kembali sekiranya Harakah benar-benar berdiri sebagai organ PAS. Sewajarnya Lembaga Pengarah Harakah melakukan siasatan segera sekiranya terdapat ‘tangan ghaib” yang cuba memacu Harakah mengikut selera mereka. Pengerusi dan ahli lembaga pengarah Harakah perlu bertindak segera tanpa membuang masa lagi, Harakah mempunyai identitinya yang tersendiri dan ia adalah organ PAS yang cukup penting dan sekaligus menggambarkan maruah perjuangan PAS.

6.10.12

TAMPARAN BUAT BARAT ?? : JANET JACKSON PELUK ISLAM




Dunia hiburan sekarang sedang hangat memperkatakan tentang penyanyi terkenal, Janet Jackson telah memeluk Islam. Menurut laporan alarabia.net Janet dan tunangnya, jutawan berasal dari Qatar, Wissam Al Mana dilaporkan akan melangsungkan perkahwinan di Doha, Qatar tahun hadapan mengikut cara Islam.

 Bagaimanapun dia memilih untuk merahsiakan status agamanya daripada pengetahuan para peminat. Seorang penulis terkenal Turkey, Adnan Oktar atau lebih dikenali dengan nama pena Harun Yahya turut menyebut bahawa Janet Jackson, 46, sudah memeluk Islam mengikut jejak langkah abangnya, Michael dan Jermaine Jackson. Menurut portal itu lagi, perkahwinan itu akan menelan belanja 20 juta dollar (RM60juta) dan menjadi antara paling mewah serta bersejarah pada abad ini. Janet dan Wissam dikatakan akan mengundang 500 tamu yang diterbangkan khas dari seluruh dunia dengan menggunakan pesawat peribadi. Mereka juga akan memberikan jam tangan Rolex sebagai cenderahati perkahwinan untuk tetamu. Sementara itu, Janet telah menjalin hubungan bersama Wissam yang berumur 10 tahun lebih muda daripadanya sejak tahun 2010 lagi. “Ibu mendidik kami agar percaya bahawa umur hanyalah sekadar nombor. Kesemua adik beradik kami akan terus memberitahu umur kami kerana ia menunjukkan secara mental di mana kamu dan bagaimana kamu berfikir tentang diri kamu sendiri. Ia bukanlah masalah,” katanya.

4.10.12

DALAM PAS TIDAK BOLEH ADA SYIAH!

Alkisahnya, kebelakangan ini, ramai sangat orang memperkatakan tentang syiah. Bermula dengan revolusi yang berlaku di Bahrain dan juga Syria, ia semua berkaitan dengan Syiah. Kalau di Bahrain, Syiah cuba bangkit membuat revolusi untuk menjatuhkan pimpinan ASWJ, manakala di Syria, kepimpinan Syiah pula bertahan dengan kebangkitan rakyat yang majoritinya ASWJ.

Apapun, Iran tetap berwajah huduh apabila menyokong revolusi di Bahrain tetapi menentang keras pula revolusi di Syria!

Di Malaysia, syiah sudah lama bertapak walau secara kelompok kecil-kecilan. Bermula seawal revolusi yang berlaku di Iran, dotrinisasi syiah di sebar meluas hingga kini. Dari kanak-kanak sehinggalah ke tua kerepot.
Fatwa kebangsaan sudah lama mengeluarkan arahan bahawa hendaklah di jauhi serta tidak didekati syiah kerana ia bertentangan dengan cara manhaj yang selama ini di amalkan oleh rakyat Malaysia. Malah, kalau kita kaji sekalipun, firqah syiah yang paling dekat dengan ASWJ hanyalah syiah zaidiyyah. Itupun ramai ulama’ mengatakan bahawa ia hampir pupus atau sudah tiada lagi di atas muka bumi ini.

Yang ramainya adalah puak dan juak syiah yang beraliran mengkafirkan Ummul Mukminin serta para sahabat seperti Rafidhah. Malah yang terkini syiah Nusairiah dan Alawiyah yang bertuhankan Saidina Ali seperti yang di amalkan oleh Bayar Assad laknatullah, Presiden Syria.

Atas sebab prinsip serta pegangan songsang itulah, syiah tidak boleh ada dalam Pas!

Pimpinan samaada yang memegang jawatan di peringkat pusat dan negeri hatta kawasan mahupun bertitle ‘YB’ juga tidak boleh tidak bersikap Tasyyayu’ atau cenderung kearah pemikiran syiah!

Kerana ia adalah barah yang lebih parah dari segala penyakit barah yang ada di atas muka bumi ini. Dalam diam ia membunuh!

Saya tidak mahulah sentuh seorang blogger ‘katang’ yang suka menulis bagaikan laksamana maklumat yang banyak mengetahui isi dalaman Pas yang secara terang-terangan mengakui menganuti ajaran syiah. Yang peliknya, bagaimanalah ‘pimpinan’ Pas yang mendedahkan rahsia dalaman kepada dia boleh mempercayai dan ‘memuntah’ darah maklumat kat mamat kerepot tu..pelik pelik..

Atau pun yang terkini pendedahan ekslusif mengenai salah seorang pimpinan negeri rakan komponen Pakatan Rakyat, yang di katakan juga menganuti ajaran penyembah ‘faraj’ wanita, yang tersebar secara meluas di laman FB..saya tidak berminat dengan politik mereka..

Cumanya, orang muda macam saya dapatlah menarik nafas lega apabila demontrasi anjuran Pemuda Pas di bawah Unit Amalnya bersikap tegas serta bertindak cepat dengan menghalau provokator syiah yang cuba membuat provokasi membawa bendera serta gambar pimpinan mereka ketika demontrasi sedang berlangsung.

Lebih tenang lagi apabila Ketua Pemudanya, Ustaz Din Tantawi sekali lagi menegaskan yang dasar pegangan aqidah Pas adalah ASWJ serta menolak sebarang virus syiah di dalam Pas.

Bravo Ustaz!

Tinggal lagi, masih ada segelintir ( pimpinan ?? ahli??? ) dari kalangan pendokong Pas yang agak cenderung kearah pemikiran syiah. Saya pun tidak pasti apa yang mereka tahu mengenai syiah sehingga seronok benar hendak menjadikan perjuangan syiah terutama syiah Iran sebagai inspirasi atau hujjah untuk mematahkan pihak lawan atau menaikkan motivasi dan semangat juang dalam diri.

Apa, sudah tidak adakah motivasi serta inspirasi perjuangan yang di dokong oleh mujahid ASWJ??

 Apapun, syiah dan Pas umpama air dan minyak..memang tidak boleh di satukan. Melainkan syiah bertukar 
menjadi air, baru ok J



23.8.12

PENJELASAN DARI SYEIKH AL-YAQOUBI MENGENAI PENDIRIAN DR RAMADHAN ALBOUTI TENTANG ISU SYRIA!

Sumber
Transkrip terjemahan daripada seorang ulama yang disegani, Sheikh Muhammad al-Yaqoubi mengenai isu Ulama Syeikh Dr Bouti yang menyokong rejim zalim Syria. Isu ini telah lama berlegar dan menyebabkan fitnah di kalangan umat Islam yang mengenali beliau. Sangat banyak iktibar yang boleh diambil dari sini dan ianya boleh menjadi kayu ukur bagi masyarakat awam dalam melihat dan menilai isu ini.

Semoga Allah merahmati kedua-dua ulama' ini. Hafizahumullah.
--------------------------------------------------------------------------------

Adakah Syeikh Dr. Buti seorang mujtahid dalam menyokong rejim Syria?

Daripada Yang Mulia Sheikh Muhammad Al-Yaqoubi

Soalan:

Yang Dikasihi Shaykh Muhammad al-Yaqoubi,

Yang mana satu antara dua kategori berikut Dr. Bouti dikategorikan, berdasarkan pendiriannya terhadap rejim Syria:

a) Ulama yang telah melakasanakan ijtihad dan membentuk satu pendapat, yang pada pandangan beliau adalah demi kepentingan umat Islam, tetapi dia telah membuat kesilapan dalam ijtihad ini dan ganjaran pahala buatnya untuk ijtihadnya . Walau bagaimanapun, ia adalah perlu bagi ulama lain untuk memberitahu kebenaran dan pandangan yang benar dan pada masa yang sama, orang-orang yang memperkecilkan dia berdosa terhadapnya.

b) Atau adakah beliau seorang ulama yang telah memungkiri (a) yang telah menjadi ejen Nusairi dan juga beliau telah mejadi musuh kepada Islam dan juga menjadi penyokong musuh Islam? Oleh itu perlu bagi setiap ulama untuk mendedahkan beliau dan memberi amaran terhadapnya secara sepakat dan meletakkan satu pengakhiran kepada konflik di antara mereka yang menyokongnya dan mereka yang menentangnya?

