Easy Blog Tricks


camarputih06@gmail.com..

tinggalkan link blog anda di bawah untuk di masukkan dalam list blog CamarPutih..Linkkan juga blog Camar Putih di blog anda.

jom merapu di sini

Followers

29.11.12

PANAS : WAJARKAH DISTRUKTURKAN KEMBALI SIDANG PENGARANG HARAKAH ??


OLEH : DR AHMAD MUSA

 Muktamar PAS ke 58 telah melabuhkan tirainya. Banyak perkara yang menjadi kenangan dan renungan untuk pimpinan, perwakilan, ahli dan penyokong PAS. Muktamar tahunan yang bertemakan "Negara Berkebajikan Teras Perpaduan' diikuti dengan penuh minat oleh para penganalisis politik tanahair dan rakyat. PAS sejak sekian lama telah bertapak dalam jiwa kebanyakan rakyat Malaysia yang cintakan Islam dan mahu supaya Islam itu dilaksanakan di bumi Malaysia.

 Keupayaan PAS dalam memposisikan kedudukannya di tengah-tengah kancah politik tanahair terutama di kalangan orang Melayu Islam sejak dahulu lagi dan kian terserlah sejak kebelakangan ini melalui kebijaksanaan politik yang dipelopori oleh kepimpinan ulama yang berjaya mengemukakan idea Gagasan Pakatan melalui Tahalluf Syiasi yang terjalin diantara PKR dan DAP. PAS bersama Gagasan Pakatan ini telah berjaya memposisikan kedudukannya dengan lebih strategik melalui pendekatan yang menembusi kaum dan bangsa,sehingga golongan rakyat non Muslim turut sama menyokong PAS dan mula berjinak dengan PAS. PAS dilihat mempunyai etika politik yang berasaskan agama dan ia lebih dipercayai dan diyakini. PAS dilihat mempunyai tahap akauntabiliti yang terserlah berbanding dengan parti-parti yang lain. Ketegasan PAS dalam pegangan dasar Islamnya sangat dihormati oleh semua pihak samada kawan dan lawan, ia sukar untuk ditandingi oleh mana-mana pihak.

Inilah kerelevenan Kepimpinan Ulama yang berjaya menerajui PAS sehingga ke hari ini. Pada Muktamar tahunan ke 58 baru-baru ini, Dewan Pemuda PAS Malaysia DPPM sekali lagi tampil dengan membawa usul yang berani dengan mendesak supaya lidah rasmi PAS iaitu Harakah distrukturkan semula sidang pengarangnya. Bak kata pepatah “kalau tidak ada angin, sudah tentu pokok tidak bergoyang”. Sudah pasti DPPM mempunyai bukti dan alas an yang kukuh untuk membawa usul tersebut yang mungkin dipandang sinis oleh pihak-pihak tertentu. Usul berkenaan, yang dikemukakan Ketua Pemuda PAS Wilayah Persekutuan Kamaruzaman Mohamad, mendakwa mutu pemberitaan Harakah merosot dan media itu juga "kurang kredibiliti" sebagai lidah parti. Usul tersebut dibawa merujuk kepada asas yang sangat jelas iaitu isu yang melibatkan kredibiliti Harakah itu sendiri. Harakah adalah organ parti dan ia menjadi nadi penting kepada gerakan dakwah, tarbiyah dan politik yang diperjuangkan oleh PAS.

Apa yang ditimbulkan adalah berkenaan mutu pemberitaannya yang dilihat lebih banyak berpolitik sehingga mengenepikan aspek-aspek yang merangkumi dakwah dan tarbiyah. Dalam perbahasan usul tersebut, banyak contoh-contoh kualiti pemberitaan yang dibawa oleh Harakah yang tidak mencerminkan ia sebagai lidah rasmi PAS. Seperti yang dikatakan diawal penulisan ini, kepercayaan rakyat kepada PAS adalah kerana keutuhan prinsip dan asas Islamnya. Terdapat di dalam artikel yang disiarkan oleh Harakah sesuatu yang bukan menjadi agenda PAS tetapi menjadi agenda sesetengah pemimpin PAS antara artikel yang menyiarkan tentang “Islamist Democrat”. Ia mendapat tempat di dalam Harakah, sedangkan PAS tidak bersifat sedemikan dan PAS tidak pernah menyatakan mereka adalah pejuang demokrasi yang Islam. Islam bukan Demokrasi dan Demokrasi bukan Islam.

