Easy Blog Tricks
camarputih06@gmail.com..tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.
jom merapu di sini
Followers
22.9.09
JEMPUTAN KE MAJLIS PERKAHWINAN!!
Alhamdulillah..Segala perancangan yang di rancang semua berjalan dengan lancar..Kebetulan mak dengan ayah saya mengambil pengalaman ketika menguruskan majlis kakak saya sebagai panduan..Jadi tidaklah serumit macam pertama kali majlis menyambut menantu di rumah saya ini.
Lagi bertambah bersyukur, bakal mak dengan bapa mertua saya tidak ‘sekepoh’ dan ‘tidak banyak songeh’ sangat. Soal hantaran, awal-awal lagi mak mertua saya katakan buat setakat yang termampu.
“Mak tidak mahu susahkan anak-anak mak..yang penting segalanya berjalan dengan lancar dan elok”.
Adushh!!beruntung gue dapat mak mertua macam ni!!
Tambahan pulak sebelum menjadi menantu yang sah, dia dah berbahasa ‘mak’!
Bapak? Lagi jadi ‘anak bapak’ !!
Amacam best tak mak dengan bapa mertua saya!
Alhamdulillah..saya bakal menjadi sebahagian dari jiwa mereka..
Segalanya di mudahkan. Tidak mahu di rumitkan. Soal mas kahwin, hantaran, walimah dan sebagainya, semuanya di bincang dan di susun untuk di permudahkan.
Bukankah kerana Islam agama mudah!
Ayah dan mak saya pula senang dengan bakal menantu mereka. Biasala dapat title ‘Dr’ bergelar ‘Hafizah Quran’!! Ibu bapa mana yang tidak bersetuju!
Kebetulan bakal isteri saya pula seorang yang cukup peramah. Pandai bergaul dengan orang tua.
Pandai mengambil hati..
Pandai memasak..
Seorang yang pandai.. Huhu..
Penyabar dan sebagainya..
Mana saya tahu? Adush..mestilah buat ‘spot cek’ dan ‘ops lalang’ dulu dol!
Pendek kata, ciri yang di sarankan oleh hadis nabi, hampir saya temui dalam dirinya.
Kerana saya yakin padaNya. Dia merapat dan mendekatkan bakal isteri dengan jiwa saya, serapat istikhoroh saya kepadaNya..
Dan saya yakin, bakal penguat jiwa dan diri saya juga bakal menerima saya seada dan sewujud diri seorang manusia biasa..
Alhamdulillah..saya berdebar dalam menghitung tarikh yang penuh keramat dan bersejarah dalam hidup saya.
Doakan moga masjid yang bakal saya pasakkan ini, sekukuh dan seindah Masjidil Nabawi.
Dengan itu, saya menjemput semua sahabat-sahabat dan mereka yang mengenali diri untuk bertandang ke teratak buruk Bonda dan Ayahnda saya yang beralamat seperti berikut :
No 20 Jalan Todak,
Taman Sri Tenggara, 34200 Parit Buntar, Perak.
“ Awis..Awis..bangun..dah suboh..”
Adush!!!!!!Saya mimpi rupanya!!!!Rasa macam betul pulak!!
Maafla, ramai sangat sahabat-sahabat saya bakal mengakhiri zaman bujang mereka, so terbawa-bawa dalam mimpi saya la pulak!!
HUHUHUHUHU…Rupanya ‘Jemputan Kahwin’ dalam mimpi …
20.9.09
SALAM AIDILFITRI BUAT SEMUA!!
SALAM AIDILFITRI..SALAM LEBARAN..SALAM KEMAAFAN..SALAM UKHUAH..SALAM KERINDUAN..SALAM YANG TIADA NOKHTAH BUAT SEMUA..
SEMOGA FITRAH YANG DI RAIKAN INI MEMBUATKAN KITA SENTIASA BERSYUKUR KEPADA ALLAH DI ATAS SEGALA NIKMAT YANG DI KURNIAKAN..MOGA IA JUGA MENDAPAT KEREDHOAAN DARINYA..
SELAMAT HARI RAYA BUAT SAHABAT-SAHABAT
> EX- STUDENT TASKI ABIM TAMAN SRI TENGGARA
( 91-92 )
> EX- STUDENT SEKOLAH KEBANGSAAN METHODIST
( 93-98 )
> EX- STUDENT MADRASAH AS-SIDIQIAH AL-ISLAMIAH
( 99-03 )
> EX- STUDENT MADRASAH KHAIRIAH, KUALA NERANG
( 2004 )
> EX- STUDENT DARUL QURAN, JAKIM
( 05-08 )
> PARA SAHABAT SAMADA DI MALAYSIA MAHUPUN YANG TAK BALIK BERAYA DI UNIVERSITI
MU'TAH, JORDAN..JANGAN NANGIS EK!!HUHU..
SALAM JUANG BUAT SEMUA!!
Subscribe to:
Posts (Atom)