(a)- (kita mengharap supaya ia tidak berlaku dan semoga Allah SWT memberi jaminan keselamatan kepadanya)

Atau jika ianya adalah dilema antara kedua-dua kedudukan, maka adakah lebih baik untuk berdiam diri [mengenai Dr Buti] dan mengambil pendapat yang baik selaku seorang Muslim? Dan adakah ianya satu dosa untuk memperkecilkan beliau dalam kes ini?

Kami meminta Sheikh untuk memberikan jawapan yang menyeluruh – moga moga diberi ganjaran untuknya sehingga pada hari kiamat; kerana orang awam sangat resah untuk jawapan yang meyakinkan daripada seorang ulama yang soleh seperti anda. Semoga Allāh SWT memberi jaminan keselamatan pada Sheikh dan meningkatkan pangkat keturunan terdahulu Sheikh dalam syurga yang tertinggi.
---------
Jawapan:

Segala puji bagi Allah SWT, salam dan rahmat ke atas sebaik-baik ciptaan, penghulu kami Muhammad SAW dan ke atas keluarga dan sahabat-sahabatnya.

Terdapat syarat-syarat, kaedah-kaedah dan peraturan-peraturan yang mengawal ijtihad dan terdapat perbezaan yang besar antara apa yang dianggap sebagai ijtihad yang diterima dan paten antithesis (pendapat yang ditolak kerana bertentangan dengan prinsip); perbezaan antara ijtihad yang diterima dan pendapat yang aneh ialah Ijtihad orang-orang yang diterima akan diberi ganjaran walaupun mereka telah tersilap dalam penghakiman mereka, tetapi hanya pada keadaan bahawa kesilapan mereka jatuh dalam kaedah-kaedah yang boleh diterima undang undang penafsiran (Tambahan : Al-Quran dan Sunnah)

Oleh itu, tidak semua orang yang menjalankan ijtihad akan diberi ganjaran untuk tindakannya. Malah, sesetengahnya mungkin mendapat dosa berbuat demikian. Sebagai contoh, dalam kes yang buta huruf atau orang biasa yang tidak mempunyai alat-alat yang diperlukan, kemahiran dan pengetahuan untuk ijtihad, dan dia berijtihad dalam hal-hal agama, maka dia hendaklah dikecam dan didisiplinkan. Begitu juga, seorang mufti yang memberikan fatwa berdasarkan pendapat yang tidak menepati kayu ukurnya atau pendapat yang tidak sahih. Dia perlu dikritik dan ditegur. Jika dia tidak berhenti, dia hendaklah diharamkan daripada mengeluarkan fatwa. Ulama mengatakan,

Tidak semua perbezaan adalah layak dipertimbangkan,
Kecuali suatu perbezaan yang layak diberikan merit.

Adapun hadith yang bercakap tentang hakim, telah dinyatakan; supaya mujtahid yang tidak berkelayakan tidak dimasukkan. Kerana ianya bercakap berkenaan mujtahid yang mempunyai alat dan layak untuk memperolehi keputusan dalam isu di tangan. Dalam zaman kita, kita bercakap tentang ijtihad yang terhad, bukan ijtihad umum. Di sini, 'terhad' ertinya menjalankan ijtihad dalam isu tertentu yang tidak disebut dalam teks awal; oleh "terhad" di sini kita maksudkan terhad kepada isu tertentu bukan kepada undang-undang mazhab.

Untuk mendapatkan jawapan kepada soalan tertentu, mujtahid mesti memperolehi syarat ijtihad, seperti sumber perundangan, mengetahui pelbagai pendapat dan cekap dalam pemeriksaan dan analisis prinsip-prinsip dan kaedah-kaedah. Kita tidak mempertikaikan bahawa Dr. Buti mempunyai kualiti dan kemampuan ini - jika dia tidak mempunyainya, tidak ada orang lain yang akan mempunyainya.

Walau bagaimanapun, ada lagi syarat yang diperlukan untuk membuat fatwa, sains fatwa diperlukan di sini, ianya sesuatu yang merangkumi pengetahuan masa, tempat dan persekitaran penyoal. Kerana, "seseorang yang tidak memahami zaman dia hidup bukanlah seorang ulama" dan dia tidak dibenarkan untuk mengeluarkan fatwa. Warzāzātī [d.1166 AH] berkata dalam komentarnya terhadap Lāmiyah Zaqqāq [Didactic Poetry mengenai prosedur mahkamah]: "Penghakiman dan fatwa, masing-masing adalah kraf yang perlu dipelajari. Setakat pengetahuan tentang fiqh tidak mencukupi. Kerana memahami semuanya seperti qađā dan fatwa, adalah kelebihan yang melebihi pengetahuan pendapat fiqh, kerana ia memerlukan keupayaan ciri-ciri untuk menyiasat dan memperolehi. Ibn 'Arafah berkata bahawa "ia adalah keupayaan untuk teliti dan memeriksa juzuk dan secara spesifik memahami semua sifat-sifatnya, yang kehadiran atau ketiadaan mereka boleh menukar sesuatu hukum".

Saya tidak menganggap pendapat Dr Buti, semoga Allāh SWT melindunginya, sebagai suatu kesilapan yang boleh mendapatkan pahala. Kerana, beliau tidak layak untuk ijtihad dalam perkara ini [rejim Syria,]. Beliau telah tersilap pada masa lalu untuk menunjukkan pemahaman beliau terhadap masa dan keadaan di mana kita hidup. Beliau jatuh dalam kesilapan itu pada masa lalu dan ia bukannya satu perkara baru. Satu contoh yang paling terkini adalah fatwa yang beliau keluarkan sepuluh tahun lalu, yang muncul dalam majalah perubatan, Doktor anda [tabībak] dimana dia membenarkan suami melihat video lucah dengan niat untuk memperbaiki hubungan pasangan dengan isteri. Fatwa ini menerima banyak bantahan dan ia menunjukkan kekurangan Shaykh tentang pengetahuan hal ehwal semasa dan terlupa peraturan-peraturan undang-undang dan etika yang diperlukan mufti.

Terdapat beberapa sebab-sebab pendirian syeikh dan mungkin dua berikut adalah yang paling buruk.

Yang pertama dia tidak mempunyai maklumat keadaan, kecuali hanya dari satu sisi, iaitu sisi rejim. Jadi dia percaya apa yang dia dengar pertama kali, seolah-olah dia adalah orang yang dinyatakan oleh Ibn Tathriyah:

My love for her stroke me before I experienced love,
It chanced upon a vacant heart and dwelled in it.
(mohon maaf kerana tidak menterjemah puisi yang agak tinggi ini)

Ibn Abi Zayd al-Qayrawānī berkata dalam Epistle beliau, dan ia pada asalnya dikatakan oleh Tuan Ali, semoga Allāh SWT memuliakan wajahnya yang diberkati, "hati yang mudah menerima merit dan kebaikan adalah hati di mana kejahatan tidak pernah terlintas sebelumnya".

Jadi inilah sebab mengapa Dr. Bouti tidak menerima sebarang laporan mengenai Revolusi daripada sumber-sumber lain selepas dia telah menerima propaganda rejim. Ini adalah kerana hubungan rapat beliau dengan beberapa pegawai kanan rejim. Ianya telah mempengaruhi keputusan beliau dan dengan itu, beliau melihat segala-galanya dari prisma rejim dan mengulangi propaganda mereka itu tanpa beliau menyedari hakikatnya. Biasanya seorang yang baik dan benar adakala merasakan semua orang lain juga adalah baik dan benar seperti dirinya sendiri. Ini adalah hasil daripada bertahun persahabatan dan hubungan yang baik dengan orang kuat di dalam rejim itu.

Yang kedua ialah permusuhan beliau dengan Salafi dan Ikhwan Muslimin ke titik bahawa dia telah memilih sisi musuh Allāh untuk mengalahkan mereka! Beliau percaya propaganda rejim bahawa semua yang memberontak adalah Wahabi, yang akan membakar dan merobohkan makam orang-orang Alim Islam, seperti yang mereka lakukan di Libya. Memang benar, Salafi dan Ikhwan adalah antara yang pertama untuk menyertai revolusi (kebangkitan); ia adalah disebabkan oleh ideologi revolusioner yang meluas dan biasa dalam wacana mereka; manakala mereka juga popular di kalangan pencari ilmu. Namun, revolusi ini adalah revolusi orang Sunni agama Islam, yang tertakluk kepada pemerintahan diktator kejam, dan penindasan dan penyeksaan zalim.

Walaupun kita berbeza dengan Salafi mengenai beberapa isu; dan kita berbeza dengan Ikhwan dalam beberapa pandangan politik mereka, tetapi Islam menyatukan kita dan sekarang Jihad menentang rejim menyatukan kita. Kita tidak boleh bayangkan diri kita menyebelahi musuh-musuh Allah terhadap mereka. Revolusi ini bukan revolusi MEREKA, walaupun mereka adalah antara yang pertama untuk menyertai. Kami menyertai revolusi ini dari awal, ramai ulama, imam, sufi, dan orang biasa menyertai revolusi kerana pendirian kami dan pernyataan kami.