Bagi PAS, demokrasi hanyalah alat untuk melaksanakan Islam melalui ruang demokrasi dan ia bukan matlamat yang perlu diperjuangkan. Namun terdapat seorang dua pemimpin PAS yang terpengaruh dengan idea-idea mengarut tersebut dan pernah mendakwa dirinya Islamist Democrat dalam satu wacana ketika mewakili PAS. Artikel tersebut jelas bertentangan dengan Perlembagaan PAS, adakah pihak pengerusi dan lembaga pengarah Harakah serta sidang pengarang Harakah menyedari ia adalah satu kesalahan besar. Banyak lagi contoh-contoh lain yang menggambarkan betapa serong dan menyimpangnya Harakah sedangkan ia adalah lidah rasmi PAS. Harakah juga terlibat dalam mencanangkan idea bodoh Dr Aziz Bari dalam satu seminar yang menyatakan “Presiden PAS adalah liabiliti PAS”.

Pemberitaan yang menggambarkan kebodohan Harakah atau pemberitaan yang dirancang oleh “tangan ghaib” disebalik Harakah. Begitu juga gaya pemberitaan yang berkaitan dengan “Presiden PAS sedia bertanding di Pekan”. Apa yang dimaksudkan oleh Presiden PAS adalah kepatuhannya terhadap keputusan Majlis Syura Ulama sekiranya beliau dicalonkan untuk Parlimen Pekan. Tetapi gaya pemberitaan Harakah senada seperti Utusan dan akhbar-akhbar lain. Terdapat berita yang ditulis oleh kolumunis yang pelbagai perkara termasuk mengolah artikel PAS FOR ALL dengan pemikiran dangkal dan syok sendiri yang tersasar daripada matlamat perjuangan PAS. Artikel sebegini pun dibiarkan bebas bersarang di dalam Harakah. Begitu juga harakahdaily yang turut terbabit dengan kesongsangan ini,antara berita yang disiarkan bertajuk “Hudud bukan isu sebenar menjelang PRU 13” yang dikemukan pendapat dan pandangan orang luar daripada PAS. Orang luar tersebut menyatakan supaya polemik tentang Hudud dihentikan segera menjelang PRU 13. Berita yang seumpama ini juga menjadi bahan berita Harakahdaily yang terang-terangan bertentangan dengan agenda PAS.

 Cukup…cukup sudah….Persoalan yang paling besar, adakah “tangan ghaib” yang sedang memacu Harakah tanpa disedari oleh pihak lembaga pengarah Harakah. Sehingga Datuk Mustafa Ali selaku Pengerusi Harakah turut terkeliru ketika menjawabnya dalam sesi penggulungan ucapan dasar Presiden berkenaan dengan usul Harakah. Beliau mengakui tentang kelemahan yang ada kepada Harakah. Kelemahan itu katanya berkait ruang lingkup laporan berkaitan parti yang tidak dapat dipenuhi secara semua sekali seperti dikehendaki ahli, kerana terpaksa menjadikan akhbar harakah juga sebagai akhbar rakyat dan bukan untuk ahli sahaja. Beliau berkata "Kita nak sampaikan kandungan Harakah ini kepada seluruh lapisan masyarakat. Kalau buat berita parti sahaja, hanya orang PAS lah yang baca,".

 Jelas sekali Pengerusi Harakah membaca Harakah tetapi gagal menghayati pemberitaan yang dibawa oleh Harakah. Isunya bukan semata-mata untuk memenuhi keperluan pembaca yang pelbagai latarbelakang tetapi terdapat berita dan artikel yang bertentangan dengan dasar dan agenda PAS. Cukuplah beberapa contoh yang dikemukakan disini untuk menggambarkan betapa siding pengarang Harakah perlu distrukturkan kembali sekiranya Harakah benar-benar berdiri sebagai organ PAS. Sewajarnya Lembaga Pengarah Harakah melakukan siasatan segera sekiranya terdapat ‘tangan ghaib” yang cuba memacu Harakah mengikut selera mereka. Pengerusi dan ahli lembaga pengarah Harakah perlu bertindak segera tanpa membuang masa lagi, Harakah mempunyai identitinya yang tersendiri dan ia adalah organ PAS yang cukup penting dan sekaligus menggambarkan maruah perjuangan PAS.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...