Briged Sufi juga telah dibentuk untuk melawan rejim. Dan bersama briged yang mengguna nama Taqiyuddin Ibn Taimiyyah itu juga terdapat satu pasukan dalam nama Muhiyuddin Ibn Arabi. Ini adalah kepelbagaian revolusi yang merupakan satu fakta yang kita perlu terima, sama ada kita suka atau tidak.

Dr Bouti mesti memahami perkara ini dan tidak harus menghadkan revolusi untuk kumpulan tertentu atau briged tertentu. Malah, tidak ada sebuah bandar atau kampung di Syria, yang belum menghantar lelaki berani dan askar berani untuk melawan jenayah, rejim zalim dan kejam. Tiada bandar atau kampung juga telah terlepas dibunuh tanpa belas kasihan oleh rejim ini atau terlepas daripada penindasan rejim ini.

Kami mengkritik Shaykh kerana beliau tidak bersama-sama dan menyokong revolusi. Kalaulah dia memilih untuk berdiam diri, kita akan menerima perkara tersebut dari beliau dan kita akan menerima ia sebagai satu kesilapan penghakiman dan akan memutuskan bahawa dia juga mendapat pahala, kerana ia adalah satu ijtihad yang diterima, walaupun pada hakikat ianya adalah salah. Tetapi beliau telah melampaui batas tersebut malah aktif bersubahat dan membantu raksasa, pembunuh dan penjenayah dengan memuji mereka dan bercakap berpihak kepada mereka. Dengan berbuat demikian, beliau telah melanggar sempadan ijtihad yang boleh diterima dan diberi ganjaran.

Begitu juga, kita tidak mempersoalkan niatnya atau keadaan pemikirannya, kerana kita tidak mempunyai keraguan bahawa dia adalah seorang yang baik. Kita tahu syekh dan ibadah beliau dan zuhudnya, dirinya menghalang dari keinginan dunia dan usaha beliau untuk mendapatkan keredhaan Allah swt; cintanya bagi orang-orang yang soleh dan keikhlasan beliau untuk berkhidmat kepada Islam. Walau bagaimanapun, ini hanya sebahagian daripada apa yang diperlukan bagi ulama fatwa, seperti yang kami terangkan tadi. Salah satu ciri-ciri yang paling penting mujtahid mesti mempunyai kecerdasan akal yang tajam dan kebijaksanaan.

Kerana pengetahuan kita mengenai niat baik syeikh dan keikhlasan beliau dalam Islam, kita hanya menyalahkannya, tetapi tidak menghukum beliau sebagai murtad. Ia juga kerana ini, kami telah menyampaikan pandangan kami dengan menghormati beliau dan tidak menyetujui orang-orang lain yang memperkecilkan beliau, dan kami juga tidak menggalakkan penghinaan kepada beliau. Walau bagaimanapun, prihatin berkenaan tidak bermakna bahawa kita harus berdiam diri tentang kesilapan beliau. Pengetahuan adalah harta di kalangan ulama dan tiada satu ulama pun yang boleh memonopolinya.

Shaykh Muhammad al-Yaqoubi

(Penterjemah : Bro Muaz -Pengunjung RMBRS)

3.8.12

PANAS! : RESPON BALAS USTAZ ABU BAKAR CHIK TERHADAP BUKU PANAS DR YUSUF RAWA!

Respon Terhadap Buku Rejuvenasi PAS oleh Dr Mujahid Yusof Alhamdulillah saya telah membaca buku Dr Mujahid Yusof Rawa yang bertajuk Rejuvenasi PAS: Idea Realiti Aplikasi ke arah Aspirasi Massa, sebagai buku Menuju PAS Baru II. Di dalamnya terdapat tajuk-tajuk penting membicarakan landasan-landasan baru untuk membentuk sebuah perubahan melalui pembinaan Parti Islam se-Malaysia (PAS) yang diberikan tenaga baru kepemudaan melalui saranan-saranan yang dibuat oleh beliau.

 Saya memilih tajuk kecil “Pelabelan PAS sebagai Parti Keagamaan” pada muka surat 119 untuk diulas. Walaupun tajuk kecil ini dimasukkan di bawah tajuk Tajdid Organisasi, tetapi ianya merupakan unsur yang paling dasar dan paling asas dalam penubuhan PAS itu sendiri. Dr Mujahid menulis “PAS kemungkinan dipersepsikan sebagai parti agama yang dikuasai oleh golongan agamawan di mana persepsi ini akan membawa implikasi bahawa PAS dipimpin dan dikuasai oleh golongan agama atau rijaluddin dalam Bahasa Arab (dalam hal in ulama’)”.
Kemudian beliau memetik daripada Dr Yusof al-Qordhowi: “Kita tidak pernah mengenali sistem ‘orang agama’ atau klerikal sebagaimana yang terdapat dalam kehidupan gereja.” Kemudian Dr Mujahid menyimpulkan “Kemungkinan persepsi orang ramai terhadap PAS sebagai parti orang agamawan ada kebenarannya sekaligus menghalang PAS untuk benar-benar menzahirkan dirinya sebagai parti yang merangkul semua pihak dalam slogan ‘PAS For All’ yang dilaungkan. Ini juga menjejaskan peluangnya mendapatkan sokongan yang lebih meluas”.

Tidak dapat dinafikan bahawa PAS adalah sebuah parti keagamaan kerana tujuan penubuhannya adalah untuk “Memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat dan pemerintahan yang terlaksana di dalamnya nilai-nilai hidup Islam dan hukum-hukumnya menuju keredhaan Allah” (Perlembagaan PAS Fasal 5). Iaitu sebuah parti yang tunduk kepada dasar-dasar Islam yang menjadi syariat akhir zaman. Seperti yang telah disyariatkan kepada Nabi-Nabi terdahulu dan berterusan sehingga hari kiamat sebagaimana yang difirmankan oleh Allah yang bermaksud "Allah telah menerangkan kepada kamu - di antara perkara-perkara ugama Yang ia tetapkan hukumNya - apa Yang telah diperintahkanNya kepada Nabi Nuh, dan Yang telah Kami (Allah) wahyukan kepadamu (Wahai Muhammad), dan juga Yang telah Kami perintahkan kepada Nabi Ibrahim dan Nabi Musa serta Nabi Isa, iaitu: "Tegakkanlah pendirian ugama, dan janganlah kamu berpecah belah atau berselisihan pada dasarnya". (al-Syura:13) http://www.buletinonline.net/images/stories/berita63/rejuvenasi%20pas.jpgSejarah membuktikan PAS adalah parti keagamaan dan menjadi identiti yang tidak terpisah selama-lamanya.

 Di antara sarjana yang menulis mengenai PAS sebagai parti agama ialah John Funston dalam Politics in Malaysia: A Study of PAS and UMNO. Beliau menyatakan PAS merupakan sebuah parti politik yang berorientasikan agama kerana tokoh-tokoh yang mengasaskannya adalah orang yang berlatar belakangkan pendidikan agama. Sebahagian besar pemimpin parti itu diwakili oleh orang-orang yang berpengetahuan agama, terutamanya guru-guru agama. Funston menyatakan dengan perjuangannya yang berlandaskan falsafah politik Islam, PAS adalah sebuah parti politik yang mempunyai ideologi yang jelas. Ideologi PAS juga mempunyai aspek-aspek praktikal seperti dalam pendekatannya di bidang Islam dan ekonomi yang dijelaskan secara menyeluruh dan sistematik.

 Parti itu menentang segala unsur yang bercanggah dengan dasar perjuangannya, terutamanya anasir mungkar dari Barat seperti tari menari, muzik yang melalaikan, kegiatan seks bebas, perjudian dan minum arak. Funston juga membandingkan perbezaan dasar perjuangan PAS dengan UMNO di mana PAS adalah berlandaskan falsafah politik Islam dan menolak sekularisme sedangkan UMNO menyokong sekularisme (J. Funston,1980:102,135,148&161). Shafie Ibrahim dalam The Islamic Party of Malaysia: Its Formative Stages and Ideology juga mengakui PAS sebagai parti agama kerana perjuangannya hendak mendaulatkan Islam.

 Jika Islam ditafsirkan seperti yang difahami oleh PAS, maka ia adalah sebuah parti agama. Pemimpin PAS percaya kepada ideologi atau doktrin yang membezakan parti itu daripada parti-parti politik lain. Ciri paling nyata dalam pernyataan politik parti itu ialah berlandaskan Islam dan Islamlah yang menjadi matlamat akhirnya. Komitmen PAS adalah menyeluruh di mana parti itu bersuara atau menjelaskan ideologinya mengikut fahamannya terhadap Islam yang berasaskan nas-nas al-Qur’an dan al-hadith yang menjadi sumber rujukannya. Shafie menyatakan PAS melihat Islam secara keseluruhannya dan menerimanya sebagai ideologi yang lengkap. Penerimaan PAS terhadap Islam merangkumi semua aspek ajaran Islam seperti politik, ekonomi, sosial dan lain-lain. PAS melihat Islam dalam bentuk yang sepadu dan berinteraksi di antara satu dengan lain sehingga membentuk struktur yang organik, iaitu tidak tepisah.

PAS menganjurkan Islam sebagai satu cara hidup yang lengkap (Shafei Ibrahim,1981:79,94,95&101). Dasar PAS ialah Islam dan PAS memperjuangkan wujudnya di dalam negara ini sebuah masyarakat yang hidup dengan nilai-nilai Islam dan pemerintah yang melaksanakan hukum Islam (Perlembagaan PAS,Fasal 3&5(1)). Dengan meletakkan Islam sebagai dasarnya PAS memperjuangkan cita-cita Islam secara berterusan (Yusof Rawa, 1983). Dalam memperjuangkan cita-cita itu, PAS tidak menjadikan medan politik sebagai satu wasilah semata-mata, tetapi juga terlibat dalam bidang dakwah, pendidikan, kebajikan, ekonomi dan lain-lain aktiviti. Ahli-ahli parti itu digerakkan secara aktif dalam program tarbiah sama ada di masjid, surau dan lain-lain pusat pendidikan. Mereka disemarakkan dengan budaya ilmu secara berterusan. PAS meletakkan kalimah suci "Allah Akbar" sebagai seruan dalam perjuangannya.

 Seruan itu merupakan satu amanah sebagai "Khalifah Allah" di muka bumi bagi melaksanakan perintah Allah swt secara syumul. Bagi merealisasikan amanah itu, PAS menggerakkan aktivitinya melalui keputusan mesyuarat atau majlis syura ulamaknya. Parti itu berjuang menyeru masyarakat untuk menegakkan hukum Allah swt dan sunnah Rasulullah saw menerusi dakwah secara lisan, tulisan dan amalan (Perlembagaan PAS, Fasal 4&6(1)). Pemimpin-pemimpinnya memberikan penjelasan dan penerangan kepada masyarakat menerusi ceramah, dialog, diskusi dan lain-lain ke seluruh Malaysia. Risalah-risalah dan buku-buku diterbitkan untuk mengukuhkan kefahaman masyarakat tentang ajaran Islam. PAS memperjuangkan Islam sebagai akidah dan syariah (Perlembagaan PAS,Fasal 6(2)).

 Masyarakat diajak berpegang kepada akidah yang benar kerana ianya melahirkan penyerahan diri kepada Allah swt dan menerima segala hukumNya (Abdul Hadi Awang, 1985:37). Isu yang membabitkan akidah menjadi bahan utama di dalam ucapan pemimpin-pemimpin PAS samada di Dewan Undangan Negeri, di Dewan Rakyat, di Dewan Negara dan di luar ketiga-tiga dewan itu. Isu sekularisme, ajaran sesat, Islamisasi dan murtad adalah antara isu-isu yang ditangani secara serius oleh pemimpin-pemimpin parti itu. PAS menentang habis-habisan sebarang ajaran sesat dan gerakan murtad yang menghancurkan akidah umat Islam di negara ini. Pendapat penulis untuk mengeluarkan PAS sebagai parti keagamaan mendorong kepada dua keadaan. Pertama: PAS meninggalkan urusan utamanya (core business) mengenai Islam dan Melayu dan kedua: PAS menjadi sebuah parti yang sama sifatnya dengan UMNO atau Keadilan. Bagi pilihan yang kedua ini, PAS tidak lagi perlu wujud kerana UMNO sudah sedia ada dan dominan dalam konteks perjuangannya. Di samping itu Keadilan juga merupakan sebuah parti yang mempertahankan hak Melayu dan Islam pada tahap perjuangannya.

Oleh kerana itu adalah mustahil untuk PAS belepas diri daripada parti keagamaan malah ianya mesti diperkasakan lagi dengan memahamkan masyarakat bahawa perjuangan PAS adalah universal dan menegakkan keadilan sejagat tanpa mengira bangsa dan agama kerana Islam adalah agama yang adil untuk sepanjang zaman, tempat dan keadaan. Hal ini dipertegaskan oleh tokoh-tokoh dan pejuang yang terdiri daripada alim ulama’ dulu dan sekarang. Sebenarnya cara penulis berhujah dan membuat kesimpulan adalah tidak berasas dan songsang. Pertama; dalam satu perenggan yang terdiri daripada 17 baris beliau telah menggunakan dua kali perkataan “kemungkinan”, empat kali perkataan “persepsi”. Menunjukkan bahawa beliau hanya membuat suatu andaian terhadap PAS sebagai parti yang tidak berpengaruh kerana sifatnya sebagai parti keagamaan. Kedua; beliau mengandaikan dengan persepsi dalam keadaan yang ada ini, memberi implikasi PAS dipimpin oleh golongan agama atau rijaluddin, sedangkan beliau sendiri tahu dalam Jawatankuasa PAS Pusat hari ini yang terdiri daripada 37 anggota hanya seramai 16 sahaja mereka yang berlatarbelakangkan pendididkan agama secara formal termasuklah Dr Mujahid sendiri.

 Di samping, mereka juga mempunyai pelbagai kepakaran dan disiplin ilmu selain daripada pengajian Islam. Ketiga; Alasan daripada petikan Dr Yusuf al-Qardhawi sangat mengelirukan kerana belum pernah ada dalam sejarah PAS, sistem kepimpinannya sampai kepada tahap yang boleh disebut sebagai mengamalkan system kehidupan beragama seperti kehidupan gereja. Keempat; PAS telah memperakui dasar PAS untuk semua (PAS for all) dalam muktamarnya di Perak Darul Ridzuan pada Ogos 2008. Dalam Ucapan Dasar Muktamar Tahunan PAS Ke-54 ini, Presiden PAS mengungkapkan: “ ...... tema PAS UNTUK SEMUA adalah berteraskan kepada keyakinan yang tinggi bahawa perjuangan yang kita bawa ini adalah merupakan suatu amanah untuk memakmurkan sekalian alam. Perjuangan PAS tetap kekal utuh dan bertahan sehingga ke hari ini kerana mempunyai tujuan penubuhannya yang berteraskan kepada akidah perjuangan yang jelas.Perjuangan PAS adalah bersifat universal untuk seluruh umat manusia, membawa keadilan sejagat, sebagaimana yang termaktub dalam Bab Yang Ketiga, Fasal 6, Perkara (8), (9) dan (10), perlembagaan PAS.

Saya mengira tulisan penulis ini amat mengelirukan. Pertama; Beliau telah mengandaikan suatu kemungkinan keatas sebuah persepsi untuk meyakinkan perlunya ada tajdid keatas gerakan PAS yang telah ditubuhkan lebih setengah abad dan menjalani perjuangannya diatas sejarah dan sunnah perjuangan Rasulullah SAW yang dirumuskan dan dibina dari semasa ke semasa memerlukan suatu penelitian. Menganalogikan bahawa kepimpinan yang dikuasai oleh golongan agama semacam golongan paderi yang mengtaqdiskan diri mereka adalah satu perkara besar dan boleh membawa fitnah keatas kepimpinan ulama’ PAS kerana PAS bukan sebuah parti autokratik yang pemimpinnya tidak boleh ditegur dan dikira bersifat maksum seperti imam-imam Syiah.

PAS mempunyai muktamar tahunannya yang melakukan check and balance keatas kepimpinan dan parti serta jawatankuasa pusat itu sendiri boleh dimuhasabahkan pada bila-bila masa sahaja. Kedua; Mengemukakan sebuah cadangan untuk mentajdidkan PAS agar keluar daripada parti keagamaan tanpa mengambil kira sejarah penubuhannya, perlembagaannya, kepimpinannya dan usaha-usaha yang dilakukannya dengan cadangan mentajdidkan organisasi adalah perkara yang tidak munasabah kerana penjenamaan PAS adalah identiti dan batang tubuh PAS sendiri. Bolehkah ditadjidkan parti itu terkeluar daripada identitinya dan matlamat penubuhannya? Ketiga; mengemukakan cadangan tajdid keatas perkara yang sedang berlaku perubahannya dan sedang berjalan melalui pembinaan yang konsiten daripada ucapan-ucapan dasar dan perbahasan-perbahasan muktamar, bukanlah usaha baru yang boleh dinamakan tajdid. Sesungguhnya setiap tahun PAS membina tema-tema pergerakannya yang menggambarkan usaha tajdid yang berterusan. Keempat; mengemukakan tajdid sehingga ke peringkat menghilangkan identiti parti sebagai sebuah gerakan Islam dalam keadaan parti itu sedang memperkasakan dirinya dengan pelbagai ikhtiar yang menggambarkan dinamismanya dan diterima oleh masyarakat dengan keyakinan yang meningkat dari semasa ke semasa adalah usaha songsang yang tidak memahami nature pergerakan PAS dan realiti yang sedang berlaku.

 Ternyata istilah “PAS for All” tidak dipertahankan oleh penulis walaupun beliau sendiri adalah Ketua Lajnah Antara Kaum yang diamanahkan oleh PAS untuk memimpin dan menguruskan gerak kerja untuk orang-orang bukan Islam yang menyokong perjuangan PAS. Sedangkan kita tahu bahawa PAS sentiasa melakukan tajdid yang selaras dengan kehendak Islam bagi membolehkan PAS mencapai matlamat dakwah dan politiknya sebagai sebuah parti Islam. Apakah yang sebenarnya dikehendaki oleh penulis? Dato' Ustaz Abu Bakar Chik ________________________________________________________________________________ Rujukan-Rujukan Abdul Hadi Awang, Muqaddimah Aqidah Muslimin, Penerbit Gedung Gua, Kuala Lumpur, 1985, hlm. 37. J. Funston (1980),

Malay Politics in Malaysia: A Study of PAS and UMNO, Kuala Lumpur: Heinemann Educational Books (Asia) Ltd. Perlembagaan Parti Islam Se Malaysia (PAS), [Pindaan 2001] Shafei Ibrahim (1981),

 The Islamic Party of Malaysia: Its Formative Stages and Ideology. Yusof Rawa, Ke Arah Pembabasan Ummah, Pejabat Agong PAS, Kuala Lumpur, 1983, hlm. 4. (Ucapan Dasar Yang Di Pertua Agong PAS di Muktamar Tahunan PAS Ke 29 pada 29 April 1983 di Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur.).

1.7.12

SERAM : BAS TERSADAI DI HUTAN AKIBAT PERBUATAN MAKHLUK HALUS!




JAKARTA - Seorang pemandu bas bersama 33 penumpang lain mengalami peristiwa aneh apabila bas yang dinaiki mereka secara tiba-tiba berada di tengah-tengah hutan walaupun pada mulanya berada di atas jalan raya.

Dalam kejadian tersebut, bas milik syarikat Pahala Kencana yang dalam perjalanan dari Jakarta ke Madura, pada mulanya menggunakan jalan Juwana-Rembang sebelum pemandunya beralih ke jalan alternatif.

Namun ketika menyusuri jalan Jaken di wilayah Jati, bas tersebut secara tiba-tiba berada di hutan Gadogan yang terletak di Jawa Tengah. Pemandu bas tersebut cuba untuk bergerak ke depan dan ke belakang, namun gagal disebabkan pokok jati menghalang pergerakan kenderaan itu.

Selepas menyedari bas itu terperangkap di tengah-tengah hutan, pemandu itu kemudian meminta pertolongan daripada penduduk di kawasan terbabit.

Namun, kereta peronda polis tidak dapat memasuki lokasi kejadian disebabkan tiada jalan yang menghubungkan tempat tersebut.

Selepas lima jam tersadai, sekumpulan mekanik syarikat Pahala Kencana berjaya mengeluarkan bas tersebut selepas memotong pokok-pokok yang menghalang laluan kenderaan itu.

Pegawai polis yang ditemui, Briptu Suwignyo mengesahkan kejadian tersebut dan berkata, badan bas itu tidak mempunyai kesan calar atau rosak akibat melanggar pokok di hutan terbabit.

Namun, jelasnya, ia bukan kejadian kali pertama kerana sebelum ini dua trak minyak pernah mengalami nasib yang sama dan ia dipercayai berkaitan gangguan makhluk halus.

"Kawasan hutan ini sering dijadikan pihak tertentu melakukan amalan syirik dengan harapan menjadi kaya dengan cepat.

"Oleh itu tidak hairan orang yang melalui jalan di sini sering diganggu makhluk halus yang dipuja golongan tidak bertanggungjawab itu," katanya kepada Tribunnews.com. - AGENSI - Utusan

15.6.12

BELASUNGKAWA : SELAMAT BEREHAT SANG MURABBI..



Di Nukil Oleh : Ustaz Riduan Mohd Nor

Langit petang ini seperti rawan berduka, awan mengarak berita yang memeritkan sukma seperti petir membelah langit. Segalanya seperti kebetulan mengapa beberapa hari ini saya merasa begitu teringatkan Ustaz Yahya Othman terutama janji untuk menyusun kertas kerja tarbiah yang puluhan atau ratusan yang ditulis almarhum.

Petang menjelang jumaat yang berkat ini, saya bersama Dr Supyan membelek foto-foto lama program MISNA yang diadakan pada tahun 1991. ”Wah, Ustaz Yahya masih muda bertenaga” kata saya teruja pada teman apabila melihat Ustaz Yahya yang kelihatan merenung para peserta program musim sejuk anjuran MISNA.

Bersebelahnya ialah almarhum Ustaz Fadhil Noor yang juga kelihatan masih bertenaga. Berselang sejam lebih selepas itu, teman saya wartawan Harakah, Nazri menelepon dengan suara cemas “Ustaz Yahya telah dijemput untuk berkelana ke alam abadi”.

 Airmata terasa deras mengalir kerana tokoh murabbi PAS ini sangat tidak asing dengan program tajnid (pembinaan kader-kader dakwah PAS). Anak muda aktivis gerakan Islam negara ini rasanya semua mengenali dengan dekat sesepuh besi khursani tarbiah ini yang mendapat pendidikan di Timur Tengah dan pernah diasuh secara sistematis oleh Ikhwanul Muslimin.

 Beliau mewakafkan diri untuk perjuangan Islam semenjak zaman muda sehinggalah tubuhnya mula disengat penyakit namun masih tidak menguzurkan diri di medan amal Islami. Kertas kerja tarbiah Ustaz Yahya Othman sering kita lumati dalam program tarbiah, bahkan dada kita turut terisi dengan penyampaian beliau yang tegas.

 Beliau adalah anak didik kepada Sheikh Kamal Saniri, tokoh Ikhwanul Muslimin yang telah mengalami pemenjaraan dan akhirnya mati syahid akibat disiksa oleh regim thaghut Mesir. Jika menziarahi bumi Jordan, biasanya Dr Muhammad Said Hawwa (anak Sheikh Said Hawwa) akan menjemput beliau di lapangan terbang. Beliau mempunyai kenangan kolektif bersama Sheikh Said Hawwa dan tokoh-tokoh besar Ikhwan yang terbuang di merata tempat, termasuk akrab dengan Dr Kamal Helbawi dan Dr Mehdi Akif.

 Ustaz Yahya mendapat pendidikan di Mekah, antara pelajar genius yang disayangi oleh guru-guru di Masjidil Haram, beliau menyambung pengajian di Iraq seterusnya di Universiti al Azhar sehingga mendapat MA (Sarjana). Beliau sangat menyintai dunia pendidikan, sehingga jasanya ada di belakang penubuhan YPTIK, Maahad Tahfiz Pulai Condong, KIAS, Kolej An Nur, Maahad Darul Quran Machang dan pelbagai institusi pendidikan Islam di Kelantan bahkan negara ini.

Akses beliau dengan Universiti al Azhar begitu sekali baik, ini adalah kerana latarbelakang pendidikan dan jaringan yang dimiliki oleh beliau ketika aktif di dalam gerakan belia Islam antarabangsa. Tidak pelik jika apabila PAS memenangi Kelantan pada tahun 1990, beliau diamanahkan sebagai exco Pendidikan negeri Kelantan.

Beliau menjadi ADUN Banggol Judah dan pernah bertanding di Parlimen Pasir Puteh pada tahun 1978. Sang Murabbi ini mengabadikan hidupnya untuk mencetak kader dakwah, memesrai anak muda supaya menjadi amilin yang menyambung risalah perjuangan Islam. Dirinya adalah mercu keteladanan kepada kita kerana kata-katanya dibenarkan dengan tindakan dan amalan, beliau bergulat dengan perjuangan secara serius semenjak tahun 70an lagi.

Beliau pernah menjawat jawatan sebagai exco WAMY serta ahli majlis Syura ABIM saat ABIM adalah gerakan simbiosis kepada PAS dalam dekad 70an. Almarhum juga adalah tokoh ulama PAS Pusat yang juga begitu akrab dengan tokoh-tokoh besar Ikhwanul Muslimin. Di saat kebangkitan Islam menyelimuti dunia Islam, bahkan negara ini juga tidak terkecuali, Ustaz Yahya Othman bergerak ke seluruh negara untuk membudayakan tarbiah kepada pemuda dan belia Islam.

Saat itu, kesan daripada percikan kebangkitan Islam, negara dahagakan sentuhan ulama-ulama haraki dan beliau sebaris namanya dengan Tuan Guru Haji Abdul Hadi, Tuan Guru Nik Abdul Aziz, Ustaz Wan Mustapha Rusdi, Ustaz Awang Nasruddin Abu Bakar dan nama-nama besar lain penggerak tarbawi. Tidak menjadi rahsia bahawa kesan daripada tarbiah beliau kepada ahli PAS terutama pemuda PAS di penghujung dekad 1970an dan awal 80an, akhirnya berlaku transformasi kepimpinan pada tahun 1982 yang dikenali sebagai kepimpinan ulama.

 Almarhum bukan sahaja menjadi tenaga pengisi penting untuk program pelajar dan pemuda dalam negara tetapi juga sentiasa diundang ke luar negara termasuk di United kingdom dan US. Perawakan lembut tetapi tegas, hujjahnya sentiasa disepuh ayat-ayat Allah dan hadith Nabi SAW. Dasawarsa 70an dan 80an adalah zaman subur merendang dan meranum hijau dengan usrah, tamrin, daurah, jaulah, ijtimak dan sebagainya, semua program ini begitu sinonim dengan beliau.

Bahkan, PAS berjaya merubah kepimpinan pada tahun 1982 (transformasi kepimpinan) adalah kerana suburnya gerakan tarbiah dan pembinaan. Kepimpinan ulama yang menjadi teras kepimpinan PAS berjaya direalisasikan akibat hidupnya gerakan tarbiah yang berterusan, juga akibat generasi peserta kebangkitan Islam yang begitu membuncah ghairah untuk melihat PAS menjadi gerakan Islam yang bergerak di atas kefahaman ahli bukan semangat yang meledak-ledak kosong.

Almarhum juga di belakang penubuhan ILHAM dan juga menggerakkannya. Kita semua para amilin jemaah akan sentiasa mempunyai ingatan kolektif terhadap jasa dan pengorbanan almarhum, bahkan akan terus merasa kerinduan yang menggebu dengan sentuhan ‘air tangan’ beliau. Saya semasa menjadi Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPWP dan Timbalan Pengerusi Lujnah Tarbiah DPPP, Ustaz Yahya adalah pimpinan utama yang sentiasa diundang untuk menjadi pengisi program tarbiah pemuda khususnya.

Beliau sangat serius dalam persoalan menepati masa, bicaranya tenang namun tegas. Bersimpuh di hadapan beliau semasa program seolah didera dalam penjara Guantanamo atau berada dalam sel regim Arab, bimbang diterpa soalan ‘cepu mas’ ustaz Yahya. Wajahnya sebening air yang membersit cahaya tetapi ketegasannya menggerunkan. “Ayat apa tadi akhi? surah apa ana sebut tadi?” Tanya sang murabbi dengan cerlungan mata pada peserta program tajnid. Tak berkutik, semua tunduk seolah tak mendengar soalan ustaz.

Dia tak mengalah, terus mengasak peserta. Dada bergelombang turun naik, bimbang diterjah soalan daripada beliau. “Ayat apa yang akhir ana cakap tadi…?” Tanya beliau dengan tegas, peserta akan menunduk dan menikus seperti tikus disimbah dengan air sirap bandung. Tak berkutik. “Mengapa enta tak menulis semasa ana berkuliah?” Tanya sang Murabbi dengan tatapan tajam di sebalik bingkai kaca mata kepada peserta tamrin, sebahagiannya menikus seperti tikus mondok tersimbah ‘kopi janda’.

Saya juga, walaupun sebagai panitia program, turut merasa kecut perut seperti baru melintasi bilik mayat selepas jam tiga pagi atau melintasi jirat Cina yang baru menyimpan mayat gadis mati membunuh diri. Semua diam, tenang dalam ketakutan yang cukup payah diungkap dengan lukisan kata-kata. Hormat dan gerun, sekaligus merasa bersalah kerana tidak serius mencatat. “Mengapa tak menulis dalam jawi?” Tanya Ustaz lagi pada seorang peserta yang duduk di barisan hadapan, teman ini pucat, bibirnya kelat menelan air liur.

Lulusan kampus tempatan ini adalah produk dasar pendidikan negara yang tidak bersahabat dengan tulisan jawi. “Ana sayangkan antum semua ini, antum semua anak ana, antum semua masa depan perjuangan Islam,” kata sang murabbi dengan lirih, mata beliau berkaca dengan patah kata yang tersekat. Di akhir program kami saling memeluk beliau, berpamitan dengan penuh ukhuwwah, ustaz sentiasa bermalam dengan peserta tamrin Pemuda, mengunyah apa sahaja yang dihidangkan bersama peserta tamrin tanpa omelan.

Keakraban beliau dengan peserta bukanlah dibuat-buat, keintiman ini berakar daripada kecintaan beliau untuk membina dan mencetak jurudakwah muda. Buatlah tamrin jauh meranduk kawasan perbukitan, meredah kawasan yang paling rahsia untuk mengelak pengintipan musuh atau ke pulau terbiar, Ustaz Yahya tidak pernah gagal untuk hadir. Biasanya pula sang murabbi akan sampai lebih awal daripada peserta tamrin. Sesibuk manapun beliau semasa menjadi Exco Kerajaan Kelantan namun program tarbiah adalah keutamaan.

Selepas melepaskan jawatan Eksekutif dalam kerajaan negeri, beliau masih di papan carta utama program tarbiah termasuk penglibatannya dalam Lujnah Tarbiah Pusat dan murabbi tarbiah jamaah. “Mula pukul berapa akhi program ni…” Tanya almarhum Ustaz Yahya pada saya dalam satu program pembinaan.

Sebenarnya jauh di sudut hati ustaz tidak memerlukan jawapan, soalan itu adalah inzar kepada panitia yang gagal untuk mendisiplinkan peserta. Apa pun teguran yang diberi, saya dan kawan-kawan tidak pernah berkecil hati, malah hari ini ianya menjadi sebuah kerinduan yang sangat mendera perasaan, terakam indah dalam lipatan ingatan kolektif kita semua.

 Dalam program Ijtimak Tarbawi yang berlangsung di Masjid Rusila dua tahun lepas, ramai generasi muda yang baru berjinak dengan PAS tidak mengenali sosok ini namun akhirnya terpegun dengan pengisiannya yang sangat mengesankan. Kata-katanya seperti kilauan mutiara, juga seperti air yang jernih yang turun daripada bukit seterusnya menakung dalam kolam yang teguh. Daya ingatannya memukau dan menyakinkan sekali, menyihir anak-anak muda yang tekun mendengar.

Suaranya bergetar sayu sebelum berpamitan dengan peserta, matanya melihat dengan penuh bahagia kepada seluruh peserta Ijtimak Tarbawi. “Jangan lupakan program tarbiah, jangan lupa baca Al Quran walau sesibuk mana pun kamu” ujarnya tegas, matanya berkaca menatap peserta. Dia seperti disihir untuk tidak meninggalkan majlis yang baginya menghimpunkan anak-anak didiknya dari seluruh negara. Usai beliau memberi pengisian, tubuhnya yang uzur masih melekat di kerusi khas di belakang pentas.

Matanya memerhati dengan penuh teruja ke arah anak muda yang jumlahnya ribuan orang dan dia dengan tekun menangkap butiran yang disampaikan oleh penceramah-penceramah lain. Dalam keadaan uzur serta jauh lebih berilmu dan berpengalaman, beliau masih mendengar dan ditarbiah. Inilah watak keikhlasan sang murabbi yang sukar dicari ganti pada hari ini. “Nama apa ustazah yang bercakap tu?” Tanya ustaz Yahya perlahan, cuba mengingat sesuatu. “Oohh, Dr Asiah Ali…Pengerusi tarbiah Muslimat” jawab saya. Ustaz tekun menangkap butiran yang keluar daripada mulut penceramah. Ustaz Asri Daud, sekali sekala melayan pertanyaan Ustaz Yahya, yang tergambar sangat bahagia pada hari itu.

Sesekali dia membetulkan duduknya pada kerusi khas yang kami sediakan. Sukarnya untuk melupakan jasa Ustaz Yahya kepada peserta kebangkitan Islam, juga kepada kita semua di dalam harakatul ummah ini. Hari ini dan seterusnya kita akan merindui sang murabbi ini, suara lirihnya juga tatapan mata bahagia dalam program tarbiah.

Nuansa sentiasa untuk mengukuhkan jamaah yang kita cintai, kerana kita dan almarhum menjiwai setulusnya bahawa tarbiah adalah tunjang kekuatan perjuangan. Gagah dan konsistennya harakatul ummah pada hari ini ialah kerana tarbiah yang berterusan untuk para pendokongnya. Kita ahli-ahli PAS tidak akan menjadi pahlawan kesiangan yang sarat dengan mimpi-mimpi indah untuk merengkuh Putrajaya namun mengambil mudah dan culas dengan program tarbiah.



 Selamat berehat buat sang Murabbi, demi Tuhan, kami adalah saksi mata bagaimana gigihnya dirimu membina dan mengisi dada kami. Bergerak menyambangi seluruh belahan negara ini untuk berdakwah dan membina para duat dan amilin. Kami berjanji untuk meneruskan jalan dakwah ini dan memastikan harakatul ummah ini terus berada di orbit perjuangan Islam walaupun kami tahu betapa rindunya kami pada sebuah kerusi kosong di medan tarbawi yang biasanya, menyandar tubuh kurus namun sarat dengan kata-kata inspiratif yang meluncur daripada sumur akalmu yang jernih. Al-fatihah

10.6.12

10 JUN, GENAP KEMATIAN HAFEEZ AL-ASAD LAKNATULLAH!!

10 Jun 2000 : Genap 12 tahun kematian Hafezz Al-Asad, bapa kepada Basyar yang memerintah Syria lebih 3 dekad dengan penuh kezaliman, tanpa belas kasihan walau sebesar debu dalam hatinya.

Basyar yang menyambung 'Dinasti Asad' selepas itu juga meneruskan pemerintahan kuku besi seperti bapanya. Walaupun sudah lebih 12 tahun lalu Hafezz meninggal dunia, tetapi sukar bagi rakyat Syria memaafkan dosa-dosa yang dilakukannya.

Pembunuhan Hama 1982 antara jenayah terbesar pernah dilakukannya mengorbankan tidak kurang 40,000 nyawa. Berpuluh-puluh lagi pembunuhan yang dilakukan Hafezz.

Seorang bekas Muraqib Ikhwan Muslimin Syria, pernah diseksa dengan cara dipotong lidahnya sebelum dibunuh. Maklumat yang diterima, pada hari Hafezz Al-Asad mati, suhu begitu tinggi di seluruh Syria berbeza pada hari-hari lain. Kulitnya menggelupas, dan kepalanya menjadi besar.

Hafezz dikatakan meninggal dunia akibat leukimia. Tidak hairanlah, rakyat Syria hingga hari ini menulis di dinding-dinding sekitar bandar mendoakan "Semoga Allah melaknat rohmu wahai Hafezz!"

4.6.12

DARI FACEBOOK : LAGI SERANGAN KEPADA PAS, PIMPINAN DAN AHLI!!

SAJAK DARI TG NIK AZIZ SEWAKTU HIMPUNAN HIJAU..MERUNTUN JIWA, MENGETUK PERASAAN..

Semasa orang lain semuanya tidur nyenyak..

Ya Allah, aku bangun ketuk pintu-Mu bawa unggun harapan.

Aku merayu padaMu sepanjang malam,

Bagaimana pedihnya penderitaan yang aku pikul.

 Aku bermadah,

wahai Tuhan, kerana Kamu adalah tumpuanku,

Bila saja bala menimpa.

Bahawasanya Kamu sajalah tempat aku berpaut,

Aku mengadu padaMu aneka penderitaan.

 Kamu tentu tahu sepenuh-penuhnya.

 Kesabaran aku sudah mulai luntur,

Daya tenagaku sudah mulai lemah lesu,

Oleh itu padaMu Ya Allah aku menadah tangan dengan cukup hina,

Kerana Kamu Zat yang memang layak sepenuhnya untuk ditadah.

 Tolonglah Ya Rabbi, jangan biarkan tadahanku tidak berisi.

Limpah kurniaMu seluas lautan,

akan memuaskan siapa saja yang menghirupnya.

 Syair arab yang di bacakan dalam Himpunan Expresi Hijau Ke Putrajaya oleh Tuan guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abdul Aziz Nik Mat.

30.5.12

FATWA ANTARABANGSA : BASYAR ASSAD WAJIB DI BUNUH!!


Ulama besar di Al-Azhar, merupakan institusi pendidikan ternama di dunia Islam, telah mengeluarkan fatwa yang menyeru pembunuhan terhadap Presiden Syria Bashar Al-Assad atas kematian ribuan orang awam yang menentang regim diktatoriannya. “Bashar Al-Assad adalah pembunuh dan harus dibunuh,” kata Nasr Farid Washil, bekas Mufti Mesir, kepada akhbar milik Parti Kebebasan dan Keadilan yang merupakan sayap politik Ikhwanul Muslimin, hari Rabu 14 Mac.

 “Dia yang menaburkan peluru terhadap rakyatnya adalah perbuatan terkutuk dan penjahat perang yang wajib dihukum.” Lebih dari 8000 orang Syria telah terbunuh dalam tindakan keras membunuh yang dilakukan oleh pasukan keselamatan Assad pada protes menuntut diakhirinya 11 tahun pemerintahan Assad. Pihak berkuasa Syria berdalih mereka berperang melawan “pengganas”, yang telah mengorbankan 2000 tentera dan polis.

 Aktivis mengatakan bahawa pembunuhan dilakukan setiap hari oleh pasukan Asssad di bandar yang memprotes. Pada hari Isnin, aktivis mengatakan 57 orang, termasuk 26 kanak-kanak-kanak dan 21 perempuan, dibunuh oleh pasukan Assad di Homs, bandar ketiga terbesar Syria. Para aktivis berkata, beberapa dari mereka yang terbunuh mempunyai bekas gorokan pada kerongkong mereka dan yang lain terkena luka tusuk di Karm al-Zeitoun dan Al Adawiyeh persekitaran bandar Homs.

 Pihak berkuasa Syria menuduh “geng pengganas” berada di balik pembunuhan dengan tujuan mencetuskan kecaman antarabangsa terhadap Damsyik. Setelah menyelesaikan serangan di Homs, pasukan tentera Syria mempertingkatkan operasi di utara, melakukan pengeboman di kota Idlib untuk tiga hari. Seorang aktivis di bandar itu mengatakan bahawa pada hari Selasa lepas pasukan keselamatan telah membunuh lebih dari 20 orang yang cuba untuk meninggalkan daerah itu dalam dua hari terakhir dan membuang mayat mereka di Masjid al-Bilal.

 Ketika penduduk tempatan pergi untuk memeriksa mayat-mayat, mereka juga mendapat serangan, menambah korban yang terbunuh menjadi di angka 50 orang, kata aktivis kepada Reuters. “Ketika orang datang dari wilayah pada sekitar awal hari tadi, pasukan keselamatan juga mula menembak mereka. Secara keseluruhannya, kira-kira 45 orang dibunuh,” kata aktivis, yang, seperti kebanyakan aktivis di Syria, hanya memberikan nama depannya, Muhammad, kerana takut dicari oleh pihak kerajaan.

 Ulama besar Al-Azhar itu menyeru pembunuhan ke atas Assad atas pertumpahan darah orang awam yang terjadi tiap hari di Syria. “Membunuh Bashar Al-Assad adalah suatu kewajipan setelah ia menumpahkan darah rakyatnya dan memperkosa wanita mereka,” kata Dr Hashem Islam, ahli Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar. Dia menekankan bahawa Islam melarang pembunuhan manusia. “Kejahatan yang dilakukan oleh pembunuh Bashar dilarang oleh Islam dan tidak akan mencapai keselamatan,” katanya. Sheikh Abdel-Moneim Al-Bari, bekas pimpinan ulama Al-Azhar sangat bersetuju dengan pembunuhan ke atas Bashar. “Presiden Syria Bashar Al-Assad perlu dibunuh kerana membantu pembunuhan kejam yang dilakukan terhadap orang awam yang damai di Syria,” katanya. Al-Bari, bekas anggota Jawatankuasa Fatwa Al-Azhar, mengatakan bahawa kejahatan Assad melanggar semua hukum agama dan adat manusia.

 “Dia layak mendapat hukuman segera.”

17.5.12

TULISAN BEST!! : KATAKAN TIDAK PADA IRSHAD MANJI UNTUK HADIR KE MALAYSIA!!

Sumber

Irshad dalam rangka lawatan ke Indonesi dan Malaysia untuk mempromosikan 'buku sampah' terbarunya yang diterjemahkan dari bahasa Inggeris ke bahasa Melayu berjudul Allah, Liberty and Love: Satu keberanian mendamaikan iman dan kebebasan"...

 Dalam kerangka worldview Islam, sangat mudah bagi seorang Muslim untuk memahami dan menangani kes Irshad Manji. Irshad Manji adalah lesbian, dan dia begitu bangga dalam mempromosikan kelesbiannya. Manji juga sangat bersahabat bahkan menyokong pandangan dan sikap Salman Rushdie, seorang yang sangat biadab dalam melakukan penghinaan terhadap Nabi Muhammad SAW. Dengan logik sederhana sekali, kita boleh mengatakan bahawa mengundang seorang lesbian seperti Irshad Manji untuk berbicara di universiti atau lain-lain forum ilmiyyah adalah sangat dangkal dan tidak intelek.

 Kecuali, jika Manji berceramah di komuniti lesbian dan rumah-rumah pelacuran. Mengapa? Di dalam Islam, orang yang melakukan dosa, tapi mengakui perbuatannya dosa, masih jauh lebih baik baik daripada seorang yang menghalalkan, apatah lagi bangga dengan perbuatan dosanya. Seorang pelacur atau perasuah masih terbuka pintu taubat baginya jika dia sedar bahawa yang dia kerjakan adalah salah dan dia mahu bertaubat secara sungguh-sungguh. Tapi, ini berbeza sama sekali dengan pelacur atau perasuah yang berbangga dengan tindakannya; atas dasar kononnya dia telah menyenangkan dan membantu orang lain.


Dengan kebanggaan sebagai lesbian, Irshad Manji sebenarnya sama kedudukannya dengan penzina. Bahkan, lebih dari itu, dia bangga berbuat zina. Dalam buku terbaru yang dipromosikan kali ini, dia banyak mengungkapkan kebanggaannya sebagai seorang lesbian. Dia pun tak malu-malu mengatakan siapa pasangan hidupnya (entah sebagai suami atau isteri). Bahkan, kata-kata yang digunakan Manji dalam pelbagai bahagian buku ini sangat lucah, jauh dari nuansa akademik.

Di dalam buku ini, misalnya, Irshad Manji menulis, bahawa dia menerima satu soalan daripada seorang yang tak menyebutkan namanya (tanpa nama): "Mantan-saudari se-Islam, Irshad: Apa agama pasangan lesbian anda? Yahudi?"

Irshad Manji menjawab: "Aku bertemu pasanganku di gereja Anglikan, ketika menghadiri upacara ritual sebagai sebahagian daripada kajianku untuk program TV baru. Berkaitan pertanyaanmu, aku meminta dia berterus terang mengenai agamanya. Aku menuntut kebenaran. Jawapan dia, "Panggil saja aku Shlomo." Aku masih menyesuaikan diri."

Ada lagi soalan seorang yang ditulis identitinya oleh Manji sebagai "Mo". Orang ini bertanya: "Kami pasti menendang pantatmu ke neraka, biar kamu merasakan api neraka membakarmu hidup-hidup. Kau memang sepalsu neraka, jangan muncul lagi dengan buku-buku bodohmu tentang Islam. (Mo). Jawab Irshad Manji: "Biar aku betulkan, Mo. Aku ini sepalsu "neraka," tapi pantatku
harus ditendang "ke neraka"-yang menurut penjelasanmu, adalah tujuan yang "palsu"? Mahu cuba lagi? "

Melalui pelbagai bahagian dalam buku ini, Irshad Manji sangat jelas mempromosikan gagasan lesbiannya. Misalnya, pandangannya tentang pemahaman terhadap kisah kaum Luth dalam al-Qur'an, dia menulis: "Nah sekali lagi, patahkan keyakinan dengan ayat-ayat al-Qur'an sederhana yang mendorongmu untuk tidak terlalu berlebihan dengan ayat-ayat yang tersirat. Kisah Nabi Luth dalam Islam tergolong dalam perkara yang tersirat. Kau merasa yakin kalau surah ini mengenai homoseksual, tapi mungkin saja mengenai lelaki "lurus" dirogol oleh lelaki "lurus" lain sebagai gambaran atas kekuasaan dan kawalan. Tuhan menghukum kaum Nabi Luth kerana memotong jalur perdagangan, mengumpul kekayaan, dan berlaku tidak hormat terhadap orang luar. Perkosaan antara lelaki boleh jadi merupakan dosa sengaja (the sin of choice) untuk menimbulkan ketakutan di kalangan pengembara. Aku tidak tahu apakah aku benar. Namun demikian, menurut al-Qur'an, kau pun tidak boleh pasti sama ada kau benar. Nah, kalau kau masih beria-ia untuk mengutuk homoseksual, bukankah kau justeru yang mempunyai agenda gay? Dan sementara kau begitu, kau tidak menjawab soalan awalku: "Ada apa dengan hatimu yang sesat?"

Sukar dinafikan, membaca buku Irshad Manji yang terbaru ini, juga buku sebelumnya, memang jauh dari kesan dan bahasa akademik. Apakah ini ada kaitan dengan keadaan kejiwaan seorang lesbian yang banyak mengalami penderitaan di masa kecilnya? Wallahu A'lam. Yang jelas, seorang beridentiti "SR" menulis surat kepada Irshad Manji - yang juga dimuat di dalam buku Manji sendiri:


"Hello Cik Irshad sang Lesbian Feminis Liberal. Aku seorang Muslim moderat yang berpendidikan, dan saya rasa kamu ini berkhayal demi kemasyhuran dan ketamakan. Nah, ini judul yang bagus dan boleh kau pertimbangkan untuk buku-bukumu selanjutnya: "Bagaimana aku boleh memperbodohkan Barat agar berfikir homoseksualiti diterima dalam Islam." Satu lagi, "Bagaimana menjual dirimu pada syaitan."



Membaca buku Irshad Manji, juga sikap dan akhlaknya, nampaknya diperlukan pendekatan - bukan hanya analisis kritis atas isi bukunya tapi juga pendekatan mental dan jiwa atau psikologi! Akhirnya kita berdoa agar tidak ada ORANG MALAYSI YANG BODOH DAN TERIKUT-IKUT UNTUK MEMPROMOSI DAN MENJUAL "BUKU SAMPAH" IRSHAD MANJI…

15.5.12

VIDEO BEST!! : MARI BEZAKAN 2 VERSI VIDEO 'NIZAR TERJAH CERAMAH UMNO'..YANG MANAKAH ASLI DAN DI EDIT??



  
                                Versi UMNO




 

                                Versi PR



   

                        Penerangan Ir Nizar 

VIDEO : 2 KEADAAN YANG MALU KITA LIHAT SELAKU RAKYAT MALAYSIA DAN UMMAT ISLAM..

14.5.12

MANTAP!! : DS NIZAR SELAMBA DUDUK DALAM CERAMAH UMNO YANG TENGAH BALUN DIA!!


Sumber

Dengan selamba Hj Nizar datang dan duduk di sebelah Ketua Bahagian Umno Kampar Radhi Manan (Tengah) sehingga beliau terkedu macam muka menahan kentut,,kerana terkejut dengan kehadiran Hj Nizar dalam ceramah Khas menghentam Haji Nizar di Tualang Sekah..Ini baru anak jantan bebb..

 Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'. Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar. Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

 Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim. Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar. Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya. Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.

11.5.12

VIDEO PANAS! : APABILA AFDLIN SYAUKI DAN JOHAN BUAT VIDEO UNTUK PERLI BERSIH 3.0!

VIDEO : MAMAT USTAZ NI, SEMUANYA DI KUTUK..PAS, TOK GURU, BERSIH 3.0..



saya cuba dapatkan maklumat siapa 'mamat ustaz'ni dari kawan-kawan..hasilnya seperti berikut..


 " Ni ust syed faiz, dulu mengaji mahad muhammadi,.,,kata kawan2 dia yg kt mahad muhammadi, dia ni problem time kt maahad lagi..bukn jenis mengaji kitab mane pun..tp duk hentam orng. Skrg kt mesir antara tenaga pengajar MALTAF,orang kuat MALTAF(Majlis Al-Azhari Li Tafaqquh Fiddin).Kalau nk ikot ilmu tak layak pun nk mengajar orang(kata ustz2 kt sini). Tmpt dia mengjar kt video tu kt bangunan MALTAF di hayyu sabie',kaherah,dpn bait hasanah. Memang hentam PMRAM,psatuan2,n PAS itu keje dia..MALTAF ni ajak budak menaji agama,p talaqqi n sayang rasulullah,tapi dia tolak politik, tolak psatuan n tolak pas..sedangkan MALTAF sndiri brada di bawah JPMK yg di biayai umno dia tak kisah pulak.MALTAF ni UMNO yg biayai n memeg jelas dlm organisasi dia pun penanungnya Jabatan Penuntut Malaysia Kaherah. Baru2 ni dia kutuk tok guru,budak2 kelate pakat nk gi belasah,tapi bberap senior lama pakat halang, kalu ikot orang bodo,ngn kita pun bodo, pesan sorg penasihat. Ada dlm video2 lain dia kata PMRAM ni setan,badan2 kebajiakn pelajar ni setan, n macam2lah.Org camni kita perlu amik tahu,utk tegur & bagi panduan pada org lain, tapi kita jgn layan,sebb memg jenis dia lagi layan lagi dia suka, suka bdebat mrasakan dia betul padahal senget hakikatnya. Mudir MALTAF asalnya orang kuat Yayasan Al-Jenderami, pusat pengajian kitab turath di malaysia,.2x5 lah sebab Al-jenderami pun tolak politik, mengaji je penting. Politik tak boleh, tapi amik duit n sokong umno boleh pulak sebb tak buat huru hara katanya. Jadi cam ulama' umno.."

 aduiii la..macam-macam stail orang belajar agama zaman sekarang ni..ada kawan bagitahu yang dia ni anak murid sorang tok guru kat kelantan yang dok hentam Tok Guru Nik Aziz.. rosak2..

3.5.12

AlFaatihah..Bob Kuman di sahkan meninggal dunia..






Kakitangan ambulan Hospital Sg Buloh mengesahkan Bob Kuman telah meninggal dunia pada jam 4.38 petang tadi. Al Fatihah - kredit Blog Mazidul Akmal Sidek
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...